Tuesday, February 24, 2015

Bila Tiada Jodoh, Ucapkan “Kamu bahagia, saya juga pasti akan bahagia”

Ada kalanya, ada orang yang sudah lama bercinta ataupun mengikat tali kasih, akhirnya ternyata tidak ditakdirkan untuk dapat bersama. Pelbagai sebab yang terjadi yang menyebabkan gagalnya melangkah ke pelamin.

Bagi menutup rasa kecewa, seorang daripada mereka mungkin berkata, “Apabila kamu bahagia, aku juga bahagia.”

Tetapi benarkah perkataan itu ikhlas dan murni dari hati, atau sekadar penyedap keadaan? Selalunya mulut berkata kuat, tetapi hati masih tidak dapat menerima.
Dihadapan dia boleh tersenyum ceria, tetapi di rumah dihujani air mata.
Apabila berhadapan keadaan sebegini, teruskan melangkah dan mempersiapkan mental bagi menghadapi kenyataan. Pada awalnya memang sukar.
Tetapi, sekiranya kita terus berusaha sedaya upaya, kita juga berani berkata dengan tulus dan murni dari hati, “Apabila kamu bahagia, saya juga pasti  akan bahagia, Insya Allah.”

Adakah kita berani berkata sebegitu?

Saya percaya, ia bukan soal berani atau tidak, tetapi ia berkenaan cara kita menerima kenyataan. Sekiranya sekadar berkata-kata, semua orang mampu mengungkapkan.
Namun, komitmen dan perjuangan yang luar biasa diperlukan bagi menerima kenyataan dengan ikhlas. Selain itu diperlukan juga keyakinan yang teguh kepada takdir-Nya.
Atas dasar itu, sikap husnuzon atau berbaik sangka kepada-Nya perlu sentiasa tertanam dalam dada.

Semoga Kamu Bahagia, Ucapkan “Barakallahulaka” 

Ini adalah ucapan termanis dan terindah sewaktu kita menghadiri majlis perkahwinannya. Tunjukkan jiwa besar kita dengan mengucapkan Barakallahulaka.
Ia adalah ucapan yang mulia dan penuh dengan doa.
Apabila Uqail bin Abi Thalib berkahwin dengan seorang wanita dari Bani Yasir, Al-Hasan berkata, “Semoga kamu berbahagia dan mendapat ramai anak.”
Uqail menjawab, “Ucapkan sebagaimana Rasulullah s.a.w berdoa, ‘Semoga Allah SWT memberi dan menjadikan kamu bahagia..‘”.
Hadis ini diriwayatkan oleh Nasa’ie. Rasulullah tidak mendoakan mereka mendapat banyak anak, sebaliknya mengucapakan Barakallahulaka – Semoga keberkatan daripada Allah SWT dilimpahkan kepada mereka berdua.
Selepas memberanikan diri dan berkata “Apabila kamu bahagia, aku juga bahagia”, seterusnya adakah kita berani berkata Barakallahulaka?
Sekiranya mampu, pasti lebih baik.
Tetapi sekiranya tidak sanggup dan hati masih belum mampu menerima, usah dipaksa. Usah pula mulut kita berkata barakallahulaka, tetapi air mata berhamburan dipipi setiap masa.
Lisan kita berkata, “Aku bersedia menghadapi realiti”, tetapi hati kita masih menyimpan beban trauma.
Oleh itu sahabatku, berusaha menerima kenyataan dengan penuh kebesaran jiwa, kematangan peribadi dan sikap dewasa.

credit to : akuislam.com

Sunday, February 22, 2015

Kenangan di Sutera Harbour KK



Kenangan di Sutera Harbour KK
Sekretariat AMM Retreat 2015
22-29 Januari 2015















Monday, January 26, 2015

Tuesday, January 20, 2015

Day 20 of 2015

lama tak hapdet blog....
ingatkan dah nak tutup dah blog ni sempena tahun 2015.
macam takde isi2 menarik yang boleh ditulis or diceritakan di sini..
tapi jangan kan nak tulis...nak cari mood untuk tutup blog pun cam takder masa...
sayang plak dengan entri2 lama..kenangan2 lama yang leh dijadikan memori 10 tahun nanti..
kot2 lah umur masih panjang..
anak2 dah remaja masa tu...leh baca balik citer2 pasal depa..

22hb...i olls nak terbang ke sabah..
menyambung perjuangan di sana...
kali ni tinggalkan famili...anak2 kesayangan hamba...
merindu la aku di sana nanti...
dok terbayang ni....nak makan pun nanti mesti tak lalu...or takde selera...
tido mesti tak lena..
tapi tu hanya banyangan....realitinya...
aku pantang dok hotel..terus lupa segala bayangan...yang nampak hanya di depan mata.

start bulan 1 baru ni...
aku macam orang tak keruan dah...
mujur bos amat memahami...takde sangat panggilan pulau.
alhamdulillah...leh wat keje dengan aman dan bertenang..
cuma ada la petir or kilat menyambar sekali dua...
guruh berdentum dentam menhentam telinga...
tapi kita abaikan jer...
yang baik kita cekau...yang buruk kita tepis2.
nak wat camne...work kena smart...baru hebat
hahahaha

hidup baru aku pun baru bermula..
insyaallah...mudah2an sentiasa dilindungi Allah..





Wednesday, December 10, 2014

Busan

hi...
bz lately ni...asik miting memanjang...
curi-curi masa update blog...tu pun sebab otak dah kejung fikirkan kojer dengan peribadi.
hurmmmmm....need time to rest....

but..aku lagi suka keje kot..takde memikir sangat perihal yang tak enak...
biar otak fokus pada keje...kalau boleh...non stop
stop pun solat tido makan
baru aman otak...

baru nak nyaman otak...
ada lak orang pasang lagu aliyah
arrrgggg...ganggu gugat mental betulla
saiko..

suka sangat buat aku merembeskan air mata...
 


  

Friday, December 05, 2014

Satu Hari

Andai pastinya ku tahu
Takkan aku tinggalkanmu
Namun masih keliru teringat masa lalu

Tetap tiada kulupakan
Indah setiap sentuhan
Cinta yang kau tinggalkan
Kekalnya berdampingan

Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang

Masih terasa nafasmu
Lembut menusuk jiwaku
Dengan dihembus bayu
Membawa khabar rindu

Tapi sulit kuteruskan
Engkau jauh kehadapan
Aku, tabah berjalan sembunyikan harapan

Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang

Separuh nyawamu dihati
Separuh lagi kau bawa pergi
Tiada arah jodoh kita
Tuhan tentu… kannya

Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang

tengah melayan cerita SATU HARI.  lagu ni pulak yang jadi OST nyer...adusssssss...mau berjejes pulak air mata aku ni.  tahan..tahan..tahan.  be strong kay!!!.  

adussss tengok pulak si remy menitiskan air mata....ayoyo...cair lak. hero macho ku dah kecundang. 
aku cuba amati lirik lagu tu....mendalam maknanya...
bila tengok video clip aliyah....kisah suami yang menyakiti isterinya sehingga membuatkan isterinya mengambil keputusan meninggalkannya walaupun sayangnya masih kuat didada.  bila tengok citer ni plak...wooowwwww rumit.  baru 2 episod. kita tunggu episod seterusnya.

pengajaran....kalau sayang masih dihati...jangan lepaskan ia pergi.  pegang dengan kuat.  sehingga tiada apa pun yang dapat menariknya kecuali Tuhan. tapi kalau sayang tu telah tiada izinkan dia pergi..mencari bahagianya sendiri.


Wednesday, December 03, 2014

eclipse

Saat diri disayat sedih
Jiwa merintih dan rasa tersisih
Berhentilah menagih kasih

Bahagiamu bukan hanya di situ
Masih terbuka sekian banyak pintu
Alihkan pandangan
Mungkin ada langkah yang perlu kau aturkan

Semanis apa pun rasanya
Manusia akan tetap lupa pada sesuatu
Saat bersatu dengan yang lebih manis dari itu

Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...