Tuesday, May 29, 2012

Aktiviti hari ni...

salam ollllss...

Hari ni aku bawa ammar gi jalan2 kat jj equine. Target orany tak ramai la hari ni pasal weekdays.sekali mak ko...aku sampe kol 12 tgh..kete dah penuh melepak kat parking. Rasa cam nak patah balik...tapi kesian kat anak2 aku yang beria2 nak gi jalan2 setelah hampir 3 bulan terkandang dalam umah.

So, aku nekad ja...harap2 ammar tak meragam. Sekali...hanya sejam dia tidur dengan elok dalam stroller. 2 jam pulak aku habiskan masa kat baby room. 1 jam shopping dengan memujuk dan mengkelek ammar. Dasat!!. Serik....tggu ammar 4 bulan la kalo aku nal berjimba2 camni.




Time ni aku tengah menikmati kenny rogers. Mujur dia lena. Tu pun pas aku pam perut dia. Selamat bf. Ko nangis..aku amik sumbat. Naseb baik aku beli poncho online dari autumz..leh bergaya kejap tadi.





Sian...lama tak makan kenny rogers. Pulun macam x makan setahun.





Pastu tu makan mufin submarine plak. Nasib baik aku masih berpantang ais. Kalo tak dengan2 aku masuk geng tu.

Selamat hari ni bawa diorang gi jalan2. Tunggu khamis ni nak gi bercuti plak. 3d2n kat.........tunggu aku up entri ya. Kalau jadi pi la. Hotel malam ni baru nak book. Harap2 x penuh.

Malam..disebabkan keletihan...aku x masak nasi. Ni la hasil masterchef aku malam ni. Taraaaaa




Dan hasil tangkapan kat jj untuk memperbaiki skills aku...adalah...





Tak rugi beli.takla aku hari2 masak menu yang sama. Bosan. Harap2 lepas ni aku leh pelbagaikan resepi. Cuma bahan2 jer yang takder. Sejak aku terpantang ni...laki aku jer gi pasar. Beli barang2 basic jer. Barang2 aksesori tak bolehla. Sedey.

Sekian en3 hari ni...laki aku dah balik. Mood muslimah mari.

posted from Bloggeroid

Monday, May 28, 2012

Dapuur

En3 ni aku tulih masa sedang menetekkan ammar. Huh! Hebatkan. Boleh buat byk kija dalam satu masa.
Aku baru siapkan telor masak kicap untuk anak2 aku makan malam. Untuk aku pulak sardin roll 5 ketol. Mau tak gemook. 5 ketol ditelan oleh aki seorang. Pastu pagi esok menyesal..sebab berat tak turun2....walhal dah nak raya. Mampussss nak cari baju siap. Kompom xdak saiz..untuk orang yang berketinggian 150cm dan berat 60kg. Hahaha.

Pas memasak tu aku dok tenung2 dapor aku. dah 3 tahun aku dok umah ni. Rasa bosan plak. Nampak makin kecik dapoq aku ni. Nak memasak pun xdak mood. Alasan pemalas. Setakat tlor masak kicap..dapur arang pun lepas.








Sempit kan. Kalo aku gemok sikit lagi kompom takleh masak dah. Kena makan kat restoran ja lah lepas ni. Rasa macam x puas hati pulak.

Yang pintu putih tu pintu masuk bilik bibik aku dulu. Kesian bibik aku....dok sorang2 kat dapor ..hahah patutlah lari balik indon. Berbaloi la 3 tahun dok dengan aku..baru nak larikkkss. Galak!!.




Ni lah bilik bibik aku dulu. Sekarang dah kosong. Ada katil bujang ja. Jadi bilik mak aku nak salin baju kalo dia mai umah aku. Orang tua2 biasalah..malas nak naik atas kerap2. Baju dia semua simpan bawah. Atas naik tidoq ja.

Aku cadang nak ketuk bilik ni..nak jadikan dapur aku lagik. Hahah. aci tak?. Besaq sikit. Jadi la bentuk U. Lepas ni aku tak pakai bibik dah kot!! Kalau ada bibik lagi..mampus bibik aku jadi mem kat bilik tengah.

Laki aku dah balik..beli nasi bungkus dengan mihun sup. Bini ni pemalas kot. Oh taklah ammar meragam....x sempat masak. Alasan baaaeeeekkk punya!

posted from Bloggeroid

Saturday, May 26, 2012

breastfeed

Mati kutu aku lepak kat umah. Dah dekat 2 bln setengah dah aku bercuti. Lagi sebulan setengah lagi. Lamanya bercuti dengan gaji berjalan. Duit gaji x usik lagi...masuk plak gaji baru. Sonoknyaaa.
Sapa nak bagi kan??

Alhamdulillah..kali ni aku berjaya fully breastfeed ammar tanpa campuran susu formula. Masa mula2 tu aku giveup jugak. Tambah2 lagi bila ammar asik meragam. Mak aku dah sibuk suh topup dengan SF. Kot2 ammar tak kenyang. Tapi aku gila bertahan. Taknak terpedaya cam anak2 yg lepas.

Ni plak hasil perahan aku tadi. Alhamdulillah...makin banyak. Sekali perah aku leh dapat 4oz. So sehari aku perah 3x. Cukuplah buat masa.sekarang...x brani nak perah byk2 lg. Takut kang terbuang. Hehehe.



Gambar ammar 3 hari lepas. Sayang anak jantanku ini





P/s : Tajuk kemain...isi hampeh.

posted from Bloggeroid

Friday, May 25, 2012

Permata Hati

3 orang permata hati..sangat comel.
Oleh sebab aku selalu dukung si ammar..selalu cakap anak mama sayang..one day tu,aina datang tanya aku...
"mama sayang siapa, ammar saja ker"
Aku trus jawab, sayang semua la. Kan semua tu anak mama.

Sungguh...dalam diam rupanya anak2 memerhati apa yang kita buat.



Alhamdulillah...akhirnya tuhan menunaikan impian aku. Syukur padaMu...

posted from Bloggeroid

Thursday, May 24, 2012

Things to do

Things to do..
1.apply cuti
2.cucuk anak
3.sokong SKT anak buah
4.kemas baju2 lama yang nak dibuang

Sumer ni tak buat lagi..bila nak buat ni...malasnya.

posted from Bloggeroid

Monday, May 21, 2012

Gaya Tido Budak Kicik

Gaya anak terunaku tido. Barut naik atas..perut nampak...tangan macam orang surrender. Bantal lepas ke mana. Aku biarkan jer. Tunggu masa nak mandi.


Abaikan saja kegelapan dia...sebab kegelapan itulah membuktikan dia adalah anak aku.huhuhuhu

posted from Bloggeroid


posted from Bloggeroid

Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...