Perasaan ini daripada Tuhan, maka hanya kepada Dia selayaknya kukembalikan. Biar Dia saja yang uruskan hatiku. Sebab aku tak mampu. Tak mampu.
~~~~~"I'm a Simple Person Who Hides a Thousand Feelings Behind the Happiest Smile"~~~~~~
Monday, January 23, 2017
Lebih Sempurna
ombak laut, angin bayu
menemaniku dikala terkenang dirimu
manis indah dalam cinta
tak pernah ku sangka kau pergi hanya kerana dia
bertahun sudah kita bersama
hanya dusta sebalik setia
kau biarku derita
menangis di dalam jiwa
kau terluka akulah peneman
kau bahagia aku ditinggalkan
mudahnya kau berubah
sepiku berteman air mata
berlalulah kau masa
aku tidak berdaya
temukannya yang lebih sempurna

Assalamualaikum...alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk mencoretkan sepatah dua kata di dalam blog kesayangan ni..
lirik lagu di atas....lebih sempurna. Nyanyian syamel..
sedap lagu tu..mengimbau banyak kenangan...sekali sekala dengar rasa sayu.
sekarang ni aku sangat sibuk...every weekend nampak la muka aku kat SESERI tu. ziarah anak katanya. tiap kali datang mesti kena masak banyak2. makan ramai2 kat Gelanggang anggerik sari. ibu bapa ramai2 bentang tikar...makan bersama2. ya la kan...seminggu 2 kali jumpa anak. rindu gileeeeerrrr. masa dok serumah bergaduh selalu....dah jauh2 rindu pulak kan.
anak sulung masuk asrama...baru 13 tahun. ibu mana hati tak galau. risau bimbang cuak semua ada. macammana dia makan...macammana basuh baju..macammana bangun pagi...iron baju..semua ghisau. tapi alhamdulillah...setakat ni dia boleh lagi survive. memang pilihan dan impian dia nak masuk sbp...so aku relakan. Mudah2an cita2nya nak menjadi seorang doktor pakar kanak2 satu hari nanti termakbul..insyaallah. mama sentiasa mendoakan agar kejayaan dan cita2 mu tercapai anakku.
sabtu ahad semalam ada gotong royong kelas ain. Form 1 adioda. hari sabtu buang segala sawang dan habuk mabuk kat kelas...then hari ahad baru cantik2kan kelas. agak penat...tiada weekend untuk berguling2 depan tv dah sekarang ni. balik rumah..acara mengemas rumah pulak..siap2 kan kelengkapan skolah untuk si Aina dan si ammar pulak.
semoga tuhan sentiasa memberikan aku kesihatan yang baik...untuk terus memelihara amanahNya. semoga zuriatku terus membesar menjadi insan soleh dan solehah...penyejuk hati mama.
sekian..
Monday, January 16, 2017
Kehidupan!
Meneruskan kehidupan dengan hati yang retak dan perasaan yang terkoyak
Engkau tersenyum persis orang gila yang tidak tahu apa itu luka
Darah sedang menitis dan engkau masih tega tertawa
Entah lucu mengenang kebodohan sendiri,
Entah ngilu rasa dikhianati,
Entah!
Airmata sedang mengalir laju dan engkau terus tertawa lagi dengan lelucon itu yang sebenarnya langsung tidak lucu!
Semua itu silapmu sendiri, ayuh akui!
Engkau sedia punya Tuhan yang Maha Mendengar tapi tetap juga engkau mahu manusia yang mendengar!
Engkau sudah punya Tuhan tempat mengadu tapi tetap juga engkau mencari manusia dan tega membiarkan lisanmu menari sebegitu laju!
Sudahnya apa?
Engkau puas hati?
Engkau fikir mereka mengerti?
Tidak!
Bahkan lukamu disirami cuka hingga melolong engkau meraung!
Aduhai! .
Dunia ini hanya perhiasan dan gurauan, mengapa engkau tidak faham-faham lagi hakikat ini?
Engkau hanya mampu berkongsi tawa dengan manusia, tawa itu tulus atau palsu, peduli apa?
Tertawa saja!
Tapi dukamu, simpan!
Telan!
Jangan pernah engkau luahkan!
Manusia itu mukanya dua, di depan engkau sama, di belakang engkau berbeza, apa engkau masih mahu percaya?
Engkau fikir engkau bersungguh, namun sebenarnya engkau bodoh!
Ah! Engkau memang sebodoh-bodoh manusia
Engkau percaya.
Dan sesudahnya,
Engkau terluka.

Monday, November 14, 2016
Happy Birthday!
i wish life had a Rewind button. I would Rewind back to the time when we were just friends before our marriage and press Pause so that we would have been friends forever, and lovers never. Happy Birthday! Let’s take all the fun you had at age twenty and double it!
#lukadihatimasihterasa #beastrongwoman #moveon #sukadukakehidupan
Wednesday, October 12, 2016
Strong Woman
Assalamualaikum...
Alhamdulillah..masih lagi di beri kesempatan menghirup udara segar di bumi Allah..syukur masih dipanjangkan umur..
lagi sebulan...genaplah 2 tahun aku menjadi single mom. suprise!!!!!...owhhhh..biasa2 jer.
cukup 2 tahun aku diberi kekuatan untuk menyatakan kebenaran. alhamdulillah. susah jugak rupanya nak kumpul kekuatan untuk mengiyakan hakikat kehidupan. but...alhamdulillah sekali lagi..aku berjaya mengharunginya..
pada teman2 yang selalu bertanya..mengapa entri ku dulu selalu berbunyi kesedihan...
ini adalah jawapannya..
susah hendak menulis tentang kebahagian dan kegembiraan..sedangkan dalam masa yang sama hati kita kesedihan
pada teman2 yang selalu meneka dalam kesamaran..bertanya khabar untuk cubaan merisik..
ini adalah jawapannya....
so..selesai.
atas nasihat pakar..aku diminta merahsiakan dulu status aku..bukan apa.. ramai yang akan mengeji daripada memuji..
bagi aku pulak..kadang2 kasihan orang tu akan membuatkan kita makin lemah dan tersungkur. no!.....saat2 macamtu aku tidak perlukan simpati orang. fikir sendiri...dan buat keputusan sendiri.
hinggakan setelah 5 bulan aku bergelar single mom...baru awah mak aku tahu kesahihannya. sebelum ini.. ..mak pun meneka2 dalam kesamaran. maybe tunggu aku buka mulut sahaja. maaf...aku tidak mahu membebankan mak dengan masalah aku...apatah lagi..aku yang membina mahligai tanpa restu.
perjalanan hidup kita lain2...semua telah diaturkan olehNya. dan aku hanya berpegang pada 1 prinsip...perancanganNya adalah yang terbaik untukku. siapa kita sebagai manusia untuk menidakkannya. berpegang pada takdir,.. qada dan qadar...aku cuba menjadi wanita yang kuat dan tabah...demi anak2 aku.
Alhamdulillah...mereka gembira aku bahagia..

"A WOMAN IS LIKE A TEA BAG..YOU NEVER KNOW HOW STRONG SHE IS UNTIL SHE GETS IN HOT WATER"
Friday, October 07, 2016
Masih Terasa kehilangan
Assalamulaikum dan Selamat pagi semua..
Alhamdulillah..masih mampu bernafas menghirup udara segar kurniaan Allah.
Alhamdulillah...masih dipanjangkan umur untuk terus beribadah kepada Mu
Salam jumaat semua..
lama menyepi...kadang2 terasa nak matikan jer blog ni..tapi sayang..banyak memori sejak 2010 tercoret di sini. banyak gambar2 yang dah hilang dalam simpanan tapi kekal di sini.
nak kekalkan pulak tak tau apa yang nak dicoretkan....rasanya bila dah makin berumur..idea makin kurang...atau tanggungjawab makin banyak...so..masa untuk merapu tu dah makin suntuk.
ekceli..aku masih terasa kehilangan....kalau dulu dikhabarkan berita..ibu si polan sipolan meninggal..rasa macam takde apa2. juz ucapkan takziah dan minta bersabar. tapi...sekarang baru aku rasa....erti kehilangan yang sebenar, rasa dunia gelap gelita. hilang satu keberkatan hidup aku..iaitu doa dari ibu. sungguh!!!...saat aku menaip entri ini pun rasanya air mata nak mengalir jatuh. rindu yang teramat. rindu yang tak akan hilang selagi nyawa di kandung badan.
Tuhan telah menghantar isyarat lebih awal pada aku...tapi kenapa aku mengabaikannya. lalai!!!
sehari sebelum mak meninggal...aku telah rasa perbezaannya..tapi manusia...tidak sedar itu adalah petunjuk.
paling sedih...mak teringin sangat nak datang ke rumah aku di KL. seminggu sebelum kematiannya mak dah siapkan bekalan untuk dibawa ke rumah aku. tak sempat mak sampai.
seminggu sebelum mak meninggal...aku sempat belajar mandikan jenazah..belajar cara menguruskan jenazah..dan aku berazam...jika ibubapa ku takde...aku akan uruskan sendiri.
sungguh!!! itu petanda mak meninggal
aku sempat mandikan mak...
aku sempat siapkan mak..
aku sempat kafankan mak..
aku iring mak di dalam van jenazah,,temankan mak hingga ke liang
aku sama2 di dalam masjid...temankan mak sewaktu di sembahyangkan..
bagaimana nak ku tinggalkan mak seorang di sana
sedangkan di saat aku kecil waktu malam...bila aku ketakutkan...mak akan temankan aku tidur..
setiap petang aku akan telefon mak...berborak tentang masakan dan kesibukan..
mak selalu pesan...jaga anak2 elok. keje tu keje jugak..tapi keluarga jangan lupa.
tapi sekarang...aku akan pastikan aku balik masa maghrib..
aku tidak mahu melewati petang tanpa mak di rumah
rindu nak dengar suara mak dalam telefon..
sampai sekarang..kadang2 aku terbau haruman mak....
kadang2 aku terfikir...hajat mak nak datang ke rumah aku..adakah mak dah datang?!!
aku siapkan kebun2 bunga untuk mak di depan rumahku...itu kegemaran mak..tiap petang mak akan duduk di depan rumah sambil minum kopi...kemudian mak akan alih2kan pasu bunga aku...
mak tak sempat tengok rumah aku yang telah ku buang tiang serinya...
mak selalu cakap...tiang seri tu tak cantik dalam rumah..menakutkan
aku dah tanggalkan dan dah serahkan pada orang lain..
mak tak sempat tengok meja makan baru aku...sebab yang lama mak cakap tak selesa duduk..tenggelam bontot.
mak tak suka sangat berjalan...bagi mak berjalan tu menghabiskan duit..
aku tau...sebab dulu..mak bersusah payah besarkan kami..tapi syukur..
walau aku tak mampu bawa mak menjelajah ke luar negara...tapi aku berjaya paksa mak ikut aku ke langkawi..genting highland..melaka.
mak sangat2 hepi..tambah2 bila aku bawa ke langkawi..
walau pun mak tinggal di kedah..tapi mak tak pernah jejak kaki ke langkawi..
mak suka sangat bila aku bawa ke rumah mahsuri
macam2 gambar mak suruh ambil
mak...terima kasih kerana membesarkan kami menjadi orang yang berguna
walaupun sampai akhir hayat mak..kami tak mampu membalas semua jasa mak..tapi kami akan tetap ingat pesan mak.
duduk baik2..keje elok2..jangan gaduh!
terima kasih mak
rindu mak....
semoga mak tenang di sana
tunggu kami mak...
kami akan sampai jugak di sana nanti

Tuesday, October 04, 2016
Al - Fatihah buat Ibu Tersayang
Entah mengapa, kurasakan betapa perihnya hati
Teriris, tercecer menggeletak, sedan sedu
Di atas dua bati nisan. tumpukan tanah liat
Taburan bunga-bunga beraroma semerbak
Memandang setiap sudut arah itu
Berurai air mata membasahi pipi
Bak samudera memuntahkan isi
Aku pun demikian tak kuat lagi
Tumpukan tanah dan dua batu itu
Sebenarnya aku belum siap menerima
Dahulu ia yang selalu ada
Dalam indah hari-hariku
Dengannya aku berbagi khabar gembira
Pesan, petua dan nasihat
Selalu saja terngiang-ngiang ditelinga
Kuteringat ketika, ku rasakan cinta
Dari setiap kata-katanya
Kini, kutermenung sendiri.
Kini,bonda tiada lagi
Siapa kini pemberi nasihat
Siapa kini penegur dikala khilaf
Siapa kini pemberi pelukan mesra itu
bonda, kepergianmu terasa berat bagiku
Rasanya aku ingin hidup abadi denganmu
Bukan. Tidak mungkin itu.
Oh bonda aku akan selalu merinduimu
Kau telah kembali kepada cinta dan kasih sayangNya
Tuhan Semesta Alam
Kini kuserahkan kepadamu, wahai Rabb-ku
Allah yang akan cinta dan selamanya ada disampingmu
Dalam nirwana surga penuh dengan keindahan
Alfatihah mak...
saat ini aku begitu merinduimu...tepat jam 1.33 pagi 13 Zulhijjah..kamu pergi meninggalkan kami. maafkan kami mak.....
Subscribe to:
Comments (Atom)
Percutian ke iCity
Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...