Friday, July 01, 2016

New Posting



Assalamualaikum...

baru nak update cerita perpindahan kerja..
30 Mei 2016...dapat surat pemangkuan daripada JPA...dan tertulis di dalamnya tempat baru untuk aku.  rasa berdebar2 masa nak naik stage amik surat dari JPA.  Entah mana2 nanti dicampaknya aku..dalam hati bercampur baur....nak stay???nak pindah???kalau dapat pindah pergi ke mana...kalau stay....aku akan tetap sama. nothing have change.

tapi berat rasa hati...aku kena pindah.  so...sepanjang dalam dewan...hati berdoa2 ..jangan la dihantarnya aku ke area parcel2 sana.  malas nak meredah selautan manusia di situ.

masa naik pentas...terus keluar kat slide Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.  jantung terus berdegup kencang...cam orang bercinta pulak kan. hahahaha. best ker tak?? macammana nanti di sana???  almaklumlah 8 tahun tak bertukar kerja.  selesa sangat dengan tempat lama Kementerian Luar Negeri..orang kata pejam mata pun boleh jalan tanpa langgar dinding..punya lah terer.  2 minggu JPA bagi masa untuk bertenang..siapkan keje yang tertangguh.  Dalam masa dua minggu tu la..macam2 keje menunggu...taklimat dekat user..pembentangan sistem..latihan dalaman...rasa berjujuk.  time tu..pegang laptop..tengok fail tak berkemas...nak kemas fail..tengok keje berlonggok tak siap lagi.  serabut gilo.  serba serbi tak kena. last2 aku tersandar...tengok jer semua.  stress!!

alhamdulillah...dah masuk minggu ke3 aku kat opis baru.   cara kerja baru..environment baru..semangat baru.  tapi rindu masih ada kat tempat keje lama. rindu bunyi telefon berdering2..rindu celoteh kawan-kawan seopis.  rindu nak gelak2 syaiton...rindu nak gaduh dengan bos...rindu nak nakal2..macam-macam lagi la.

kat sini...agak sunyi sepi.  betul2 persekitaran kerajaan.  terus aku jadi orang gomen yang skema. hahahah...silalah gelak.  opsssss...takleh cakap lebih2.  masih baru lagi kan.



hadiah dari my SUB...punyalah aku dengan my SUB macam bermadu...orang cakaplah..ada jer yang tak kena.  kena marah tu perkara biasa.  lari2 dari dia..bila diingatkan balik...hurmmmm..macam budak2 kecik.   hari terakhir jumpa...bersalam berlaga2 pipi.  siap bagi telekung kat aku....nak suruh saya taubat ke bos???hehehe.  apa2pun terima kasih ya bos...
terima kasih tasha kasi hadiah tudung fareeda.  mahal ni tasha oiii.  aku bagi korang hadiah muranh2 ja...mak tak mampu nak oii.
#jangantinggaldaku
tenkiu e zul..kamu kawan yang baik.  aku buli camna pun kamu tetap baik.


Berakhir sudah perkhidmatan aku selama 8 tahun di KLN.  Harap2 sepanjang di sana aku telah memberikan khidmat yang terbaik untuk semua.  Kalau boleh taknak ku tinggalkan secebis pun kenangan yang pahit untuk korang2 di KLN..nak tinggak yang manis2 aja...

Orang kata..setiap yang bermula itu pasti akan berakhir...dunia ni kan sementara.  selagi boleh belajar..cari lah ilmu di mana saja.  wahhh!!! ayat penguat semangat. Padahal dah sweetsweet 17 ni malas nak belajar dah.  

akhir kata...Selamat bertugas ditempat baru untuk diri sendiri..dan selamat menempuh cabaran baru.

Iftar @ Shang Ri La

Alhamdulillah...
tengahari semalam dapat mesej dari seseorang...minta booking mana2 hotel area putrajaya untuk IFTAR.  Dalam kepala terus fikirkan Shang ri la.  terpikat betul dengan hotel tu.  maybe sebab dalam hutan. bertenang ja rasa.  redup rimba...bunyi burung..wahhhh..yang best leh naik buggy...yang tu ammar paling suka.

masa aku call dah penuh shangrila tu...tapi pelik..bila si dia call terus jer ada.  maybe ada orang cancel last minit kot. tu yang tetiba ada jer kosong. rezeki ramadhan kot.  bertambah rezeki bila ada orng belanja..hehehe

meh tengok gambar dulu....tapi tak banyak la pun.  segan i nak amik gambar.
Anak-anak yang bersemangat...baju main belasah ja.  balik sekolah..sampai rumah pukul 5.40..kol 6.10 dah keluar ke shangrila.  kelam kabut

Anak teruna bergambar ala2 orang dewasa.  tersandar macam bos.  tak padan dengan kerusi


Suasana tempat iftar

tempat membakar...segala makanan yang perlu dibakar/panggang di letak kat kawasan luar.  ada kambing..daging..tapi sedih sebab satay takde

pinggan meja kami untuk 1st round. 


kuih muih yang ada.  

tak raya lagi dah ada ketupat lemang rendang bagai.. tapi aku tak amik la pun..takut seri pagi raya hilang.
kos untuk dewasa RM140..kanak2 RM70.  tapi agak merugikan untuk kami sebab anak2 aku tak makan banyak pun.  aina kena sepinggan nasi..dah surrender.  takde 2nd round pun.  Ain jer amik sampai 3rd round.  tu pun sebab nak makan lala saja.

tapi first time aku datang iftar takde satay.  pelik..hotel 5 star takde satay.  nasib baik steak sedap. sama macam ayam panggang yang dipanggang bersama rempah ratus yang cukup...amat menyelerakan.

dah dewasa2 gini...nak makan kat hotel2 buffet bagai ni rasa cam tak sesuai sangat.  nafsu makan dah makin kurang. apakah????!!!!!  kena makan kurma sebiji...air segelas terus rasa kenyang..ok itu tipu. tambah lagi lauk pauk sepinggan...ABC 2 mangkuk.  terus terbelahak kekenyangan. i dah surrender.

sekian cerita iftar semalam.  terima kasih pada orang yang belanja....



Thursday, June 30, 2016

Rumah Baru Saya



Rumah baru...Semangat baru
InsyaAllah..

Mood untuk memblogging kembali semula.  Sejak pindah tempat kerja baru...Opis baru..Gred baru..
alhamdulillah semangat pun kembali baru.

Rumah masih belum siap lagi....Esok2 kita sambung semula.  perlahan-lahan lama-lama siap jugak. tapi biasalah as a system analyst...rasa rimas bila klik sini sana semua tak function.  ada masa i akan setelkan ya.

Macam jugak hidup kita kan....kalau nak perfect serta merta memang satu keajaiban lah...tapi mustahil jugak kan.  yang penting...nawaitu tu tetap ada.  bila2 akan diusahakan secepat mungkin.

InsyaAllah!!

Selamat Berpuasa Semua..
eh..Ramadhan ke berapa ya...
lupa dah



Tuesday, April 19, 2016

Teruskan Melangkah!

Tinggalkan sahaja kenangan dibelakang
jangan dikenang2
yang pahit akan melukakan hatimu
tak perlu!!!
kau tak perlukan semua itu

cukup dengan memandang ke hadapan dan teruslah berjalan
langkahmu kini berlainan
ia langkah seorang manusia yang melalui proses kematangan
ia langkah penuh keyakinan

melangkah sambil sibuk memandang ke belakang hanya melambatkan langkah.  teruskan melihat masa depan dengan mata bundarmu!

Cerita Tentang Luka

percayalah
bukan kau saja
setiap dari kita terluka
barangkali luka hatiku lebih parah dari apa yang mengoyak hatimu
barangkali luka hatinya lebih dalam dari apa yang sedang kau pendam
tidak perlu engkau dakwa dakwi kononnya engkau yang paling sakit
lukamu paling perit
atau nafasmu paling sempit
tidak perlu!
saat engkau sibuk meratapi nasib sendiri
jangan pernah lupa orang lain juga makan hati
bahkan demi hidup
ada yang terpaksa menagih simpati
barangkali engkau tidak tahu
ada yang diam2 terluka dengan tingkahmu
ada yang memendam seribu rasa lalu mengharap keadilan pada saat perhitungan di hari pembalasan
engkau?!!
masih tidak jemu merafak keluhan
sudahlah.
malu mahu mengaku hamba jika masih menuntut sempurna
malu mahu mengaku tabah jika lisan terus basah dengan keluh kesah
sungguh
malulah dengan ALLAH!

Hanya Dari Dia!

Kebahagian kita bukan terletak pada pasangan
bukan pada anak-anak yang dilahirkan
tapi pada tuhan
pada rasa dikasihi walau seribu kali kita dikhianati
pada rasa selamat walau sejuta kali kita tersesat
pada tawaran pengampunan walau bergunung dosa dan kesalahan
siapa lagi mampu sesetia itu menerima kita apa adanya?
hanya Dia!

justeru wahai jiwa
kenapa kau masih keluhkan tingkah manusia
apa yang kau harapkan dari mereka
sungguh menempah bahagia dari manusia ibarat menempah derita!
beringat2 wahai jiwa
kebahagian hanya datang dari satu punca
Hanya dari Dia!!

Tuesday, February 02, 2016

Izinkan Ku Simpan




Aku tahu
apa saja yang diambil dariku
akan diganti dengan yang baharu
apa sahaja yang hilang
akan terisi dengan yang datang
seperti engkau lepaskan hatiku
aku juga telah bebaskan hatimu
pergilah sejauh mana engkau mahu melangkah
berbahagialah
jika sudah begitu takdir Allah
aku redha

telah ku ikhlaskan hati  segala apa yang terjadi
telah ku ikrarkan pada diri untuk melupakan segala yang menyakiti
namun aku mahu kau tahu
masih ada yang berbaki dalam hatiku
semua pengorbananmu dulu
sungguh2 pernah membahagiakanku
justeru biarkan kenangan itu
kekal dalam simpanan
abadi dalam ingatan
bagai satu ikatan yang tak mungkin terputus
bagai satu rasa yang tak akan terhapus
menjadi terima kasih yang mengikat kasih
kerana tempat engkau dalam hatiku
sudah terlalu sebati di situ..

~~~~Some Love Stories Never End~~~~

Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...