Tuesday, January 05, 2010

Azam

Tahun baru dah datang lagi….apa yer azam aku tahun ni..semestinya seperti azam2222 tahun lepas dan 4 tahun lepas..mau kasik kurus macam zaman anak dara dulu. Dah 4 tahun aku pasang azam yang sama..tapi yang nyata..berat aku makin naik tahun demi tahun. Nampak sangat orang berazam aku pun nak berazam…tapi tak pernah nak usaha capai target aku. Haprak betol la.

Azam dan perubahan yang aku harapkan tahun ni.....(ntah capai ntah tidak...positip..positip!!!!!)

  1. Takmo datang lewat dah ke opis
  2. Takmo makan banyak22(kecuali kalau ada jamuan yer..itu tak masuk dalam azam)
  3. Takmo marah222 (selama ni aku jarang marah kan????? J…tapi sekali aku marah…macam singa betina)
  4. Nak balik awal...paling lewat pun kol 7.00pm. (Jadi diharamkan aku menjawab panggilan telepon kol 5.30 pm ke atas)
  5. Nak belajaq cara menolak keje (ni aku lemah sket ni….tak gheti nak melawan…cal..tolong ajaq aku buat muka garang sket!!!)


    Seperti biasa azam2 aku ni pasti akan menjadi roti basi juga nanti...takpa yang penting aku ada azam..apa korang ingat korng jer ker yang gheti nak berazam??? Aku 40X lagi gheti tau!!!!!!

Snow World


Elok jer anak aku keluar spital…si kecik la plak nak gi main salji..apa ingat kat mesia ni ada salji ker..nak jer aku sagat ais ketoi kat umah aku..pastu naik atas bumbung tabuq macam salji. Buatnye keras..jatuh atas kepala seketul baru tau. Yang si besaq pulak beria2 nak buat orang salji. Aku pun dengan masa sesaat yang ada..terus terpikiaq nak bawa depa pi snowworld kat Genting…Taraaaaa…jimat duit..daripada aku nak gi Canada main salji. Waahhh macam mampu kan????..Takpe ler angan222 mat jenin..


Jom tengok picca2 depa kat sana…macam dok kat oberse betoi. Siap pakai sarung tangan macam nak gi menoreh.


Tengok ler si bulat kecik tu…beria dengan sarung tangannyer…masuk dalam snowworld tu terus kejung tak nak bergerak. Kena dukung la plak. Tu pun esoknya bangun tidur siap cakap lagi "mama, adik nak gi umah salji lagi" wahhhh!! Banyak cekadak betol...ingat mak ko ni cap duit. Aku dulu jangan kata nak main kat salji…main ujan pun kena rembat dengan ranting pokok bakau. Kalau main lumpuq lagi la..terus kena ligan keliling kampong dengan lidi. Budak2 ni belum aku jentik lagi..aku jeling jer dah pengsan menangis….


Budak2 zaman sekarang…keluaq2 jer, dah naik kete..aku dulu naik gerek tua..tak aci betoi. minta itu dapat..minta ini dapat..last2 minta macam yang seribu tu macam sehinggit jer…kalau macam tu ler wajib aku bagi sedas dua…kasi insap sket…pas ni nak bergaya cari duit sendre!!!! Baru tau….

Demam Denggi

Selamat tahun baru 2010…maka dengan bertambahnya tahun ni..bertambah lagi ler umur aku rupanya…cam tak sedar la plak!!!!!!!!!!!..Dah lama aku tak hapdet blog aku ni..kesibukan dan kemalasan melanda..macam tsunami. Tak boleh nak lari2 lagi.

Bermula dengan sambutan aidiladha haritu dimana aku menyambutnya di spital. Raya yang sungguh tak bermakna…Ain kena demam denggi. Pertama kali dalam sejarah. Fuhhhh!!!!!!!penat giler menjaga orang sakit.. 9 hari aku tak on laptop..tak check emel…tak buka blog..tak buka facebook. Hilang mood….hati aku yang risau lebih mengatasi perasaan nak bersosial. Masa tu aku dah pedulik pasal portal keparat….tak hengat pasal intranet…lupa pasal box…yang penting anak aku kembali montel dan sihat. 9 hari tu jugalah…aku sangat susah hati…tu baru anak aku demam denggi..macammana agaknya mak2 yang anaknya ada penyakit kronik..lagi giler ler gamaknya.

Ni la gambar anak aku….masa ni baru demam kat rumah. Muka dah merah222… aku tak sangka la plak petanda denggi. Maklumler buta kayu sket. Ingat demam biasa jer..sehari sebelum tu dah check darah kat spital..tapi tak dapat detect lagi…

Esoknya aku trus gi Colombia Asia Hospital…check darah terus platlet nya tinggal 98. Aku tak berapa faham sangat masa tu. Doktor cakap kalau platlet dah turun sampai paras 30 ke bawah maknanya dah bahaya…so kena ler tahan wad. Masa tu aku plak yang terover sedih dan takut. Ingat senang ker mau beranak sorang2..mula ler kepala aku ni gatai nak pikiaq bukan2.

Kat atas tu gambar dia kat spital..yang baju kuning tu pulak, si Aina yang sibuk nak menjaga kakaknya. Maklumler dari kecik tak pernah berpisah. Aku plak yang pening..daripada kena menjaga sorang trus jadi 2 orang. Nak rehat pun tak boleh…tengok bilik tu..dah jadi cam rumah sendre plak..sepah segala macam..

Pengalaman kedua aku menjaga anak kat spital…penat giler siuttt….betul ler kata orang..jaga orang sakit..kita pun jadi sakeet. Tapi best tol spital ni..ala2 hotel. Nurse pun baik2. Kalau tak baik kang..aku pelangkung naik ke langit. Aku bayar mahal2222..nak eksen. So..aku promote kat kawan22…kalau sakit2 gi ler kat spital ni. Best wwwoooooo!!!!!!!!!!

Monday, November 16, 2009

Hari Isnin Yang Boring...

Hari ni aku boring sungguh...nak buat keje pun takder mood. Nak pikir pun otak cam tak jalan jer. Mati kutu aku.

Tadi aku betulkan minit mesyuarat projek. Tapi takder idea...tinggal jap..check documentation plak..tu pun sama gak. Bila tengah malas ni semua nampak betol. Tak best gak..kang kalau salah aku jugak yang kena. Abis apa aku nak buat??? Nak layan facebook, kat opis kena block, nak layan forum, semua orang tengah sibuk..nak baca blog...uweekkk lama2 dok tenung nak muntah plak. Nak gi jalan2, poket tengah kering. Kang terguna lak credit card. Issshhh bahaya tu!!..tak bley. Kena setelkan bil bulan lepas dulu. Baru boleh guna balik.

Abis apa aku nak buat ni????...Sesungguhnya aku tengah bowink dan takder mood nak keje. Nak survey hotel la..nak gi bercuti. Release tension sket. Jom buka cuti2 Malaysia.....

Thursday, November 12, 2009

CiteR on ThuRsday

Minggu ni, minggu paling tensen. Keje tak berenti2. Dari pagi sampai malam. Otak pun dah sampai tahap perlu di konfigure balik. Sakit sungguh kepala aku...time2 camni jangan ler cari pasal dengan aku. Macam lahar gunung berapi jer..tunggu nak meletup.

Balik keje tadi, anak aku ajak gi JJ plak, cari hadiah untuk cikgu dia. Aku pun dalam bengang+sakit kepala+penat, terus mandi, sembahyang, siap2 terus gi JJ. Pegi kedai RM5, pastu singgah lovely lace jap..dapatler barang2 untuk cikgu dia. Ada ker patut dia nak bagi music box kat cikgu dia...cam romantika la plak. Pastu nak cari bunga ros. Aku folo jer ler. Janji tak mahal, maklumler ..gaji tak dapat lagi. Tak bleh la nak shopping sakan sangat. Kang tak makan aku ujung bulan ni.Bunga untuk Cikgu kesayangan Ain

Ni ler hadiah nak bagi kat cikgu dia...belasah jer ler. Budak2 sekarang..aku dulu umo 5 tahun tak gi sekolah pun lagi.

Ni la kad yang dia tulis...jangan salah faham..cikgunyer pompuan. Ini ler tulisan anak aku..okey ler..baru 5 tahun. Boleh menulis, membaca, kira okey ler.

Abis shoping apa yang patut aku singgah istirehat kat secret recipe..layan kek sorang 1 slice. Jom kita layan picca2nyer.....zassss!!!!!!!
sedapnyer!!!!!!!!!sorang satu lak tu..tak abis aku la tukang abiskan...huhuhuhu


Ni plak picca2 aku last sunday..tempat yang sama gak..kemaruk secret recipe..


hari ni aku ilang sabar**********

Monday, November 02, 2009

Monday SickneSS


Mengantuk...kenapa la menjelang Monday, hati aku berdegup222. Nak tido takleh..nak buat keje pun takleh...trauma sungguh!!!! Syoknya kalau dapat cuti satu minggu kan??? Tak sabar nak tunggu AidilAdha ni...dapatler cuti 4 hari (plus cuti amik sendre). Kalau takleh tido tak lapar takper la jugak...ni perut pula minta diisi. Nasib baik aku penakut nak turun ke bawah (perlu ker aku cakaP??) tahan jer ler untuk Azmal Fat Rice esok....esok kalau bos tanya pasal SDS tu apa aku nak cakap?? Belasah jer ler....brief yang mana aku paham jer ler.




gambar takder kaitan dengan en3 atas...anak aku dan anak buah aku bersama bear Jusco Selection...

Sunday, November 01, 2009

IlmU

Dari seorang sahabat...

Jika seorang hamba itu ilmunya cukup ;

Hatinya dengan Tuhan sentiasa hidup
Sangat beradab dengan Tuhan
Redha dengan ketentuan Tuhan
Sabar dengan ujian

Jiwanya bersih hingga hatinya terpimpin
Jiwanya hidup sangat peka
Ibadah terutamanya sembahyang sangat berdisiplin

Kalau dia memimpin sangat dikasihi dan di segani
Kelihatan orangnya tenang
Wibawanya tinggi
Akhlaknya mulia hingga disegani orang
Kerja-kerja tersusun dan teratur
Tenang, tidak gopoh dan berdisiplin

Pandai bergaul dengan manusia
Berhadapan dengan orang penuh dengan bijaksana dan lemah lembut
Mengutamakan orang lain lebih dari dirinya
Bertimbang rasa dengan manusia
Sangat bersimpati dengan orang yang susah dan mendapat kemalangan
Suka berkhidmat dengan manusia

Fikir-fikirkanlah..

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami.

Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...