~~~~~"I'm a Simple Person Who Hides a Thousand Feelings Behind the Happiest Smile"~~~~~~
Thursday, October 29, 2009
ExaMMMM
BoWinK
Sunday, October 11, 2009
Ain & Aina Tak SihaT
Hari Sabtu plak, tiba2 jer badan Ain panas. Bila check dengan termometer suhu badan dah 38.4...hurmmm si Aina tak okey lagi, si kakak pulak sambung demam. Pening juga la kepala aku. Nak jaga dua orang budak demam bukannya senang...merengek macam2. Dalam hati dok pikiaq..kalau la bibik aku tak jadi balik ke sini esok, macammana ler aku nak keje. Tanggungjawab banyak kat opis tu...tak boleh tinggal macam tu jer. Tup2 dalam kol 4 pm, bibik aku telefon...dia nak datang keje dengan aku lagi..lega aku. Masa mula2 memang plan tak nak bibik dah. Ain dengan Aina pun dah besar. Tapi memandangkan keadaan Aina yang agak susah nak hantar ke nurseri...better aku hire bibik. Hehehe...baru 2 tahun Aina tu, dari kecik aku dah amik bibik..jadi mungkin dia dah biasa dimanjakan....dok kat nurseri macam tak ngam jer dengan jiwa dia. So, aku plan..aku akan terus pakai bibik sampai permit dia abis Julai tahun depan. At least, Aina dah 3 tahun...jadi tak der masalah sangat kot nak jaga dia.
Lagi satu, anak2 aku ni leceh sikit nak jaga...si kakak alah dengan panas dan habuk. Kalau salah sikit, terus badan dia jadi gatal2 dan ruam..kalau ruam biasa takper, ni ekzema...pernah 2 kali dia kena ekzema atopik...masa tu kritikal giler..aku pun kesian tengok...badan hamis bau air bisa. Yang kelakarnya...doktor pakar pernah bagitau...budak2 ekzema tak boleh pressure..kalau dia pressure , bintil2 merah akan keluar dari badan dia....dasat kan?!!! Si Aina plak tak boleh langsung minum air ais...terus selsema. So, kalau aku keluar makan dengan diorang...dengan2 aku sekali kena minum air suam.
Ni lah keje aku kalau anak2 tak sihat...nak tidoq pun tak boleh. Takut suhu badan diorang tiba2 naik. Layan jer ler blog2 yang mana ada...
Wednesday, October 07, 2009
Waktu Gempa Sama Dgn Ayat & Surah Dlm Al-Quran...MasyaAllah
8.52. Cuba lihat Al-Quran. Demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa
pun yang membuka Al-Quran dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan
merasa kecil di hadapan Allah SWT. Demikian ayat ayat Allah SWT tersebut:
17.16 (Surah Al Isra' bil 17 ayat 16): Apabila sampai saat Kami hendak
membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan (terlebih dahulu) orang
yang melampaui batas dengan kemewahan antara mereka (supaya mentaati Allah)
lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya, maka berhaklah negeri
itu dibinasakan, lalu Kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.
17.58 (Surah Al Isra' bil 17 ayat 58): Tak ada suatu negeri pun (yang
durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat
atau Kami menyeksa penduduknya dengan azab yang berat. Yang demikian itu
telah tertulis di dalam kitab (Lawh Mahfuz).
8.52 (Surah Al Anfaal bil 8 ayat 52): (Keadaan mereka) serupa dengan
keadaan Fir’aun dan kaumnya serta orang-orang sebelum mereka. Mereka
mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan
disebabkan dosa-dosa mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Keras
siksaan-Nya.
tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa
kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah,
kemungkaran dan kedurhakaan dan juga dengan keadaan Fir'aun dan
pengikut-pengikutnya. Ini tentu sangat menarik.
sumber : eramuslim
Tuesday, October 06, 2009
RumaH ImPiaN
Alhamdulillah..akhirnya rumah impian aku telah selamat siap dan telahpun diduduki oleh aku pada 15 September yang lalu. Hanya ini yang mampu aku buat untuk keselesaan kami anak beranak. Baru kini aku tahu bagaimana perasaan apabila duduk dirumah sendiri. Seronok, bahagia dan nikmat...Monday, October 05, 2009
Tanpa Tajuk
Monday, September 14, 2009
Tak BerTajuK
Hari Sabtu dan Ahad, dek kerana kepenatan yang melampau..aku ambil keputusan mengupah 2 orang pekerja indon untuk membersihkan rumah aku. Aku cuma memantau dan memastikan semuanya telah dibersihkan. Dan adaler juga aku tolong sket2. Penat oooo....lampu2 tu nak dibersihkan bukannya senang. Satu..satu nak kena lap. Aku cuma tolong sapu sampah jer...tu pun dah letih. Agaknya sebab dah lama tak buat keje2 camtu kot...
Ain dengan Aina plak aku masukan dalam bilik diorang. Biar diorang main2 kat situ..sementara aku bersihkan dan mop tempat lain. Nasib baik diorang bukan jenis nak berlari2 satu rumah. Main jer dalam bilik tu.
Seronok diorang main dalam bilik diorang....Tak sabar nak tido di situ...Hari ni, hari pertama aku antar diorang gi nursery. Alhamdulillah, nasib baik tak menangis. Siap bye2 aku lak tu. Sampai petang ni dah 3 kali aku turun ke bawah jenguk keadaan diorang. Main jer...lega hati aku. Tak yah nak bimbang. Cuma pagi tadi ler kelam kelibut sket. Nak kejutkan diorang bukan main susahnyer. kol 8.00 am baru bangun tido..sudahnya aku sampai opis kol 9.00 am.
Kat opis dah mengantuk ni...mood nak masak pun dah ilang....
Percutian ke iCity
Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...