Topik hari ni...
single mom..
yes i am a single mom....hampir 3 tahun. cepat betul masa berlalu kan...rasa baru semalam aku turun naik mahkamah. masih lagi terngiang2 kata2 lawyer..hakim. terakam kemas dalam minda. kalau lah minda ni ada button delete..dah lama aku delete semua...setel. selesai!
3 tahun kot aku berdiam diri...takde ku canang pada semesta alam aku ni single mom...nak update kat fb pun tak pernah. hal rumahtangga pun aku tak pernah update kat fb...pelik aku tengok budak2 zaman sekarang...sikit2 update..gaduh sikit update..malu kot weii..kang daripada kecik jadi besar...sebab mulut puaka kat luar or nasihat daripada orang tak bertauliah kat ruangan komen tu...
kat kawan2 opismate pun aku tak pernah bercerita. mungkin sebab aku ni malas nak bercerita..so takde pun orang nak berani tanya. kalau tau pun..maybe diorang diam2 jer...hahahaha. bagus juga jadi orang yang tak bercerita ni. orang kata diam tu lebih baik. so aku diamkan jer...benda2 cenggini nak declare pun tak guna. baik aku declare kat hrmis or masa isi borang yang memerlukan pengesahan status aku je..daripada aku gi war2kan pada orang yang kita tak tau mulut diorang tu macam mana. entah apa cerita di belakang kita nanti..macam2 kemungkinan yang kita tak mungkin akan jangka akan jadi cerita panjang yang berjela2.
kebelakangan ni..aku dengar banyak cerita berkenaan hal2 rumahtangga kawan opis. ada juga dari kawan2 zaman belajar dan orang terdekat dengan aku. pasal rumahtangga..pasal suami yang macam2 peel. ada yang mengadu tu..tak tau pun aku ni single mom. cerita jer...last2 bila ku cakap..terus tercengang2 terkujat beruk.
aku pun tak pandai sangat nak nasihat bab rumahtangga...
kang nasihat lebih2...orang kata rumahtangga sendiri pun porak peranda..
cakap lebih2..kang orang taknak terima..
so...bagi la nasihat ala kadar...yang logik beserta fakta yang kukuh..habis cerita
sebab nak bagi motivasi...takde sijil...berdasarkan pengalaman hidup jer la aku boleh cakap
hidup as a single mom ni...hanya kita dan tuhan jer yang tahu sakitnya tu.
ada bahagia ada juga sedihnya.
bohongla kalau cakap kita bahagia..
bohong juga kalau cakap merintih sedih tak habis2..
so...itu antara kita dan tuhan je yang tahu....duduk atas sejadah...mengadu la padaNya
sebab bila jadi single mom ni..kita dah takde siapa2 nak mengadu..
tambah2 lagi kalau mak dah takde..cam aku la..
dulu mak ada..kalau sedih..telefon mak..orang kedah cakap..macak kutei tauk buang..
terus hilang sedih
kalau takleh mengadu pun...dengar suara mak pun dah ok..hilang sebeban kesedihan..
tak mengadu pun takpe...takkan nak susahkan mak pulak kan.
sekarang..kita la jadi tempat berteduh anak2...
kalau kita lemah...anak2 macamana?
so..nak tak nak ko kena jadi kuat..
nak belakon ker...pura2 ker...yang penting ko kena jadi kuat
kena kuat!...
jangan takut hidup sorang..sebab kena ingat...Tuhan tak pernah tinggalkan kita!
pegang jer prinsip tu...ko ada Tuhan...insyaAllah...dia akan jaga ko!
hidup ini ada dua pilihan jer...Nak Taknak..yes or No
takde ko nak dok kat tengah2 ..lagi gila kot
kalau sayangkan rumahtangga...bertahan...kita tak boleh ubah orang...doa jer banyak2..moga2 dia boleh berubah. serah pada Tuhan..bangun solat tengah malam..minta padaNya.
Cuba ubah diri sendiri juga..kalau diri sendiri pun takleh berubah...baru fikir solution lain..
kalau rasa dah kalah...keluar. takkan nak habiskan hidup dengan bertahan dan menangis sepanjang hayat.
kita pun berhak bahagia..
sayangkan diri sendiri dulu..baru pasangan sayangkan kita.
hormatkan diri sendiri dulu..baru pasangan akan hormatkan kita
kalau kita tak mampu nak sayangkan diri...hormatkan diri sendiri...macam mana kita nak belajar sayang dan hormat orang lain? orang pandang kita pun tingi rendah tinggi rendah jer oiiiiiii
pastu bila jadi sigle mom ni..orang sibuk tanya pulak...
taknak cari lain kerrrrrrr????..rasa nak jengil2 mata kat orang tu...nora nadish yang comel tu pun makan tahun tau nak cari pengganti....siti nordiana yang semanis madu pun single lagi..so apatah lagi aku kan..
relax la dulu....umur pun dah 40 kot. ikut purata umur pompuan ni..lagi 20 tahun kot leh hidup..tu kalau ikut purata...kalau ikut umur kat loh mahfuz..ntah2 esok lusa. daripada aku menempuh hidup baru yang tak tau macammana dalamnya..baik aku teruskan hidup aku dengan berbakti pada tuhan. lagi senang! pikir apa yang aku buat selama 40 tahun aku hidup...macammana nak cover dengan baki yang tinggal 20 tahun (ikut purata ya)...takut oiii
lagipun cukup la sekali aku bercinta...dari zaman sekolah...kawen..dan akhirnya berpisah. 21 tahun kot aku berpasang-pasangan. lama tu...cukuplah dengan baki hidup 20 tahun lagi. adil dan saksama. nak bercinta balik pun dah tak reti dah. huhu. buang masa nak kenal2 orang ni. ex aku pun dah selamat mendirikan rumahtangga dengan kekasih hatinya...2 bulan selepas bujang dah sibuk menguruskan majelis indahnya. at least ada orang jaga makan minum..pakaiannya dan kehendaknya terjaga. alhamdulillah! itu beza lelaki dan perempuan....bukti..depan mata sendiri.
anak2...alhamdulillah..anak sulung dah berjaya dalam UPSR dan sekarang tinggal di salah sebuah sekolah berasrama penuh di KL. anak kedua insyaallah akan menyusul juga nanti. anak ketiga...hurrmmmm...kalau dia pergi asrama juga tinggal la aku sorang dirumah. hahaha.
Tuhan kurniakan anak2 yang bijak pada aku...syukur sangat2.
ni ha buktinya jadi single mom..
ko la segala2 tukang yang ada kat rumah tu..
so kena la jadi kuat dan bijak
Tuhan tak kan uji kita melebihi keupayaan diri kita...bila Dia yakin Dia uji
so..move on. takyah nak takut2...terbentang luas dah perancangan Dia untuk kita. pasti yang lebih indah menunggu kita.
aku suka juga terjah2 insta Frah Lee. walau ada yang tak suka..mengeji..tapi aku tetap memuji. hanya yang lalui akan tahu apa yang dia rasa. kita bukan tak berjuang...sampai saat2 akhir kita akan tetap berjuang. tapi jika telah tertulis...nokhtah nya di situ...apa hak kita untuk campur urusan Allah.redha dan pasrah. yang penting kita takkan pernah menyesal..kerana kita sentiasa membuka peluang untuk mencuba dan berubah.
Adioossss!!
No comments:
Post a Comment
Jom Mengomen...