Thursday, October 06, 2011

Bicara Hati Luka

Tiada lagi indah..
Selain dari siksa dan gundah..
Ibarat patah sayapku..
Terbang jua mencari arah..
Moga kan ketemu bahagia..
Biarpun hati luka bernanah..

Ku kutip sisa-sisa janji..
Yang kau lemparkan..
Biarpun pedih..
Ku terima jua..
Tetap bersarang di mindaku..
Bagaimana bisa kau begini..
Menyulam manik-manik..
Dari airmataku..
Untuk kalungan..
Buah hatimu..

Mampukah mengerti kekasih?
Betapa cinta rumah igloomu..
Nyaman dan cantik..
Nun jauh di kutub sana..
Namun andainya di pindahkan ke arabia..
Ia kan mencair dan hilang sekelip mata..
Tatkala mentari memancarkan cahaya..


aku hanya mampu menemani..kala temanku menitiskan air mata di hadapanku..kerna cinta. dan aku hanya mampu tuk mengatakan...

"saat ini hanya kekuatan jiwa mampu membuatkan ko bahagia...dan anggaplah dia hanya pinjaman dari Allah...dan boleh diambil balik bila2 masa Dia suka"

sungguh aku tidak berada ditempat sahabatku...tapi pengalaman banyak mengajar aku untuk menjadi wanita yang tabah. dan sahabatku....ko harus lebih tabah untuk menghadapi erti kehilangan...kerana ketabahan dan kasabaran seorang wanita boleh mencairkan kekerasan hati lelaki....bukan lagi air mata.




Mood Berangan!!





ini aina....4 tahun....


ini plak ain...7 tahun...

selalu orang akan tegur diorang ni....muka lain ya kak..sorang rambut kerinting..sorang lagi lurus. sorang mata bulat...sorang lagi mata sepet...

jawapan aku mudah jer...





nak seropa tak???? ada la iras sket2...adik ikut saya....pendek...boolat.


kakak ikut bapanya...



senang kan????
so, adil...

yang no tiga ni...kalau tak ikut aku..ikut la

kalo pompuan...

dan

kalo lelaki...


mood berangan.......hahahahah


ikut sapa pun ok...yang penting sihat dan sempurna.
amin..............

Isteri Solehah???!!!!

ADA yang bertanya, bagaimana saya mahu menjadi wanita atau isteri solehah. Adakah perlu warak (kuat beribadat), memakai purdah atau pandai membaca al-Quran?

Wanita solehah ialah mereka yang pandai menghibur dan melayan suami dengan mempersembahkan segala kemesraan, kemanjaan dan cinta sepenuh hati sehingga suami sentiasa rindukan dirinya malah tidak mahu berpisah walaupun sekejap.

Bukan perkara yang susah mahu menjadi wanita solehah. Hanya dengan senyuman yang manis dan menambat hati suami, mereka boleh menduduki carta itu.

Ada yang berkata senyuman isteri yang dilakukan dengan ikhlas semata-mata untuk suami lebih baik daripada menggunakan produk alat solek jenama mahal yang berharga ratusan ringgit.

Pandangan yang mesra dan lembut ibarat celak yang paling indah menghiasai sepasang matanya. Kelembutan dan kehalusannya berbicara seperti pakaian yang paling cantik dipakainya.

Suami mana akan memandang ke belakang apabila isterinya sentiasa harum dan bersih. Malah, aroma itu pasti memikat selera suami untuk sentiasa berada di samping isteri daripada berborak bersama rakan di kedai kopi.

Berapa ramai isteri yang memberikan senyuman manis, pandangan yang mesra dan lembut serta wajah yang berseri-seri ketika mengiringi suami keluar rumah atau menyambut kepulangannya di muka pintu.

Rasululullah s.a.w pernah bersabda bahawa isteri solehah ialah yang menggembirakan suaminya apabila suami melihat kepadanya.

Bayangkan suami yang pulang dalam keadaan letih kerana beban tugas di pejabat ditambah kesesakan jalan raya, isteri yang menyambut di muka pintu menguntum senyuman, wajah yang dihiasi cantik, menolong membawa beg, membuka sarung kaki dan menyediakan minuman untuk menghilangkan dahaga. (betul ker letih di pejabat????)

Memang sukar mencari ciri-ciri wanita sedemikian kerana kebanyakan isteri terutama yang bekerja terlalu terbawa-bawa perangai mereka di pejabat sehingga suami tidak diberi perhatian. Akhirnya, suami jemu dan sengaja balik lewat ke rumah.

Kadangkala kita tertanya-tanya mengapa sesetengah lelaki suka mencari pelacur untuk memuaskan nafsu. Tidakkah mereka takut dengan hukum Allah dan risiko jangkitan penyakit yang boleh mereka dapat.

Sebenarnya, sesetengah lelaki gemar mencari perempuan lacur kerana mereka mendapat layanan kelas satu ketika bersama wanita berkenaan. Mereka tidak mendapatnya ketika di rumah apatah lagi isteri yang terlalu sibuk dengan kerja sehingga mengabai nafkah batin kepada suami. (cer pelacur tu jadi isteri????..kalo nak istri layan macam pelacur kena la sediakan 4 bibik kat rumah....baru istri leh fokus untuk tuuuutttttttttt!!!!!!...pastu pelacur tu solat ker????..kalo suami sanggup tanggung dosa leh la...)

Mungkin ada yang berkata, wanita lacur memberi layanan kelas satu kerana mereka dibayar atau mendapat tip.

Adakah isteri juga mahu suami memberi bayaran kepada mereka semata-mata untuk mendapatkan layanan kelas satu? Jika isteri mempunyai pandangan sedemikian, jangan melenting jika dikatakan mereka juga sama dengan pelacur. (no..!!!! cuma minta suami jujur dan setia jer....senang kan???? pahala pun dapat kat suami)

Layanan isteri kepada suami tidak perlu kepada unsur kewangan. Sebagai ketua rumah tangga, suami perlu menyediakan keperluan kepada isteri termasuk makan minum, pakaian, perhiasan dan belanja isteri.

Jika perkara ini dilaksanakan, apa alasan isteri untuk tidak memberi layanan kelas satu kepada suami. (eheemmmmm....tapi istri pun sumbangkan duit juga untuk rumahtangga...so, apa alasan suami pulak???)

Beruntung isteri yang tahu melayan dan menghiburkan suami kerana selain mendapat kenikmatan, mereka juga mendapat ganjaran pahala daripada Allah.

Isteri yang sengaja enggan melayan nafsu suami akan dilaknat malaikat kerana tidak menunaikan tanggungjawab sebagai suri rumah tangga. (macammana kalo suami tidak melayan nafsu isteri....tapi melayan nafsu orang lain/sendiri??? aku baca tak berdosa...kalo isteri tak melayan jika suami tak minta..betul ker????)

Kajian mendapati suami yang mendapat belaian dan kasih sayang isterinya akan cemerlang di tempat kerja dan masyarakat. Mereka tidak memerlukan apa-apa lagi melainkan isteri di sisi.

Mungkin ramai yang tidak percaya bahawa semangat suami lebih tinggi jika mendapat kasih sayang isteri. Suami manusia biasa, walaupun segagah atau segarang mana mereka, jika dimanja atau dibelai, mereka ibarat harimau jinak.

Justeru, isteri perlu mempunyai teknik atau kaedah untuk memikat suami, bukan semata-mata wajah yang jelita atau harta yang banyak.

Bayangkan ketika kecil, anak mendapat perhatian dan kemanjaan ibu bapa, tentu anak membesar menjadi manusia yang baik. Tetapi jika tiada kasih sayang ibu bapa, anak pasti membesar sebagai manusia yang tidak terkawal.

Oleh itu, isteri perlu faham, walau setinggi mana pangkat, kedudukan, harta dan darjat mereka, jangan lupa memberi kasih sayang dan kemanjaan kepada suami. Senyuman, kemanjaan, pakaian dan haruman adalah senjata untuk memancing manusia bernama lelaki.

sumber : HMetro

Zaman sekarang...wanita solehah belum tentu boleh menjamin suami bahagia dengan kita. kalu dah nama lelaki....tetap lelaki. tak caya....cer tengok Tahajjud Cinta.....bahagiakah????? mungkin luaran tetapi dalaman..siapa tahu????

kadang 2 aku pelik gak...macammana kalo suami ada 4 anak....orang gaji tak disediakan....isteri bekerja untuk membantu suami yang kadang2 mampu kadang2 tidak...suami pulak balik rumah landing depan tv..tengok tv..makan berhidang...pastu tinggal camtu jer...pastu layan hp...
nak salahkan isteri ker kalo isteri takde masa nak bermanja2...kalo anak istri jaga, rumah isteri kemas, makan isteri sedia..baju istri lipat/iron???
mana pulak peranan suami??? pegi keje jer ker...

bukankan tugas istri hanya melayan suami dan MENGURUS rumahtangga...
MENGURUS bukan buat kerja....mesti ada pekerja bawahan. kalo buat kerja...sumbangan ikhlas la tu. so, tidakkah suami tu kena bertimbangrasa untuk membantu isteri....kalo dia mahu dilayan seperti raja...isteri pun nak juga seperti permaisuri. isteri dengan ikhlas membantu suami...dari sumber kewangan...so, suami pula kena juga bantu isteri dari sumber tenaga kerja. adil la kan?????!!!!!!!

memang la pelacur tu layan kelas 1...tapi cuba lelaki amik pelacur tu jadi isteri...dah ada anak222....dengan suami yang malas nak membantu...kelas 1 jadi tak ber'kelas' la lepas tu.

memang kita wajib taatkan suami..tapi bukankah sebaik2 manusia/lelaki adalah orang yang berbuat baik dengan keluarganya. bukan lelaki yang mencari layanan luar jika tidak berpuas hati dengan isteri sendiri. dalam islam kan dah diajar cara2 menegur isteri...ikut langkah dulu..kalo rasa tak boleh nak dibentuk..lepaskan cara baik. bukan dengan cara pergi makan luar... dosa pun dapat dengan maksiat...hati istri pun sakit. hati ada puasss?????????...puas sekejap jer kan???? pastu...meraung tak berenti2.

aku no komen...sebab aku ni bukan solehah sangat pun....baru nak blaja2 menyolehkan diri sendre....tapi aku cukup pantang tok nenek kalo orang lelaki macam ni....kalo salah sila tegur...bukan treeettt treeeettt treeeettt kat luar...okeeeyyyy!!!!!!!!....

hidup kita bukan lama kan??? kita ada keturunan ada zuriat...kalo kita buat kat orang...esok2 kalao kita tak kena....keturunan kita kena...atau keturunan kita mewarisi bakat melukakan hati orang dari kita...nak kerrrrr????????

p/s : ober plak hari ni....

Wednesday, October 05, 2011

C-SecT




p
aku tengah menghitung hari...
lagi hampir 5 bulan...
sungguh takut...
nak beranak cara c-sect
walau dah berpengalaman 2 kali..
tapi c-sect amatlah ngeri...
rasa cam nak mati.

tapi bila dipiki2kan...
mati beranak ni mati syahid..
aku redha ja la..(ober kan???)
yang penting sebelum mati leh tengok muka anak...
hahaha

takmo cakap banyak2222...
aku seriau...orang potong2 peroot ni..


p/s : pas ni ikat tros la...

Tuesday, October 04, 2011

BiziBody


tajuk hari ini adalah busy body..
apa makna bizibodi murid????
bukan yg kuruskan badan tu ya...
tapi yang set2 kuruskan pahala tu..
itulah bizibodi tak bertauliah..
ngok ngek btol..

aku heran gak..pesal kena ada sang bizibodi kat opis aku ni...
kenapa sibuk2 nak jaga tepi kain orang..
sibuk nak amik tahu hal orang..
sibuk nak cari pasal dengan orang...
sibuk nak cari keburukan orang..
pelik2222..
aku tak kaco hal ngko...sila ngko jangan kaco hal aku..
walau aku tahu perangai ngko..
dan aku dah disuruh berhati2 dengan ngko...tapi aku masih terima ngko sebagai kawan aku..
so, jangan nak cari pasal okeeesss!!!!!!!

sebenarnya orang yang pendengki ni adalah orang penjeles...
jeles la tu.....
so, orang2 jeles macam tu kita kena abaikan jer..
dah peel dia camtu...nak buat camno kan???
redha jer la
harap2 dia berubah lah nanti..
nak cari perhatian..nak dapat publisiti...nak cari glamer..
bukan dengan cara jatuhkan orang lain...
berdiri la dengan kaki sendre..
jauhkan kontrobasi..

mulai hari ni kena berhati2...
musuh dalam karpet bawah meja aku ni banyak...
tunggu jer nak taburkan habuk2 kat periuk nasik aku..
tunggu!!!!!
orang camni kan leh hidup senang...
nak hidup senang camner kan??? kalo hati dah itam.


p/s : harap2 aku tak jadi macam tu....nak kipas2 bos. baik aku kipas diri aku sendre.

Monday, October 03, 2011

Hari Ini

arggghhhh..sakit kepalaku hari ni..
mula2 nak kena siapkan kronology sistem tuuutttttt!!!!!!
nak tergedik2 hari ni...
ok...by the time b4 lunch aku dah siapkan dan emel...
walaupun kol 10.00am sampai 12.00pm aku kena gi miting...
tapi aku pulun siapkan demi tugas (wueeekkk!!)..
padahal takut kena pancung...itu sebenarnya.

after lunch...dapat emel puaka lagik..
kena siapkan laporan pegi miting pagi tadi..
banyak cikadak sungguh...
maka siaplah aku laporan tu...b4 kol 4.00pm...
emel...zasssssssss..sepantas kilat.

pastu dapat call..
sekarang juga u emel pada si polan...
setup date for miting dotdotdot...
sekarang JUGAK!!!
see....how aku bosan..
last2 sekarang aku update crita criti..
emel...pasni..lepas asar..dapat ilham lebih sket..
baru leh karang ayat dengan ikhlas...suci murni.

then...perbualan ala2 hangin ribut taupan
bos : kertas cadangan tu bila nak siap?? dah lama tak siap2 lagik???
aku : dah siap..pindaan yang dibincangkan telah dimasukan(ayat skima...penuh getaran -takut)
eh!!!!...saya bukan buat itu jer...banyak lagik kertas nak kena siapkan.(aku menjawab dalam hati)
bos : design dah siap????
aku saya tunggu bos chow dulu baru saya buat design dengan tenang(juga jawapan dalam hati)
ikut jadual pertengahan oktober...-(padahal minggu first oktober dah kena siap..mati ler aku)
bos : ok la kalo camtu..


aku stop dulu...solat...pastu nak siapkan emel.

bye...

p/s : harap2 gaji naikler....penat dah aku ni..macam keje kat swasta.

Kenapa Wanita Sering Menangis????

“Ya اَللّÙ‡ُ, mengapa wanita sering menangis?

Jwbnya: Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakan ia sbg makhluk istimewa,
KU kuatkan bahunya utk menjaga anak2nya,
KU lembutkan hatinya utk memberi rasa aman,
KU kuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia,
KU teguhkan peribadinya utk terus berjuang saat yg lain menyerah,
KU beri dia naluri utk mencintai anak2 dlm keadaan apapun,
KU kuatkan batinnya utk ttp menyayangi walau dikhianati oleh teman,
walau disakiti oleh “orang” yang ia sayangi
Wanita mahluk kuat,
tapi jika satu saat dia menangis itu kerana KU beri dia air mata utk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

“WANITA itu ISTIMEWA” ♥

Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...