Tuesday, March 22, 2011

Blog Berwajah Baru

waahhhh!! hari ni blog aku dah berwajah baru...no more bunga ros...no more kaler putih kusam..
wahhh...tenkiu to azah..sebab tolong makeupkan banner aku. Ya!!!! aku amat2 bangang bila menggunakan photoshop.

nak hapdet apa ya...
pagi tadi dalam kereta..aku dah berkira2 nak timbus jer blog ni...dah lama aku takhapdet..nak update pun takder masa. tapi bila sampai kat opis...tambah2 lagi bila mood tengah takder..buat vb tak jalan2...maka aku makeup kan kembali blog ni..dengan kaler ntah apa2 ntah.. takder orang nak datang melawat pun aku tak kisahlah...janji boleh jadi tempat pelepasan perasaan.

cantik kan????

huhuhu..

alamak dah kedengaran suara bos ku..
cau dulu..

Wednesday, March 09, 2011

Semangat !!! Semangat !!!

asik2 en3 aku pasal keje...asik2 pasal keje...asik2 pasal tensen...asik22 aku marah...ya memang...blog ni kalau bernyawa agaknya dah masuk icu kena darah tinggi, jantung...dan blablablabla...

tak pernah dibuat orang....develop sistem complete...dari online...hingga printing...sebulan siap. kalau ada pun...yang sempoi2 jer...ni dengan makcik tu...dengan requirement tu...aku sudah jadi bengong.

Alhamdulillah....walaupun dalam keadaan tensen bekerja...aku bersyukur kerana mempunyai anak2 buah yang memahami dan sudi berkongsi ketensenan itu. Aku tahu...kalau aku tensen 1000x mereka lebih tensen 2000x daripada aku. aku kena push...so aku plak push mereka. jadinya...sumer tensen. aku juga bersyukur sebab mereka semua ada kelebihan masing2...dan aku berharap sistem lid ini akan dapat disiapkan sebelum waktunya. dan aku amat berharap Tuhan memberikan aku keajaiban dan kekuatan untuk menempuhnya.

wahhhh!!! syahdu sungguh entri aku kali ni. sungguh !!!! hati aku begitu sayu sewaktu aku menaip entri ini. hampir2 menitis air mata...tapi mungkin ini ujian dan coooobaaaaaaann Tuhan untuk aku.

pada bos aku...aku sahut cabaran dan hamunan yang kau berikan. dan aku akan buktikan...team lid ini boleh berjaya!!!!

Tuesday, March 08, 2011

Mood Petang Hari...REDHA

Jam dah kol 6.15pm....macam nak balik..tapi keje menimbun lagik. udah pening kepala ni. teringat kata2 tuan haji fadhilah kamsah semalam...."barang siapa yang buat kerja sehingga kepetang sehingga kepenatan..maka akan gugurlah dosanya satu persatu". tapi dengan syarat kena ikhlas dalam pekerjaan yang dilakukan tu...(ni aku tambah sendre)....aku rasa lah kan..kalo tak ikhlas tak dapat apa2 la kot.

ikhlas ker aku hari ni...baru subuh tadi aku pasang niat nak mai keje....nak keje dengan tekun, ikhlas dan semangat. tapi pagi2 tadi aku dah kena bambu dengan bos...trus ilang niat aku...terburai...maka bermulalah plak sesi kata mengata..hisssshhh!!!!!!!!memanglah..Tuhan turunkan ujian plak untuk aku hari ni. dan aku tewas lagik....oh!! Tiddddaaaakkkk!!!!!!!!!...maka esok..aku akan pasang niat untuk berdiam dan takmo berkata apa2 kalo kena hamun lagi...pedulikan...anggaplah itu hanya COOOOBBBAAAAAAAN!!!!!!!!...

Aku kena redha...tuhan dah tetapkan aku di sini...mesti ada hikmah disebaliknya...tuhan juga dah tetapkan aku keje dengan dia....juga mesti ada hikmah disebaliknya. Yang penting...aku kena buat yang terbaik...kata tn haji semalam...pastikan apa yang kita buat "LAKUKANLAH YANG TERBAIK"......di sini tempat aku mencari rezeki...semoga rezeki2 aku di sini berkat dan halal...aminnn..

nak siapkan keje sikit lagi....rasa tak cukup 8 jam aku di sini....

p/s : harap2 keinsafan ini akan bertahan lama...sebab aku ni insaf kejap jer..pastu jadi balik..huhuhuhu




biarlah gambar menceritakan segala2nya
kejadian berlaku pada 27 Februari 2011
Lokasi : Snow House Shah Alam
Masa : 6.30pm-7.30pm

Nak cerita takder mood...tapi nak tepek gambar ada mood.

so that all 4 today...see u soon.

p/s : mereng!!!!

Monday, February 28, 2011

Bersikap positif di tempat kerja

PAKAR motivasi ada berkata,
'Anda tidak akan berjaya dan gembira dengan melakukan perkara yang anda sukai. Sebaliknya anda akan cemerlang dan berbahagia apabila anda menyukai perkara yang anda lakukan'.

Persoalannya, adakah sekarang ini anda melakukan pekerjaan yang anda suka atau memang suka melakukan pekerjaan anda ini?

Dua persoalan yang hampir sama ayatnya, cuma perbezaan kedudukan akhirnya memberikan maksud yang amat ketara.

Bertuahlah jika anda sedang melakukan pekerjaan yang anda suka. Bersyukurlah jika anda suka dengan pekerjaan anda sekarang. Lebih beruntung jika anda sedang melakukan pekerjaan yang anda suka dan suka melakukannya.

Anda rugi jika anda melakukan pekerjaan yang anda suka tetapi anda tidak suka melakukannya. Bertambah rugi jika anda melakukan pekerjaan yang anda tidak suka dan tidak suka melakukannya.

Penting! Pekerjaan bukan semata-mata kerja dan dapat gaji. Kerja adalah amanah. Kerja juga bukan semata-mata cita-cita tetapi adalah satu tanggungjawab. Apabila anda menerima tawaran sesuatu pekerjaan bererti anda memegang amanah dan tanggungjawab untuk melaksanakan pekerjaan tersebut dengan sebaiknya.

Berikut ialah lima tip untuk kekal bermotivasi dalam melaksanakan pekerjaan anda:

1. Ikhlaskan niat bekerja
Tanyalah diri, kenapa aku bekerja? Mahu cari duit? Nak sara keluarga? Bosan duduk saja? Pelbagai alasan boleh diberikan. Cuma satu alasan yang betul dan tepat iaitu untuk melaksanakan amanah Allah.

Pekerjaan anda sama ada sebagai guru, kerani, penoreh getah, buruh kasar atau apa juga pekerjaan yang halal di sisi syarak adalah termasuk dalam kategori ibadah. Jika anda niatkan ikhlas kerana melaksanakan amanah Allah, anda akan mendapat pahala dalam setiap apa juga tindakan yang anda lakukan ketika melaksanakan pekerjaan anda.

Amanah Allah itu luas. Sebagai suami, anda berperanan untuk menyara keluarga. Sebagai anak, anda bertanggungjawab membantu ibu bapa. Hanya dengan bekerja, tuntutan tersebut boleh dilaksana. Lantas, perbetulkan niat dan rebutlah pahala daripada-Nya ketika bekerja.


2. Tanamkan minat dan suka bekerja
Tidak semua individu beruntung peroleh pekerjaan yang diidamkan. Kehendak semasa, mendorong individu memohon dan menerima pekerjaan yang tidak pernah diimpikan.

Bersyukurlah sebab anda diberi peluang dengan menanam azam dan semangat dalam diri untuk menyayangi pekerjaan tersebut dan berusaha untuk berikan yang terbaik. Jika minda anda positif, hasilnya juga akan positif.


3. Anggap pekerjaan sebagai cabaran untuk diri
Pekerjaan bukan mainan, malah bukan juga bebanan. Jadikan pekerjaan anda sebagai satu medan untuk mencabar keupayaan diri. Mungkin ia bukan bidang anda tetapi bila anda diberi jawatan bererti anda diberi kepercayaan. Lantas, buktikan majikan anda tidak salah meletakkan kepercayaannya kepada anda.


4. Tekad untuk jadi lebih baik
Kalau Mat Jenin boleh berangan mahu jadi kaya dan lebih kaya, apakah anda hanya sekadar mahu kekal di takuk lama bertahun lamanya?

Tekadkan azam, jalinkan semangat, sentiasa berusaha dan bertindak agar kedudukan anda bertambah baik dari hari ke hari, tahun ke tahun. Jadikan pekerjaan anda medan persaingan secara sihat agar hidup anda pada masa depan lebih baik.


5. Bertindak demi kecemerlangan
Apabila anda punya azam untuk lebih berjaya, susun strategi agar pekerjaan anda menjadi lebih baik dan mendapat pengiktirafan majikan. Bertindak dengan cara yang baik, dibenarkan syarak dan norma masyarakat.

Ingat! Matlamat tidak menghalalkan cara.

****Disiarkan melalui Cermin Diri Kosmo! pada 7 Januari 2011

Kredit pada kak Su....amik semangat baca artikel ni. betullah....aku kena bersikap positip di tempat keje. walaupun hari ni semangat aku nak mai keje ibarat suam2 kuku. malas giloooo...tapi nak buat camner...bila pikirkan balik ...

  1. inilah keje pilihan aku....(dulu mak aku suh jadi cikgu aku tak mo...keje tak mencabar kononnya...last2 aku yang tercabar...padan muka aku sendre..kakak aku, adik aku sumer jadi cikgu..relax jer..takder pressure333 macam aku)
  2. dulu nak jadi engineer...dah amik engineering. konon333 nak keje cam jantan. nasib baik tak jadi ahli astronomi. padahal itu cita2 aku tingakatan 4..maklumler baru masuk kelas sains. cita2 pun over. tapi jangan taktau...tiap2 tahun cita2 aku bertukaq. sekejap jadi doktor, arkitek, ahli politik, ahli astronomi, engineer....cikgu???? tak pernah ada dalam senarai.
  3. kecik2 aku memang suka main komputer....masa tingkatan 1 aku dah masuk kelab komputer..masa tu disket macam piring hitam. pakai software pun....aku ingat2 lupa...tapi bukan dos masa tu....ntah apa ntah. pastu masuk poli...aku dan minta komputer sejibik...pentium 486...kira hebakkk la tu...masa tu komputer mahal...takleh orang pinjam. takut rosak.
ahaaaa.....tu la. memang ini kerjaya pilihan aku...so reddddhhhhhoooo jer ler...
nasib baik ibu ayam takder dalam senarai...kalo tak habis aku jual mak tiri ayam kat opis aku ni.
agak222 laku tak????

p/s : ini bukan en3 perancangan aku....rehat nanti aku hapdet. kalau sempat....

Thursday, February 24, 2011

Hapdet & Singapore

fuhhh!!!!!!!..lama tak hapdet. Gilooosss lama...
no time...
no mood...
no idea...

asal ada no jer kira ok la ...lantakler betul ke idak.

cuti raya hari cina hari tu aku gi singapore...3 hari 2 malam..
pegi tak plan...hotel tak carik...duit tak tukar...minyak tak isi..punya la kaya gi isi kat singappore...
bongok kan aku ni...orang sana pun isi kat mesia.

aku duduk kat Mandarin Orchard Hotel...betul2 kat town.
best!!!!..
tapi kawasan ca ya nun alif
nak cari makanan melayu kena la pegi geylang
jauh plak tu..
aku mengintai2 dari tingkap shoping complex kat situ...tapi malangnya laki aku tak kasi pegi..

tempat kasi sempat pegi :
  • merlion park
  • night safari
  • singopre flyers
  • universal studio
tapi paling best universal studio lah...anak aku beria2 seronok

gambar aku dah upload ker facebook
nak tengok jom ke sini..http://www.facebook.com/album.php?id=1632709245&aid=88621

aku nak hapdet..tapi takder masa ni..nak siapkan skrin LID plak..
jumpa lagi esok..
azam gaji bulan feb ni..nak update tiap2 hari..
huhuhu

see u soon

Friday, January 14, 2011

En3 selepas sekian lama

dah lama tak hapdet blog...
terlalu bz dengan aktiviti januari...
ain masuk tahun 1..
aina pulak masuk qdees...
aktiviti banyak tertumpu pada persekolahan diorang..
terlalu sibuk dengan acara memantau..
kejap2222 pergi temankan makan waktu rehat..
kejap2222 pegi mengendap mereka belajar..
sungguh sibuk..
adakah ibubapa lain over macam aku..
sekolah dah 2 minggu tapi aku masih aktif menjadi pengintip..
atau aku yang over..

anak dara 2 orang aku dah besar rupanya..
tak sedar sungguh..
rasa macam baby yang masih perlukan aku..
yang tak boleh nak lepaskan tangan lagi..
untuk bertatih jalan..

tiba2 jer aku rasa sunyi..
bila takder anak kecik lagi..
rindu pulak tangisan bayi...
ok ...akan aku mulakan proses hari ini..
makin sibuk lah aku...

keje???
tetap sibuk..
sistem banyak menanti..
ada yang siap..tapi kena rebem lagik..
ada yang menunggu untuk digodam..
ada yang tak habis2 kena hentam..
aku dah lali..
dah nak muntah..
lantaklah!!

bos???
aku dah dapat taktik untuk buat muka tak bersalah...
buat muka toya..
sebulan aku belajar...
yse!!! akhirnya aku dapat..
ada sesapa nak menuntut??!!
biar aku praktis 3 bulan dulu..
kalo jadi akan kuturunkan ilmu ini..
bersama pengerasnya ya...

ok...dah kol 8.30..
mau start keje...
taaaaa....

Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...