Saturday, June 23, 2012

Bosan Di Petang Sabtu

taraaaaa..babu. dah tukar background..tak cantik kan???takper lenkali naik keje ejas balik.

aku tengah menggodek lappy...si ain pun sama dok menggodek lappy dia..kejap2 minta nak buat akaun fb...kejap2 minta nak buat blog sendiri. sibuk sungguh. budak2 sekarang ni tak boleh didedahkan sangat dengan blog2 cenggini. nanti jadi cam anak sedara aku...baru tingkatan 3 dah pandai segala cintan cintun. aku dok baca status fb dia...sat2...

"i love u"
sat sat
"aku cinta kamu sorang"

pastu status..jap2 tukar in relationship...esok tukar plak single. nampak cam bahagia balik tukar plak in relationship. nasib baik tak jadi married..kalo tak pengsan aku.

ni ain ni...sapa suh aku bagi dia lappy sebijik. dah pandai menggodek gugel...konon2 untuk sekolah. sekarang ni homework bukan main...sumer kena cari kat tenet. pastu nak print pulak. macam2.

nak chow dulu..selamat 3 movie aku donlod...walaupun banyak coobaannya. nak siapkan ammar pulak.

BosaN

aku dah bosan dengan layout blog ni...tapi sesungguhnya aku sudah tidak gheti untuk menggantikan template blog. dah lama tinggal. nak godek makan masa....kang si tecit bangun...blog taksempat siap...tunggang langgang.

Friday, June 22, 2012

Lunch

Menu lunch ni...
^
^
^
^


Dasar pemalas. Nasi kunin, sambal udang, ayam goreng crispy. Makan sampai buncit.

P/s: dinner ni aku nak masak apa la pulak...jom gugel cari idea.

posted from Bloggeroid

Kesah Seorang Budak Tecit

Lagi 17 hari...
Berdegup jantung...minggu depan dah kena start hantar ammar ke nuseri. Lagi 19 hari...aku secara rasminya akan berjaya menjadi ibu yang menyusukan anak secara eksklusif selama 4 bulan. Ya...berjaya akhirnya.



Ini hasil perahan pagi ni. Separuh aka 3.5oz dah selamat masuk peti..selebihnya dah masuk ke prot ammar.




Ebm ammar..dah tinggal sikit. Ada yang aku dah buang. Contohnya cam yang dah dua bulan tu aku dah buang...ada skali tu aku rendam dan bau...pelik semacam jer. Yang ada sekarang ni semua bulan 6 punya. Bulan 5 ammar dah berjaya habiskan untuk sesi training minum di dalam botol. Sekarang dalam usaha untuk menggantikan balik ebm yang dah makin berkurang tu.



Gaya budak nak tido. Segala macam puting aku dah beli..dari pigeon, fiffy, avent, mam dan latest tomme tippie. Semua dia xmo..jarinya jugak yang sedap. Sekarang ni dah tak pakai sarung tangan...lencun dengan air liur dia jer. Pastu tenyeh kat muka sendre...last2 aku togelkan jer tangan tu.

Dari atas tilam..sekarang aku angkat masuk buai...ni yang masih kandas lagik. Kompom cikgu kat nuseri penin pala nanti.

posted from Bloggeroid

Menu Breakfasttt today



Taraaaaa!!!! Simple dan yummy..telur hancusss, sosej dan baked bean.

Sekarang ni aku dah start gugel cari resepi breakfast paling ringkas dan pantas...dan salah satu hasilnya adalah seperti di atas.

Sebelum ni aku asik buat mee goreng, nasi lemak, meehun goreng, cekodok, nasi goreng so, kali ni tukar selera plak. Nak ajar anak2 aku makan makanan yang ringkas dan tak berat sangat pagi2. Tapi ada sorang tu tekak melayu...tak leh nak telan. Nak cari mee goreng gak pagi2.

Alhamdulillah..ain makan 3 keping roti, aina 1 keping. Cukuplah bekalan perut sementara tunggu waktu rehat kat sekolah. Dah start praktis...nanti aku dah start keje...pagi2 kalut.

posted from Bloggeroid

Wednesday, June 20, 2012

Menu Hari Ini

Hari ni hari malas masak. So, inilah hasilnya. Cukuplah untuk anak2 aku lunch balik sekolah ni.


Menu : kari ayam bodos, sawi, sotong goreng tomyam, cili kicap.

Setel.

Menu aku plak : biskut cecah milo...nasi petang2 sket. Kata nak diet kan...haruslahhhh berkorban

posted from Bloggeroid

Menghitung Hari

Lagi berbelas hari lagi aku dah kena naik keje. Berdegup jantung menghitung hari ni...harus bos tengah berdendam dengan aku. Mesti dah berjela2 keje menanti aku..matikkk aku.

So..lagi berbelas hari ni..aku nak pegi bercuti sekali lagi. Kaver siap2 tekanan yang akan dihadapi nanti.

Lagi pening pala bila bab nak menyusu baby nanti. Macammana la nanti aku nak memerah susu...takut takder masa. Miting dah la pagi petang..pastu diskasen.. Pastu lagi sesi luahan perasaan. Jadi gunun kinabalu la nanti nenen aku...

Nanti orang akan cakap..."ala macam die jer sorannngg keje. Pompuan lain pun kejek jugek." nak rasa macammana kami kija..jemputlah berposting ke opis aku ni. Segala miting kena masuk. Dahla tu ada plak giliran mencatit minit mesyuarat. Kalo seminggu satu miting ok jugak..ni boleh jadi 10 miting ko nakkkkkk!!!!. Tu blom lagi presentation english every week ko kena buat. Itu yang aku paling mencikkkk!!!!!. nak prepare jer seminggu tau. Pastu dah cakap kena plak komen..ala2 akademi fantasia. Tensen makkk!!!!

Tapi akhir2 ni aku dah start rindu meja opis aku la..dah rindu kerusi malas aku...dah rindu bunyi ringing tepon...rindu kat kawan2...tapi malas nak jumpa bos. Boleh cenggitu????

P/s: pastu akan bermula la kehidupan aku yang akan menjadi semakin kalut.

posted from Bloggeroid

Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...