Friday, October 27, 2017

Eat Clean

Assalamualaikum...

lama2 sekali update blog...muahahaha...konon nak aktif..sekali sendu jugak.  kalau dah pemalas tahap gaban tu...payah la kan.

Hari ni nak cerita pasal eat clean.  ramai benar sekarang ni orang dok bercakap pasal eat clean.  tema tahun 2017 agaknya.  so..aku and the geng kat opis ni pun tak terkecuali jugaklah nak masuk dalam kelompok eat clean ni.  so tertubuhlah kumpulan diet kami #ktofitchallenge.  nama tak kalah kan!!

mulanya masing2 dah gerun tengok badan sendiri.  aterr....hepi kejenya kan..tak stress..maka makan pun melambak2.  apatah lagi asyik2 kawan2 opis bawa makanan or murah hati nak belanja makan pagi la..makan tenghari...so masing2 tak sedar tiba2 badan dah bagai dipam2.  baru setahun aku kat opis baru ni...berat dah naik almost 9kg.  9kg okkkkk!!!!!.. terkejut gorilla kot.  baju2 yang beramping2 sikit tu..langsung takleh muat dah.  badan naik tanpa sedar.  tu baru aku...opismate yang masuk ke sini semua dah membesar bagai johan.  inilah syurga kerja dunia.  hahahaha.

so, kami akhirnya tersedar dan tubuhkan grup eatclean kami. hari2 kami update pasal berat. makan apa..and then siapa yang telanggar peraturan memang kena basuh kaw222 la dengan ahli kumpulan lain.



gambar kat atas tu gambar makanan aku hari2.  baru lagi buat etclean..dalam 2 minggu. dan alhamdulillah..berjaya turun dalam 3kg.  cepat betul!.  memang aku makan..6 kali sehari. menu biasa 


Pagi : herbalife shake / roti wholegrain, salad
snack pagi : apple hijau / almond
lunch : nasi mcm kat gambar tu.  kuah langsung tak amik.  yang penting ada lauk seketol, ulam dan sambal belacan
snack petang : biskut weetameal jacob 6 keping
dinner : wholegrain /telur separuh masak/telur dadar + salad/shake herbalife
supper : susu rendah lemak segelas
air : 2-4 liter.

sapa kata eat clean takleh makan macam macam.  lagi best boleh 6 kali makan.  tapi kena tengok makan apa la kan...jangan 6 kali makan pegi belasah cukup-cukup sampai nak bernyawa pun tak lepas. alhamdulillah..berkat kami sentiasa mengemaskini makanan dan aktiviti masing2 dalam grup..so semua ahli grup aku dah turun berat badannya.  masing2 takut kena denda...denda kejam nih aku bagi.  aku sendiri cuak kalo kena...hahahha.

Herbalife tu tetap aku ambil.  kadang2 aku tukar juga menu2.  ikut mood pagi2 nak masak apa.  kalao malas aku bedal jer herbalife.  kalau jemu tukar la pulak kan.  yang penting herbalife ada cukup nutrisi untuk badan kita.  

nak diet ni kawan2..kena kuat semangat.  tak leh putus asa dengan kutukan dan perlian member.  tanamkan dalam diri sendiri...aku nak sihat!!! pegang prinsip tu.  kena tegas dan disiplin yang kuat.  jangan mudah terhasut dengan ajakan member...tu yang paling penting tu.  

so far aku ok lagi.  kadang2 terbabas jugak.  tapi cepat2 balik ke pangkal jalan.  target kena ada..dan usaha kena kuat.  

nanti aku update lagi perkembangan terkini...kala gagal aku diamkan jer la..wakakakakaka

adiosss


No comments:

Post a Comment

Jom Mengomen...

Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...