Thursday, February 23, 2012

Ikhlas ker???

Mereka kata,
Ikhlas itu,
Bila melakukan sesuatu
Tak mengharapkan apa-apa balasan.

Ikhlas itu,

Memberi serela jiwa.

Ikhlas itu,
Murni, bersih,
Ibarat air jernih,
Tiada bercampur apa-apa.

Ikhlas itu,
Bila berbuat apa-apa,
Hanya kerana Allah.

Sungguh.
Ini yang selalu aku pegang.
Kerana aku masih percaya,
Bila hati rela,
Bila kau memberi tanpa mengharapkan apa-apa,
Kalau kau berbuat sesuatu hanya kerana Dia,
Pasti semua akan jadi mudah. tenang.
Namun dalam benak sendiri,
Selalu tertanya-tanya.
'Ikhlas ke aku?'
'Ikhlas ke dia?'

Tapi mereka selalu kata,
'Saya ikhlas'
Mereka selalu persoalkan,
'Ikhlas ke? atau ' 'Macam tak ikhlas je'
Sepertinya pada mereka ada penimbang pengukur ikhlas.

Ikhlas itu susah sayang.
Kerana di sebalik menuju ikhlas itu ada syaitan memacu,
Dipesongkan kerana-kerana kita di awal-awalnya,
Dipesongkan kerana-kerana kita di tengah-tengahnya,
Dipesongkan kerana-kerana kita di hujungnya
Disolekkan dengan puji puji,
Ditampal kata mengata,
Dirasuh rasa bangga,
Tak tersedar ada penyakit bertandang di hati.

Ikhlas itu milik Allah,

Firman Allah,

'Ikhlas itu satu rahsia dalam rahsia-Ku,
Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaKu yang Aku
kasihi.' (Hadis Qudsi).

Menuju ikhlas itu bermula bila segala hanya kepadaNYA
Dengan tunduk, tawadhuk, malu, takut, risau, cemas, kasih, cinta.
Hanya kepadaNYA

“Sesungguhnya Allah Taala tidak memandang
gambaran lahir kamu tapi dia melihat apa yang ada di
dalam hati kamu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Semoga dituntun hati kita dengan CintaNya,
Terarah langkah kita selari dengan redhaNya

Hati-hati menjaga hati.

Jangan Samakan Diri Anda Dengan Insan Yang Tak Setia

Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagiakan pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, janganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia.

Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan…

Tidak penting utk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan… Tawakal dan redhalah…

Toys Terbaru

mainan terbaru en somi aku. pening paler aku. suka ati jer....

Monday, January 30, 2012

Tensen!!!

dah lama aku tak mencarut kat blog ni...kali ni terasa nak mencarut la plak. geram....sakit ati....sakit jiwa. rasa cam nak pelangkung sorang2 kasi lembik macam lintah. geram aku!!!!!!!!!!

tensen aku....
sejak aku berkhidmat di sini ...aku tak der fikir mende lain dah..keje..keje...keje. semata2 nak mengejar dateline dan memuaskan jiwa raga bos2 tersohor. tapi aku cukup tensen...bila semua tu tak habis2. habis satu datang satu..habis satu datang satu. macam balaci aku rasa. macam bahabi pun ada jugak.

mengandung pun serupa tak mengandung. sama jer apa yang aku kena buat. keluar masuk bilik mengadap..pastu suka2 nak tukar flow sistem yang aku dah design. dulu dia cakap lain...sekarang dia cakap lain. sapa user sapa owner..tensen aku. pastu yang tambah aku bengang ni....bila nak siap itu ini...padahal hari2 aku kena siapkan keje2 baru yang diberi. kalo camtu bila keje lama nak siap. aku buat tak tau kang...baru tau. kang aku buat muka blurrrrrrrr.........baru tau.

malas aku nak pikir banyak2....asik keje...anak demam pun aku heret mai opis..campak kat nuseri nun...semata2 nak puaskan ati orang....nak sangat keje siap kan??!!!!...kali ni lantaklah....keje siap ker tak siap ker...lantaklah korang.....baik aku jaga diri aku..anak dalam perut aku..anak2 kat luar tu..daripada jaga periuk nasi orang lain.

mak tensen ok!!!!!!!

Monday, January 16, 2012

dah 30 weeks????!!!!

Alhamdulillah...hari ini usia kandungan aku dah cukup 30 minggu. lagi 7 @ 8 minggu aku akan memberanakkan diri...insyaallah di Hospital Annur Bangi. Harap2 pemilihan yang aku buat akan memberi kepuasan dan imbuhan untuk kami berdua....dan harap2 juga tidak menimbulkan sesalan pada kami.

baby aktif bergerak...oleh kerana kedudukannya yang menyongsang...maka pergerakan banyak aku rasa di sebelah kiri dan bawah. doktor cakap...tak kisah la kedudukan macam mana...yang pasti aku tetap akan ditoreh. so, redha dan berdoa...semoga selamat semuanya.

sekejap jer aku rasa...pejam celik pejam celik dah 30 minggu...8 minggu tu tak terasa apa...dengan kesibukkan aku sekarang yang nak menghabiskan sisa2 keje yang tergendala ni...so...8 minggu tu tak cukup sebenarnya untuk aku. harap2 aku sempat siapkan keje2 yang tertangguh dan boleh memberanakkan diri dengan tenang..tanpa ada panggilan tepon sewaktu berpantang nanti.

dah dekat 5.30pm...jap lagi nak gi pustaka mukmin...cari buku kerja anak aku pulak. anak sulung leh la manja2 lebih2 masa peknen...anak ke3 ni...kena la pandai2 hidup. takder masa nak manja2 dah. kang tak berasap dapur kat umah.

cau dulu ya...

Monday, January 09, 2012

Isnin Yang Moody

mornink all!!!!...

pepagi ni user suka nak buat aku marah2....nak naikkan darah aku. mujur darah aku menten low...kalo tak..harus dah mencanak naik. apa kejadahnya...aku dah hantar emel sesi brainstorming dibuat pada 12 dan 16 Jan...tiba2 pagi tadi dapat emel buat 9 dan 12 Jan. yakni hari ni. pala hotak!!! suka ati jer nak buat tarikh2 sendiri...pastu yang nak kena standby brain nya aku. ngok sungguh.

ni la aku menyampah kalo user tak gheti ni. kalo nak jemput dr fadhilah kamsah pun kena cari masa dia yang sesuai...bukan ko yang tetapkan tarikh sendiri..pastu dia plak kena adjas masa dia untuk ko. sama la macam aku. cari la masa aku yang free dan ready. ni aku plak kena ngelupur pasal ko.

banyak2 sistem aku handle....sistem ni la paling bangang dan malang skali. macam siiiuuuutttt jer!!!!!!!!

Friday, January 06, 2012

Today Xtvt

Gila menghapdet blog hari ni....sebab aku bosan yang teramat sangat. Petang tadi balik dari kija aku dapat sms daripada laki aku. "abang balik lambat, buat rambut". Tu la hobi laki aku..suka sangat g perm, straight rambut dia. Tapi aku ok jer...kerinting2 rambut aku pun tetap anggun. So...pikir2 punya pikir..apa nak buat hari ni...aku pun terus drive kete gi d'aura spa. Buat lulur...sejak peknen ni..rasa bekerak belakang..malas nak gosok. Pastu sejak takdak bibik...takdak sapa nak tolong gosok belakanig aku. Dulu rajin gak bibik aku...

Ok la..not bad jugak serbis dia. Rasa sedap jer bila kena tonyoh belakang. Maklumla...gatai berdaki. Esok aku dah set appointment untuk berurut la. Ain pun dah set appointment untuk berlulur...so, esok hari kami 2 beranak nak bermanja di spa. Bestnyeeeerrrr.

Pas gi lulur kami gi restoran azea. Restoran kegemaran aku di equine ni. Cantik, kelaaassss...bersih..dan sedap. Selalu aku memang makan kat sini jer kalau tak memasak kat umah. Selesa.







Cer nengok gambar....nak amik gambar kedai kang orang kata jakun pulak..so, aku jadikan anak aku model...hehehe

posted from Bloggeroid

Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...