Friday, January 25, 2013

Pic Kenangan

kamu dalam kenangan bos!!!!!

Entri Terperam

kembali bersiaran...selepas main share share gambar jer...

tak tau nak citer apa...walau banyak benda nak citer..
last week hari jumaat kami buat majlis farewell untuk bos ter'chenta'. (sangatttttttt).  konon2 nak surprise la kan.....bos terchenta kami ni dah naik pangkat....pindah ke MAMPU.  so....dalam pada kami mencikkkk!!!! kami sebenarnya sangat terasa kehilangan.  Yo!!..sapa sangka hari tu..air mata aku paling laju meleleh. sebab beb..4 tahun aku dok bawah jajahan dia....tekanan..pressure..rasa nak larik..nak pindah...semua ada.  siap doa2 yang tak baik lagi untuk dia.  gila jahat bila dikenangkan kembali.  so, air mata aku hari tu sebenarnya adalah tanda bahawa aku sangat terasa banyak dosa dengan dia.  harap2 di maafkan.






sedih kan??!!!!.....banyak juga jasanya pada kami.   dengan kegarangannya lah kami daripada bergantung pada vendor...dah pandai buat sendiri.  dengan keberaniannya lah...kami develop sistem secara dalaman...takde lagi outsource.  sapa sangka...daripada 0 knowledge....masing2 dah jadi terer. walaupun hari2 kami kena marah...tapi kami tak heran pun.  keluar bilik semua cam takder apa2. menten gelak huhahuha.

apa2pun..semoga bos aku ni berjaya dan cemerlang ditempat baru.  moga dapat anak2 buah yang tak degil megil cam kami ni.  selamat maju jaya bos...ikhlas dari hati saya yang kerapkali dilukai oleh bos...lukanya sangat dalam box....nggak bisa diobati lagik.

Monday, January 21, 2013

Thursday, January 17, 2013

Hidayah

Mesti orang gelakkan bila baca ni...argggghhhh pedulik hapa aku....tak heran.

sebenarnya dah lama aku terbekenan tengok cara wanita muslimah berpakaian...
teringin....tapi bukanlah yang memanjang pakai abaya....bukan juga yang berpurdah sepanjang masa...
janji menutup aurat...menjaga susila...teringin..

tapi entah bila....giliran aku pulak..
harap2 aku sempat mengikut hukumNya sebelum menutup mata....ajalkan bila2. kita tak tahu masanya...
semoga hati aku terbuka...tudia doa tak ingat dosa pahala....tapi aku seriyesss ni.  seriyeesss nak berubah ke arah kebaikan.  huhuu


semoga aku sempat........

Wednesday, January 16, 2013

Teman mesra ammar

Salam...

Hari ni aku cuti lagi. kali kedua untuk tahun 2013...bukan sengaja nak cuti. Tapi kesihatan ammar tak mengizinkan aku ke opis.
Semalam masa antar ke nurseri...cikgu neseri pun dah cuak. tambah2 lagi bila dengar bunyi nafas ammar. kali ni bukan bunyi dari leher...ataupun kahak biasa..tapi bunyi dari paru2 yang dah sempit disebabkan kahak dah berkumpul terlalu banyak. so..memang nampak ketara dia nak bernafas pun dah semput.

Malam tadi...aku memang dah pasang niat nak bercuti jer hari ni. kesian ammar....sakit2 pun aku tinggalkan kat neseri. tambah sedih bila time rehat masa aku gi jenguk dia. siap nak tido atas riba aku lagi. memang nampak sangat dia perlukan aku sangat2. Cuma aku yang terpaksa keraskan hati...cekalkan jiwa,..disebabkan terikat dengan komitmen kat opis. Meeting memanjang.

Pukul 2 pagi tadi ammar tetiba demam. suhu dah mencecah 39.5. Aku bungkus dengan kain basah....masukan ubat bontot...tepuk belakang dia. kahak dah terlalu bnayak membuatkan dia sukar nak bernafas. tapi disebabkan aku dah biasa dengan keadaan dia...so aku takde la panik sangat. macam biasa...kasi nebulizer..tepuk depan belakang. alhamdulillah...lega la sikit.

Pagi tadi gi jumpa doktor cheok. paed kat colombia asia. Aku suka dengan doktor tu. dia rajin terangkan apa yang aku tak faham. ain..aina pun pernah kena warded kat situ...dan walaupun ada 3 paed kat situ...dia pulak yang kena rawat anak aku. Kebetulan. so..kisah ammar ni...akhirnya doktor decide ammar kena start guna inhaler. Sebab ammar dah hampir asma. kes ammar tak macam kes baby2 lain. walaupun ramai baby yang kena selsema kat neseri...tapi kahak tu tak memberi kesan pada lung diorang. ammar pula...doktor cakap paru2 dia terlalu hyperaktif. Mudah memberi respon pada segala macam habuk...dan asap. bahaya tol la. So...aku kena selalu bernati hati dan kena memastikan ammar hidup di persekitaran yang bersih. Tapi faham2 jer la kat neseri. aku selalu tak puas hati pasal tilam ammar selalu kotor.banyak habuk. tapi nak buat camner. terpaksa pejam mata...dan sebab tu juga aku selalu turun gi lawat ammar. Sambil2 tu aku kibas sekali tilam ammar.

Berbalik pada citer inhaler tu....inilah teman baru ammar....





3 kotak yang lengkap. biru untuk kecemasan. oren kena pakai hari hari. 2 kali sehari sehingga tiga bulan. Kalau dah ok..dos akan dikurangkan. inhaler ni takleh trus stop. bahaya. so..hanya boleh dikurangkan dos..sehingga ammar dah stabil:-)





Chamber ammar. siap ada teddy lagi. comel plak tu. maka mulai hari ni...aku takleh kemana mana tanpa benda alah ni. ke a usungla..bertambah besar lasaiz beg aku pas ni.




Comelkan chamber untuk budak2ni. Macam2 kaler ada. baru aku tau




Lastbutnotleast......gambar pesakit kesayangan hamba....


Semoga ammat cepat baik ya sayang....kena kuat lawan penyakit ammar tu. besar nanti jadi pilot....hensem anak mama....:-)

posted from Bloggeroid

Sunday, January 13, 2013

Pocoyo

Aktiviti budak kecik di rumah.... layan pocoyo.









Demam + batuk + kahak ...tapi still aktif. Aku plak batuk berkahak...tapi rasa nak pitam.

posted from Bloggeroid

Saturday, January 12, 2013

Batuk Kahak Kembali Menyerang

Aduhhhh...batuk selsema kembali menyerang aku. Ni mesfi berjangkit dengan ammar. Takpun dengan bebudak kat neseri tu. Apa taknyer....tiap kali aku masuk neseri melawat ammar....baby2 lain mai dok kerumun aku. Habis ditenyeh2nya hingus kat aku. Nak tepis kang orang kata sombong. Redha jer la.

Penat la batuk berkahak ni. Kesian ammar..macammana agaknya dia tahan batuk kahak ni.



Sakit2 ni best gak kalo syer image ni. Memang kenyataan pun. Huhu

posted from Bloggeroid

Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...