Friday, October 29, 2010

HomeWork

Semalam aku tak berjaya untuk apdet blog....bz...tak sempat nak mengarang sepatah dua kata. so hari ni, aku nak curik sedikit masa untuk mengeluarkan en3 peribadi aku..fuh!!! intro..bergulung2 lidah...




i




cerita adalah merujuk kepada picca di atas..

pagi ni masa tengah bawa kete tu..tiba2 ain bagitau " mama, ain tak buat homework" . pastu aku selamba badak suh dia keluarkan buku then buat dalam kereta. bukannya aku kejam tapi pasal pernah dia bagitau dia kena berdiri dalam kelas sebab tak siapkan homework. tu ler malam tadi gatal lagi bawa anak aku gi shopping kat giant..pastu gi karaoke plak. lupa plak nak tanya pasal homework dia. hampeh btol!!!! mak sapa la tu...

pastu dia cakap apa tau...."mama bukannya pandai nak ajar ain buat homework ni..teacher jer yang pandai." wah!!!! tercabar aku...aku suh dia buka buku...siapkan dalam kete jugak. sekali buka..alahai bahasa melayu jer...

so..dalam kete tadi aku jadi cikgu bahasa melayu ler. dasat jugak budak sekarang ni..kecik2 dah belajar kata nama, kata sifat, kata kerja, ayat tanya...dan bla222 lagi la. aku pun dah ingat2 lupa. harap2 bila dia naik darjah satu nanti...takder masalah sangat la untuk dia blaja.

kesian aku tengok....terhoyong hayang menulis dalam kete...tulisan pun senget benget. nak buat camner...nasib baik kelajuan aku drive ala2 ayu cenggitu...sempat la dia siapkan 2 homework...ada lagi 3 soklan aku suh dia siapkan kat kelas sebelum teacher masuk.

p/s : moral of the story...pastikan homework222 anak anda siap sebelum ajak dia pegi berpoya22..

Wednesday, October 27, 2010

"Transformer : Revenge of the Fallen"

aku tengah layan citer "Transformer : Revenge of the Fallen". betoiii ka????

first time tengok citer ni...walaupun dah basi. memang seronok. ala2 terminator pun ada. memang hebakk la kalo omputih buat pilem. dasat. habis semua teknologi diorang guna. kalo kat mesia paling hebat pun adik beradik KRU. ada la pakai teknologi sket. kalo yang lain asik cerita cinta dan taik mata jer...buhsan aku.

ok aku tengok dulu..walaupun robowarrior tu aku tak kenai masa satu baik mana satu jahat. sampai laki aku naik cemuih la pasai aku dok tanya "yang ni jahat ka baik abg??" sat2 tanya lagi "robot ni baik ka dak??" pastu tanya lagi "depa nak cari apa tu???" pastu 4 kali tanya laki aku pun buat tak dengar ja...jenuh aku dok fokus sorang2...

aku nak tengok dulu la...laki aku dah tak layan dah kalo aku tanya ni..

p/s: pasai apa dia cari sam yer????

Tuesday, October 26, 2010

Kesan Mengadap Komputer Terlalu Lama

bersiaran secara langsung dari pusat tuition kumon...

penatnya hari ni...dari pagi ngadap lappy...then start miting seksyen from 11.30am until 1.30pm non stop...after lunch continue with discussion about system candidature sampai kol 6pm. sambil2 tu tolong team konsular pasal data migratension. sampai rumah trus pickup my dotter bawa ke sini untuk tuition. now berblogwalking sambil menunggu my dotter abis class. penat kan???? pas ni nak ke shah alam lak hantar barang...uuhhhh!!!! ini kah pengorbanan seorang ibu, isteri dan wanita berkerjaya(piiiraahhhh!!!!!)?????

sambil2 dok melepak tunggu anak ni....sempat aku mencari sedikit ilmu untuk dikongsi bersama...jommmm layaannnnnzzzz!!!

New Zealand Medical Journal dalam edisi terbaru, melaporkan kajian dari Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand menunjukkan bahawa pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku. Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap -trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau darah beku, adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.

Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha danb betis tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan.

Hal ini akan diperburukkan apabila bilik yang diduduki berhawa dingin di mana udara yang sejuk itu mempercepatkan kadar pembekuan darah terutama di bahagian kaki.

Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley berkata sebahagian pekerja pejabat yang mengidap masalah itu duduk di depan skrin komputer selama lebih 10 jam sehari. Masalah ini biasanya dihadapi oleh pekerja dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan.

ni yang aku takut ni...dahla kat opis seharian mengadap lappy...balik umah pun ngadap lappy...mata dah naik buntang...kepala pun dah start sakit...badan pun dah rasa nak demam. esok ada miting...nak present sistem yang tak siap lagik...memang cari bala la aku esok...menempah sengsara...

p/s : boleh tak nak tampal article nikat pintu bilik bos???

Monday, October 25, 2010

My eShop

Syukur ke hadrat Ilahi...akhirnya impian aku nak buka eShop tercapai juga. Bukannya apa..saja nak bebas daripada tekanan sebagai penganalisa sistem. tukar bidang pulak.

terima kasih kepada pelanggan yang telah menyoping di My eShop....semoga kunjungan kalian akan terus berpanjangan. jangan serik untuk menyoping lagik di situ ye...aku bagi harga cun punya.

Pelanggan pertama Cik Puan Suhana....thank you very222 much!!!....kalo nak tips diet dengan herbalife...jangan segan2 call aku. pada Pn Suraya dan Pn Ida...esok aku hantar barang korang pulak yer...tunggu!!!!

p/s : jangan lupa..aku juga jual telekung....

Sunday, October 24, 2010

Tip Elak Dimarahi Bos, Walaupun Keje Tak siap

Cuba anda bayangkan…

Anda adalah seorang pekerja yang baik dan berdedikasi. Anda sentiasa melaksanakan tanggungjawab anda dengan sepenuh perhatian. Anda juga seorang rakan sekerja yang baik. Kerana itu, anda selalu membantu rakan sekerja anda yang menghadapi masalah, tidak kira samada ianya masalah kerja atau masalah peribadi..

Oleh kerana anda terlalu baik, anda sering dipergunakan oleh rakan sekerja untuk melaksanakan tugas yang tidak ingin mereka lakukan. Akibatnya, anda mengalami lambakan kerja..

Adussss.. Bos pula meminta anda menyerahkan satu tugas yang belum anda siapkan sepenuhnya.. Bagaimana ni?

Anda rasa anda pasti dimarah oleh bos kerana kerja tidak siap..

Okey, berhenti membayangkannya.. Sekarang, cuba anda beritahu saya apa yang anda akan lakukan dalam keadaan sedemikian?

Sebenarnya aku terbaca satu post di blog WanWma tentang Alasan Tetap Alasan Walaupun Ianya Benar. Aku bersetuju dengan apa yang dinyatakan oleh WanWma.. Cuma apabila membacanya aku teringat cara yang aku gunakan untuk melepaskan diri dari kena marah apabila kerja tidak siap..

Berbalik semula kepada persoalan pokok, apa yang anda akan lakukan apabila kerja yang diberikan oleh bos anda tidak siap sedangkan due date nya telah tiba?

Apa Nak Buat Ni?

Ya, bagi kebanyakan orang, anda mungkin juga seperti aku suatu ketika dulu.. Dua cara.. Cara pertama, mengelak dari berjumpa dengan bos sepanjang hari due date itu sementara aku cuba menyiapkan kerja tersebut sepantas mungkin.. Cara kedua adalah jumpa bos, beri alasan dan terima sajalah kemarahannya itu..

Dan seperti yang anda dapat bayangkan, di akhir kedua-dua cara itu, memang aku tetap juga kena marah kan.. Bila kena marah, aku stress..

Rakan aku berikan aku satu tips.. Yang akan aku ceritakan kepada anda.. Nak tak?

1 - Bos Juga Seperti Kita

Sebenarnya mudah saja.. Pertama, jangan anggap bos itu sesuatu yang menakutkan.. Sesuatu yang makan orang.. Sesuatu yang kerjanya hanyalah nak marah aje.. Sebaliknya, kita bayangkan bos adalah seseorang yang berhati perut, sama seperti kita..

2 - Mesti Ada Sedikit Hasil

Kedua, sediakan kerja yang perlu dihantar itu, walaupun ianya belum siap.. Jika separuh siap, maka print lah yang separuh itu.. Jika ada bahagian yang masih lagi kosong, print lah dalam keadaan yang kosong itu.. Tetapi janganlah pula sebenarnya anda memang tidak melakukan apa-apa pun ke atas kerja tersebut..

3 - Jumpa Sebelum Dicari

Ketiga, berjumpalah dengan bos anda sebelum dia mencari anda.. Beritahu dia bahawa anda sedang menyiapkan kerja yang dimintanya tetapi belum siap.. Berikan alasan anda - yang munasabah.. Seperti anda menunggu maklumat daripada orang lain, komputer anda dimasuki virus malam tadi hehehe.. dan apa juga seribu satu alasan yang logik.. Pastikan yang bos anda tidak tahu tentang komputer jika anda ingin beri alasan komputer rosak..

4 - Tunjukkan Apa Yang Ada

Keempat, tunjukkan hasil kerja anda yang separuh siap itu.. Bos akan percaya anda telah berusaha jika anda menunjukkan bukti kepadanya - walaupun tidak sempurna.. Berbanding jika anda hanya bercakap anda ada buat, tetapi tanpa bukti..

5 - Tempoh Baru

Kelima, minta tempoh baru untuk menyelesaikan kerja tersebut..

Dalam semua situasi yang berlaku ke atas saya, saya berjaya melepaskan diri dari kena marah setiap kali.. Dan kebiasaannya bos akan lebih percaya kepada saya dan mereka merasakan saya adalah seorang yang bertanggungjawab.. Malah, lebih dari sekali, bos akan memuji sikap saya dan memberitahu apa yang saya lakukan itu adalah tindakan terbaik.. Dan akhir sekali, saya akan mendapat lebih masa untuk menyiapkan kerja tersebut..

Tetapi awas, jangan ulang taktik ini kali kedua untuk kerja yang sama.. Dan pastikan juga anda ada sebab yang baik untuk tidak menyiapkan kerja tersebut..

Selamat mencuba!

Saturday, October 23, 2010

Futsal @ Sports Planet Ampang







ni gambar2 aku main futsal semalam

game pertama
KLN (0) vs KASKEP(0)

aku main sekejap....dalam 4 minit. masa permainan adalah 10minit. tu pun semput macam apa lagik.

game kedua
KLN(2) vs PENERANGAN(4)

aku main separuh masa pertama. position adalah sebagai defend. seronok. disebabkan masa permainan cuma 10 minit..kami kena bagi semua ahli pasukan merasa untuk bermain. poyo jer kan??? harus ler kena bergilir2.

team dapat masuk pusingan kedua...ikut mata.

KLN(0) vs KWSP(4)
naseb baik aku tak main masa ni. Ya Allah...besar2nya team KWSP tu. Ada budak lelaki sebelah aku siap sound lagi " keeper KWSP tu badan dia saja dah separuh gol." patutler kami kalah.(huhhh!!! alasan semata2)

Ulasan aku : team KLN kena banyak buat latihan.

apa pun aku seronok main futsal semalam...dan nak jadikan futsal sebagai kerjaya tetap la lepas ni....

Tips Buat Minit Mesyuarat



hari ni aku kena siapkan dua minit mesyuarat...walaupun hari cuti aku tetap kena siapkan sebab hari senin bos dah nak tengok. macam hampeh!!!!!...

nak buat minit mesyuarat bukannya senang....nampak jer senang just ayat macam karangan surat chenta. boleh karang2 sambil pejam mata...atau sambil tengok tv. nak buat minit kena ada feel...kena betul menghayati miting yang dihadiri. seksa sungguh...kalo tertinggal satu percakapan mau mati kutu nak cari fakta..masa tu baru terfikir..fakta ker auta..hehehe tambah2 lagi kalo penyemak memang teliti habis. memang naya kalo buat cincai bancai..silap2 kena keronyok kertas tu depan idung sendri...atau kena amik kertas minit tu buat lap air mata lepas kena hambur 4 dasss. tak sanggup aku...sebab tak sanggup tu la..miting hari jumaat rabu..sampai sekarang tak siap lagik..padahal kalo syarat...3 hari lepas miting minit dah kena hantar. aku dah melanggar syarat tu. bangganya aku!!! huhuhu.

rasanya sepanjang aku keje kat sini..sebulan aku wajib buat 2-3 minit mesyuarat. tiap2 minggu ada miting...seksa setiap kali nak buat minit. macam nak nangis. Untuk pengetahuan ada 2 jenis mesyuarat yang biasa diadakan di sini...iaitu :

Mesyuarat Bersiri
Berkala dan ada kesinambungan
Melebihi sekali dalam tempoh tertentu
Ahli mesyuarat mengikut jawatan/fungsiu
Agenda mesyuarat tersusun dan tetap
( ni ler yang selalu aku kena buat. tiap2 minggu ada....sampai tahap jemu dan nak termuntah....asik2 ulang benda yang sama...kena marah pun macam sama...tukang marah pun orang yang sama)

Mesyuarat Khas

Ad-hoc
Sekali atau beberapa kali mengikut keperluan
Ahli mesyuarat terdiri dari pelbagai kepakaran
Agenda mesyuarat ringkas tetapi mendalam/terperinci
Nama mesyuarat menjelaskan tujuan / fungsi
(ni mesyuarat pasal projek...bila ada yang tak puas ati jer..trus panggil buat mesyuarat. masa ni ler nak dengar leteran maut...baik pakai kapas sumbat kat telinga...pastu nak amik minit miting..kalo marah2 tu wajib ke tulis dalam minit miting???)

sebab apa bos aku sibuk suh buat minit kalo2 ada miting/perbincangan??? sebabnya sekarang ni mampu dok pantau...audit pun pantau. apa saja yang kita bincangkan kena dicatatkan hitam dan putih. tak boleh terlepas satu pun. lagipun kata ex bos aku...minit mesyuarat adalah bukti apa yang dibincangkan dalam mesyuarat sebab orang akan lupa apa yang dicakapkan oleh mereka konon2 juga sebagai bukti kita dah cuba ikhtiarkan walaupun kadangkala tindakan tak diambil. di bawah adalah kepentingan minit mesyuarat...zassssss...

Penting sebagai;
Laporan
Rekod
Rujukan
Mengambil tindakan
Menggambarkan peribadi pengerusi, setiausaha dan ahli mesyuarat
Imej Jabatan/Kementerian

ni ler peringkat2 nak buat minit mesyuarat. jangan ingat senang nak buat....bukan macam karangan biasa hatta surat cinta sekalipun...tak boleh hentam kromo..kalo tak mo kena hentak dengan bos...kena ikut step yang telah diberikan, iaitu :

Peringkat Persediaan
- Mengetahui agenda
- Mengetahui Minit Mesyuarat yang lalu
- Membaca semua kertas kerja
- Mengetahui latar belakang ahli

Semasa Mesyuarat
- Tumpukan perhatian kepada perbincangan
- Ambil/buat catatan perbincangan
- Guna perakam suara
- Gunakan juru teringkas

Peringkat Penulisan Minit Mesyuarat
Draf minit dan serahkan untuk kelulusan Pengerusi dalam masa 3 hari selepas mesyuarat
Minit mesyuarat diedarkan selewat-lewatnya 7 hari selepas mesyuarat

susah kan????? bukan senang nak buat mesyuarat. pernah skali aku pakai perakam suara. memori dan bateri cuma tahan 2 jam....miting plak sampai 4 jam..pas tu org2 besar miting bukan pandai cakap bahasa melayu...bahasa inggeris plak tu. apa yang aku buat...??? aku buat minit pastu aku pas kat bos2 yang hadir..suh dioarang check...betol tak apa yang aku tulis..then diaorang betulkan kalo salah. cara yang agak biadap..tapi bagus untuk melepaskan diri sendre. hehehe. yang kat bawah ni plak panduan penulisan untuk buat minit mesyuarat...penting!!

panduan penulisan

FAKTA, bukan tanggapan peribadi
PADAT, bukan bercerita
TEPAT, bukan panjang berjela
JELAS, bukan berkias dan berbunga-bunga
BAHASA TULISAN, bukan bahasa lisan
BAHASA ISTILAH, bukan loghat tempatan
PROFESYENAL, tunjukan kematangan

bos aku selalu marah...pasal minit aku ada pakai bahasa perbualan. Ya Allah..aku kira paling sedap dah ayat yang aku buat..rupanya salah jugak. kadang2 terpikir gak dalam hati aku ni..."buat sendre ler kalo ko rasa ayat ko tu sedap sangat!!!"

ciri2 minit yang baik
TULIN
LENGKAP
TEPAT
BEBAS DARI KERAGUAN
KUPASAN ISU/PERKARA POKOK
RINGKASAN PERBINCANGAN
KEPUTUSAN
TINDAKAN PIHAK TERLIBAT

ha!!! ni ler paling penting...minit yang baik kena ada semua perkara di atas. setiap yang dibincangkan mesti ditulis kata putus...contoh macam "akan dibincangkan bersama bahagian ini secepat yang mungkin" atau "akan diambil tindakan " atau "bahagian mengambil maklum" walaupun takder keputusan yang tepat...tapi at least dah ada tindakan. pastu tindakan kena btol2 tepat pada pihak yang terlibat. kalo letak pihak yang tak terlibat mau kena hamun lepas tu. pastu kalo ikut bos aku...bahagian yang paling utama kena letak nombor 1...pastu diikuti oleh bahagian seterusnya. yang ni ler..jangan sesekali salah..kalo takmo dapat jelingan maut dari bos.
struktur minit
BERPANDUKAN AGENDA DAN URUTAN PERBINCANGAN
PERUTUSAN PENGERUSI
PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
PERBINCANGAN
PERBINCANGAN KERTAS-KERTAS KERJA
HAL-HAL LAIN
PENUTUP

sila ikut struktur di atas untuk memastikan minit anda tidak ditendang keluar atau diminta untuk didraft kali ke2.

okey...aku dah kongsi semua tips untuk buat minit mesyuarat...dan sampai sekarang minit mesyuarat aku tak siap2 lagik. silalah bos untuk pelangkung saya sedas dua....

Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...