Friday, September 30, 2011

Ya Allah...Ya Tuhanku..

Jumaat yang syahdu...

Semoga Tuhan menguatkan semangat aku...
meningkatkan ketabahan aku...
meninggikan tahap kesabaran aku...
semoga Tuhan akan terus memimpin aku untuk menjadi penghuni syurga..

Ya Allah...jauhkan aku dari sifat suka menangguh...
jauhkan aku dari sifat dendam..
tenangkan hatiku...
berikanlah aku sifat redha meredhai...
penuhkan hatiku dengan kemaafan...
jernihkan jiwaku dengan kelembutan..

Hanya Engkau yang Maha Mengerti isi hatiku...



“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu bersemayam di atas ‘Arasy; Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti), dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.”


p/s : Engkau telah mengatur perjalanan hidupku begitu indah sekali...dan aku bersyukur padaMU...

Thursday, September 29, 2011

Coklat

Pagi tadi aku beria2 bawa buku la tahzan ke opis..konon bila time miting leh la aku layan buku...tapi sebab niat tak menghalalkan cara....
Last2 aku tertinggal buku tu kat opis. So malam ni..aku melopong tak tau nak wat apa...anak2 dan bapanya dah terbungkang tido...tinggal aku layan crita cinta dari kaabah....dah habis..sambung tanah kubur...jap lagi nak nengok manisnya kurma itu pulak.
Banyak crita aku nengok kan malam ni....

Merujuk kepada tajuk diatas...adalah dimaklumkan bahawa aku memang peminat coklat...bukan coklat makan2 ya....itu gomuukk. Tapi coklat kaler2. Kawan aku kata...aku ni asik2 coklat...pilih tudung coklat..baju coklat...dahla kaler kulit pun coklat pekat..matching sesangat...macam tong minyak berjalan ja...dakpun guni beras kaler coklat tu.

Sebagai membuktikan aku memang peminat coklat...jom layanzzzz picca kat bawah...

Semua coklat kan...banyak lagi...tapi cukup 4 keping yang dekat2 dengan aku sekarang ni. Malas nak jalan jauh2 semata2 nak snap picca.












Sungguh enak bila makan coklat di atas kerusi bewarna coklat...


posted from Bloggeroid

La Tahzan - Part II

Salam semua...

juz nak inform ..aku dah beli buku La Tahzan...rega RM25.90 kat MPH Alamanda.
Baru 2 hri dok baca...
kesimpulan..sungguh best. dan aku tak rasa menyesal beli walaupun ada 8 buah buku ilmiah + novel yang aku beli tak berusik lagik.
rasanya...yang ni akan habis dulu aku baca..
so, aku nak syer dengan korang sket...intipati La Tahzan mengikut bab ya..dan aku akan hapdet sikit demi sikit mengikut tahap pembacaan aku..

5. Jadikan kritikan tajam sebagai penghormatan
dan mereka tidak pernah diam mengkritik anda sebelum anda masuk ke liang lahad, menaiki tangga ke lagit dan berpisah dengan mereka. adapun apabila anda masih berada ditengah2 mereka, maka akan ada selalu perbuatan mereka yang boleh membuatkan anda bersedih dan menitiskan air mata, mengalirkan darah kematian anda dan mengusik ketenangan anda. Tapi perlu diingat...orang yang duduk di atas tanah tidak akan pernah jatuh dan manusia tidak akan pernah menendang anjing yang sudah mati.
Mendalam kan maksudnya....jika kita terusik dengan cemuhan orang bermakna kita merelakan mereka mencemuh dan mengotori jiwa kita...cekallah seperti batu bata yang tidak pernah terusik walaupun ditimpa salji.

6. Berharaplah akan redha Allah semata2.
Anda tidak perlu terkejut jika anda menghadiah kan pena kepada seseorang dan seseorang itu menggunakan pena tersebut untuk menulis cemuhan kepada anda. jangan terkejut, apabila orang yang anda berikan tongkat untuk mengiringi kambing gembalaannya menggunakan tongkat tersebut untuk memukul kepala anda. itu semua adalah manusia yang tidak pernah bersyukur...dan jika mereka boleh mengingkari Allah..jangan diharap untuk mereka hormat kepada kita. dan kita harus bersyukur kerana boleh berbuat baik disaat orang lain berbuat jahat kepada kita.

7. Berbuat baik kepada orang lain akan melapangkan dada
ketika diri anda diliputi kesedihan, kegundahan dan kemiskinan, berbuat baik lah kepada sesama manusia nescaya anda akan mendapat ketenteraman dan kedamaian hati.kita akan merasa kebahagian dalam semua aspek kebahagian kita.

8. Usirlah kekosongan dengan kesibukan
apabila suatu hari anda merasakan diri anda menganggur tanpa kegiatan...bersiaplah untuk merasa gundah gulana, sedih dan cemas. sebab dalam keadaaan kosong itulah fikiran anda akan menerawang memikirkan kisah2 silam...memikirkan luka2 hati..memikirkan masa depan..menyesali kesialan. sibukan diri anda dengan apa cara sekalipun...kerana membiarkan diri anda kekosongan sama seperti anda membunuh diri.

9. Teguhkanlah keperibadian anda
hiduplah sebagai mana anda diciptakan. jangan mengubah suara anda dan jangan mengubah gaya berjalan anda. tuntunlah mengikut wahyu ilahi... tetapi jangan melupakan keadaan anda dan jangan membunuh kemerdekaan anda sendiri. anda adalah lain daripada yang lain..tidak ada seorang pun yang menyerupai anda dalam sejarah kehidupan. janganlah kita menjadi orang yang tidak berpendirian..

10. Terimalah qada dan qadar Allah
saraf anda akan tegang....kegundahan anda tidak akan reda dan kecemasan di dada anda tidak akan pernah sirna selagi anda tidak menerima qada dan qadar Allah. tinta pena telah mengering bersama dengan semua perkara yang anda temui. jangan biarkan diri anda larut dalam kesedihan...jangan sangka anda boleh menahan tembok yang akan runtuh, membendung air yang akan meluap, menahan angin agar tidak bertiup, memelihara kaca agar tidak pecah. tidak ada benda yang boleh dikawal..kerana apa yang digariskan akan terjadi tetap akan terjadi. setiap ketentuan akan berjalan dan setiap keputusan akan terlaksana.


best baca buku ni....selalu aku kalo baca buku speed mesti laju...tak sabaq nak sampai penutup...nak tau kesudahan..tapi kali ni aku baca peeellllaaaann.....peeeelllaaannn...nak masuk dalam otak meresap ke hati.

paling best setakat ni aku baca...kita hidup untuk hari ni..tak yah ingat hari semalam...dan tak payah nak gatal2 meramal masa depan. hidup macam hanya ada hari ni untuk kita. buat baik sehabis baik. betol jugak. kita ni suka pikir masa depan yang tak tau macammana....padahal Allah dah menetapkan esok kita akan jadi apa. jadi jalanilah hidup seadanya.

nanti aku syer lagik ya...lenguh tangan menaip.

Wednesday, September 28, 2011

Siapa Wanita Cantik???


1) MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.

seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya.sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.



2) TERSENYUM SAAT TERTEKAN

percaya atau tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.kenapa?kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya.alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.



3) TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS

bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis.dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.



4) TABAH DI SAAT TERHINA

setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia.tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.



5) MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN

bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.namun bagi seorang wanita yang cantik itu,kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya.kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah.subhanallah.



6) MENGASIHI TANPA BALASAN

kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA.dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.



7) BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI

dia hanya berharap kepada YANG ESA.dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang.suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.



Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU

Jangan Hidup Dengan Masa Lalu

Jangan hidup dalam mimpi buruk masa lalu, atau di bawah payung gelap masa silam.Selamatkan diri anda dari bayangan masa lalu! Apakah anda ingin mengembalikan air sungai ke hulu , matahari ke tempatnya terbit , seorok bayi ke perut ibunya, air susu ke payudara sang ibu, dan air mata ke dalam kelopak mata ? Ingatlah , keterikatan anda dengan masa lalu, keresahan Anda atas apa yng telah terjadi pada masa lalu, adalah kondisi yang sangat naif, memprihatinkan dan menakutkan. Membaca kembali lembaran pahit masa lalu, hanya akan memupuskan masa depan, mengendurkan semangat dan menyia-nyiakan waktu yang sangat berharga Adalah bencana besar, manakala kita rela mengabaikan masa depan dan justru hanya disibukkan dengan memikirkan masa lalu. Itu sama halnya dengan mengabaikan istana-istana yang indah dengan sibuk meratapi puing-puing yang telah lapuk. Padahal betapapun seluruh manusia dan jin bersatu untuk mengembalikan semua hal yang telah berlalu,niscaya mereka tidak akan mampu. Sebab yang demikian itu sudah mustahil pada asalnya. Orang yang berpikiran jernih tidak akan pernah melihat sedikitpun ke belakang. Pasalnya , angin akan selalu berhembus ke depan, air akan mengalir ke depan, setiap kafilah akan bergerak ke depan, dan segala sesuatu bergerak maju ke depan. Maka dari itu , janganlah melawan sunnah kehidupan.

Ya!!! aku sepatutnya merenung ke hadapan. tidak perlu memikirkan masa2 lalu yang menyakitkan. aku kena kuatkan semangat..agar masa2 lalu itu tidak akan menghumbamkan aku dalam kancah derita.

Tuhan berikan aku kedukaan dan kegembiraan serentak...mengapa???!!!! kerana di saat Tuhan menguji aku...di saat itu juga Tuhan memberikan aku penawarnya. Ya...aku kena kuat...kerana nyawa di dalam rahimku..memerlukan kekuatan dan semangat aku. di saat aku melayan kesedihan..di saat itu akan dapat merasakan degupan jantung nyawa itu. nyawa yang memerlukan semangat aku untuk terus bernafas.

Sungguh besar kuasaMu Tuhan....
Bila emosi tercalar, minda selalunya turut tersasar. Bertenang...! Sematkan dalam fikiran, setiap yg berlaku adalah kehendak-Nya. Pasti ada hikmah di sebalik musibah andai benar2 redha dan pasrah. Berzikir... ingati DIA! Bahagia akan hadir biar diri disingkir manusia kerana DIA tak pernah meminggirkan hamba-NYA. (memetik kata2 kak Suzana)

Perkembangan Bayi Trimester ke2

Perkembangan bayi anda pada bulan kehamilan 13-28 minggu (trimester ke dua)

Minggu ke 13:
Panjang bayi sekitar 7,5 cm dengan trakea, paru-paru, perut,hati, pancreas, dan usus berkembang ke fungsi terakhir. Pita suara mulai terbentuk, dan tunas gigi muncul dengan 20 gigi bayi. Pada minggu ini jari tangan, telapak kaki, mulai terlihat.


Minggu ke 1 4:
Pada minggu ini organ seks bayi sudah dapat dibedakan antara laki dan perempuan. Denyut jantung bayi berdetak kuat (detak jantung hampir 2X lebih cepat dari anda) dan anda dapat mendengarkannya di dokter anda. Sudah memberi respon terhadap dunia diluar rahim ibu, bayi mungkin akan bergerak bila anda mengusap perut anda, tapi anda mungkin masih belum dapat merasakannya.

Minggu ke 15:
Bayi anda sudah mulai dapat mendengarkan anda, mendengarkan denyut jantung anda, suara perut anda, juga suara anda.
Sekarang bayi anda sudah mulai mempunyai rambut di kepalanya, juga bulu mata dan alis.
Ukurannya sekarang 114 gram dengan panjang sekitar 15cm.

Minggu ke 16:
Jika anda melakukan USG saat ini mungkin anda dapat mengetahui jenis kelamin. Otot bayi sudah berkembang dan menjadi kuat. Gerakannya semakin aktif. Mulai mengisap ibu jarinya, menguap, merenggangkan tubuhnya, sudah menelan-kencing dan cengukan.
Pada minggu ini jika sinar terang diletakkan diperut anda bayi akan mengerakkan tangan – matanya.

Minggu ke 17:
Masih banyak ruang dalam rahim anda bayi akan bergerak merasakan sekitarnya. Kulit bayi anda berkembang dan transparan. Terlihat merah sebab pembluh darah masih terlihat jelas.

Minggu ke 18:
Sekarang bayi sudah dapat mendengarkan suara dari luar tubuh anda, bayi akan bergerak atau melompat ketika mendengarkan suara keras.
Otot bayi sudah dapat berkontraksi dan relaks, bayi sudah dapat menendang atau meninju. Bergerak sangat aktif , dalam minggu ini mungkin anda sudah dapat merasakan gerakan putarannya untuk pertama kali.

Minggu ke 19:
Sekarang panjang bayi anda sekitar 23 cm. Jika anda belum juga merasakan bayi anda, mungkin anda akan mulai mersakan gerakkanya minggu ini.

Minggu ke 20:
Otot bayi anda semakin kuat tiap minggu. Jika anda masih belum dapat meraakan gerakkanya, anda pasti akan merasakan gerakkanya sekarang. Anda mungkin salah mengartikan gerakkanya pertama kali sebagai angin, karena terasa seperti letupan gelembung-gelumbung didalam.
Bayi anda bergerak sekitar 200 kali sehari , tapi anda hanya akan merasakan sedikit dari semua gerakan ini.

Minggu ke 21:
Panjang sekitar 28 cm. Anda akan merasakan lebih banyak gerakan bayi anda sekarang karena bayi makin aktif.

Minggu ke 22:
Bayi anda sadar akan lingkungannya dan bayi akan merasa tenang ketika mendengarkan suara dan sentuhan anda diperut. Tubuh bayi mulai memproduksi sel darah putih. Ini penting untuk bayi dalam melawan penyakit dan infeksi.

Minggu ke 23:
Panjangnya sekitar 23 cm. Sekarang ukuran kepalanya sudah sesuai dengan tubuhya . Saat ini bayi terlihat sama seperti akan lahir nanti tapi lebih kecil dan kurus saat ini.
Anda dapat mendengarkan detak jantung bayi anda dengan stestoskop.(letakkan stestoskop langsung diperut anda). Pertumbuhan otak sangat cepat.

Minggu ke 24:
Pendengaran bayi sudah terbentuk sempurna. Bayi akan bergerak dengan suara musik dari luar. Bayi membentuk pola kapan saat tidur dan kapan saat bangun, anda akan merasakan dengan suatu saat bayi bergerak terus, dan saat lain tidak.

Minggu ke 25:
Bayi mulai berlatih bernafas dengan menghirup dan menhembuskan cairan amnion, yang mana kadang membuat bayi cegukan—dan anda akan dapat merasakannya juga.

Minggu ke 26:
Bayi sudah mempunyai lemak dibawah kulit, yang akan membantu mengontrol suhu tubuhnya pada saat lahir. Wajah dan tubuhnya secara umum akan terlihat bayi saat lahir. Panjang sekitar 28-32 cm dengan berat sekitar 680 gram.

Minggu ke 27:
Matanya sudah terbuka dan melihat sekelilingnya untuk pertama kalinya. Bayi terlihat seperti bernafas tetapi sebenarnya bayi mengambil air bukan udara. Ini merupakan latihan yang baik untuk paru-parunya.

Minggu ke 28:
Pada bayi laki testis akan turun ke kantung skrotum.
Jaringan otak berkembang. Sekarang bayi anda dapat bermimpi.

© Dr.Suririnah- www.infoibu.com

Perubahan Ibu Hamil Trimester ke2

Beberapa perubahan yang terjadi pada kehamilan trimester kedua (13-28 minggu):

PERUT SEMAKIN MEMBESAR
Setelah 12 minggu, rahim membesar dan melewati rongga panggul. Pembesaran rahim akan bertumbuh sekitar 1 cm setiap minggu. Pada kehamilan 20 minggu bagian teratas rahim sejajar dengan puser (umbilicus). Setiap individu akan berbeda-beda tapi kebanyakan wanita akan mulai tampak pembesaran perutnya pada kehamilan 16 minggu.

SENDAWA DAN BUANG ANGIN
Pada trimester ini anda akan bersendawa atau ingin buang angina/kentut pada saat yang tidak seharusnya---jangan bingung---anda tak sendirian mengalami masalah ini.
Sendawa dan buang angina adalah keluhan yang paling sering selama kehamilan. Hal ini karena usus merengang dan anda akan merasa kembung.
Atasi dengan jangan makan dalam jumlah besar akan membuang anda kembung dan tak nyaman, dan hindari makanan yang menyebabkan banyak gas seperti jagung, permen, bawang merah.

PELUPA
Pada beberapa ibu hamil akan menjadi sedikit pelupa selam kehamilannya, Ada beberapa teori tentang hal ini karena tubuh ibu terus bekerja berlebihan untuk perkembangan bayinya sehingga menimbulkan blok pikiran.
Tak perlu terpengaruh dengan hal ini ---sediakan catatan kecil unutk membantu anda. Dan beristirahalah sedapat mungkin.

RASA NYERI DI ULU HATI
Rasa panas atau terbakar didada bagian bawah atau perut bagian atas tapi tidak ada hubunganya dengan jantung. Hal ini karena asam lambung naik ke kerongkongan. Perasaan ini timbul pada wanita hamil pada trimester kedua ini, hal ini karena hormone progesterone meningkat yang menyebabkan relaksasi dari otot saluran cerna dan juga karena rahim yang semakin membesar yang mendorong bagian atas perut, sehingga mendorong asam lambung naik ke kerongkongan.

Nilai positif dari relaksasi otot saluaran cerna adalah gerakan makanan menjadi lebih lambat sehingga nutrisi terserap lebih banyak.

Atasi dengan jangan makan dalam jumlah besar terutama sebelum mau tidur. Jauhi makanan yang pedas, berminyak dan berlemak. Waktu tidur malam tinggikan posisi kepala anda sehingga asam lambung tak dapat naik ke esophagus.

PERTUMBUHAN RAMBUT DAN KUKU
Perubahan hormonal menyebabkan kuku akan tumbuh lebih kuat dan tumbuh rambut lebih banyak dan kadang tumbuh ditempat yang tidak diinginkan seperti diwajah atau perut. Tapi tak perlu kuatir rambut yang tak semestinya ini akan hilang setelah bayi lahir

SAKIT DI PERUT BAGIAN BAWAH
Pada kehamilan 18-24 minggu anda akan merasakan nyeri diperut bagian bawah yang seperti ditusuk atau seperti tertarik disatu atau dua sisi, hal ini karena perenggangan ligamentum dan otor unutk menahan rahim yang semakin membesar.
Nyeri hanya sebentar dan tak menetap.
Atasi dengan duduk atau berbaring dengan posisi yang nyaman.

PUSING
Pusing menjadi keluhan yang sering selama kehamilan trimester kedua ini hal ini dapat terjadi ketika pembesaran dari rahim anda menekan pembuluh darah besar sehingga menyebabkan tekanan darah menurun.

Atasi denga melakukan perpindahan posisi pelahan lahan atau bertahap untuk menghindari perubahan tekanan darah yang mendadak.

MENDENGKUR
Peningkatan aliran darah selama kehamilan akan menyebabkan sesak dan pembengkakan membrane mukosa yang menimbulkan mendengkur saat tidur.

HIDUNG DAN GUSI BERDARAH
Hal ini juga karena peningkatan aliran darah selama masa kehamilan. Kadang juga mengalami sumbatan pada hidung hal ini karena perubahan hormonal.

PERUBAHAN KULIT
Garis kecoklatan mulai dari puser (umbilicus) ke tulang pubis disebut linea nigra.
Kecoklatan pada wajah disebut chloasma atau topeng kehamilan, ini dapat menjadi petunjuk kurang asam folat.
Strecth mark terjadi karena perengangan kulit yang berlebih biasanya pada perut dan payudara.
Akibat perengangan kulit ini anda dapat merasa gatal.

PAYUDARA
Payudara akan semakin membesar dan mengeluarkan cairan yang kekuningan yang disebut colostrums. Putting dan sekitarnya akan semakin bewarna gelap dan besar dan bintik-bintik kecil akan timbul disekitar putting, itu adalah kelenjar kulit..

KRAM PADA KAKI
Kram otot ini timbul karena sirkulasi darah yang lebih lambat saat kehamilan. Atasi dengan menaikkan kaki keatas, minum cukup kalsium. Bila anda terkena kram kaki ketika duduk atau saat tidur, coba untuk menggerakan jari-jari kaki kearah atas.

PEMBENGKAKAN SEDIKIT
Pembengkakan adalah kondisi normal pada kehamilan, hampir 40 % wanita hamil mengalaminya.
Hal ini karena peningkatak hormone yang menahan cairan.
Pada trimester kedua ini akan tampak sedikit pembengkakan pada wajah, kaki , tangan.
Hal ini sering karena posisi duduk atau berdiri yang terlalu lama.


MERASAKAN GERAKAN BAYI ANDA
Pada kehamilan minggu ke 15-22 anda akan mulai merasakan gerakan bayi anda yang awalnya akan terasa seperti kibasan, tetapi di akhir trimester ini, anda akan benar-benar merasakan pergerakan bayi anda. Pada ibu yang baru pertama kali sering tidak dapat mengenali gerakan bayinya sampai minggu ke 19-22.

© Dr.Suririnah- www.infoibu.com

Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...