Friday, January 14, 2011

En3 selepas sekian lama

dah lama tak hapdet blog...
terlalu bz dengan aktiviti januari...
ain masuk tahun 1..
aina pulak masuk qdees...
aktiviti banyak tertumpu pada persekolahan diorang..
terlalu sibuk dengan acara memantau..
kejap2222 pergi temankan makan waktu rehat..
kejap2222 pegi mengendap mereka belajar..
sungguh sibuk..
adakah ibubapa lain over macam aku..
sekolah dah 2 minggu tapi aku masih aktif menjadi pengintip..
atau aku yang over..

anak dara 2 orang aku dah besar rupanya..
tak sedar sungguh..
rasa macam baby yang masih perlukan aku..
yang tak boleh nak lepaskan tangan lagi..
untuk bertatih jalan..

tiba2 jer aku rasa sunyi..
bila takder anak kecik lagi..
rindu pulak tangisan bayi...
ok ...akan aku mulakan proses hari ini..
makin sibuk lah aku...

keje???
tetap sibuk..
sistem banyak menanti..
ada yang siap..tapi kena rebem lagik..
ada yang menunggu untuk digodam..
ada yang tak habis2 kena hentam..
aku dah lali..
dah nak muntah..
lantaklah!!

bos???
aku dah dapat taktik untuk buat muka tak bersalah...
buat muka toya..
sebulan aku belajar...
yse!!! akhirnya aku dapat..
ada sesapa nak menuntut??!!
biar aku praktis 3 bulan dulu..
kalo jadi akan kuturunkan ilmu ini..
bersama pengerasnya ya...

ok...dah kol 8.30..
mau start keje...
taaaaa....

Friday, December 31, 2010

Kunci Kesihatan Sepanjang Hayat

Apabila anda sakit, anda akan berjumpa doktor. Sudah tentu doktor akan memberi anda ubat. Anda makan ubat tersebut dengan harapan anda akan sihat semula. Beginilah bagaimana perjalanan perkhidmatan kesihatan sekarang, satu kitaran diagnosa dan preskrepsi.

Anda telah mendengarnya sebelum ini tetapi saya akan mengulanginya. Pencegahan lebih baik dari pengubatan. Namun anda mungkin tidak memberi perhatian kepadanya. Walau bagaimana pun sekiranya anda melihat dengan lebih dekat saranan doktor, ia akan membawa kepada kesimpulan bahawa mereka sebenarnya ingin mengesan sesuatu penyakit dengan lebih awal. Cuba renungkan. Renungkan bahawa makna sebenar pencegahan adalah menahan sesuatu dari berlaku.

Langkah pertama ke arah kesihatan yang lebih baik untuk menyedari bahawa tubuh anda memerlukan penjagaan. Perkara kedua ialah mendapatkan maklumat. Adalah sukar untuk menjaga tubuh anda sekiranya anda tidak tahu apa-apa mengenainya. Bagaimana anda boleh melawan musuh sekiranya anda tidak memahami kenapa dan bagaimana ia bertindak?

Tahukah anda bahawa setiap dari kita dibekalkan dengan sistem pertahanan yang mampu melindungi diri kita dari sebarang penyakit? Sistem yang kompleks ini dianugerahkan kepada kita oleh yang Maha Pencipta dan dikenali sebagai sistem imun tubuh. Sistem imun tubuh bekerja pada setiap saat tanpa henti bagi melindungi diri kita dari serangan berbagai mikro organisma yang boleh menyebabkan berbagai jenis penyakit. Serangan tersebut bukan hanya datang dari luar malah dari dalam tubuh kita sendiri. Setiap hari kita berdepan dengan serangan mikro organisma yang terdiri dari berjuta jenis bakteria, beratus ribu jenis kulat, 130 lebih parasit dan lebih dari dua ribu jenis virus. Selain dari itu terdapat lebih dari dua ratus jenis sel kanser dan setiap dari kita terdedah kepada serangannya. Justeru dalam setiap saat kehidupan kita, yang memisahkan kita dengan kematian adalah sistem imun. Jangkitan berulang atau jangkitan kronik, walaupun hanya demam selsema merupakan tanda sistem imun sudah mulai lemah. Adakah anda juga tahu bahawa sistem imun kita menjadi semakin lemah apabila usia kita semakin meningkat? Faktor yang melemahkan sistem imun termasuklah tidak cukup rihat, stres, makanan berproses, pertanian moden (makanan hilang khasiat), bahan kimia dalam persekitaran (racun perosak, racun rumput rumpai).Memperkasakan sistem imun merupakan langkah penting untuk membina pertahanan bagi melawan penyakit dan mengurangkan kemungkinan mendapat demam, selsema, kencing manis atau kanser dll.

Sistem imun yang tidak berfungsi dengan baik, sama ada terlebih atau terkurang tindakbalas, boleh membawa kepada berbagai jenis penyakit. Sebagai contoh, terlebih tindakbalas terhadap ancaman dari dalam boleh membawa kepada penyakit yang dikategorikan sebagai penyakit auto-imun seperti diabetes jenis 1, artritis reumatoid, slerosis berganda dan lupus. Terkurang tindakbalas terhadap ancaman dari dalam boleh membawa kepada penyakit seperti kanser, HIV, hepatitis dan kayap. Terlebih tindakbalas terhadap ancaman luar boleh membawa kepada penyakit di bawah kategori alahan seperti rinitis, lelah, ekzema dan sinusitis. Terkurang tindakbalas terhadap ancaman luar boleh membawa kepada infeksi.

Memperkasakan sistem imun merupakan pelaburan terbaik untuk kehidupan yang lebih panjang dan kesihatan sepanjang hayat. Ramai yang percaya bahawa makanan seimbang boleh membantu kita mengekalkan kesihatan. Apa yang sebenarnya anda faham mengenai makanan seimbang? Renungkan fakta berikut:
  • Di abad ini terdapat lebih 75,000 bahan kimia sintetik dalam persekitaran, yang tidak pernah wujud sebelum 1940.

  • Buah-buahan biasanya dipetik ketika belum masak, ini membuatkan nutrien yang tak ternilai belum sempat terhasil. Selepas dipetik, proses tersebut terhenti.

  • Sayur-sayuran dicemari racun makhluk perosak. Perlu dibersih berulang kali untuk membuang racun dan proses ini membuatkan nutrien hilang.

  • Antibiotik dan hormon pertumbuhan digunakan dalam penghasilan daging, ayam dan hasil tenusu.

  • Makanan diproses dengan menggunakan pewarna tiruan, perisa tiruan dan bahan pengawet.

  • Udara dan sumber air juga turut tercemar.

Adakah anda masih percaya yang anda boleh mendapatkan makanan seimbang?

Monday, November 29, 2010

Mood Berangan Blackberry




sekarang aku sedang kemaruk untuk medapatkan blackberry bold seketol. tapi aku taktau la bila nak dapat ditangan. berangan jer sekarang ni. kalo bisnes aku bertambah maju..leh ler aku cekau satu. rasa seronok plak pakai blackberry ni. cam aku pakai e71 dulu. senang. jatuh 40x pun selamat lagi.


sekarang ni aku pakai ni. tapi rasanya macam tak berapa nak sesuwaaaiiii...sebab kena la jaga dengan berhati2. kalo jenis seketol camtu leh jer aku main campak2. ni nak campak pun tak berani. kena jaga btol2. rasa tak selesa la plak. nak kata menyesal beli tak la jugak...sebab aku memang setia dengan nokia sejak 14 tahun yang lalu.

nak beli ker tak??? nak? tak? nak? tak? nak? tak?....

p/s : Abang, leh tak dapat duit projek nanti hadiahkan i seketol blackberry bold??????

Low Blood Pressure

Apa itu Tekanan Darah Rendah ?

Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.


Faktor yang mempengaruhi tekanan darah

Dalam menentukan seseorang itu menghidap tekanan darah, terdapat beberapa faktor yang boleh membantu iaitu:-

  • usia
  • aktiviti seharian
  • perasaan
  • ubatan
  • pendarahan
  • infeksi

Kebiasaannya orang yang selalu dikaitkan dengan penyakit tekanan darah rendah adalah dari golongan atlet dan pengamal diet. Mereka jarang terdedah kepada beberapa jenis penyakit seperti:-

  • stroke
  • penyakit jantung
  • penyakit pada mata
  • pengerasan dan penyempitan pada pembuluh darah

Bagi penghidap tekanan darah rendah, mereka tidak akan menunjukkan tanda mereka mempunyai penyakit tekanan darah rendah. Mereka akan menunjukkan gejala atau tanda-tanda awal seperti:-

  • cepat lelah
  • pening kepala ketika posisi badan berubah
  • sukar untuk berkonsentrasi
  • mata berkunang-kunang
  • mual
  • kulit berasa dingin, pucat dan lembap
  • pernafasan cepat dan pendek
  • defresi
  • cepat haus

Sekiranya seseorang itu hendak hamil, mereka digalakkan untuk membuat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum hamil. Ini kerana ia adalah untuk mengelakkan berlaku komplikasi pada bayi itu nanti.

Penyebab tekanan darah rendah

ekanan darah ditentukan oleh dua pekara, iaitu jumlah darah yang dipompakan oleh jantung dan tahanan (resistensi) pembuluh darah yang kecil-kecil pada tubuh. Terdapat beberapa penyebab yang boleh tekanan darah rendah terjadi iaitu:-

  • Kekurangan volum darah - cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal
  • Dehidrasi - dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit.
  • masalah jantung - deyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat.
  • Keadaan otot yang lemah
mesti pelik kan kenapa en3 aku kali ni pasal low blood pressure...
pasal aku kena low blood pressure..
tekanan keje kat opis ni membawa aku kepada low blood pressure..
dan doktor dah suh aku relax222...dan cari makanan yang boleh menambah darah...
macammana darah nak normal balik..kalo mai keje dok pressure...

p/s : doktor cakap takleh peknen sekarang..bahaya. takper ler doktor...kalo doktor tak cakap pun 85% pn memang saya taknak peknen dah.


Thursday, November 18, 2010

Doremon & Ultramen Kosmos


ikuti dialog dua beradik yang mencuit hati aku :



adik : doremon ni tipu jer...bukan bagi hadiah pun..tunjuk jer..

kakak : mana ada tipu..doremon bagi betol

adik : mana ada

kakak : ya la...kita kena la gi hongkong...baru leh jumpa doremon. baru dapat hadiah

adik : tipu la. kalo doremon bagi hadiah..kenapa tak tolong ultraman kosmos...kesian oltromen kosmos

kakak : ultramen kosmos kan ada kawan. semua kawan2 ultramen dok kat pejabat. nanti diorang tolong la. doremon takleh tolong..pasal doremon dok kat hong kong.

adik : ooooooo


tragedi berlaku seminit yang lepas...aku dalam bilik opis ni tersenyum jer dengar perbualan yang tak masuk dek akal.

Cuti dan Promosi

Semalam hari raya aji.....aku rasa cam malas jer. biasalah raya kat kl...bukan cam kat kampung. buhsan jer. aku start masak pun kol 9am. malas sungguh22!!!..

semalam aku buat lodeh dengan sambal kacang jer..masakan sebelah selatan..kegemaran hubby aku. masak seperiuk besar then buat rendang ayam. simple jer. pastu makan ler kami 4 beranak dengan senang hati. pastu dalam kol 12tengahari..kak ros dan en nasri...KPS kewangan mai umah aku. sekali beb..aku masak takder ler niat nak jamu2 tetamu...setakat nak jamu222 cacing dalam perut kami jer..kelam kabut aku menyiapkan apa yang ada. naseb baik diorang makan tak banyak cerita. kalo tak mampus aku!!!!!

petang gi umah kakak aku kat setapak. kakak aku plak masak nasi minyak. rosak diet aku semalam...balik timbang naik ler dalam 700g. hari ni kena menten balik. makan shake semula...semalam tak makan langsung. rugi plak rasa.

aku dah kekeringan idea sebenarnya. cuti jer sampai 5 hari...tapi apa pun aku takder idea nak buat. lepaking kat umah...dengan niat nak mempromosikan barang aku...jom kengkawan...tolong promote mempromote...tolong menolong kan amalan mulia.

http://dietwithherbalife.blogspot.com & http://telekung2uonline.blogspot.com

p/s : lega leh bercuti dari masuk dalam box :)

Tuesday, November 16, 2010

Pengiraan Kalori Dalam Makanan


pagi2 buta ni..ntah mimpi apa ntah...aku nak share benda ni dengan korang. juz for our information. selama ni kita bedal jer apa ada depan mata kita. nampak semua makanan sedap. tapi kita tak pernah kira berapa kalori yang masuk dalam perut kita. janji sedap dan kenyang. so, aku nak bagitau ler sket...seelok2nya kita ni orang perempuan kena hadkan lah jumlah kalori yang kita ambil seharian. melainkan kalo kita ni atlit...ahli bomba..atau makcik cleaner yang memang buat keje pakai tenaga. kalo setakat cam aku ni...sampai opis terus parking bontot kat kerusi mengadap lappy...harus kena kawal pemakanan. kalo tak bukan setakat kerusi tu yang mengembang....dengan2 bontot aku sekali mengembang.


gambar ehsan dari uncle gogel

ok...cuba2lah hadkan pengambilan makanan kita sehari cuma dalam 1200-1500 kalori sahaja. paling elok kalo mau kurus...tak perlu senam teruk2..amik 1200kalori sahaja. so, pandailah2 kira ikut info yang telah aku tempekkan kat bawah tu. bukannya apa kalo terlebih amik dan kalori tu tak dibakar...lebihan tu akan bertukar menjadi lemak. kalo dah jadi lemak tu faham2 jer ler yer...payah ler nak jadi taik balik. kalo nak tau lebih lanjut moh ler ker sini...kompom korang tak nyesal punyerrr...

Kategori: Kuih Muih


1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk

1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Rutin

1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Makanan Segera

1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan

1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

Kategori: Minuman

1. minuman berkabonat 1 tin 285g – 120 kal
2. minuman kotak 250g – 105 kal
3. susu tepung penuh krim 1 sudu makan – 33 kal
4. susu tepung tanpa lemak 1 sudu makan – 25 kal
5. aiskrim 2 skop- 390 kal
6. susu pekat manis 1 sudu makan – 71 kal
7. yogurt rendah lemak 1 cawan – 90 kal

Lain- Lain

1. mentega 2 sudu teh – 75 kal
2. keju chedar 1 keping -58 kal.

ada banyak lagi sebenarnya..tapi aku tak larat nak taip balik. tak ingat dah aku cari kat mana...dulu ada softcopy...pastu aku dah delete. so..stadi yang ni dululah yer...

p/s : hari ni aku amik 970 kalori....tak sampai pun 1000 kalori..korang amik berapa yer???

Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...