Friday, October 27, 2017

Dendam Aurora

Assalamualaikum..
Lama tak ke udara..

Bizi...lepas satu meeting..menjelma pulak meeting lain.
Banyak pulak paperwork nak kena siapkan akhir2 ini.  Tapi..alhamdulillah..setakat hari ni..aku masih boleh tangani semua tugas2 hakiki dengan baik.  Tak sama macam kat opis lama dulu. Stress tu sentiasa mengiringi hari2 aku. Kat  opis baru ni...cool la sikit. Happy buat keje..walaupun agak pelik sikit!!!
Pegi kepada tajuk blog hari ni...Dendam Aurora.  Aku tengah layan citer ni sekarang.  Baru 5 episod. Menarik!  Banyak sebab kenapa aku rasa nak layan citer ni

1. Ungku Ismail : opkos aku suka tengok lakonan dia.  Sejak drama teman lelaki upahan tu aku terus jatuh cinta dengan lakonan dia. Tak kayu ok.  Kemudian aku tengok citer pembancuh kopi mr vampire...walaupun aku tak suka heroin drama tu tapi sebab Ungku Ismail...aku paksa mata aku tengok.  Semua sebab dia. Hahaha. Biarlah..sekarang ni orang  dok puja patah amin...tapi Ungku Ismail tetap dihati aku. Wakakaka.

2. Nabila huda: opkos sebab dia jugak.  Walaupun tak macam patung rupanya...tapi lakonannya hidup.  aku suka cara dia.  belakon penuh perasaaan..tak payah nak control ayu. cuma dalam citer ni...kenapa nampak dia berisi sangat...selalu berisi sikit2 jer. tapi takper...sebab dia ok..ungku ismail ok..maka aku layankan jugak lah.

3. Cameron Highlands: oh my God..tempat kegemaran aku tu.  destinasi percutian yang aku akan pergi setiap tahun.  tengok cerita ni...terus rasa tak sabar2 nak gi cameron highland tahun ni.  lepak kat ladang teh...minum tea...makan kek..petik stroberi..lepak kat balkoni hotel sambil rasa angin sejuk cameron di pagi buta.  fuhhh!!! nyaman.  tengok citer ni jer...aku dah  rasa aku kat sana dah. 

4. Jalan cerita : ok..walaupun agak tak logik..cerita orang2 kaya..yang over...tapi at least lain la sket dari crita biasa tu.  ni baru la citer telenovela venezuela.  ala rosalinda gitu.  entah berapa episod tak tau la...tengok macam panjang sangat tu.  jenuh la aku nak bersengkang mata marathon tiap2 malam. 

setakat ni ada 4  faktor jer yang mendorong aku tengok citer ni...maklumla baru 5 episod.  so..malam esok sambung balik. crita ni best....walaupun tak la berapa nak logik.  

jom layan sinopsis citer dendam aurora...kot2 la lepas ni terasa nak nengok!


SINOPSIS DENDAM AURORA 
Mengisahkan tentang seorang wanita bernama Aurora Abdullah (Nabila Huda) yang dipenjarakan selama 8 tahun di atas kesalahan membunuh. Aurora kemudiannya dibebaskan lebih awal dari waktu ditetapkan kerana berkelakuan baik. Walaupun ditegah oleh neneknya  Octavia Milner (Dian P. Ramlee), Aurora mengambil keputusan untuk pulang ke Tana Rata, Cameron Highlands, Pahang setelah dibebaskan demi membersihkan namanya dan nama keluarganya yang telah tercalar setelah dia dituduh membunuh Dato’ Hamzah (Tony Eusoff).

Kemunculan semula Aurora di Tanah Rata membuatkan keadaan menjadi tegang yang mana semua orang terkejut dengan kehadirannya terutama Harris (Ungku Ismail Aziz), yang merupakan bekas kekasih Aurora dan juga anak kepada Dato’ Hamzah. Pada waktu itu, Harris yang juga pemilik ladang Teh besar di Tanah Rata sudah ditunangkan dengan Putri Adrina (Anzalna Nasir), bakal pewaris kepada Engku Azhar (Dato’ Eizlan Yusof), pemilik ladang sayuran terbesar di Malaysia.

Aurora terkejut apabila mengetahui yang perniagaan keluarganya kini menanggung hutang yang banyak dan dipinggirkan oleh orang kampung. Perusahaan teh mereka yang dijalankan Octavia semakin muflis. Dengan bantuan dan sokongan Ustaz Hakim (Fezrul Khan), Aurora nekad untuk membangunkan perusahaan keluarganya.

Kehadiran Aurora di Tanah Rata juga pada masa yang sama membuatkan pengusaha-pengusaha yang bersubahat dengan Engku Azhar bimbang jika rahsia kematian Dato’ Hamzah bocor. Mereka nekad untuk memastikan kehidupan Aurora terus sukar dan rahsia mereka tidak diketahui sesiapa.

Didorong rasa benci, Haikal Hamzah (Shah Iskandar) pula ingin membalas dendam kepada Aurora di atas pembunuhan ayahnya. Hasil siasatannya, beliau mendapat tahu bahawa Aurora tidak bersalah. Rasa kesal dan malu ini membawa kepada perasaan cinta pada diri dan semangat perjuangan Aurora. Manakala Harris yang sudah ditunangkan dengan Putri Adrina pula pada masa yang sama semakin cemburu dengan adiknya yang semakin rapat dengan Aurora.

Engku Azhar pula gembira dengan perkembangan hubungan Haikal dan Aurora kerana beliau sudah lama tidak menyukai Harris. Walau bagaimanapun, beliau terpaksa merestui dan akur dengan keputusan anak kesayangannya Putri Adrina yang tetap berkeras untuk berkahwin dengan Harris. Perkahwinan Harris dan Putri Adrina merumitkan lagi konflik di antara tiga keluarga besar di Tanah Rata tersebut.


adiossss

Pengalaman Sebagai Juruaudit

Assalamualaikum...

Day 1

Hari ni bersiaran terus daripada salah satu jabatan kerajaan di Kuala Lumpur.  Why aku datang ke jabatan ni????  of course untuk melaksanakan audit dalam ISMS (Information Security Management System).  Salah satu sijil yang akan membolehkan agensi kerajaan mendapat pensijilan daripada pihak SIRIM mengikut ISO/IEC 27001:2013.  so..2 hari la aku akan bermaustatin di sini.

Actually ini first time aku datang untuk melaksanakan audit.  firstime ye...aku tekankan firsttime!.  so aku tak dapat nak bayangkan lagi macammana gayanya aku sebagai juruaudit untuk melaksanakan audit.  di audit tu biasa.,mengaudit belum lagi.  hopefully aku berjaya melaksanakan tugas aku ni dengan baik dan sempurna mungkin ...insyaAllah!.

pagi2 lagi aku dah tercongok di sini.  7.50pagi dah sampai.  konon2 takut susah nak cari tempat and then nak cari parking.  alhamdulillah..semuanya dipermudahkan.  parking pun dah diperuntukkan untuk juruaudit.

ni kali kedua aku sampai ke sini..kali pertama untuk membuka peti tender kerajaan.  tahun lepas rasanya.  tapi masa tu datang dengan driver.  Kali ni drive sendiri.  Senang nak balik pukul berapa pun..angan2nya lah.

Harap2nya audit dalam aku ni berjalan dengan lancar.  baru belajar pasal klause dan control di dalam dokumen ISo/IEC 27001:2013.  hari ni nak kena selak and go through satu persatu..harap2 apa yang cikgu ajar boleh dipraktikkan dengan jayanya/

Day 2

Selesai sudah audit hari ni...
alhamdulillah....hari kedua baru ruh juruaudit baru meresap ke jiwa.  semalam baru nak kenal2 dengan dokumen semua.  fuh!!! merecik peluh mak.  tak sempat nak khatam semua.....sekali pandang pun ada jugak.

Untuk tahun depan aku kena betulkan jadual..and kena make sure 3 hari untuk setiap kali audit. pengalaman betul kali ni..mana nak check dokumen...nak gi site visit..nak siapkan laporan.  memang betul2 tak cukup masa. mujur aku berpeluang untuk jadi juruaudit..baru tau kelam kabut nyer untuk jadi juruaudit. patutla selama ini orang minta 3 hari..kalau 2 hari kena 4 orang juruaudit.  baiklah tahun depan aku akan perbetulkan jadual ya anak2...harap2 semuanya akan berjalan dengan baik.

esok boleh lah siapkan checklist bagai.  harap2 selesai sebelum kerja lain pulak menyusul.

adiosssss

Laki Orang Tetap Laki Orang (LOTLO)


Ya la ya la...mentang2 la aku suka lakonan Syukri Yahya...terus bini dia keluaq warning.  Bagus juga bagi peringatan awal2.

tengah marathon citer gaduh-gaduh sayang pulak ni...kelakar betul tengok Syukri Yahya pakai gigi pelesu tu.  boleh la nak gelak2 time tengah stress.

Adiosssss. Bye

Alif Aziz vs Afifah Nasir


Assalamualaikum..

bertemu lagi di pagi isnin yang ceria dan indah ini...no monday blues ok...mood nak datang kerja tu mencanak ada sebab esok dah kena outstation 2 hari ke jabatan lain.  so..hari ni target nak siapkan kerja yang ada sebelum tinggalkan pejabat 2 hari.  harap2 teammate dapat sambung keje dengan baik dan tenang..hahha


sabtu ahad newsfeed kat fb asik2 keluar citer mamat dengan minah kat atas tu.  aku pun tumpang baca.  macam2 komen dan kutukan aku baca daripada netizen dan pembaca2 luar sana.  tak de lagi la aku terbaca pujian pasal diorang.  sokongan apatah lagi melainkan daripada kakak si afifah tu dengan bespren dia.  sokongan yang aku rasa...boleh letak kat lutut jugalah taraf nyer tu.  nak backup tak kena gaya.

pendapat aku....
pertama  - apasal di afifah tu boleh keluar berduaan dengan si alif????  si aliff tu kan laki orang.  kalau nak diskas pasal kerja pun kenapa tempat tertutup....yang boleh mengundang fitnah.  kenapa tak pegi tempat terbuka.  pegi la starbuck ker...coffee bean ker....situ kan cerah menerang orang kedah kata.  nak jugak cari tempat tertutup...tempat terkurungnya syaitoon2  yang tengah tunggu nak baham mangsa.  oh lupa!!! sembang kat tempat tertutup macam tu lebih clear....diskasen pun tak tersebar...ada hiburan...ilham banyak datang.  jangan sebab nila setitik..rosak susu sebelanga.  ko tu artis suam2 jer kot.  jenuh aku google cari siapa afifah ni.  tengok la list2 dia berlakon...jenuh imagine yang mana satu,..sampai sekarang tak terbayang lakonan dia.  ooo mungkin ni salah satu cara dia nak glamer sepantas petir.  pantas terus nama dia jadi sebutan rakyat malaysia.  hebat betol!!!!

kedua - aliff tu laki orang kot.  bini tengah pantang.  hormat perasaan bini...jaga maruah bini...jaga maruah anak.  ko ingat jaga maruah bini tu tugas bini jer ker  lelaki kalo dah keluar dengan betina lain...maruah bini pun jatuh jugak tau.  mana nak letak muka kalo orang dok citer pasal laki ko.  malu!!!  please la...cuba la jadi lelaki yang terhormat.  tak perlu ada pangkat yang tinggi..tak perlu ada gelaran dato tan sri...cukup gelaran suami dan ayah..tu la gelaran yang paling beerti bagi semua lelaki di muka bumi ni.  jaga gelaran tu.  jangan cemari dengan perkara bodoh yang buat ko menyesal seumur hidup.  ingat senang ke bini ko nak lupa.. ni bukan drama...ni realiti.

ketiga - bella..aku tak salahkan dia pun kalo dia gi serang kat pusat karoke tu.  aku pun beranak 3. pernah merasa berpantang macam orang gila.  benda sekecil alam pun ko akan rasa berat bila ko berpantang.  sakit kot.  perasaan jadi cepat sensitif.  masa tu perhatian suami tu sangat penting.  kalau tak kuat iman...syaitan senang nak menggoda.  sebab tu orang selalu nasihatkan...orang berpantang ni kena jaga betul2.  minda lemah.,..badan lemah.  kalau takde...takde la perkataan meroyan.  cuma bila masuk campur mak dia aku rasa rugi la sket.  sebab sepatutnya orang tua kena nasihat dan tenteramkan emosi bella. tapi taknak cakap lebih la pasal mak dia....mak dia kannn.

keempat - anzalna..yang ko gi masuk campur apsal.  kalo aku..aku belasah adik aku kot. dah terang lagi bersuluh adik ko kelaur dengan laki orang.  buat apa nak bela. projek kerja tak menghalalkan cara kot.  kalau orang lain keluar dengan laki ko apa ko rasa.  tak yah tunggu ko pantang...sekarang pun aku rasa ko dah meroyan.  lain la kalo tempat terbuka...berteman.  lain kali belajar dari pengalaman...lepas ni jangan suka2 keluar komen.  sebab mulut anzalna ni la aku rasa kes ni makin berkembang dengan suburmya.  peminat and haters dia terus jadikan benda ni panas. jadi kakak bukan setakat kena membela adik beradik....sebaliknya kena tunjuk ajar.  ni buat salah pun ko bela..buat baik aku tak tau la ...terus junjung la kot.  nasib baik aku bukan peminat anzalna...selamat!!! Sebab dari awal kemunculan dia pun aku rasa ada tak kena dengan minah ni.  kontrol gaya and senyum semacam jer....tak natural langsung.

konklusinya...

ni hal rumahtangga...siapa kita nak masuk campurkan...hati orang perasaan orang bukan kita dapat rasa.  duduk kat tempat dia..baru kita tau apa yang akan kita buat.  setakat cakap2 mulut bagi komen..kutuk..semua orang boleh.  tapi percayalah...takde siapa pun nak cuba merasa apa yang bella rasa.

hapuskan bukti???? owwhhh..bukan setakat henpon orang boleh campak.  laptop pun orang boleh pijak2 sampai hancur.  bukan setakat campak kat muka...screw driver pun orang boleh letak kat leher bini kalo terpaksa dan terdesak.  kalau tak salah kenapa nak hapuskan bukti???!!! tu jer.  takut sebenarmya,  takut tersebar..takut malu..takut hilang harga diri...takut orang tau kita jahat...supaya senang kita nak canang kat satu dunia bini kita yang jahat.  semua tu permainan duniawi.  permainan lelaki yang akal dan kewarasanya letak kat lutut bila tak boleh nak berfikir panjang.  pastu minta maaf...wahhhh!!!! senang camtu jer kan...ko nak hapuskan luka dikhianati kat bini ko.  ko ingat macam hp..boleh erasa and format????  macam laptop boleh format camtu jer.

pompuan2 kat luar sana....kalau boleh jauhi lah laki orang, bukan tak boleh berkawan..boleh...tapi jangan sampai mengundang fitnah dan boleh menimbulkan perasaan antara satu sama lain.  korang boleh cakap..takde perasaan...kawan2 jer...tapi korang sebenarnya tak jujur pada diri korang..pada bini laki tu.  kalau ditakdirkan jadi apa2 pada rumahtangga diorang...korang boleh jadi salah satu puncanya.  why???!!!..sebab kehadiran korang membuatkan hati lelaki berbolak balik. ..terusik dengan nafsu jahanam...hilang pertimbangan.  ingat!! pompuan boleh bawa lelaki ke syurga..boleh juga bawa lelaki ke neraka.

aku senang jer....pompuan camtu...ko doakan jer...kalau dia kawen...takyah beranak!!!.  tak gaduh nak meroyan...tak gaduh jadi mak.  jadilah bini sampai mati.  tu pun...tengok laki ko pulak..boleh ker dia idup dengan ko yang takleh beranak.   ko pulak jenuh nak pertahankan rumahtangga ko.....biasa nak pertahankan hasil rampasan tu lah yang paling payah didunia.  merampas senang jer....kan kan kan...

aku ulas takat ni jer....

adiossss!!!!!
harap maaf kalau ada terkasar bahasa

Tuhan, I am Done!


Tertarik baca puisi Farah Lee kat atas tu....mula follow dia kat IG sejak ada pendedahan berani mati daripada dia.  sebenarnya aku agak respek dengan keberanian dia meluahkan kata2 walaupun ramai orang kat luar sana mengutuk.  jika kita tengok balik..berapa kerat wanita yang setelus dia berani untuk mencurahkan perasaan sendiri untuk tatapan umum...tak ramai kan!!  

nak melupakan sesuatu bukan senang.  apatah lagi kalau perkara itu telah sebati dalam hidup kita.  semua perlukan masa...ada orang sehari..seminggu..sebulan malah ada yang bertahun.  ada orang..siang ketawa riang..malam menangis bagai orang gila.   tapi percayalah....setiap yang berlaku itu...ada sebab dan hikmahnya. pelangi itu akan muncul sesudah gerimis menimpa.

kadang-kadang nak menang itu tak perlu kau bertumbuk ditengah gelanggang..senyuman juga boleh membuatkan kau menang dalam menangani emosi. senyuman kadang2 boleh membuatkan musuh kau sakit ati.  tak percaya... cubalah!!!!

aku pun pernah melalui saat membebaskan sesuatu yang aku paling sayang.  sakit!!! memang sakit.  tapi kesakitan itu lambat laun akan sembuh.  Untuk istiharkan aku menang dalam pertempuran..itu jauh sekali..tapi untuk istiharkan aku menang dalam menangani emosi...yes aku menang!!  

Aktiviti Rutin di Pejabat

Assalamualaikum..

Aku ni seorang penggemar kopi.  
dalam sehari mesti minum sekurang2nya segelas kopi...tak kisahlah kopi apa pun..janji coffee.  
tapi coffe wonda / pokka dan nescaffe memang aku tak boleh nak telan.  kalau tak pening kepala...kompom angin penuh perut.  pastu berbunyi segala macam..hehehe.

tiap2 pagi rutin aku bila masuk opis mesti bancuh kopi..selain dari buat kerja2 lain..
kalau tak kena segelas kopi ibarat enjin tak boleh nak start.  sekarang try nak kontrol sekali jer untuk sehari....

1. isi air bagi penuh 1 botol (2 liter)


dua liter air ni aku akan habiskan sepanjang kat opis sehari.  ulang ke toilet tu akan jadi perkara biasa. tapi bagus lah jugak kan...kalau tak jangan haraplah aku nak bangun dari kerusi g berjalan2.  memang bertapa la dalam bilik sorang.  Mujur ada rasa nak buang air!


2. bancuh kopi
kata penggemar kopi...haruslah setiap pagi akan bancuh kopi dulu.  kopi ni spesel sikit.  no kafein. katanya lah kan..tapi kopi kalau takde kafein rasa macam malam tak berbintang la kannnn...kopi ni aku beli dari kawan seopis.  harga RM28 untuk 20 sachet.  ok lah...bantu kawan2 berniaga.  kasi support sikit.





                       

                      



bancuh haruslah dalam tumbler starbuck.  dulu rajin nau gi starbuck.. siap boleh kumpul tumbler dari obersea lagi.  tapi sejak graph kewangan kurang mengizinkan...so..kontrol2 lah sket minat kat starbuck ni...sekali sekala pekena la jugak..tapi takde la tiap2hari cam dulu.  tak dapat minum hot caramel machiato pun takper lah..janji bekas tu bekas hot caramel machiato

3. Semak emel

yang ni opkos kena buat setiap lagi.  memang kena set kol 8.30 pg..11.00 pagi..2.30 ptg..4.00 ptg check emel.  kalau tak sehari menimbun mailbox.  tak larat nak clean nanti.  sekarang ni pun dah ada dekat 300 emel dalam mailbox.  malas betul nak baca satu2 pastu nak kemas.  kena amik mood. biasanya setiap hari jumaat adalah hari mengemas.  kemas kertas2 atas meja...masuk fail..kemas meja..kemas dokumen kat pc baru kemas emel.  fuhhh!!!!! 

4. Semak senarai tugas harian




ok..senarai tugas harian aku.  memang dah berkurun ku buat style camni.  old fashion sket.  tapi aku rasa selesaaaanya.  pastu masuk fail peribadi.  kalau kat laptop kadang2 macam tak best pulak nak menulis.  rasa kat kertas lebih afdal kot.  tulisan aku tu....3 bulan lepas tu..jangan kata orang lain ...aku sendiri tak boleh nak baca dah. takper..yang penting aku buat.  aku try la jugak donlod apps...android..wunderlist ..any Do..things to do..tapi semua tak kena di jiwa.  maklumla orang lama..so..cara pun kena lama kot.  

5. Kemaskini akaun


Ni kerja personel sikit la kan...so..tiap hari aku kena kemaskini akaun perbelanjaan aku.  dari sekecil2 belanja sehinggalah sebesar2 belanja.  dah 10 tahun kot aku praktik benda ni.  alhamdulillah masih kekal.  tiap kali dapat gaji jer...aku akan print dan masuk dalam fail.  
tapi yang bestnya.tiap2 bulan aku target nak turunkan jumlah perbelanjaan. kononnya nak berjimat. tapi tiap kali tu lah...bulan depannya mencanak naik lagi.  stress betul. kadang2 taknak tengok pun akaun tu.  gerammm oooo.  yang ni takleh di screenshotkan...pitam nengok!.  aku pun gerun tengok belanja aku.  tapi tak pernah nak insaf2...

tu jer lah aktiviti rutin kat opis.  rutin yer...yang tak rutin tu adalah arahan kerja dari semasa ke semasa.  yang tu ikut mood.  

apa2 pun kerja kita..yang penting susun ikut keutamaan.  buang sikap suka tangguh menangguh tu. kerja hari ni ...selesaikan hari ni. baru boleh balik rumah...tido dengan amannya..


adiosss!!!






Friday, July 07, 2017

Salam Jumaat

salam hari jumaat semua..

semoga semua diluar sana sihat..dilindungi Allah swt selalu hendaknya..

rindu mak!!
hari jumaat ni..tiba2 terasa nak ambil sampul raya..sumbat2 duit raya dan agihkan pada anak2 kawan kat opis.

sedekah untuk mak!

semoga ruh mak tenang di sana







Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...