Tuesday, June 19, 2012

Perasaan 'ITU'



Ammar dah melangkah setapak kedepan. Alhamdulillah...

Masih ingat lagi saat ammar dimasukkan ke wad ar raihan...pusrawi gara2 acute bronchitis.

Masih terngiang2 bila doktor mengarahkan supaya ammar diberi bantuan pernafasan...

masih aku ingat lagi saat2 muka ammar biru tatkala nafasnya terhenti sebelum ditepuk belakangnya dengan kuat oleh doktor.

Masih aku ingat...aku menahan kereta orang ditepi jalan pada tengahmlm...waktu hujan renyai...kala kereta aku rosak sambil mengendong ammar untuk ke hospital.




Ammar...saat dia bertarung untuk bernafas...



Saat ini ammar tidak mampu lagi untuk menghisap susu..maka air dan segala ubat2an dimasukkan melalui kakinya.

Aku tahu ramai lagi ibu diluar sana yang merasa apa yang aku rasa...malah ramai yang lebih teruk dari aku...tapi aku telah diberi nikmat untuk merasa perasaan takut kehilangan...ya sungguh takut. Disaat itu hanya kekuatan hati..ketabahan...dan doa yang tak pernah putus padaNya aku lakukan. Semoga anak2 aku...sentiasa dilindungi olehNya.




Wajah ammar yang kembong gara2 air yang dimasukkan ke dalam badannya.



Ammar sekarang. Semoga kau membesar dengan sihat anakku. Cukuplah sekali aku merasa perasaan 'itu'. Semoga aku tidak akan merasainya lagi.




3 orang permata hati...anugerah Tuhan untukku....aku sanggup kehilangan apa sahaja..tapi bukan anak2ku.



P/s : apsal en3 sedey tetiba ni...sambil menatap wajah ammar saat dia sedang nyenyak tido

posted from Bloggeroid

Sunday, June 17, 2012

AinA

Entri di pagi hari buta..

Sedihhh...
Sejak akhir2 ni aku selalu marah2 kat aina..adakala sabar aku hilang dengan karenah dia. Tambah2 lagi sejak kehadiran ammar...dia selalu buat perangai yang menyebabkan suhu otak aku mencecah lava gunung berapi. Kejap2 dicampaknya baju ammar..bantal...disepaknya baju yang aku lipat. Fuhhhh!!!...cair ais kutub utara time tu. Mendidih.

Ada sekali hari tu dia menangis hampir sejam perlahan2. Bila aku tanya baru dia cakap "mama tak sayang adik..mama sayang kakak dengan ammar saja". Rupanya selama ni dia memendam rasa...mungkin diri rasa terpinggir. Dan malam ni aku mengamook lagi kat dia..pasal menangis kol 12 tghmlm. Tensen aku.




Aina...mama minta maaf kalau aina terasa mama tak sayangkan aina. Demi tuhan mama sayang semua anak2 mama...tak lebih dan tak kurang.

Ya...saat aku menaip entri ini..air mata aku berjurai. Tak sangka seorang budak kecil yang cekal hatinya..boleh berfikiran seperti itu. Mungkin jarak umur 5 tahun antara dia dan ammar juga menjadi puncanya. Sedap bermanja tiba2 ada adik.

Teringat aku masa aku kecik2 dulu. Aku ada 3 beradik pompuan...dan aku yang tengah. Aku pun rasa apa yang aina rasa sekarang. Tapi bila besar...aku tahu...anak yang tengah ni kadang2 kena berkorban. Rasa terpinggir dan kurang perhatian tu memang ada. Tapi mak kita tetap sayang semuanya...cuma hendak beri perhatian serentak tu yang susah.

Bila tengok dia tido sekarang ni...rasa sedih makin meluap2. Patutlah dia makin kurus kebelakangan ni...makan hati berulam jantung rupanya.

Mulai esok..aku kena banyak bersabar...walaupun tercabar.

posted from Bloggeroid

Saturday, June 16, 2012

Almari untuk My Little Hero

Dolu2 masa ain dengan aina aku tak beli almari apa2 pun untuk simpan baju diorang. Cuma sebelum berwanak aku suh en somi belikan toyogo kat giant..yang kalerful untuk sumbat baju diorang. Bagi aku..itu dah cukup cantik. Maklumla..masa tu aku menyewa lagik. Nai beli barang banyak2 pun payah jugak kalo nak pindah nanti.

Tapu sejak dah ada umah sendiri ni..aku tak gemarkan lagi beli barang2 macam tu. Sanggup aku simpan duit bagi cukup dan beli almari yang betul2 almari. So..hasilnya





Tadaaaa..inilah almari ammar. Mula2 nak kaler biru..tapi asik biru jer untuk lelaki..so kali ni en somi pilih kaler putih. Nanti tempek2 la apa yang patut bagi nampak jantan.





Setakat ni...cuma ini sajalah baju2 ammar..Aku x beli banyak pun. Beli sikit2 jer...kang beli banyak2 tak terpakai pulak.





Yang sebelah ni aku letak pampers dengan barang2 yang taknak dipakai. Sementara ni kosong lagi...taktahulah...setahun dua lagik. Kakak2nya pun dah jeles...ammar tak syer almari. Diorang kena syer berdua. Cian diorang.

Bilik ammar nanti..aku tak tahu nak letak tema apa. Kalo boleh taknak letak walpaper katon2 dah. Ingat nak menten kaler putih jer. Pastu terpulang kat dia nak letak apa nanti. Lagipun lambat lagi dia nak tido sendiri. Aina dulu..4 tahun tido bilik sendiri. So ammar 3 tahun aku dah kena ajar. Lagipun anak jantan...tak sesuwaaaiii tido dengan maknya. Nanti mak nak seksi2 payah.

P/s : masih terngiang2 lagi anak sedara aku umo 5 tahun sound
Aku pakai baju tido seksi. Padahal kat umah aku tu.

posted from Bloggeroid

Thursday, June 14, 2012

Sedapnya dia tido

Ammar masih enak dibuai mimpi...dah kol 11 nak oiii. Bangun mandi. Pagi tadi kol 5.45am, ammar bangun poopoo. Dah cuci siap semua...nyusu...tido balik. Aku turun bawah..masak mee goreng untuk sarapan anak2 dan hubby..merangkap bekal ke sekolah. Ammar tido lagi. Dah siap semua keje...kol 10 ammar bangun..nyusu. sekali tengah nyusu..dia tido lagi sampai sekarang.




Penangan malam2 jer taknak tido. Aku dah tersengguk ngantuk..dia ajak deting lagik. Kol 2am kol 3am baru nak pejam mata. Kan dah bertukar waktu siang malam. Sekarang ok lagik aku cuti...nanti naik keje..camna la gamaknya. Dah la diskasyen dan miting tak henti2. Tu tak masuk panggilan pulau lagik. Lebam mata mak ko ni nak oiiii.

posted from Bloggeroid

Monday, June 11, 2012

Training bermula hari ini...

Salam semua...salam pagi senin. Gumbiranya sebab aku masih bercuti dengan riang ria. Korang2 mesti meleleh jer kan nak gi keje hari senin...ater mandei blues. Huhuhu

Hari ni semangat baru...azam baru.nak train si ammar memulakan kehidupan persekolahan. so...pagi2 lagi aku dah standby semua. Basuh baju..mop lantai...sapu sampah...lipat kain..masak. Konon2...kol 9 dah nak kejut dia mandi...sekali ko..tidonya masih ternganga lagik. Tak sampai ati lak nak kejutkan. Kang nak tido balik bukannyasenang.

Lagi 2 minggu aku dah kena ajar dia gi sekolah. Cian dia. Kadang2 rasa nak jadi surirumah sepenuh masa. Nak besarkan anak sendiri. Tapi yer ler....sayang plak nak tinggalkan kija aku ni. Sapa nak bagi gaji riban2. bila memandang masa depan..baik aku kija. Mana tau kan naseb kita nanti. At least ada sumber kewangan yang mencukupi untuk menanggung kehidupan kita sendiri. Fikir anak memang rasa nak berenti keje..tapi bila fikir2 40 kali...demi anak2la kita kena keje. Kang apa2 jadi...sapa nak bela kita kan???...len la ko ada bisnes sendiri. Leh la jadikan sandaran menumpang senang. Aku plan nak buka bisnes la...tp apa yang best sekarang ni...nak buka butik melambak dah...nak buke kedai makan...mcm ler ko terer masak kan...nak buka franchais smart skul....tu best gak tu...dalam pertimbangan sekarang ni. Nanti aku survey apa yang diperlukan...

3 bulan kat umah....rasa badan makin lemau. Nak kata x kija...buat kija jugak. Aku la maid...isteri..ibu. Patutnya dah kuruih la jugak. Ni baru turun 13kilo sejak beranak hari tu. Lagi 6kg mau turun...mampus. Tapi aku yakin aku mesti boleh. Langkah pertama isi air kosong 2 liter dan sila habiskan dalam sehari ni....pastu malam kang tambah lagi 1 liter. Giler kembong air aku pas ni.





Seperti ini. kalau mak aku tengok mesti kena marah. Orang tua2 kan pantang kalo minum air banyak pas beranak. Tapi demi keseeehatan diri..aku langgaripantang itu.




Ammar masih enak dibuai mimpi. Dah ko. 9.30 dah nak oooiii. Bangun la. Rosak azam mak ko ni nanti. Jom bangun prektis skul.

Oklah...aku nak kejutkan ammar...mandi..bagi susu dalam botol..pastu tidurkan dia balik. Atas tilam. No buai2. Prektis mek perfek. Harap2 berjaya hari ni. Pastu aku nak tido...sebab malam tadi tido kol 3 pg...gara2 ammar ajak deting pagi2 buta. Kang dah stat keje...jangan harap nak leh tido.

P/s: patutnya hari ni dah naik keje....3 bulan dah. Tapi naseb baik..syukur...cuti sebulan disambungkan lagik. Tinggal la 29 hari cuti aku tahun ni. Harap2 cukup untuk menampung hidup aku sampai ujung tahun ni.

posted from Bloggeroid

Wednesday, June 06, 2012

Teknologi baik ker buruk

Kecanggihan teknologi membuatkan manusia hidup dalam dunia masing2
Contohnya



Ain sibuk dengan galaxy y nya...




Aina pun sama dengan galaxy y nya....sambil menyumbat botol susu dalam mulut

Tapi bila ada masalah dan perlu perbincangan...mereka akan bermusyawarah dengan baik





Betolla..aku rasa tak wajar teknologi begini di dedahkan kepada mereka seawal usia ini.
Takmacam aku dulu..main batu seremban..main galah panjang...tuju pot..tuju kasut..
Sekarang badan dah makin berlemak..jari pula makin runcing.
Naseb baik aku dah lockkan tab aku ni...
Kalo tak asik utube jer..
Bahaya
aku pula menghapdet blog sambil mendodoikan si ammar.

P/S :tutup tab...jom anak2 kita main masak2.

posted from Bloggeroid

Grand lexis

Percutian yang dirancang sekelip mata...book 2 haru sebelum..pastu terus pegi...



Kami sampai dalam kol 3pm...checkin terus masuk bilik. Grand pool villa..memang marbeles. Sampai saja..ain dan aina dah londeh baju..terjun kolam. Kebetulan laki aku demam...jadi takder ler lunch. So aku amik room serbis. Sepinggan kuew teow, sepinggan mee goreng...dan sepinggan nasi goreng..rei.ga rm77. Makan jer ler....aku belanja dengan duit poket yang laki aku bagi semalamnya. Hahah.




Orang di dalam bungkusan selimut adalah orang yang sedang demam. Sesi mengambil gambar agak terhad kerana ada bungkusan itu.





Kolam renang yang tenang sebelum dikocakkan oleh anak2 aku.





Sesi mendugong sedang berlangsung





Sinki aku memandikan ammar. Agak luas tempat salin pakaian kat situ...selesa.




Gambar bilik yang berkecah.

Takder penceritaan...sebab aku nak cepat...anak aku dah nangis. Tatatitituu

posted from Bloggeroid

Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...