Friday, September 16, 2011

AiN



Cer tengok gambar kat atas...masa mula2 ain tunjuk aku memikir jugak...cacing ker apa...sekali aku tenung lama2...baru aku perasan...rupanya 'ain'. Kreatif btol budak2 zaman sekarang ni. Aku dulu...darjah 1 baru nak belajar abc. Baru nak tulis betul2...maklumlah...bila mak suh gi tadika..aku gi jd gangster...gaduh memanjang.

Sekarang ni saingan budak2 darjah 1 kemain sengit lagi. Asik2 exam..asik2 tukar kelas. Tp alhamdulillah...ain maintain lagi kelas yang sama.  Baru2 ni cikgu lantik dia jadi PRS...pembimbing rakan sebaya. Harap2 dia akan terus sukses...macam aku dolu2....hahahah.

Posted via Android

Wednesday, September 14, 2011

Open House Wisma Putra





Semalam aku gi open house ministry aku...
Seronok..meriah.. dan paling best bila banyak pilihan makanan
Pastu ada ana raffali...
Dan...penyanyi2 amatur baru mengasah bakat..
Happening gak la.

Tengok gambar kat atas..
Anak2 aku dpt bersalam dengan FM..
aku pun baru dpt salam 3x...
Kalo jaman budak2 dulu..mesti masuk album...kecoh sekampung..
Tp zaman sekarang orang dah x heran...
Salam dengan PM pun orang buat derkkk jer...
Inikan plak...dengan M2 biasa...

Tp salam bukan sebarang salam...
Salam dapat duit raya..
Nasib baik anak aku sempat...5 minit lepas tu..sapa datang lambat...melopong la...duit raya dah habis.
agak lumayan la jumlah duit raya tu....kalau kasut sembonia..leh la beli sepasang.....kalo bonia..leh beli tumit jer kot.

tahun lepas aku tak gi...
tahun ni terasa membuak2 plak nak pegi...
rupanya petanda rejeki...
bertambah duit raya anak aku...

aku takder amik gambar banyak2...kamera pun tak bawah..
dok buka hp...nak pulun2 posing segan la plak...
so, ini la gambar yang ada...
sekian sahaja...
byeeee...







Tuesday, September 13, 2011

Hasrat Tertunai


hari ni...semua hasrat aku tertunai...
1st...nak edarkan duit raya pada anak2 kawan2 aku kat opis. done!!!.
dari hari jumaat lepas aku bawa..tapi tak terbagi2...
naseb baik hari ni heti buka beg aku dan aku terperasan duit tu.
kalau tak tunggu raya tahun depan la...

2nd...nak belanja geng2 LID..
plan dah lama...tapi tak tertunai2.
so, hari ni...nak menunaikan hasrat aku...aku gi beli la KFC...
makan kfc jer ler...ringkas...mudah...dan jimat..hahahahah (nak belanja pun bajet)
takkan nak belanja 4 orang jer team LID...kena juga belanja yang lain..
alang2 kan....sempena APC....
kuang2222..
ini jer aku mampu...
nanti ada lagi yang lain..tunggu!!!

tahun ni..selepas menempuh dugaan...
alhamdulillah, Tuhan murahkan rezeki aku..
dengan baby yang diberikan....3 bulan didalam pewot aku...
dan anugerah pekerja cemerlang...
serta kehidupan yang sungguh bahagia...dengan anak2 yang comel..
dan lengkap tiada kekurangan...bagi aku la.

walaupun ada ketika air mata menitis..
tapi aku cepat2 menadahkan tangan..
kerana aku masih lagi ada kehidupan yang baik..
kerana di luar sana..
masih ramai lagi mereka yang merintih..
mengenangkan naseb.

hidup ini indah kan......ada bahagia..ada derita, ada suka...ada duka.






Halaman Rumah Baru...

Background baru....
bosan dengan background lama...
tak cantik????
apa????....tak kisah pun.
yang penting aku berjaya menukar laman rumah aku pada laman yang baru.
target 1 jam untuk siapkan.
berjaya!!!.

hari ni open house ministry ni..
nak pakai baju raya dah tak muat kat perut...
tak boleh nak pin.
so, pakai baju biasa2 jer...
yang penting aku leh beraya..
makan sodap222...pastu silap2 baju ni pun takleh nak pin.
takper...janji konyang.

Monday, September 12, 2011

Hantu Bonceng



sejak 2 menjak ni..aku tiba2 jadi penggemar movie. asik2 nak tengok movie...tak cukup dengan kawan2...dengan anak2 aku heret sekali.

hari ni...aku nengok citer 'hantu bonceng'. jangn ditanya pukul berapa....sebab pukul itu adalah rahasia. hahahaha. plan nak tengok citer ni dah lama dalam kepala hotak ni...tapi asik tetangguh. minggu lepas 2 kali aku gi nengok citer 'the smurf'. sekali dengan anak2..sekali lagi dengan kengkawan. kali ke dua tu...pas habis hotdog dengan popcorn aku telan...aku belasah tidoq. yang paling best time bulan puasa dulu....tengok citer 'final destination 5'....ada plak sang tikus pi gigit kaki aku. tersentap aku. takut!!!ingatkan toyol. kena pulak betol2 dekat ibu jari kaki. aku syak tikus la...sebab masa tu, sumer orang puasa...tak makan. aku sorang jer bawa bekal hotdog masuk dalam hall tu. mesti tikus tu jeles dengan aku. tapi tak tau la kot2 toyol disiang hari....seraaaammmmm!!!


SINOPSIS
Mengisahkan Amran(Johan) seorang budak Delivery yang sering terlibat dengan perlumbaan motor Drag secara haram. Cerita bermula apabila Amran memenangi satu perlumbaan drag haram dan di beri habuan seorang bohsia (Maya). Bohsia itu telah membonceng motor Amran untuk di bawa ke port. Malang tidak berbau apabila motor Amran telah dilanggar lori semasa keluar simpang.

Bohsia itu mati ditempat kejadian dan Amran telah dikejarkan ke hospital. Hidup Amran mula berubah selepas kejadian tersebut. Setiap malam Amran akan dihantui oleh Bohsia itu. Amran tension dan meminta bantuan kawan karibnya Kunyit. Mereka bersama telah berikhtiar dengan pelbagai cara untuk menghapuskan badi Amran itu. Tanpa mereka sedari, mereka mula menjadi baik dan mula menghargai kehidupan mereka dan tidak lagi terjebat dengan aktiviti yang tidak sihat itu.

bagi aku citer ni boleh la dibagi 3/5 bintang. setakat nak gelak2 time tensen tu bolehlah. paling best dialog2 dalam filem ni....time zahid cakap "asik2 aku je kena handle mat rempit, ntah apa la dosa aku masa belajar dulu".....teringat time aku belajar.....meniru assignment...tu yang bile keje selalu susah tu...balasannnnnnn!.

tapi ada orang cakap citer ni persendakan agama islam. ada la sesetengah part tu aku rasa tak logik jugak. tapi dah nama citer kan?????......cer citer cer citer jer ler....mana leh nampak perfect. aku rasa takder satu pun citer hantu kat mesia ni yang betul2 ikut islam...semua main tarammm ja. sampai ke tahyul pun ada. cuma citer ni lebih pada lawak la...takder ler seriesss2.

komen dari seorang penonton...aku cilok dari abang nara...

"citer ni banyak hina agama islam..wat lawak x beringat..main-main ngan azan..g masjid pakai baju death note yg ade lambang salib tu..ada scene mengucap xhabis..agak2 la wat lawak pown..aku terasa ngan citer ni..sal x sensitif ngan agama ISLAM,tambah2 lagi pelakon dan pengarah nya org ISLAM…ada ke bogel depan hantu kalu jumpe..ni tahyul ****w name nya..org baca la ayat kursi ke hape..nt jawab la esok2 kat akhirat…time tu baru tau lawak ke x.."

setiap orang leh bagi pendapat kan...kita kan negara demokrasi. nak buat filem nak stadi tekak semua orang pun payah lah...cam aku jugaklah..nak buat sistem nak kaji keperluan pengguna satu dunia ni susahlah....so, amik jer mana patut. yang baik kita ikut...yang buruk jadikan sempadan. kalau tak tengok yang buruk...kita tak kan tau nak menghargai yang baik...betul tak???..

ok...chow dulu. mau siapkan paperwork. esok ada miting..pagi n petang.



Friday, September 09, 2011

Rasa Kosong....(Gimik!!)


Salam semua..

Dah lama tak menghapdet blog. takder mood sebenarnya. cerita dan gambar banyak...tapi mood tak banyak..makin berkurang..berkurang...dan berkurang.

huhuhuhu....pesal lately ni rasa kosong jer...walau perut berisi. tapi kepala rasa kosong jer...jiwa???? hurrrmmmm ntahlah...kadang2 ok..kadang2 ko. tapi maintain happy. ni yang aku pelik ni. sedih pun aku happy...kalau happy lagiklah happy.

sedar tak sedar dah 12 weeks dah baby dalam perut aku ni. kadang2 terlupa plak aku mengandung...selamba jer aku berlari naik tangga turun tangga. agaknya sebab anak ke 3 kot. ataupun dah lama tak beranak. anak bongsu pun dah 4 tahun....tahun depan 5 tahun baru lah dia dapat adik. manja tak habis2 lagik. pening kepala aku.

loya2 muntah2 tu tak teruk sangat. janji aku makan. kalo perut kosong mulalah nak pitam. hahahah....alasan masa bulan posa. sekarang makan macam biasa....bahkan terlebih2 pulak. amik kesempatan..kalo dulu aku ni pendiet orangnya...sekarang tidak lagik!!!...main bedal nasik jer. gemoookkk???!!! oh..aku tidak takut lagik. lepas ni aku akan diet berhabis2an.

insyaAllah...inilah kehamilan terakhir aku...dah memang tak boleh dah lepas ni. had kelahiran 3 orang ja...so, kali ni..kena butui2 jaga dan butui2 beranak.



ni la permata hati aku setakat hari ni....pada korang2 yang boleh beranak reramai...beranak la selagi boleh. kang menyesal. jagala anak2 korang baik222.....macam aku....rezeki aku sampai 3 jer. asalnya, bila mengenangkan pengalaman2 beranak aku yang lepas...rasa takut nak beranak lagi. tapi bila fikir2kan balik..buat apa aku nak takut...ajal maut ditangan tuhan. aku taknak menyesal nanti...dah tua dok fikir, pesal aku tak beranak lagik. so, aku amiklah peluang sekali lagi yang tuhan bagi ni sebagai penutup.

eh222!!!! kata takder mood...tapi panjang plak yer...so aku tutup kat sini dulu..kang ada mood nak gak aku upload gambar raya kami. raya tak serupa raya.

Friday, September 02, 2011

Selamat Hari Raya


Selamat hari raya uollsssss....

Raya kali ni amat memenatkan..

Penat atas jalan...

Dari kl sampai ker jb...petang raya pertama balik kl semula...tido. pagi esok bertolak balik ke ayer hitam..kedah.

Jalan dah start jem. Dalam 9 jam jugak baru sampai. Letih. Sakit tengkuk...sakit kepala...sakit pinggang. Nasib baik naik nazaria. Selesa anak2 kat belakang. Pasang cd...baringkan kerusi..tido la diorang.

Sampai kat kedah...lepak kat umah ja. Nak berjalan2 pun malas. Penat tak ilang lagik. Esok nak bergerak pulak balik seri kembangan. Taktau la berapa jam pulak aku akan tersadai kat jalan raya. Semalam kakak aku dah balik.  Kol 6pm brtolak, kol 3am sampai. Esok aku dapat bayangkan macammana...

Hari ni tinggal sehari jer lagik kat kampung. Nak xnak aku nak kena beraya umah sedara mara dekat2 ni. Kang orang kata sombong plak nanti....

Location : Address not available
Posted via Android

Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...