Wednesday, July 29, 2015

Keajaiban

Bagaimana rasa itu mahu kukuh
kalau engkau tidak bersungguh
engkau tiada ketika dia perlu
engkau pergi waktu dia keliru
engkau abaikan bila dia cemburu
engkau membisu saat dia diganggu

kemudian
engkau mengharap dia kekal dalam genggaman?
engkau mengharap kasih yang berkekalan?
percayalah
sebenarnya
engkau mengharap keajaiban

Ruang Yang Sempit

ia satu ruang yang cukup sempit
ssempit dada yang mahu menghela nafas
lama dan panjang
lelah menghirup namun seakan ruangnya tertutup

ia ruang yang kelam dan hitam
seperti malam tanpa bulan dan bintang
jiwa menggetar gigil ketakutan
namun hidup ini tidak memberi pilihan
hanya perlu diteruskan

kerana aku penuh percaya Allah ada
kerana aku tunduk berpasrah pada hakikat manusia itu tidak dapat lari dari berbuat dosa
dan manusia itu sering tergelincir dari landasan imannya
dan aku manusia
maka ku kumpul seluruh serpihan jiwa
cuba menyatukannya semula

pada mengisi ruang kembali
ku cuba atur kepingan yang masih masih berbaki
ku cuba catur sisa kemampuan hati
agar esok aku lebih baik
menjadi hamba yang tahu diri

Harga Yang Perlu Dibayar

jika dapat diputarkan masa
ada banyak sejarah yang mahu kita ubah
ada banyak perkara yang mahu kita susun semula
ada banyak orang yang mahu kita buang

sepertinya
kalau boleh diputarkan masa
kita mampu mengatur kisah kita agar lebih sempurna
agar nanti boleh dipersembahkan kepada dia
tanpa cacat cela
tanpa noda dan dosa

tapi tidak mungkin
masa tidak mungkin kembali lagi
meski berkali-kali kita menampar pipi
dan mengharap segalanya adalah mimpi
yang terjadi tetap terjadi

harga sebuah kesal itu terlalu mahal
tidak mampu dibeli oleh sesiapa pun
ia sudah tercatat di situ
segalanya sudah tertakdir akan begitu
dan begitulah ia berlaku

sungguh
yang semalam itu sudah pergi
yang ada cuma hari ini
pada sisa usia yang sudah berbaki
pada sisa akal yang masih punya kewarasan
pada sisa jiwa yang masih punya kekuatan
cubalah bertahan
teruslah mencorak masa depan

masa yang sudah pergi itu
tidak mampu kita bayar lagi harganya
namun masa yang ada ini
masih percuma
pergunalah sebaiknya
kerana harapan untuk syurga itu sentiasa ada
selagi kita tak lupa padanya
yang sentiasa mencintai
dan mnunggu2 kita kembali..

Signal Cinta

Bukan tak pernah Dia kirimkan rasa itu
Bukan tak pernah detak jantungmu berdegup laju
rasa resah
rasa gelisah
serba salah

kau faham signal cinta itu
itu tanda Dia tak setuju
kau cuba taat
tapi entah kenapa beberapa saat
kemudian kau tergelincir lagi
hanyut di bawa arus emosi

namun kerana cintaNya
signal itu dikirimkan lagi
lalu kerana cintamu
kau berjuang kembali ke tepi
sungguh
kau jatuh dan bangun berulangkali
antara sabar dan ingkar
kau terus panasaran sendiri

lalu akhirnya
pada saat signal cinta itu berhenti
ternyata kau tidak dapat ditolong lagi
meraunglah kau menyesali diri
meraunglah pada suara yang tidak mampu didengar oleh sesiapa
kecuali Dia
Penghantar signal cinta

Friday, July 10, 2015

Ajari Aku Untuk Tersenyum Semula, Kerana Aku Hampir Lupa Caranya

Letih...
berkali-kali aku jatuh..bangun..jatuh lagi
lalu cuba bangun kembali

dalam kondisiku yang begitu bersusah payah
resah dan gelisah
aku terus memujuk hati berpasrah
hanya bertopangkan keyakinanku pada aturan Allah
sungguh!!
hingga kini aku gagal mengerti
sejak engkau hadir..
mengapa hidupku sesulit ini
andai ia berakhir
apakah nantinya air mataku tahu untuk berhenti
engkau, aku dan tangisan seakan sudah sebati
aku hampir lupa bagaimana caranya untuk tersenyum dari hati

Hujan

Teriakan guruh hanya meremukkan hati yang luruh
titis hujan yang berlumba laju hanya meletihkan aku
bukankah hujan sering membawa damai ke hati?
lalu
mengapa tika ini
rasa itu enggan bertamu lagi?
hujan ini yang malang
atau hati ini yang walang?
duhai..
ada kilas rasa yang gagal ku bendung
termenung aku merenung...

Friday, July 03, 2015

SadiS

hurmmmmm..
jadual roll out dah keluar...
tengok gayanya...kaki tak berpijak nyata di bumi malaysia
3 bulan lamanya..
sadis....

dalam 5 negara yang aku kena pergi
satu jer menyentuh perasaan aku
dah aim dari dalam perut ibu
hahahaha...

yang lain tengah cari jalan nak reject
idea---oh idea...
marilahhhhhhhh


Hidup Mesti Terus

Kalau engkau takut pada cuaca yang berkabut
kalau engkau keliru pada jalan yang berliku
maka terpakulah engkau di situ
sampai bila2
engkau takkan ke mana2
jalan yang engkau lalui..sudahlah
cerita duka atau gundah..biarlah
di hadapan sana pasti ada yang lebih indah
teruskan perjalanan
meski pun engkau tidak tahu apa yang menunggumu di hadapan
teruslah berjalan
gaya orang yang punya tawakkal dan percaya pada tuhan
biar apa pun ceritamu
hidup perlu diteruskan!!


Thursday, July 02, 2015

Janji

Asalnya malam ini
aku mahu menaksir
berapa banyak janji sudah termungkir
namun akhirnya aku termanggu sendiri
mampukah silap itu ku tafsir
andai sudah begitu bicara takdir?
argghhhh!!!
daripada bicara soal janji
lebih baik aku cuba bermimpi
mimpi indah atau mimpi ngeri
tidak ada yang sakit hati

bicara soal janji....semuanya dicapati.  lupakan!!!!  biar janji yang tidak dimeterai itu di bawa ke mati...lafazkan depan ilahi..

Bersyukurlah

Engkau lemas kerana beberapa titis air mata
padahal barangkali Dia telah menyelamatkan kamu dari selautan bahaya
bersyukurlah!!!!
tabarakallah!!!
masyaAllah!!!
pada sesuatu yagn kau anggap musibah itu juga adalah anugerah




Yang Terbaik UntukKu

hati berkira-kira sendiri ..
apa yang paling terkesan dalam hidupku kerana dia??
terimbas ..betapa sakitnya hati kerana dia ...
juga saat indah bersamanya ...
musim-musim itu ..
lama telah berlalu ..


Kalaulah memaafkan seseorang itu .....
semudah memadam kesan di papan putih ...
atau memadam lorekkan di pasiran pantai ...

Tuhan ku ...
jadikanlah aku seorang yang pemaaf ..
berikanlah aku ketenangan dan kesabaran ..
agar dapat aku fahami ...
apa sebenarnya yang aku lalui ..
adalah yang terbaik buat diriku ...
hati berkira-kira sendiri .. apa yang paling terkesan dalam hidupku kerana dia?? terimbas ..betapa sakitnya hati kerana dia ... juga saat indah bersamanya ... musim-musim itu .. lama telah berlalu .. Kalaulah memaafkan seseorang itu ..... semudah memadam kesan di papan putih ... atau memadam lorekkan di pasiran pantai ... Tuhan ku ... jadikanlah aku seorang yang pemaaf .. berikanlah aku ketenangan dan kesabaran .. agar dapat aku fahami ... apa sebenarnya yang aku lalui .. adalah yang terbaik buat diriku ...

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
hati berkira-kira sendiri .. apa yang paling terkesan dalam hidupku kerana dia?? terimbas ..betapa sakitnya hati kerana dia ... juga saat indah bersamanya ... musim-musim itu .. lama telah berlalu .. Kalaulah memaafkan seseorang itu ..... semudah memadam kesan di papan putih ... atau memadam lorekkan di pasiran pantai ... Tuhan ku ... jadikanlah aku seorang yang pemaaf .. berikanlah aku ketenangan dan kesabaran .. agar dapat aku fahami ... apa sebenarnya yang aku lalui .. adalah yang terbaik buat diriku ...

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
hati berkira-kira sendiri .. apa yang paling terkesan dalam hidupku kerana dia?? terimbas ..betapa sakitnya hati kerana dia ... juga saat indah bersamanya ... musim-musim itu .. lama telah berlalu .. Kalaulah memaafkan seseorang itu ..... semudah memadam kesan di papan putih ... atau memadam lorekkan di pasiran pantai ... Tuhan ku ... jadikanlah aku seorang yang pemaaf .. berikanlah aku ketenangan dan kesabaran .. agar dapat aku fahami ... apa sebenarnya yang aku lalui .. adalah yang terbaik buat diriku ...

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Wednesday, July 01, 2015

Kanda Dinda

Kanda...Dinda..
dua perkataan yang sepatutnya kita pertimbangkan..
sebelum mengungkapkan..
apatah lagi jika ucapan kanda pada yang bukan milik kita
ucapan dinda bukan pada yang hak untuk kita..

pernahkah kita terfikir..
hati orang...
sebelum mengungkapkan..

walau kini...kanda dinda itu telah menjadi satu
tapi sejarah lama tak akan terpadam begitu saja
kanda dinda itu telah menjadi taufan..
membadai tanpa mengira hukum tuhan..

kanda dinda..
walau telah lama berlalu..
ia tetap akan menjadi racun yang membeku
berdoalah..
semoga kuasa tuhan akan  mencairkannya
dan berlalu begitu saja

kata orang...
dendam itu memakan diri..
tapi bagiku..
biarlah dendam itu ku genggam  dan berakhir dengan balasan Tuhan
di dunia mahupun di sana
kemaafan dariku tetap tiada..





Kau dan Aku Sama

aku bukannya sang pemerintah yang sedang terbaring di tilam mewah
lalu berpesan agar rakyat bertabah kerana terpaksa hidup susah

aku bukan si badut yang bertopeng tawa setiap masa lalu
berpura2 simpati melihatmu berendam air mata

sahabatku
kalau aku memujukmu agar bersabar dengan ujian hidup ini
aku mengungkapkannya dari hati
aku mahu kau tahu
aku juga punya ujian hidupku tersendiri
aku juga tidak terkecuali
engkau dan aku sama
kita manusia, sama agama dan sama2 mahu ke syurga
kita diuji kerana janji Pemilik Syurga itu sendiri

justeru
ketika syaitan berkomplot dengan nafsu
marilah berkomplot dengan aku
kita saling mengingatkan
kita saling memberi sokongan
mari menjadi benang yang terjalin membentuk kain
saling menguatkan satu sama lain..

hidup ini makin singkat...berlari lah sejauh mana pun...kematian itu pasti akan menanti.  rindu untuk terus mengabadikan diri kepadaMu...
kekadang ujian yang kau hadirkan...makin mendekat kan aku padaMu..
betapa banyak dosa yang telah aku lakukan..dalam setiap sujudkan ingin ku merayu padaMu..
ampunilah aku...

dalam setiap ujianMu..ada sesuatu yang perlu aku syukuri..dalam setiap sesuatu itu..ada bahagia yang menanti..

sungguh ..Kamu terlalu baik pada aku...seiring tangisan redha..luka itu sering meresap bahagia..

Syukur!!!