Monday, August 24, 2015

Design System

  
design sistem...huwwwaaaa...wat menda ni buatkan kepala aku berdenyut2 non stop
sakit kepala den...pikir flow...imagine...bayang2kan...translatekan proses kerja manual kepada sistem..
rasa nak pitam!!!

sungguh mencabar...meneroka...
rasa nak salute diri sendiri bila benda ni dah siap nanti...
rasa nak reward bercuti kat venice bila benda ni dah berjalan dengan suksessnya nanti..
ganjaran buat aku..setelah perah minda..perah kepala..tadah telinga depan bos!!!


 kepala aku sekarang...see ya!!!..


Friday, August 21, 2015

Stress Lagi

aku stress sebenarnya ni..
hoitttt!!!!....stress tahap apa pun dah tak tau
rasa nak jerit2...guling2 kat kashmir sambil nyanyi lagu citer bobby
pastu rasa nak lempang2 orang2 yang berkenaan..
stress dah tahap melampau tahap tak boleh nak tahan

bila nak gi kursus
orang tanya..."kerja ko dah habis ke belom???"
eh!!!...kat sini aku sorang jer ke ada keje ???
orang lain..hurmmmm dah takde keje kot.  tu yang boleh terbang sana terbang sini..transit sana
transit sini..
hurmmmm...pastu keje leh pas2..

bila nak cuti pun orang cakap.."u suka ati jer cuti..keje melambak2"
orang lain cuti ok ja
upload gambar sana sini..suka ria
mai tang aku...semua banyak keje
lupa plak...depa takde keje...atau keje dah siap kot..atau...oh ada vendor
memang leh lepak ja

haissshhhh...
maybe aku ni pemacu kot
sebab tu dalam meeting..asik tanya keje aku jer
maklumla..
anggap jer positip..
aku takde gelap la dunia....aku kan lampu...lip lap lip lap




Wednesday, August 19, 2015

Cinta Paling Agung



Menonton crita ini membuatkan aku ingin menontonnya berkali2..
Bukan kerana ini kisah aku..
Bukan kerana aku ini ratu air mata
Tapi crita ini mampu membuatkan kita mengambil iktibar..
Berfikir sebelum bertindak..
Sama ada tindakan kita mampu membahagiakan atau melukakan orang lain..
Atau kita lebih mementingkan diri..
Merampas atau membiarkan hak dirampas..
Merelakan atau mengaku kalah..

Perempuan..
Dalam ramai ramai lelaki..mengapa suami orang yang dipilih..
Jawapannya....tidak tahu itu suami orang..
Kalau dah tahu mengapa diteruskan???
Jawapannya....sebab cinta!
Lalu..
Mengapa kita hanya fikir cinta kita..
Bagaimana dengan cinta isterinya..cinta anak2nya?????
Lupakah kita dengan hukum Allah...orang yang merosakkan hubungan orang lain???
terngiang dialog ibu dewi....menyusuk ke hati..
Pesanan ibu tua yang menyayangi anaknya..
Penuh makna..
Teringat pesanan bapa dewi pada khairi..
Juga pada dewi...yang membuatkan kita berfikir beribu kali...

Cinta paling agung..
Bukan cerita biasa..
Benar kata amyza..
jika antara suami dan isteri itu berpisah...kau lah penyebabnya...
Tidak akan pernah ada maaf untuk kamu

"Mengapa aku yang tidak setia
Mengapa akukah yang berdosa
Mengapa ku mudah terlupa
Janji2 kita kali pertama"

P/s: esok nak cari novel pulak...

Monday, August 17, 2015

Motivate Diri

tengah motivate diri..
walau apa pun terjadi..
aku tak kan beralah..
mengundur beerti aku kalah..
bukan masanya lagi..

dalam apa jua keadaan sekalipun yang menimpa..
pasti ada kebaikan yang tersembunyi
gali dan terus menggali..
insyaallah...akan ku temui

biar apa yang terjadi...
sesekali aku tidak akan goyang
setiap saat yang diberi padaku olehNya..
takkan ku sia-siakan dengan lazatnya dunia..

bertawakkal....perancangan Allah itu lebih baik. Yakin!!!

Wednesday, July 29, 2015

Keajaiban

Bagaimana rasa itu mahu kukuh
kalau engkau tidak bersungguh
engkau tiada ketika dia perlu
engkau pergi waktu dia keliru
engkau abaikan bila dia cemburu
engkau membisu saat dia diganggu

kemudian
engkau mengharap dia kekal dalam genggaman?
engkau mengharap kasih yang berkekalan?
percayalah
sebenarnya
engkau mengharap keajaiban

Ruang Yang Sempit

ia satu ruang yang cukup sempit
ssempit dada yang mahu menghela nafas
lama dan panjang
lelah menghirup namun seakan ruangnya tertutup

ia ruang yang kelam dan hitam
seperti malam tanpa bulan dan bintang
jiwa menggetar gigil ketakutan
namun hidup ini tidak memberi pilihan
hanya perlu diteruskan

kerana aku penuh percaya Allah ada
kerana aku tunduk berpasrah pada hakikat manusia itu tidak dapat lari dari berbuat dosa
dan manusia itu sering tergelincir dari landasan imannya
dan aku manusia
maka ku kumpul seluruh serpihan jiwa
cuba menyatukannya semula

pada mengisi ruang kembali
ku cuba atur kepingan yang masih masih berbaki
ku cuba catur sisa kemampuan hati
agar esok aku lebih baik
menjadi hamba yang tahu diri

Harga Yang Perlu Dibayar

jika dapat diputarkan masa
ada banyak sejarah yang mahu kita ubah
ada banyak perkara yang mahu kita susun semula
ada banyak orang yang mahu kita buang

sepertinya
kalau boleh diputarkan masa
kita mampu mengatur kisah kita agar lebih sempurna
agar nanti boleh dipersembahkan kepada dia
tanpa cacat cela
tanpa noda dan dosa

tapi tidak mungkin
masa tidak mungkin kembali lagi
meski berkali-kali kita menampar pipi
dan mengharap segalanya adalah mimpi
yang terjadi tetap terjadi

harga sebuah kesal itu terlalu mahal
tidak mampu dibeli oleh sesiapa pun
ia sudah tercatat di situ
segalanya sudah tertakdir akan begitu
dan begitulah ia berlaku

sungguh
yang semalam itu sudah pergi
yang ada cuma hari ini
pada sisa usia yang sudah berbaki
pada sisa akal yang masih punya kewarasan
pada sisa jiwa yang masih punya kekuatan
cubalah bertahan
teruslah mencorak masa depan

masa yang sudah pergi itu
tidak mampu kita bayar lagi harganya
namun masa yang ada ini
masih percuma
pergunalah sebaiknya
kerana harapan untuk syurga itu sentiasa ada
selagi kita tak lupa padanya
yang sentiasa mencintai
dan mnunggu2 kita kembali..

Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...