Assalamualaikum..
Lama tak ke udara..
Bizi...lepas satu meeting..menjelma pulak meeting lain.
Banyak pulak paperwork nak kena siapkan akhir2 ini. Tapi..alhamdulillah..setakat hari ni..aku masih boleh tangani semua tugas2 hakiki dengan baik. Tak sama macam kat opis lama dulu. Stress tu sentiasa mengiringi hari2 aku. Kat opis baru ni...cool la sikit. Happy buat keje..walaupun agak pelik sikit!!!
Bizi...lepas satu meeting..menjelma pulak meeting lain.
Banyak pulak paperwork nak kena siapkan akhir2 ini. Tapi..alhamdulillah..setakat hari ni..aku masih boleh tangani semua tugas2 hakiki dengan baik. Tak sama macam kat opis lama dulu. Stress tu sentiasa mengiringi hari2 aku. Kat opis baru ni...cool la sikit. Happy buat keje..walaupun agak pelik sikit!!!
Pegi kepada tajuk blog hari ni...Dendam Aurora. Aku tengah layan citer ni sekarang. Baru 5 episod. Menarik! Banyak sebab kenapa aku rasa nak layan citer ni
1. Ungku Ismail : opkos aku suka tengok lakonan dia. Sejak drama teman lelaki upahan tu aku terus jatuh cinta dengan lakonan dia. Tak kayu ok. Kemudian aku tengok citer pembancuh kopi mr vampire...walaupun aku tak suka heroin drama tu tapi sebab Ungku Ismail...aku paksa mata aku tengok. Semua sebab dia. Hahaha. Biarlah..sekarang ni orang dok puja patah amin...tapi Ungku Ismail tetap dihati aku. Wakakaka.
2. Nabila huda: opkos sebab dia jugak. Walaupun tak macam patung rupanya...tapi lakonannya hidup. aku suka cara dia. belakon penuh perasaaan..tak payah nak control ayu. cuma dalam citer ni...kenapa nampak dia berisi sangat...selalu berisi sikit2 jer. tapi takper...sebab dia ok..ungku ismail ok..maka aku layankan jugak lah.
3. Cameron Highlands: oh my God..tempat kegemaran aku tu. destinasi percutian yang aku akan pergi setiap tahun. tengok cerita ni...terus rasa tak sabar2 nak gi cameron highland tahun ni. lepak kat ladang teh...minum tea...makan kek..petik stroberi..lepak kat balkoni hotel sambil rasa angin sejuk cameron di pagi buta. fuhhh!!! nyaman. tengok citer ni jer...aku dah rasa aku kat sana dah.
4. Jalan cerita : ok..walaupun agak tak logik..cerita orang2 kaya..yang over...tapi at least lain la sket dari crita biasa tu. ni baru la citer telenovela venezuela. ala rosalinda gitu. entah berapa episod tak tau la...tengok macam panjang sangat tu. jenuh la aku nak bersengkang mata marathon tiap2 malam.
setakat ni ada 4 faktor jer yang mendorong aku tengok citer ni...maklumla baru 5 episod. so..malam esok sambung balik. crita ni best....walaupun tak la berapa nak logik.
jom layan sinopsis citer dendam aurora...kot2 la lepas ni terasa nak nengok!
SINOPSIS DENDAM AURORA
Mengisahkan tentang seorang wanita bernama Aurora Abdullah (Nabila Huda) yang dipenjarakan selama 8 tahun di atas kesalahan membunuh. Aurora kemudiannya dibebaskan lebih awal dari waktu ditetapkan kerana berkelakuan baik. Walaupun ditegah oleh neneknya Octavia Milner (Dian P. Ramlee), Aurora mengambil keputusan untuk pulang ke Tana Rata, Cameron Highlands, Pahang setelah dibebaskan demi membersihkan namanya dan nama keluarganya yang telah tercalar setelah dia dituduh membunuh Dato’ Hamzah (Tony Eusoff).Kemunculan semula Aurora di Tanah Rata membuatkan keadaan menjadi tegang yang mana semua orang terkejut dengan kehadirannya terutama Harris (Ungku Ismail Aziz), yang merupakan bekas kekasih Aurora dan juga anak kepada Dato’ Hamzah. Pada waktu itu, Harris yang juga pemilik ladang Teh besar di Tanah Rata sudah ditunangkan dengan Putri Adrina (Anzalna Nasir), bakal pewaris kepada Engku Azhar (Dato’ Eizlan Yusof), pemilik ladang sayuran terbesar di Malaysia.
Aurora terkejut apabila mengetahui yang perniagaan keluarganya kini menanggung hutang yang banyak dan dipinggirkan oleh orang kampung. Perusahaan teh mereka yang dijalankan Octavia semakin muflis. Dengan bantuan dan sokongan Ustaz Hakim (Fezrul Khan), Aurora nekad untuk membangunkan perusahaan keluarganya.
Kehadiran Aurora di Tanah Rata juga pada masa yang sama membuatkan pengusaha-pengusaha yang bersubahat dengan Engku Azhar bimbang jika rahsia kematian Dato’ Hamzah bocor. Mereka nekad untuk memastikan kehidupan Aurora terus sukar dan rahsia mereka tidak diketahui sesiapa.
Didorong rasa benci, Haikal Hamzah (Shah Iskandar) pula ingin membalas dendam kepada Aurora di atas pembunuhan ayahnya. Hasil siasatannya, beliau mendapat tahu bahawa Aurora tidak bersalah. Rasa kesal dan malu ini membawa kepada perasaan cinta pada diri dan semangat perjuangan Aurora. Manakala Harris yang sudah ditunangkan dengan Putri Adrina pula pada masa yang sama semakin cemburu dengan adiknya yang semakin rapat dengan Aurora.
Engku Azhar pula gembira dengan perkembangan hubungan Haikal dan Aurora kerana beliau sudah lama tidak menyukai Harris. Walau bagaimanapun, beliau terpaksa merestui dan akur dengan keputusan anak kesayangannya Putri Adrina yang tetap berkeras untuk berkahwin dengan Harris. Perkahwinan Harris dan Putri Adrina merumitkan lagi konflik di antara tiga keluarga besar di Tanah Rata tersebut.
adiossss
No comments:
Post a Comment
Jom Mengomen...