Wednesday, December 03, 2014

Pernah....Malaikat Kecil

pernah...
pernah satu ketika aku hidup berteman air mata..
siang dan malam hadirnya tak pernah aku pinta..
di dalam sujud di hadapanNya...
air mata mengalir laju...mohon pertolonganNya

sehinggalah ada satu ketika...suara kecil berkata..
berhentilah menitiskan air mata..
kerana
jika air mata itu bisa merubah segalanya...ia telah lama berubah..
jika air mata itu bisa mengembalikan orang yang kita sayang...ia telah lama kembali
air mata kamu itu terlalu berharga..
simpanlah air mata itu untuk meraih cintaNya
bukan meraih cinta manusia

pernah satu ketika...
aku menyintai lebih dari apa yang aku ada..
hingga aku lupa..
tiada cinta yang lebih mulia..
selain cintaNya..

pernah satu ketika..
aku mengharapkan...bahagia itu kekal selamanya..
pernah aku mendambakan...pelukan itu sepanjang nyawa
mengiringi perjalanan...menemani hingga ke syurga..

pernah aku mengharap..
tapi harapan hanyut ditelan masa

lalu...Tuhan telah mengutuskan aku malaikat kecil..
menemani tidur dan jagaku
menemani siang dan malamku...
menemani suka dan dukaku..

tatkala melihat air mataku merembes laju...
malaikat kecil...menyekanya dengan baju ..
sambil berkata..."jangan nangis mama"
lalu dikucupnya pipi ini berulang kali..
dipeluknya erat...dilaganya pipinya dan pipiku..
sambil berulang kali berkata..."dah dah dah.."

sungguh...malaikat kecil itu lebih memahami..
nilai setitis air mata....
dari kita yang lebih dewasa..
malaikat kecil lebih menghargai erti menyayangi dan disayangi..
dari membiarkan ia pergi..

pernah...aku kehilangan...
tapi digantikan dengan sesuatu yang lebih berharga
malaikat kecil yang masih tidak petah bertutur kata
tapi mengerti dengan renungan mata..
ajaib percaturanMu Tuhanku..









Tuesday, December 02, 2014

Air Mata Seorang Wanita

-Up kembali en3 lama-

Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.

Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.

Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya….

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Tiada lagi rasa egonya,

Lelaki,
jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.

Lelaki,
jika seorang wanita menangis keranamu.
Tolong jangan mempersiakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis di depanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya….

Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?
Fikirkan….
Wanita mana lagi yang akan menangis
dengan murni, penuh rasa sayang,
Di depanmu dan kerana dirimu..

Dia menangis bukan karena dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan
simpati atau rasa kasihan.
Dia menangis,
Kerana menangis dengan diam-diam
sudah tidak mampu bagi dirinya,

Lelaki,
Fikirkanlah tentang hal itu.
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau
lakukan untuknya.

Hanya kau yang tahu jawapannya..
Pertimbangkanlah, kerana suatu hari nanti
Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk mohon ‘MAAF’!!

Monday, December 01, 2014

Cinta Allah vs Cinta Manusia


                               "Cinta kepada Bunga..Cinta akan Layu..
                                Cinta kepada Manusia..Manusia itu akan pergi..
                                Cinta kepada Allah..Cinta itu akan sejati dan Suci"


Cinta?Apa itu cinta?Siapa yang berhak kita berikan cinta itu?

Cinta itu satu perasaan yang tidak dapat kita tolak dari perasaan kita sendiri..Allah ciptakan perasaan cinta itu untuk kita menikmati bahagia dalam kehidupan..Tetapi kadang-kadang ada insan yang telah menyalahgunakan "cinta" untuk manusia yang tidak berhak mendapatkannya..Perasaan cinta itu sangat indah..Lagi indah bila cinta itu di dambakan kepada yang selayaknya.."Cinta kepada Allah SWT..Ia kekal selamanya"

Ada juga insan yang mengatakan bahawa "Cinta itu Buta"..Cinta itu Buta apabila cinta itu di salah ertikan dan di salah tafsir..Untuk remaja cinta itu dikatakan "cinta monyet"..Cinta remaja bak kata orang tua..darah muda..Ramai remaja masa kini telah hanyut arus oleh buaian cinta yang di bisikkan dan godaan syaitan dan akhirnya terlanjur kesan keinginan nafsu yang tiada pendiding iman..Sehingga di dada media akhbar tersebar berita anak luar di lahirkan..ada juga anak luar nikah itu di buang pelbagai tempat seperti di longkang,di tong sampah sehingga di jinjing anjing dan di makan kulit bayi comel itu oleh si tikus yang kelaparan..beginilah bila tidak dapat mengawal nafsu..    "cintailah Allah barulah Allah memberi cinta yang sejati kepada kita"

 "Maka Rasulullah SAW telah bersabda kepada kami, 'sesiapa antara kamu berkemampuan untuk berkahwin, maka kahwinlah, sebab berkahwin itu dapat menyekat pandangan mata dan menjaga kemaluan. Tetapi sesiapa yang tidak berkuasa maka hendaklah dia berpuasa, sebab puasa itu melemahkan keinginan. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Nak mendapat cinta dari Allah? kita hendaklah mendapat cinta dari Allah dahulu barulah kita akan mendapat cinta yang kita ingin..Bagaimana?beribadatlah dengan hati yang ikhlas kepada Allah..Memohon kepada Allah agar di beri jodoh yang beriman dan soleh/solehah..sementara Allah menghantar jodoh untuk kita..kita perlu mempersiapkan diri kita dengan beribadat kepada Allah..menjaga hubungan sesama manusia..Allah akan temukan jodoh untuk kita apabila kita dah bersedia..lalu Allah akan temukan si dia setelah kita berusaha..jodoh tidak datang dengan sendiri tanpa usaha kita..setelah kita berusaha dan bertemu dengan si dia..istikharah dengan pilihan kita..semoga Allah memberi kita petunjuk yang baik..


"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

Renungkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, menyebut "Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda, 'Wanita itu dikahwini kerana empat perkara sebab hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Hendaklah engkau mendapatkan yang kuat agamanya, nescaya selamatlah kedua tanganmu."

Monday, November 17, 2014

Boundaries

Hurmmmmm....

Start hari ni..kena blajar bercakap menyakitkan hati orang pulak...
tak nak dah biar orang bercakap...pastu aku diam tak gheti nak balas..
suka ati jer nak kenakan orang...busan aku dengan orang macam tu.

pesal aku ni tak gheti nak membalas on the dot...??
kena tunggu dua tiga jam...baru aku terpikir..."oooohhh patutnya aku jawab macam ni...."
tu pun..lepas makan hati berulam jantung...baru nak dapat jawapan balas...
giler lembab aku ni...

tapi syukurlah...sekurang2nya aku tak jenis menyiram minyak dalam api..
orang nak marah..kutuk..ngata..hentam..hina...............diam jer la...
pastu aku sejuk sendiri...dah tak rasa apa2 dah.

nak try dok diam kat tempat..
sila jangan kaco aku atau  menempek kat depan aku..
atau nak mai minta tolong aku....nehi kabi nehi..
try to let go..or create boundary between korang2..

bak cakap bos...kena tahu skop keje..
tolong orang tak masuk dalam SKT aku...sila paham sendiri.
kalau rasa korang bagus....buat lah sendiri....tak yah nak cari2 aku...
dah hebat sangat kan...jangan mulut jer hebat...kondem orang sana sini..
pastu tangan tertinggal sebatu kat belakang...termengah2 tangan tu nak mengejar mulut yang dah
terjuih ke depan..

lantak korang lah!!!!!!!!!...
bagus sangat kan....


p/s : mood nak mngajar














Tuesday, November 11, 2014

Sesal Separuh Nyawa

Andai pastinya ku tahu
Takkan aku tinggalkanmu
Namun masih keliru teringat masa lalu

Tetap tiada kulupakan
Indah setiap sentuhan
Cinta yang kau tinggalkan
Kekalnya berdampingan

Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang

Masih terasa nafasmu
Lembut menusuk jiwaku
Dengan dihembus bayu
Membawa khabar rindu

Tapi sulit kuteruskan
Engkau jauh kehadapan
Aku, tabah berjalan sembunyikan harapn
Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang

Separuh nyawamu dihati
Separuh lagi kau bawa pergi
Tiada arah jodoh kita
Tuhan tentu… kannya

Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang

Thursday, November 06, 2014

Adab Mendidik Anak Dalam Islam

Sabda Rasulullah s.a.w.
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”
4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
5) Berikan anak anda pelukan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
16) Luangkanlah masa bersama anak anda di luar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi”

 Sumber:http://myibrah.com

Hanya Engkau Yang Tahu

Meski satu dunia menggelar aku tabah
Hanya Engkau tahu
betapa lemahnya aku

Meski seisi alam mengatakan aku bertuah
Hanya Engkau mengerti
Jerih perih yang ku hadapi.


Jatuh bangunku mengejar hidayah
Tunduk tegakku berlawan fikrah
Kadang taat tidak bersyarat
Kadang degil tidak bertempat.

Aku di depan-Mu
Sentiasa aku
Tidak ada yang palsu
Aku di mata-Mu
Sentiasa itu
Selesa begitu.

Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...