Tuesday, April 19, 2016

Teruskan Melangkah!

Tinggalkan sahaja kenangan dibelakang
jangan dikenang2
yang pahit akan melukakan hatimu
tak perlu!!!
kau tak perlukan semua itu

cukup dengan memandang ke hadapan dan teruslah berjalan
langkahmu kini berlainan
ia langkah seorang manusia yang melalui proses kematangan
ia langkah penuh keyakinan

melangkah sambil sibuk memandang ke belakang hanya melambatkan langkah.  teruskan melihat masa depan dengan mata bundarmu!

Cerita Tentang Luka

percayalah
bukan kau saja
setiap dari kita terluka
barangkali luka hatiku lebih parah dari apa yang mengoyak hatimu
barangkali luka hatinya lebih dalam dari apa yang sedang kau pendam
tidak perlu engkau dakwa dakwi kononnya engkau yang paling sakit
lukamu paling perit
atau nafasmu paling sempit
tidak perlu!
saat engkau sibuk meratapi nasib sendiri
jangan pernah lupa orang lain juga makan hati
bahkan demi hidup
ada yang terpaksa menagih simpati
barangkali engkau tidak tahu
ada yang diam2 terluka dengan tingkahmu
ada yang memendam seribu rasa lalu mengharap keadilan pada saat perhitungan di hari pembalasan
engkau?!!
masih tidak jemu merafak keluhan
sudahlah.
malu mahu mengaku hamba jika masih menuntut sempurna
malu mahu mengaku tabah jika lisan terus basah dengan keluh kesah
sungguh
malulah dengan ALLAH!

Hanya Dari Dia!

Kebahagian kita bukan terletak pada pasangan
bukan pada anak-anak yang dilahirkan
tapi pada tuhan
pada rasa dikasihi walau seribu kali kita dikhianati
pada rasa selamat walau sejuta kali kita tersesat
pada tawaran pengampunan walau bergunung dosa dan kesalahan
siapa lagi mampu sesetia itu menerima kita apa adanya?
hanya Dia!

justeru wahai jiwa
kenapa kau masih keluhkan tingkah manusia
apa yang kau harapkan dari mereka
sungguh menempah bahagia dari manusia ibarat menempah derita!
beringat2 wahai jiwa
kebahagian hanya datang dari satu punca
Hanya dari Dia!!

Tuesday, February 02, 2016

Izinkan Ku Simpan




Aku tahu
apa saja yang diambil dariku
akan diganti dengan yang baharu
apa sahaja yang hilang
akan terisi dengan yang datang
seperti engkau lepaskan hatiku
aku juga telah bebaskan hatimu
pergilah sejauh mana engkau mahu melangkah
berbahagialah
jika sudah begitu takdir Allah
aku redha

telah ku ikhlaskan hati  segala apa yang terjadi
telah ku ikrarkan pada diri untuk melupakan segala yang menyakiti
namun aku mahu kau tahu
masih ada yang berbaki dalam hatiku
semua pengorbananmu dulu
sungguh2 pernah membahagiakanku
justeru biarkan kenangan itu
kekal dalam simpanan
abadi dalam ingatan
bagai satu ikatan yang tak mungkin terputus
bagai satu rasa yang tak akan terhapus
menjadi terima kasih yang mengikat kasih
kerana tempat engkau dalam hatiku
sudah terlalu sebati di situ..

~~~~Some Love Stories Never End~~~~

Friday, January 29, 2016

Tekanan UPSR

Assalamualaikum..

hepi bercuti semua..
dah jumaat....cuti 3 hari untuk orang yang tinggal di wilayah..
ya be da be du...

tak de plan lagi nak pegi mana.  my dotter dah ada assignment dari cikgu.  minggu depan ujian diagnostik untuk tahun 6.  kompom my dotter tak cukup tido..tak cukup makan ni.  susah hati lagi dia.  kesian...tahun 6 pun macam tu dah...tak tahu la nanti kalo PT3.  nanti anak pertama PT3 anak kedua pulak UPSR.  double la keserabutan i ni.  silap2 i yang masuk exam.  payah sangat.

tak tahu la kenapa sekarang ni semua parent terlalu kejarkan akademik...(termasuk i la tu)
semalam tertengok citer 'kami prihatin' kat tv berapa entah.  masa tu my dotter pun ada sama.  topik yang dibincangkan adalah akademik untuk budak2...kebetulan isu upsr.  macam2 citer ada.  ada yang nak akademik..ada yang tak kisah..ada yang lebihkan kemahiran.  makin serabut rasanya.

kejam ker kita2 ni kalau secara tak langsung nakkan anak kita setanding anak orang..
kesian...ni jer masa kanak2 yang diorang ada..
masa yang sepatutnya diorang gunakan untuk kenal dunia..
main permainan sama macam kita main masa kanak2 dulu
kejar layang2 di bendang
buat serunai guna batang padi
sembunyi dalam jerami
tangkap ikan di sungai
anak2 sekarang dah tak kenal semua permainan tu lagi..
hidup diorang sekarang dah jadi eksperimen untuk mak bapak..
terpaksa belajar dari jam 7 pagi sampai 7 malam
malam2 dah terbungkang tido..

bohong kalau aku cakap aku taknak apa2 dari anak aku
of kos aku nak diorang score 6A dalam upsr nanti...
tapi bukan secara paksaan
so..far aku tak cari lagi pusat tuition
biarlah malam2 aku yang ngajar...sejam sehari pun ok.  cukuplah tuition di sekolah...tu pun dah cukup penat.
7.30-1.20 sekolah pagi
1.45-3.30 tuiton sekolah
3.30-4.30 kafa
4.30-5.30 mengaji quran
8.00-9.00 siapkan homework
9.00-10.00 belajar

padat sungguh masa diorang...kalau aku pun penat.  sama macam kita kerja.  kalau kita penat..macam tu la diorang. balik nak marah2 pulak diorang.  so far...aku masih ikut lagi nasihat bos aku.  sampai rumah..buang semua kerja2.  fokuskan pada anak2. rugi...kalau kita masih bekerja masa di rumah.  itu jer masa yang kita ada..dan masa tu takkan berulang lagi.  alhamdulillah...sejak aku praktikan benda tu..hidup aku makin happy dan bahagia.  takde apa yang bermakna dalam hidup kita melainkan keluarga kita sendiri. ingat!!!.

bekal semalam....mee goreng letak telur dan taugeh sahaja.  telur mata.  dan burger ayam n cheese.  untuk si kecik...roti di sapu dengan nutella jer.  tu pun cukup sedap untuk dia

bagi menggantikan masa aku yang tidak bersama diorang masa bekerja....ni jer la yang aku boleh buat. sekurang2nya mereka masih tahu....ibu mereka sentiasa menyayangi mereka.


bekal hari ni...takde kafa.  so...hanya makan untuk waktu rehat jam 10 pagi sahaja.  untuk my princess nugget, wedges dan tortilla telur.  untuk my son..nugget wedges dan lempeng cicah gula. 

actually lempeng tu la sarapan anak2 aku pagi tadi...cicah kari ikan tak habis semalam.  kari yang semalaman..lagi best tau!!! sedap kalau kena cicah.

 
esok cuti...yehaaaaa!!!!!








Wednesday, January 27, 2016

Tak Sempat Lagi

Assalamualaikum and good mornink!!!

alhamdulillah...try untuk mulakan hari ini dengan penuh ceria...
semoga hari ni dilancarkan segala urusan dan pekerjaanku..
dah hampir 8 tahun dah aku kat sini...dan dah dekat 16 tahun dah aku berkhidmat dengan kerajaan....lama giler.

cadang2 nak tukar angin..tapi entahlah...serba salah nak buat keputusan

moh ler kita bekerja dengan tenang..

i dah start bekerja dari jam 4.30 am tadi.  dah jadi amalan...takyah guna alarm...mata akan terus celik jam 4.30am.

nak try up ke 4.00pg pulak la...


bento for my kids today...nasi goreng sardin..ayam goreng tepung..puff sardin homemade...abaikan kalau berkerepot ya...janji sedap..heheh. untuk ammar..roti canai dan nasi goreng sardin takde cili kicap ABC. hahahaah

last2 untuk aku tak sempat nak masak...baru plan nak berdiet atkins.  tak jadi lagi la gamaknya.  nak rebus telur pun tak sempat. 

haiiiiii...bila nak kuruih agaknya ni...





Tuesday, January 26, 2016

Alhamdulillah..Syukur Result UPKK

Assalamualaikum..
bersiaran lagi untuk kali ketiga hari ni..
ni namanya hari tak keruan..
jiwa kaco

alhamdulillah...
patutla jiwa tak keruan sejak pagi tadi..
rupanya ada benda nak kena selesaikan..


surprise...
syukur padaMu Ya Allah..
tahniah kakak...hadiah yang tak ternilai harganya...
harap2 kakak akan buat yang lebih baik dalam UPSR nanti.
Doa mama akan sentiasa mengiringi kakak..
luv u till jannah..

Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...