Friday, August 05, 2016

Belajar Mengexplore Gugel Translate

Lepaskan dia pergi.
Relakan.
Bila sudah sampai ke titik terakhir,
Akur sahajalah pada aturan takdir.
Apa perlunya kau tahan-tahan sesuatu yang tidak lagi memberikan kebahagiaan?
Lepaskan dia pergi
Biarkan saja tanganmu kosong tanpa isi.
Kerana pada detik yang seketika ini,
Ia harus dipersiapkan untuk sesuatu yang bernama pengganti.
Jadi sudahlah.
Biarlah dia pergi.

Assalamualaikum....salam penghulu segala hari...semoga kita semua mendapat rahmat darinya...

wahhh!!! dah jadi trend...dua hari sekali update blog.  padahal banyak jer draft dalam ni...tapi kena kontrol satu demi satu baru leh publish. 

semalam seharian meeting.  agak kesibukan.  hari ni pun kol 9 nanti meeting.  tapi sementara menunggu waktu keje bermula..meh la update sikit kan.  bosan lak!.

aku tengah mengexplore gugle translate ni....hahahah. agak kelakar kan...baru dok sibuk dengan gugel  translate.  ada la sikit2 patah perkataan yang tengah prektis wat skrip antarabangsa.  nanti nak bercakap sepatah dua takde la..baru nak kalut susun ayat.  ok..now boleh gelak guling2...dah nampak kecuakkan di situ.  i admit it

dah lama2 dok gomen ni...baru terasa..betapa english aku makin hancusssss.
padahal dulu setakat nak mengarang esei...nak siapkan tesis..pejam mata ja boleh dah buat. 
sekarang jangan kata nak wat minit...nak wat karangan sekolah anak aku pun rasa cam tak confident ja..apa nak jadi ni???


Picca semasa attend meeeting di Grand Hyatt...berposing sakan...i loikeeee!!!

tak sabar nak jumpa buah hati dari obersea..nak kena hafal skrip ni..
ok bye!!!..takleh celoteh banyak2..nanti lupa habis apa yang ada....



Wednesday, August 03, 2016

Kesibukan Event Melanda Lagi

SEDIH. Ia memang satu rasa yang tak boleh dielakkan. 

Semua orang mesti rasa. .
Berbahagialah jika kau rasa ujian kau cukup besar, lalu layaklah untuk kau bersedih. Kerana di satu sudut lain, ada orang yang juga bersedih..

tapi hanya atas perkara yang remeh temeh. .

Sungguh.. di saat ada yang sedih kerana suaminya kahwin lagi,

ada yang bersedih hanya kerana pokok bunganya mati. .

Di saat ada yang sedang meraung kerana dirogol ayah tiri sendiri,

ada yang meraung hanya kerana bajunya koyak atau pinggan mahalnya retak. .

Semua orang ada ujian dalam hidup masing-masing.

Bukan soal besar atau kecilnya ujian yang mempengaruhi perasaan tetapi sebesar mana pergantungan kita pada Tuhan. .

Bersedihlah kerana itu fitrah. 

Namun jangan berlama-lama kerana Allah ada. Kita percaya Allah akan bantu kita. . 

Allah akan hilangkan kesedihan yang kita rasa. 


Assalamualaikum and good morning!!!!
Semoga kita semua sihat2 selalu dan dilindungi Allah hendaknya

ku ke udara lagi hari ni...setelah memerah tenaga seharian semalam di KLIA.  Agak sibuk kebelakangan ini untuk memenuhi tuntutan tanggungjawab sebagai pekerja...ibu.  kedua-duanya memerlukan aku membahagikan bukan setakat masa..tapi tenaga yang sama banyak.  di pejabat dan juga di opis...tapi alhamdulillah...aku tetap bersyukur...sekurangnya..aku masih ada kerjaya yang menjadi sumber rezeki ku....masih ada keriuhan anak2 di sisi yang melengkapi hidup aku...syukur padaMu ya Allah.

minggu depan aku akan menghabiskan masa selama seinggu di salah sebuah hotel di KL.  bertugas di dalam mesyuarat menteri-menteri asean...saja jadi tukang sibuk.  kadang2 rasa bersalah juga..tinggalkan anak yang tengah membuat persiapan untuk berjihad dalam UPSR awal bulan depan. tapi itulah...SYMP.  nak tolak masih baru di sini...lagipun kerja ni rezeki aku.  hanya mampu berdoa..semoga segalanya berjalan dengan baik...dan anak2 aku sentiasa di bawah peliharaanNya.


gambar event semalam...site visit ke KLIA...dari jam 10 pagi sampai 4.00 petang.  keletihan berjalan...hampir 10000 langkah berjalan.  wahhh!!!! secara tak langsung dapat bakar kalori semalam.


trip naik eurotrain ke gate C....memantau dan mengenalpasti setiap gate2 yang ada. cuak juga rasa kadang2...mampu ker tak ni!!!!




alhamdulillah...pagi tadi sempat siapkan nasi goreng kampung untuk anak2.  request by 2nd daughter ..aina karmila.  habis dia makan pagi tadi.  gembira hati mama...

sibuk2 jugak..tapi alhamdulillah....tak pernah lagi aku miss out sediakan sarapan..bekalan and makan malam anak2.   semuanya air tangan mama.  harap2 berterusan.

hari ni jam 12.00 tengahari nak kena gerak ke hotel lak..ada sesi taklimat ringkas..harap2 dapat balik sebelum jalan jem...kalau tak..mau kol 8 tak sampai rumah lagi ni.

siapkan keje sikit...sebelum berangkat...

bye!!!









Monday, August 01, 2016

InsyaAllah





Engkau terjaga jam 3 pagi
Lalu engkau berkata 'awal lagi'
Dan selimut itu pun ditarik kembali. 
Engkau terjaga jam 4 pagi
Perut memulas mahu ke tandas
Sesudah itu, 
Tanpa ragu, engkau kembali menyambung mimpimu.

Aduhai! 
Engkau tidak malu?
Waktu itu Dia Yang Maha Agung nun di atas sana turun mahu bertemu
Dia yang memegang segala untung rugi nasibmu
Yang memegang segala kunci rezeki yang engkau cari saban hari
Dia yang memegang nyawamu bahkan penentu kesudahan hidupmu.
Dialah Yang Maha Besar itu
Maha Berkuasa atas segala-galanya
Dan engkau menolak untuk berjumpa? 
Betapa sombong dan angkuhnya! .
.
Bangkitlah wahai diri
Pergilah sebentar menyucikan diri
Tidak sukar, cuma sebentar! 
2 rakaat pun sudah cukup untuk engkau tunduk menyatakan taat, melafaz taubat dan meraih segala hajat!


Assalamualaikum dunia.!!!
Alhamdulillah..dapat lagi aku tuliskan sepatah dua dalam blog ni...setelah 2 hari bercuti menghabiskan syawal yang masih berbaki..memenuhi undangan teman2 dan sedara mara terdekat. 

terkesima membaca kata2 di atas.  hampir sama dengan aku.  saban hari aku sentiasa berhajat untuk bangun menemuiMu...tapi begitulah...sentiasa awal pada pandangan mataku tatkala jam loceng berbunyi..atau terbangun sendiri. 

Teringat kembali semasa aku memerlukan kekuatan dariMu...saban malam aku tanpa segan silu bangun menadah tangan memohon dariMu...

dan saat aku bahagia dan gembira...aku seakan melupakan kenikmatan hening malam saat mendadah tangan..merayu dan memohon dariMu...sungguh aku mengaku....

Sungguh aku manusia yang mudah lupa!!
kadang2 betul orang cakap...
"lebih mudah menjadi orang yang penyabar daripada menjadi orang yang tahu bersyukur"

"Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha pemberi (karunia)”. 






Friday, July 29, 2016

PREMADE TEMPLATE GIVEAWAY BY ERINAZMIR.COM

Assalamualaikum..

salam pagi jumaat semua...semoga bahagia2 selalu hendaknya dan sentiasa dibawah lindungan Ilahi.

pagi2 buka blog...scroll down scroll up..tetiba ternampak tag from Miss LZ...thankyou for tagging me...al maklumla blog ni hidup segan...mati tak boleh.  ikut mood author.

syarat nak join giveaway dr cik erin kita ni senang jer..follow blog cik erin...tampal poster..then tag member2 3 orang.  haaa...yang ni aku penin sket.  tak tau nak tag sapa ni...aku bukan glamor pun.

follow blog cik erin..done!

meh kita tampal poseter give away ni...kompom cun entry ni
Done!

walau camna pun...i nak try tag member2 ni la...penah jumpa sekali...mamailahfazilah, tertarik dengan blog yang comel dan cun cik naddy dan member merapu merapan alyani....

Done!

alhamdulillah..selesai.  terima kasih sekali lagi pada cik LZ..









Thursday, July 28, 2016

Mood Keletihan

Assalamualaikum...

dah 2 hari tak update my diary ni..
konon semangat tempat keje baru...nak update selalu
tapi begitulah manusia...semangat kalau tak ditiup selalu terpadam lah ia
eceheceh...berdrama lak

minggu ni aku agak kekalutan ya amat
ain trial upsr...walaupun aku tak mampu duduk disebelahnya semasa menjawab exam (ikut hati nak menuntut ilmu halimunan..dok sebelah bagi jawapan)
tapi...aku kena sentiasa disisinya setiap malam..
kalau tak...ntah apa yang dibuat dengan buku2 latihan nya

minggu lepas lak...setiap malam ada tuisyen disekolah..
hari2 tepat jam 5pm...aku kena meluru laju 100km/s untuk pegi ke mesin punchcard
nak jemput ain aina n ammar balik..
balik kat umah usah di kata la kan..
berpencak silat..kuda2 pun tak sempat nak pasang..masak.
sebab kol 8 ain dah kena pegi sekolah balik untuk tuisyen
huiihhh...bukan setakat minggu lepas...
tapi sampai exam upsr ni abis la jawabnya

ni baru upsr...kalau PT3 nanti gamaknya camna la..
mau aku tak berpijak di tanah
terus berlari2 di atas angin
ain PT3 aina plak UPSR....jenuh.
tapi yang peliknya tak pulak turun berat badan ni
makin mencanak2 naik adalah

minggu lepas wat spring cleaning kat rumah
dari kol 8am sampai 6pm
giler lama aku mengemas...sampai tak tau apa yang aku kemas
last2 malam tu terbujur...sakit badan2 sampai ke hari ni
ikutkan hati nak jer pegi berurut kat thai odessey..tapi biasalah..tempat keje baru..mana leh pegi suka suki
kena la time cuti
tapi time cuti lak kena la plak angkut 3 handbag...nak feeling puteri takleh la pulak

last2 dah 2 hari aku abaikan umah aku..
sapu pun idak..mengemop pun idak
badan sakit2 masih lagi terasa..
perut pun memulas tak kira masa..yang perut ni mesti bahana open house yang tak pernah stop2 lagi 2 minggu dah ni
macam2 aku belasah..trus perut pun komplen..mana satu nak hadam dulu ni



gambar snap pagi tadi....tak sempat nak kemas apa dah..abaikan..ujung minggu ni open house lagi 2 biji...panggil indon la gamaknya ni..


hahahaha yang ni lagi berselerak...

esok2 rajin ku kemas...
mak dah tak larat..
remaja2 ni badan dah tak kuat cam dulu
hahaha...sedar diri jugak akhirnya

ok...cau dulu la...ada open house kat marina lak hari ni..
semalam 3 jemputan
hari ni pun 3 jemputan
tapi hari ni cahaya keinsafan tu datang...
nak pegi 1 jer la

yang lain2 tu minta mahap lah ya
perut dah tokleh terima..


Friday, July 22, 2016

Tips Basuh Baju Sekolah Anak


Asslamualaikum...

baru2 ni baca kat FB cara nak ilangkan kotoran degil di baju sekolah anak.
caranya guna ja sabun mandi cap apa2 ja...dulu masa kecik2 aku pasai sabun cap kapak ja ..yang kaler ijo tu...alhamdulillah..bersih dan menjimatkan.  seketol hanya 20sen.

zaman moden2 ni...dicampur lak dengan kesibukan yang berganda2..maka time nak memberus baju memang takde.  kalau ada pun nak menyental tu dah tak larat dah.  maklumla dah remaja..

so..aku parut sabun basuh 2 ketol..simpan dalam bekas yang kering.  hari rabu aku dah start merendam baju sekolah...simpan sampai hari sabtu baru masuk dalam mesin basuh then trus putaqqq.

alhamdulillah...bersih.  kotoran kat tangan..poket..leher semua ilang.  takyah aku sental2 sampai berpeluh ketiak.


hasil parutan sabun mandi..lux campur palmolive..ntah apa bau baju anak aku nanti.  


Salam Jumaat


Assalamualaikum...

salam hari jumaat...salam penghulu segala hari.  semoga perjalanan kita hari ini diberkati ilahi..dan hari2 yang mendatang jugak.

semalam sambutan hari raya kat opis lama...lama???? kadang2 tak terasa pun tu opis lama...macam keje kat situ lagi jer...almaklumlah...sampai tengahri tadi bos lama call lagi..minta report itu ini. rasanya dah lama dah brief my ex bos pasal perkara tu...tapi biasalah....bila umur makin meningkat...daya ingatan pun makin kurang...okeh...ni ciri2 paku dulang paku serpih...mengata orang aku yang lebih.  

pulun aku pagi tadi siapkan report untuk opis lama.  rasanya semua emel aku cc kat dia kot.  tapi biasalah....sodaqallah.  sambil siapkan report sambil beleter...aku keje kat mana ni sebenarnya ni...sana ke sini.  

baiklah...semalam aku habiskan masa lunch kat opis lama...kata jemputan khas kan...event kol 11.30. punyala aku ngelat tak nak gi awal..rupanya event start lambat.  kol 12.45 juga sejurus selepas aku tiba.  cheeewaahh!!!!.  nak ngelak tak jadi jugak akhirmya.



gambar aku sempat snap..perjalanan ke opis lama.  tenang ja kan.  cer naik atas...trus akan nampak huru hara di situ.  berani lak aku snap gmbar sambil drive.  tak nampak langsung gegaran di situ...wahhhh..pastu ni leh la selpi sambil driving lagi


Gambar berposing beramai2.  selamat hari raya kawan2..bos2..dato2..meriah makanan kali ni. sampai tak habis makan boleh jemput satu ministry untuk makan.  hebat2!!!




Gambar kemeriah kami berhari rata..nampak di situ,,,,baju semua sama pattern...kaler ja lain2.  3 gadis ayu di situ.  maunya tak sama...beli kat kilang yang sama di cambodia.  aku pulak main rembat ja nak pakai tudng kaler apa.  malam tak nak prepare siap2...subuh sepiie tu baru kalut nak pikiaq. main sambaq ja tudung kaler kuning tu...dah sepanjang pagi tu orang dok kata aku semangat kekedahan.  suka hati la...i kan anak jati kedah...harusla tema tu di bawa sampai ke majlis2 khas.  bangga tau!



rindu pada si amir SK tu.  geng bergambar sepanjang zaman.  amir n aku ni kira jemputan khas la ni...sorang g NRE..sorang lagi gi KASTAM.  tinggal la...geng2 lama di situ yang pasti merindui keriuhan kami..




Udah kembali ke opis baru..opis baru yang pada mulanya..macam suka tak suka jer aku nak masuk. tp hairi ni dah genap 42 hari dah aku melaporkan diri di situ.  alhamdulillah..makin aku boleh adapt suasana di situ.

mungkin envionment opis lama agak terbuka..opis baru agak tertutup..so..aku kena ubah cara hidup..cara kerja ikut suasana semasa.  bak kata orang..masuk kandang kambing mengembek...kandang lembu mengaum..muahahahahaha.  ada sikit kesyaitonan di situ

totally different. dan aku pun dah remaja2 gini..agak malas nak explore benda baru.  betul la kata orang...time kanak2 tu cari la pengalaman merata tempat.  dah remaja2 cenggini..kompom payah nak korek2 ilmu dah.  rasa nak menten apa yang ada ja..tapi nak wat camna kan...rezeki...redha dan terima ja la...

lunch time jumaat ni panjang..moh la kita tido sekejap..afdal tidoq lepas zohor ni.

ok bye







Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...