Wednesday, May 13, 2015

What u Give u Get Back

hi...ku ke udara lagi...
kali ni nak borak2 kosong..
citer apa nak diciter kan...
apa yang terbit dari hati...baru rasa cam best...freshhhh!!!! tulus!!!!! sejati!!!!!

sometime orang cakap tak baik..kalao minta benda tak baik berlaku pada orang
tapi siyess...
aku tak pernah minta...
benda2 buruk untuk orang lain..
tapi kali ini..
juz...aku nak minta pada Tuhan...
supaya..
..................................jeng3
kembalikan kepada mereka apa yang diberikan kepada aku
jika sakit...maka sakitlah mereka..
jika pedih..maka pedihla mereka..
jika merana..maka meranalah mereka..

bak kata citer pilot cafe...
what u give u get back
what goes around will come around

walaupun citer tu tak best...
tapi kata2 tu jer yang membuatkan aku rasa citer tu best..
at least leh cover 2 jam citer tu.

aminnnnn...
Doa orang teraniaya selalu dimakbulkan...





Friday, May 08, 2015

Terima Kasih ABC

Aku berterima kasih setiap hari..
pada si A yang tidak putus asa menyayangi dan memberi keyakinan
padanya aku mengecap indahnya pertemuan
pada si B yang tidak jemu-jemu mencari alasan untuk terus menyalahkan
padanya aku menelaah erti ketabahan
pada si C yang tidak mengerti dan tidak peduli
padanya aku belajar erti berdikari
sungguh aku berterima kasih pada si ABC
kesemua mereka membentuk jiwaku seperti ini
kadang tabah tersungkur
kadang tabah bersyukur

Tuesday, May 05, 2015

semalam abc..hari ni 123

Dunia ni kadang2 pelik..
Kadang2 membuatkan kita sendiri jadi bingung..
Dulu begitu...sekarang begini..
Semalam abc...hari ni 123..
Ajaib!!!

Bukankah semalam...manusia itu mendabik dada..mengakui dia mempertahankan istana yang hampir runtuh..
Bukankah semalam..manusia itu juga mengaku tidak punya jalur cerita berkayu tiga..
Tapi sekejapan sahaja..manusia itu sudah berada di atas singgahsana...tersenyum gembira bersama kayunya yang ketiga...
Lupa bahawa...dia pernah mendabik dada mempertahankan..
Lupa bahawa...dia pernah menafikan..
Mana perginya yang meminta..
Bukan kah patut yang meminta terlebih dahulu berada di atas singgahsana...???
Tidak!!
kerana yang meminta...tahu atas apa yang dipinta...
Kerana yang meminta...hatinya tidak semurah seperti yang disangka
Kerana yang meminta...jiwanya masih penuh rasa cinta...demi zuriat yang dibawa
Ajaib..
Kuasa tuhan...
Beria menafikan...tapi membuktikan..
Terima kasih ALLAH

kita syer kisah benar...aku copy paste dari blog http://www.coklateyes.my/2014/03/kisah-benar-bahana-jadi-perempuan.html

Kisah Benar : Bahana Jadi Perempuan Perampas!



Assalamualaikum semua




Kisah Benar : Bahana Jadi Perempuan Perampas! | Lepas beberapa jam aku publish entry [Perempuan Perampas : Tiada Maaf Bagimu!] , aku terima satu email dari seorang pembaca. Aku baca sampai habis, tanpa aku sedar air mata aku meleleh. Atas persetujuan pemberi email, aku copy paste email beliau supaya dapat sama-sama dikongsi. Segala maklumat diri, aku sorokkan ye. Tak nak aib sesiapa!





Salam Innanie. 



Akak memang baca blog. Banyak blog yang akak dah baca. Tup-tup akak perasan kawan akak Like entry kamu yang tajuknya Perempuan Perampas : Tiada Maaf Bagimu! Terus cepat-cepat akak klik. Akak dah boleh agak, entry tu berkisah pasal apa. Sapa yang tak nak tau cerita HS yang hot tu kan. Lepas akak baca entry kamu. Akak baca komen pulak. Satu per satu akak baca. PAAAAAAAAAAAAANGGGGGGG!!!! Muka akak panas. Akak rasa pipi akak tebal. Dik, entry kamu dan komen-komen tu semua lah yang tampar pipi akak ni dik!

Akak pernah berada di tempat HS lebih kurang 8-9 tahun lepas. Ceritanya lebih kurang sama. Bezanya, akak tak sefemes HS. Kalau akak femes, mungkin kisah akak lah yang terpapar di dada akhbar satu masa dulu.

Akak pernah merampas suami seseorang dik...

Ya Allah, bila akak fikir title tu. Berat rasanya bahu menanggung. Seumur hidup orang panggil macam tu. Seumur hidup orang takut kita dik. Lagi-lagi yang kawan perempuan. Mana kan tidak, akak ada bakat nak rampas laki dorang. Sebab tu dorang takut.

Niat akak pada awal perkenalan dengan Mr. H satu masa dulu bermula sebagai kawan. Akak ni waktu tu dah agak terlewat usia nak berumah tangga. Kawan-kawan semua dah ada anak, dah ada laki. Akak kira macam desperado lah. Dalam office tu, banyak jugak bujang yang mengorat akak. Tapi akak tak layan. Dengan Mr.H ni lain macam feeling dia. Akak tau dia dah beristeri. Punya anak bini. Si isteri masa tu mengandung anak ketiga. Akak tak peduli!

Tapi jahil dan gelojoh nak berlaki nya akak time tu...akak tak peduli. Akak fikir ego akak. Alasan akak, lelaki boleh kawen empat. Akak nampak Mr.H mampu untuk beristeri lebih dari sorang. Kejamnya akak masa tu, sampaikan masa isteri Mr.H dalam pantang, akak boleh ajar Mr.H untuk abaikan tanggungjawab dia. Akak suruh Mr.H hantar isteri dia ke kampung. Jadi Mr.H kepunyaan akak soranglah. Walhal bukan ke sepatutnya waktu isteri berpantang, belaian suami dapat redakan kesakitan? Kejam akak dik. Kejam!

Akak kenal dengan Mr.H dan bercinta lebih kurang 8 bulan je. Terus akak kahwin dengan dia. Kawen kat Thailand. Masa tu jugaklah masa yang sama isteri Mr.H berpantang. Keluarga akak memang marah. Sapa yang nak jadi bini nombor 2 kan? Tapi, dorang apa tahu. Akak ni nak berlaki dik. Tak kiralah laki orang ke apa, yang penting ada orang nak akak. Itu je yang akak fikir.

Lepas isterinya habis pantang, akak berlaku kejam sekali lagi. Akak pujuk Mr.H suruh ceraikan isteri pertamanya tadi. Akak cakap, kedudukan kewangan Mr.H tak mampu untuk tanggung anak 3 dan 2 isteri. Mulanya Mr.H tak nak. Sebab masih sayang isteri pertama dan anak-anak perlukan dia. Tapi, akhirnya akak berjaya pujuk dia untuk ceraikan isteri pertama.

Isteri pertama dia memang sabar. Pernah datang merayu pada akak supaya bantu ubah fikiran Mr.H jangan ceraikan dia. Bawak anak baby dengan panas terik. Sampaikan masa tu, isteri pertamanya siap cakap akan beralah lagi dengan akak. Akak dapat lebih dari dia. Asalkan dia jangan dicerai. Anak-anak perlukan ayahnya. Akak tak peduli dik.... akak tetap dengan ego akak dan nak conquer Mr.H sorang.

Lepas 5 tahun kahwin. Satu hari lepas balik kerja, Mr. H kata ada meeting. Jangan tunggu dia balik rumah. Pulang lewat. Hati akak tak sedap. Akak tunggu sampai pukul 1 pagi. Tak balik. Sampaikan akak tertidur di sofa. Lebih kurang pukul 3 pagi, akak dapat panggilan. Daripada Jabatan Agama Islam.

Ya Allah...memang akak tak sangka. Suami akak di tangkap khalwat di rumah seorang perempuan dik. Akak tak tahu nak cakap apa. Akak pergi ke Jabatan Agama nak tahu keadaan sebenar. Rupanya dik, selama ni suami akak curang dengan akak. Selama kami berkahwin, suami akak main kayu tiga. Akak tanya kenapa buat akak macam tu. Akhirnya dia beritahu, dia nak kan anak. Tapi setelah 5 tahun, akak tak boleh mengandung. Malahan entah macam mana dan akak rasa ini pembalasan tuhan, akak disahkan tak boleh hamil atau mandul. Salah akak dik, akak cuba rahsiakan keputusan ujian doktor tu. Rupanya suami akak tahu dan jumpa surat keputusan doktor tu. Suami akak tak boleh terima yang akak mandul dan ambil keputusan untuk cari "sorang" lagi.

Di pejabat agama tu jugaklah suami akak lepaskan akak. Katanya, dia tak mampu nak tanggung isteri lebih seorang. Dan dia memilih untuk berkahwin dengan perempuan yang ditangkap khalwat tadi. Akak menangis meraung kat situ. Bukan talak satu dik, terus talak tiga. Akak rasa langit jatuh menimpa akak. Akak rasa satu dunia gelakkan akak. Padan muka akak sebab dulu buat orang kan? Dan waktu tu hanya satu wajah yang bermain di fikiran akak. Wajah isteri pertama Mr.H dulu.

Dik, seumur hidup akak menderita. Siapa mahu perempuan mandul seperti akak? Siapa mahu perempuan perampas seperti akak? Siapa mahu perempuan yang pernah ditalak tiga seperti akak? Dulu masa nak kahwin akak buang keluarga. Tak endah nasihat mak ayah. Sekarang? tak kan akak nak kembali pada mereka dan cerita masalah rumah tangga akak? Kawan-kawan? Mustahil nak dekat dengan akak. Takut suami mereka akak rampas. Bahananya jadi perempuan perampas seumur hidup dik.

Kepada semua wanita yang baca blog Nani ni... akak nak pesan...tak usah pasang niat mahu conquer atau rampas suami orang. Kalau betul itu jodoh, jadikan ia jodoh yang baik. Bukan dirampas atau disakiti hati yang memilikinya terlebih dulu. Akak teringat pesan mak akak, suami orang bila dirampas tu sama seperti kau merampas nyawa seorang isteri. Isteri yang baik bukan kedekut untuk berkongsi kasih, tapi isteri yang baik adalah isteri yang tak mahu suaminya bodoh memilih kaca dari permata!

Kalau nani nak share cerita akak ni, silakan. Akak berkongsi kisah akak sebab akak dah mengalami. Dah terlalu banyak hati yang akak sakiti...dan sekarang bila akak sendiri...takde sapa sudi datang dekat. Perempuan perampas memang tak boleh dimaafi....

Ikhlas,



Kak YanXXXXXXXX

Pasir Gudang, Johor. 




Gulp. Aku diam. Aku harap cerita Kak YanXXXXXX membuka mata kita semua supaya lebih peka dan mengerti perasaan wanita lain terutama yang bergelar seorang isteri.





Wallahualam. Yang baik jadikan pedoman....


Balasan Allah datang dengan pelbagai cara...
tak hari ini esok lusa akan menjelma..
tak kisahlah kamu kawen selepas menjadi duda atau janda
tapi hakikatnya..kamu telah menyemai benih cinta semasa masih menjadi suami/isteri orang..
dan orang ketiga itu kamu sendiri yang menjemput masuk kedalam masjid yang kamu bina..
jika aku...
tidak akan ada maaf bagimu..
sengsara lah kamu seperti kamu hati orang yang kamu sakiti sengsara..
meranalah kamu...seperti mana kamu buat orang lain merana..
jika maaf kamu pinta..
di SANA sekalipun..maaf itu tidak akan ada untukmu.
  






Berpindah Blog

Assalamualaikum... Blog ini telah berpindah ke: wonderfulprimroselife.blogspot.com . blog baru...hidup baru..harapan baru Insyaa All...