Friday, October 27, 2017

Percutian ke Genting Highland

Assalamualaikum..

wah tengok tajuk macam gempak..tapi nan hado ok.
sebelum cuti merdeka hari tu...aku beria2 nak bawa anak2 gi berjalan2 ke Genting memandangkan dah agak berkurun lama kot..kaki tak jejak ke sana. so..bukan setakat aku..anak2 pun excited giler la kot nak kesana.  macam2 dah plan.  walaupun kami dah tahu outdoor game tak buka lagi..tapi indoor game pun dah cukup la untuk kami berpoya2.

kami bergerak dari rumah pukul 10.  kebetulan hari tu ada penutup seagames..so jalan MRR2 sangat la jem teruk.  perjalanan yang sekejap tu pun boleh jadi berjam2. disebabkan jem lama..masing2 dah kelaparan..so..singgah sekejap di genting sempah.  makan untuk isi perut.  konon2 naik kat atas nanti takyah la berlapar dan pelahap sangat kan...maklumla..dah set dalam kepala ni..kat atas tu mahal..lepas makan terus berdesup ke genting.  plan asal nak drive sampai atas...sekali teringat..ada kabel car baru..so terus tukar dalam kepala...eh naik kabel car la...leh merasa pengalaman baru..walaupun aku ni sangat la penggayat orangnya.

so mencari la kami stesen kabel car baru...
teringat baca kat salah satu blog...kabel car baru kat GHPO...takde la susah sangat.  atas sikit dari awana je rasanya.
gila aku kaji dulu sebelum gi genting...lebih dari nak gi obersea
kebetulan tak ramai orang hari tu...ingatkan hari keje...so...aku bajet macam tu la kan..mana tau ada duka menanti kami di atas sana
tak payah beratur bagai...terus masuk ke kabel car...
laluan dah lain..dari atas kabel car tu aku nampak jalan..nampak kete lalu lalang..
kalau dulu tak nampak apa..nampak utan jer...
gambar...memang tak la aku nak beria bergambar...nak memandang ke bawah pun rasa nak luruh jantung
takut wei...masa naik tu pun aku dok pikir..camna la aku nak turun nanti...
sebab nampak bebeno curam..hutan..batu2..kalau jatuh memang sodaqallah la.


muka masing-masing beria dan gembira..nak cuba kabel car baru.







budak ni tersangat berani...si ammar dah kecut perut..berkepit. dia leh wat lek wat pis.



sebelum sampai kat atas tu..ada 1 stesen kete kabel berenti. gereja apa ntah.  so kalau nak turun pun boleh taknak pun boleh.  tak kuasa la aku nak turun.  tapi pandang dari luar..sangat cantik..nak turun ke gereja tu siap ada escalator bagai.  senang orang nak pegi balik.

sepanjang laluan cabel car tu...kami lalu atas cerucuk2 besi taman tema yang tak siap lagi.  sangat menakutkan..aku dok pikir kalau jatuh ni mau jadi drama action omputih ni.  terus terbenam dalam perut.  tapi disebabkan takut...aku diaaammmm jer.   nampak la laluan roller coster yang tengah dibina.  fuhh!!! memang berasap la bontot sapa naik nanti.  happening sangat!

dapat bayangkan nanti kalau siap....cabel car lalu atas tu...mau orang tak sabar2 nak kesana.

sampai stesen kedua kat shooping complex...kami turun kat situ.  terus masuk dalam shopping complex....konfiden je kami cari first world hotel.  sebab nak cari indoor game.  sekali...eh mana pintu masuk..dulu bukan masuk kat sini ker????...last2 tanya information centre. sekaliiiiii..kecewa!!!

"indoor game pun dah tutup kak.  kat sini semua hotel.  nanti dah takde indoor game dah..semua kat taman tema luar tu"

ok!!!
masing2 pandang muka masing2
kecewa
anak2 lagi la...
terus frust
lantassss...kami dapat idea...eh jom gi iCity..main kat sana.
bayangkan dari Equine ke Genting..patah balik ke Shah Alam.  memang keje giler sakit kaki namanya.




 salah satu tempat di kawasan shopping complex..gambar memang taknak tunjuk muka...paparazi




malas nak bergambar banyak2...shoping complex jer pun.  sama macam tempat lain.  mood pun dah lari...

tak sampai 1 jam kami dah turun balik.  masa turun tu takde la aku nak ngadap ke bawah...nasib baik cabel car tu perlahan jer...kalau laju aku rasa keluar dah kot isi perut aku.


so..pada sesiapa yang nak gi genting tu....padamkanlah hasrat anda tu.  takde apa pun.
tunggu tahun 2020...masa tu baru best meletops
GHPO pun biasa2 jer.  sama macam melaka dengan JPO
mahal!..bagi aku lerrr...


ok bye adiossssss!!

No comments:

Post a Comment

Jom Mengomen...

Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...