Assalamualaikum..
Aku ni seorang penggemar kopi.
dalam sehari mesti minum sekurang2nya segelas kopi...tak kisahlah kopi apa pun..janji coffee.
tapi coffe wonda / pokka dan nescaffe memang aku tak boleh nak telan. kalau tak pening kepala...kompom angin penuh perut. pastu berbunyi segala macam..hehehe.
tiap2 pagi rutin aku bila masuk opis mesti bancuh kopi..selain dari buat kerja2 lain..
kalau tak kena segelas kopi ibarat enjin tak boleh nak start. sekarang try nak kontrol sekali jer untuk sehari....
1. isi air bagi penuh 1 botol (2 liter)
dua liter air ni aku akan habiskan sepanjang kat opis sehari. ulang ke toilet tu akan jadi perkara biasa. tapi bagus lah jugak kan...kalau tak jangan haraplah aku nak bangun dari kerusi g berjalan2. memang bertapa la dalam bilik sorang. Mujur ada rasa nak buang air!
2. bancuh kopi
kata penggemar kopi...haruslah setiap pagi akan bancuh kopi dulu. kopi ni spesel sikit. no kafein. katanya lah kan..tapi kopi kalau takde kafein rasa macam malam tak berbintang la kannnn...kopi ni aku beli dari kawan seopis. harga RM28 untuk 20 sachet. ok lah...bantu kawan2 berniaga. kasi support sikit.
bancuh haruslah dalam tumbler starbuck. dulu rajin nau gi starbuck.. siap boleh kumpul tumbler dari obersea lagi. tapi sejak graph kewangan kurang mengizinkan...so..kontrol2 lah sket minat kat starbuck ni...sekali sekala pekena la jugak..tapi takde la tiap2hari cam dulu. tak dapat minum hot caramel machiato pun takper lah..janji bekas tu bekas hot caramel machiato
3. Semak emel
yang ni opkos kena buat setiap lagi. memang kena set kol 8.30 pg..11.00 pagi..2.30 ptg..4.00 ptg check emel. kalau tak sehari menimbun mailbox. tak larat nak clean nanti. sekarang ni pun dah ada dekat 300 emel dalam mailbox. malas betul nak baca satu2 pastu nak kemas. kena amik mood. biasanya setiap hari jumaat adalah hari mengemas. kemas kertas2 atas meja...masuk fail..kemas meja..kemas dokumen kat pc baru kemas emel. fuhhh!!!!!
4. Semak senarai tugas harian
ok..senarai tugas harian aku. memang dah berkurun ku buat style camni. old fashion sket. tapi aku rasa selesaaaanya. pastu masuk fail peribadi. kalau kat laptop kadang2 macam tak best pulak nak menulis. rasa kat kertas lebih afdal kot. tulisan aku tu....3 bulan lepas tu..jangan kata orang lain ...aku sendiri tak boleh nak baca dah. takper..yang penting aku buat. aku try la jugak donlod apps...android..wunderlist ..any Do..things to do..tapi semua tak kena di jiwa. maklumla orang lama..so..cara pun kena lama kot.
5. Kemaskini akaun
Ni kerja personel sikit la kan...so..tiap hari aku kena kemaskini akaun perbelanjaan aku. dari sekecil2 belanja sehinggalah sebesar2 belanja. dah 10 tahun kot aku praktik benda ni. alhamdulillah masih kekal. tiap kali dapat gaji jer...aku akan print dan masuk dalam fail.
tapi yang bestnya.tiap2 bulan aku target nak turunkan jumlah perbelanjaan. kononnya nak berjimat. tapi tiap kali tu lah...bulan depannya mencanak naik lagi. stress betul. kadang2 taknak tengok pun akaun tu. gerammm oooo. yang ni takleh di screenshotkan...pitam nengok!. aku pun gerun tengok belanja aku. tapi tak pernah nak insaf2...
tu jer lah aktiviti rutin kat opis. rutin yer...yang tak rutin tu adalah arahan kerja dari semasa ke semasa. yang tu ikut mood.
apa2 pun kerja kita..yang penting susun ikut keutamaan. buang sikap suka tangguh menangguh tu. kerja hari ni ...selesaikan hari ni. baru boleh balik rumah...tido dengan amannya..
adiosss!!!
No comments:
Post a Comment
Jom Mengomen...