Monday, June 29, 2015

Saat Yang Terpadam

Tidak sering engkau mengirimkan kata kepada bayu
setiap tiba ke hatiku
jiwa nan sendu pun mampu berlagu

tidak sering kau pamerkan pada dunia
setiap tiba ke jiwa
bahagianya ku rasa

namun
tidak sering ia mampu di situ
tidak betah berlama-lama
takkan puas aku menatapnya
seringkali tiba2
taufan itu merampasnya semula
aku di sini
hanya mampu diam
saat setiap yang indah itu
tiba2 terpadam

rindu pada seseorang yang aku kenal 21 tahun yang lalu. bahu tempat ku kongsikan segala pilu dan sendu...tawa dan ria.  seseorang itu  telah pergi selamanya.  mana kuburnya...mana jasadnya...tidak pernah ku temu lagi.  yang tinggal hanya memori indah...saat aku bersamanya.  berdua merancang kehidupan bersama..impian itu pergi saat mahligai masih belum terbina...

miss U.  hati ini tersayat pilu mengenangkan memori 21 tahun yang lalu.





Aku Mahu Syurga

Ya Allah...Amal yang kubuat
masih adakah yang berbaki
atau kantung kananku bocor lagi?
dosa yang kubuat
sudah tertebuskah dengan taubat
atau bagai air
yang masih terus mengalir

duhai
hati ini selalu disauk bimbang
kalau-kalau amalku tidak diterima
atau entah2 mengundang murka
selalu hati ini tidak tenang
kalau2 dosaku yang semalam masih ada
atau entah2 kian berganda

Ya Allah
aku mahu syurga
walau amalku tak seberapa
walau saban hari aku trus berdosa
tapi aku mahu syurga
aku mahu bertemuMu di sana
walau tidak layak
wala tak berdaya
tapi rayuku tetap sama
aku mahu syurga

tiada daya dan upayaku
melainkan hanya dengan izinMu

Mendengar perkhabarkan seorang rakan FB meninggal dunia dalam usia yang masih muda...hati aku diregut pilu.  perginya dengan mudah.  hatinya telah terdetik dengan panggilan sakaratul.  segala hajatnya telah ditunaikan.  bersyukur...dia pergi dalam keadaan bersedia untuk mati.  dia pergi dalam keadaan sempat bertaubat di atas kesilapan dan dosanya.

kematian tidak mengira masa dan usia...tidak kira kita bersedia atau tidak.  ia tetap akan datang bila sampai waktu yang dijanjikan.  persoalannya..bersediakah kita???

Moga Ramadhan kali ini...akan terus mendekatkan aku kepadaMu..Ya Allah.  Terima kasih Ya Allah...kerana aku masih terus diberi nyawa untuk menginsafi segala dosaku kepadaMu...

Monday, June 22, 2015

Antara kesilapan yang sering kita lakukan dalam mendidik anak-anak

Hurm....marah anak...
kesian dan menyesal..

Antara kesilapan yang sering kita lakukan dalam mendidik anak-anak adalah seperti berikut:

1# Membanding-bandingkan


Ibu bapa sering kali membanding-bandingkan kebolehan ataupun kelemahan anaknya dengan orang lain.
Ada ketikanya, perbandingan ini dibuat antara adik-beradik dan ada ketikanya dengan orang lain seperti anak jiran, saudara, sepupu, kawan sekelas atau sesiapa sahaja.
Memanglah tujaan perbandingan itu dibuat bagi mendorong ataupun memberi semangat kepada anak. Tetapi, kerap kali anak-anak menyalah tafsir tujuan ibu bapa berbuat sedemikian.
Sekiranya perbandingan itu dibuat antara adik-beradik, maka subur perasaan cemburu dan iri hati dalam diri anak-anak. Sekiranya perbandingan dibuat dengan orang lain, anak mudah merasa rendah diri dan hilang kekuatan bersaing.
Yang dikatakan membanding-banding itu adalah apabila kita mengambil contoh seseorang ataupun  menyebut nama seseorang semasa kita rasa tidak puas hati dan sedang memarahi anak.
Faktor orang lain itu hanya dapat digunakan semasa tiada tekanan emosi antara ibu bapa dan anak. Contohnya semasa perbincangan berlaku secara terbuka. Waktu itu, barulah sesuai mengambil orang lain sebagai contoh teladan tanpa membandingkannya dengan anak kita. Barulah anak mudah menerimanya.
Cuba lihat contoh perbualan dibawah:
Contoh 1: “Apa hendak jadi kamu ini… Lihat si Ali itu, tiap petang pasti dia balik awal. Lepas itu terus mandi, solat dan belajar. Tidak macam kamu, entah apa hendak jadi nanti.”
Ini adalah contoh ibu bapa yang membuat perbandingan  langsung antara anak dengan si Ali. Anak kita pasti tidak menggemarinya.
Contoh 2: “Orang berjaya adalah orang yang sentiasa menepati waktu. Waktu main, mainlah sepuas-puasnya tetapi bila tiba waktu belajar, waktu solat dan sebagainya, mereka lakukan secara seimbang. Jika kita balik ke rumah awal, sempatlah solat dan mandi sebelum belajar. Badan pun tidak penat, betul ataupun tidak?”
Ini adalah contoh yang tiada langsung unsuri perbandingan. Tujuannya tetap sama iaitu menegur kesilapan anak, malah diselit pula dengan alasan yang munasabah selain daripada meminta anak berfikir dengan menjuruskan perkataan, “Betul ataupun tidak?”
Jadi cubalah cari jalan supaya kita tidak lagi membuat perbandingan semasa memarahi anak. Seperti yang dijelaskan awal-awal tadi, contoh kejayaan orang lain sesuai diceritakan sewaktu tiadanya tekanan ataupun desakan emosi dalam diri anak.
.

2# Kesilapan Merendahkan Kebolehan Anak


Seringkali tanpa sedar, kita merendahkan kebolehan anak secara tidak langsung. kerap kali ibu bapa yang resah mengenai masalah anak meluahkan keluhannya kepada orang lain di hadapan anak-anak.
Ada ketikanya ketika bertemu jiran, kita beritahu mereka mengenai kelemahan anak kita. “Anak saya ni Cik Jah.. entah apa lagi saya hendak cakap.. malas betul hendak belajar.”Itu salah satu contoh ungkapan.
Ungkapan ini pula dinyatakan dengan kehadiran anak. Maka, anak percaya apa yang didengarnya. Secara tidak langsung si ibu menyuburkan lagi sikap negatif dalam diri anak itu.
Ada ketikanya pula, ibu bapa merendahkan kebolehan diri anak-anak secara langsung apabila marah. “Kau ini besar nanti hendak jadi apa? Sudahlah malas, degil pula!”
Kata-kata sebegini mudah menghiris perasaan anak-anak dan tentunya apabila sentiasa diulang-ulang, ia menyebabkan mereka percaya itu sahaja kemampuan diri mereka.
Ibu bapa perlu sedar, setiap patah perkataan yang kita ucapkan kepada anak-anak kita merupakan doa. Jangan nanti kata-kata yang tidak baik pula yang dimakbulkan Tuhan.
Oleh itu, carilah kebaikan dalam diri anak-anak walaupun kecil. Subur-suburkanlah kebaikan itu.
Mendidik anak adalah proses yang berterusan. Jangan mengharapkan perubahan yang mendadak dalam diri anak. Sebagai pendidik, ibu bapa memerlukan kesabaran yang tinggi.
.

3# Memarahi Anak Tidak Pada Tempatnya

Biasanya ibu bapa akan marah apabila didapati anak-anak melakukan kesilapan berulang, selepas dinasihati dan ditegur.
Tidak salah memarahi anak demi kebaikannya tetapi kita harus pastikan marah itu kana pada orang, cara, masa, tempat dan subjeknya. Kita tidak boleh marah secara melulu sahaja.
Sebab itulah, Nabi Muhammad dalam salah satu hadisnya berpesan, orang yang paling kuat itu adalah orang yang dapat menahan amarahnya ketika dia marah.
Ibu bapa sering kali memilih waktu yang salah bagi memarahi anak-anak. Ramai ibu bapa  mengadu, anak-anak mereka tidak suka berterus terang ataupun berbincang masalah dengan mereka.
Sebenarnya kenyataan sedemikian adalah kurang tepat.
Anak-anak tidak mahu berbincang mahupun berterus terang dengan ibu bapa sendiri tanpa disedari menutup pintu berbincangan itu.
Waktu anak-anak masih kecil, sama ada dialam tadika ataupun sekolah rendah, mereka pernah mengadu hal kepada ibu bapa. Mereka mengadu segala-galanya kerana ibu bapalah yang dianggap sebagai pelindung. Misalnya anak kita mungkin pulang dari sekolah dan mengadu yang guru memarahinya.
Kita pastinya bertanya, “Kenapa guru marah?” Anak memberitahu yang dia dimarahi guru kerana mengejek, mengusik, memukul ataupun mengambil barang kawan.
Apa tindak balas kita?
Ramai ibu bapa segera marah anak itu sekali lagi apabila mengetahui guru memarahi anaknya itu disebabkan kesilapan anak itu sendiri.
Apa pula perasaan anak?
Tindakan mengadu hal tadi menyebabkan emosinya dua kali sakit. Apabila perkara ini berlaku berulang-ulang kali, maka anak tidak mahu berterus terang dan berbincang lagi.
Alasannya, kerana tahu tindakan berterus terang adalah suatu tindakan yang membawa padah. Sikap inilah kelak yang terbawa-bawa sehingga anak membesar
Oleh itu, jangan memarahi anak apabila mereka berterus terang. Jangan pula menyebelahi mereka. Jelaskan secara bijak, perbuatan mereka sememangnya salah dan tindakan guru itu wajar.
Dengan cara sebegini, anak-anak dapat belajar daripada kesilapan. Hubungan ibu bapa dan anak juga menjadi semakin akrab.
.

4# Tidak Menjadi Pendengar Yang Baik


Ramai ibu bapa yang tidak rasa aspek ini penting bagi mereka. Menjadi pendengar yang baik bukanlah sukar dipraktikkan, cuma ibu bapa sahaja yang memperkecilkan peranan mereka sebagai pendengar.
Apabila anak-anak semakin dewasa, mereka cuba merahsiakan banyak perkara daripada pengetahuan ibu bapa. Antara sebabnya adalah disebabakan sewaktu kecil, luahan dan keluhan  hati mereka tidak diberikan perhatian oleh ibu bapa.
Cuba perhatikan kehidupan kita dengan anak-anak.
Adakah kita berhenti membaca akhbar apabila anak kita datang dan bertanyakan sesuatu soalan? Adakah ibu berhenti menggoreng ikan apabila  tiba-tiba anak datang ke dapur dan bertanyakan sesuatu?
Kemungkinan jawapanya adalah tidak.
Kita menjawab pertanyaan anak sambil membaca akhbar. Kita melayan anak sambil menggoreng ikan. Pada kita, apa yang ditanya itu tidak penting.
Memang soalan yang dikemukakan itu mungkin tidak penting, tetapi cara kita memberikan perhatian itu penting. Maka jangan salahkan anak-anak apabila mereka sudah dewasa, mereka tidak menganggap kita sebagai penyelesai masalah yang dapat diharap.
.

5# Tidak Mewujudkan Kemesraan

Ini juga satu masalah yang selalu timbul. Dapatkah kita bersabar sebelum memarahi ataupun menegur kesilapan anak?
Ramai ibu bapa mudah hilang sabar.
Apa tindakan kita apabila guru sekolah memaklumkan bahawa anak kita ponteng sekolah? Pastinya kita terus memarahinya tanpa terlebih dahulu cuba memahami situasi ataupun konflik emosi dalam dirinya.
Jika itu merupakan kesilapan yang pertama, maka kita perlu menasihatinya dengan baik. Ceritakan kepadanya bahawa kita juga pernah menjadi pelajar. Kita juga pernah merasa jemu belajar, tertekan dan sebagainya. Katakan pada anak kita memahaminya.
Tanya anak apa yang dia fikirkan sebelum dia mengambil tindakan ponteng itu. Selepas anak kita mula merasa selesa berbincang, jelaskan padanya betapa tindakan itu dapat mendatangkan malu dan merosakkan masa depannya.
Sekiranya anak terus ponteng, sekali lagi kita duduk berbincang. Sekali lagi kita cuba fahami perasaan dan fikirannya. Cunakan sentuhan bagi menambahkan kemesraan.
Pegang bahunya semasa berkata-kata. Lihat tepat ke wajahnya. Kalau anak kita masih kecil, maka melutut supaya kedudukan mata kita berada separas dengan matanya.
Selepas dia mula selesa, kali ini kita ubah pendekatan. Kita katakan sukar bagi kita menerima yang dia masih melakukan kesilapan yang sama.
Kita perlu memarahinya. Memarahinya bukan kerana kita mahu  melepaskan geram tetapi memarahi anak kerana kita mahu mengajar dan membentuknya.
Terdapat perbezaan yang ketara antara dua keadaan marah itu. Anak-anak lebih menghormati kita sekiranya mereka tidak dapat menjangkakan apa tindakan kita pada kesalahan yang mereka lakukan.
Sebabnya, jika kita terlalu marah, maka anak mungkin katakan pada dirinya, “Ayah saya memang macam itu”. Lihat, walaupun kita benar-benar marah, kesannya tiada langsung pada diri anak.
Bak kata pepatah, alah biasa tegal biasa.
.

6# Terlalu Memanjakan Anak

Sekiranya terlalu memanjaka anak-anak, mereka akan kehilangan sikap berdikari.

7# Suka Membebel Dan Mengkritik

Ada pula ibu bapa yang suka membebel pada anak. Sikap ibu bapa seperti ini membuatkan anak rasa hidup di rumah tidak selesa dan tiada ketenangan.
Oleh sebab itu, ramai diantara anak-anak lebih gemar menghabiskan masa di luar. Mereka berasa diri mereka bebas dan merdeka. Mereka menemui ketenangan setiap kali berada diluar rumah.
Cuba perhatikan anak-anak kecil kita setiap kali ada tetamu yang bertandang ke rumah, kenapa perangainya menjadi cukup berbeza? Mereka berani melakukan perkara-perkara yang kita larang.
Mereka melompat-lompat diatas sofa. Mereka membuat pelbagai ragam dan semua perbuatannya itu menaikkan darah kita. Ini kerana, mereka tahu diri mereka merdeka ketika itu.
Ibu bapa tidak mungkin memarahi mereka dihadapan tetamu yang hadir. Mereka ingin menunjukkan kebolehan dan kepandaian dihadapan tetamu. Mereka tahu kita tidak membebel waktu itu.
Ada ketikanya, kita membebel sehingga ke tahap mengkritik anak-anak. Kritikan yang tidak membina hanya membuatkan keyakinan diri anak-anak kita luntur.
Kita boleh mengkritik dengan syarat selepas itu tunjukkan kepada kepada anak apa yang perlu mereka lakukan.
Ini barulah dikatakan sebagai kritikan yang membina. Bukannya kritikan mencari salah semata-mata.

Tuesday, June 16, 2015

Aku Tersenyum Saat Ini

aku tersenyum saat ini..
kernaa saat ini..
aku sudah bisa tersenyum kembali
menarik selimut takdir
berteman mimpi tanpa mungkir

aku tiba2 tersenyum sendiri
bila hati aku tak lagi terasa disakiti
biar dia pula yang menghitung hari
menanti janji dari ilahi

kalau dulu...
aku biarkan hati ini dirobek
jiwa ini dicarik..diguris..
tapi gilirannya pula menadah darah yang menitis
kalau sakit itu ada...
aku dan dia pasti sama2 merasa..
adil dan saksama

Thursday, June 11, 2015

Tips Pengurusan Masa

stress!!!!
keje banyak...jiwa tak sabil..minda bercelaru.
tengok kertas atas meja pun rasa nak pitam
masa satu nak cekau dulu..
panggilan mesyuarat lak bertalu2..

apa2 pun jumpa plak tips menarik kat bawah ni...leh syer dan wat sumber inspirasi.
 

Kita hidup di dunia yang penuh dengan kesibukkan.Sama ada pelajar atau bekerja, kita mempunyai tugasan masing-masing yang perlu disiapkan. Kalau tidak, masakan adanya pelbagai tips pengurusan masa berkesan yang banyak dikongsi di internet dan pelbagai buku-buku motivasi yang ditulis. Pada post kali ini saya ingin kongsikan 9 tips pengurusan masa berkesan UNIK yang dapat menjadikan anda lebih produktif.

9 Tips Yang Unik

1. Berkata ” Tidak” Kepada Tiga Perkara

Berikut adalah satu cabaran untuk anda. Pada minggu ini cuba berkata ” tidak” kepada tiga perkara yang mengurangkan masa, tenaga dan kebahagian anda. Salah satu cara paling mudah untuk mendapatkan lebih banyak masa, tenaga, dan motivasi adalah untuk mengatakan ‘tidak’ kepada perkara yang memakan tiga perkara ini.
Dengan melakukan demikian, anda belajar untuk berkata ‘Tidak’ dan mula belajar untuk mengenal pasti perkara yang menjadi keutamaan kepada diri anda. Cuba dan jangan lupa kongsi pengalamannya dengan saya di sini. icon smile Oh! 9 Cara Pengurusan Masa Berkesan Untuk Lebih Produktif

 

2. Matikan ‘Notification’ Semua Isyarat Email

Isyarat tentang e-mel baru yang baru masuk tidak melibatkan kos dan masa yang banyak, tetapi ia mampu memberi kesan ‘Snowball’ jika diperhatikan. Bayangkan jika kita menghabiskan masa sekitar 15 minit sehari untuk perkara ini, cuba kirakan kos untuk sebulan dan setahun. Sudah tentu ianya akan menjadi sebuah kos dan memakan tenaga yang banyak.
Bayangkan sebentar. Tiap-tiap satu email baru yang datang, anda akan menerimanya satu ‘notification’. Anda mungkin tidak melihatnya. Tetapi kebanyakkan masa, anda akan melihatnya kerana percaya ianya adalah sesuatu yang penting.
Rupa-rupanya ianya adalah hanyalah notifikasi tentang Facebook sahaja. Anda kembali kepada kerja anda. Anda cuba menyesuaikan semula diri anda dengan apa yang anda cuba tumpukan sebelum ini. Tetapi tumpuan dan fokus anda kini mengambil masa untuk kembali. Semua ini mencuri masa anda tanpa sedar sebenarnya.
Perkara alternatif yang anda dapat buat adalah menentukan masa untuk melihat email anda. Berdasarkan cadangan beberapa pakar motivasi, semakin lambat anda melihat ‘karung’ email anda, semakin baik. Waktu yang sesuai untuk melihat email adalah sekitar pukul 11-12 tengah hari di mana ketika itu anda sudahpun berjaya menyelesaikan beberapa perkara penting pada awal pagi.

 

3. Punyai Senarai Tugasan Perlu Dibuat

Anda perlu  mempunyai senarai tugasan yang perlu dibuat. Jika tidak anda akan menyebabkan diri anda memikirkan perkara yang perlu dibuat. Perkara ini meyebabkan banayak masa dibazirkan kepada apa yang perlu dibuat daripada terus membuatnya.
Dengan mempunyai senarai yang perlu dibuat, anda tidak perlu risau jika anda akan tertingal atau terlupa melakukan perkara yang penting.


4. Hukum 2 Minit

Hukum 2 minit adalah sesuatu yang menarik untuk dicuba. Ianya cadangan daripada David Allen tentang cara menentukan penyelesaian tugas. Caranya mudah sahaja. Saat anda menyedari bahawa anda perlu melakukan sesuatu ( seperti membalas email yang baru sahaja masuk atau lain-lain), jika ianya akan mengambil masa kurang daripada dua minit , maka apa yang perlu dibuat adalah terus melakukannya. Tetapi jika ianya akan mengambil masa lebih daripada dua minit, jadualkan ia supaya ianya dapat dilengkapkan kemudian hari.
Dalam amalan pengurusan masa yang baik,masa yang digunakan oleh anda dalam menentukan tugasan yang perlu dibuat adalah kritikal. Ia amat mudah untuk kehilangan satu tempoh masa semata-mata untuk menentukan sesuatu tugasan.


5. Buat Satu Senarai Tiga Hasil Yang Anda Mahu Untuk Hari Ini

“Tips 5″ adalah salah satu ritual produktiviti kegemaran saya. Kaedah dan tips pengurusan masa ini tidak terlalu menekan dan kuasanya terletak pada kesederhanaan . Apa yang perlu anda buat adalah tentukan tiga hasil yang anda ingin dapatkan pada hari ini.
Ianya hasil dan bukannya tindakan yang yang perlu anda buat. Tanya pada diri anda, perkara apakah yang anda ingin capai pada penghujung hari. Adakah tiga hasil ini akan mengembirakan anda? Jika ‘Ya’, catitkan dan mula melakukannnya.

 

6. Bekerja Pada Teknik Masa Pomodoro

Teknik Pomodoro adalah teknik pengurusan masa mudah yang memecahkan kepada beberapa blok masa utama. Dalam kes ini anda akan membahagikan masa anda kepada 25 minit pertama dan 5 minit yang kemudian. Selama 25 minit pertama, anda aka memaksa diri anda untuk mematikan semua gangguan yang mungkin berlaku, dan hanya fokus pada perkara yang dibuat.
Selepas blok ” Pomodoro ” yang pertama, anda akan diberikan masa untuk berehat selama lima minit. Kemudiannya ulang semula langkah ini untuk beberapa kali. Maksudnya, kini anda akan mempunyai beberapa blok masa Pomodora. Contohnya jika anda mempunyai tugasan yang baisanya memerlukan 2 jam untuk diselesaikan. Dengan teknik Pomodora ini, anda akan melihat masa dari sudut Pomodora. Anda akan nampak tugasan ini akan melibatkan 4 blok masa utama.
Kenapa teknik PELIK ini efektif? Namapun pelik bukan? Siapalah yang mencipta teknik ini?
Terknik Pomodora ini dikatakan efektif kerana:
  • Ia memberikan masa rehat kepada diri anda. Membuatkan anda lebih cergas untuk blok masa yang seterusnya
  • Memberi kesan psikologi dalam pengurusan masa kepada diri anda. Ini kerana anda kini melihatnya dalam bentuk blok masa yang lebih kecil. Anda tidakmelihat 120 minit atau 2 jam, tetapi kepada 4 blok masa sahaja. Apabila selesainya 1 blok masa, anda akan tahu bahawa anda semakin dekat dalam menyelesaikan tugasan anda.


7. Berehat

Ia mungkin bunyi bertentangan dan pelik, tetapi mengambil masa untuk lebih berehat adalah salah satu cara kegemaran ramai orang untuk menjadi lebih produktif. Berehat menghalang anda daripada menjadi penat dan letih. Ianya membolehkan anda mengambil selangkah ke belakang dari kerja anda. Dari situ anda dapat  mencerminkan dan mampu hadir dengan idea-idea yang lebih baik.


 

8. Catit Masa Anda Untuk Seminggu

Catit dan perhatikan masa yang digunakan oleh anda setiap 30 minit selama seminggu. Kemudiannya kenalpasti pola pengurusan masa anda dengan catatan tersebut. Analisis dan perbaiki lompong yang dapat diperbaiki.

 

9. Kenal pasti Apa yang Perlu Dibuat Seterusnya

Salah satu faktor UTAMA orang suka melengah-lengahkan  dalam melakukan sesuatu perkara adalah kerana tidak tahu tugasan seterusnya yang perlu dibuat oleh mereka. Ataupun tugasan yang diberikan terlalu samar-samar. Mereka tidak tahu, ‘What is Next?’. Perkara ini banyak mengambil masa anda.
Setiap tugasan besar yang anda ada, cuba bahagikan ia kepada beberapa tugasan kecil. Kemudiannya kenal pasti tindakan yang perlu dibuat untuk setiap blok masa tersebut. Tulis dengan jelas, tindakan, lokasi, masa perkara itu akan dilakukan. Dengan melakukan demikian, anda akan lebih jelas tentang skop tugasan anda.

 

Iniah 9 tips pengurusan masa yang unik dan efektif. Semoga artikel pengurusan masa kali ini membantu. Apa pendapat anda? Tips mana yang menarik?

credit to : http://www.drinspirasi.com

Tak Tercerita!!

terlalu kerap berpuisi..lupa pulak nak bercerita..
banyak pulak kisah percutian yang tak tercerita di sini..
tahun ni dah 7 hotel aku terjah...antaranya
Sutera Harbour KK
Le Meridean KK
Equatorial Cameron
Nova Hotel Cameron
Traders  KL
ShangRi La Putrajaya
Swiss Garden Melaka

sayangnya satu pun tak tercerita di sini..
not have enough time barangkali
bila fikir-fikir balik..rugi plak tak update..
kenangan hanya tinggal dalam phone..
maybe akan bercerita juga nanti..
mesti!!!





Setitik Sahaja Lagi!!

maaf kalau aku sudah pergi terlalu jauh
maaf kalau cintaku sudah tinggal separuh
atau mungkin yang berbaki itu cuma tinggal setitik saja lagi
sudah jadi saki baki

duhai Engkau pemilik hatiku
sungguh2 aku merayu
peganglah aku!
kekanglah aku dari segenap arah
walaupun aku mahu namun tidak baik buatku..jauhkanlah
walau aku suka tetapi berbahaya..lindungilah
kerana saat ini
semuanya terasa begitu genting
imanku gering
yang setitik ini juga hampir kering
lalu yang aku mampu
cuma berpaut pada belasMu
kasihanilah aku!!

Sudah!!!

Kalau mata asyik tertumpu pada satu pintu sahaja
mana mungkin pintu yang lain boleh dibuka

kalau asyik berbicara kisah sejarah dulu
bila pulak kita mahu cipta sejarah yang baru

bergeraklah ke hadapan
jangan buang masa bicara soal kehilangan 
bertangguh itu membunuh kemajuan
mengeluh itu merampas ketenangan

dah!!!
jangan malas2
bumi Allah ini kan luas!

Wednesday, June 10, 2015

Enggan Ku Simpan

Bukan mudah membuang rasa yang ku rasa
mengutip satu persatu serpihan kaca yang bersepah
mengulit satu demi satu luka yang berdarah
seringkali titis-titis jernih ini tumpah melimpahkan bah
perit..

aku mahu berpura-pura kuat
seakan apa yang ditohmah itu langsung tidak melemahkan semangat
setiap nista yang dicampakkan itu...
ku biarkan saja tidak bersambut
setiap cela yang dilemparkan, ku biarkan sepi tidak bersahut
abaikan!! abaikan!!
ternyata suara akal masih mampu berdesis tika hati telah parah terhiris
terkelar hati sang iblis!!

Duhai hati..berhujah dengan akal yang waras
ternyata lebih menenangkan
darinya ku kutip kekuatan
mengisi ruang yang enggan ku simpan!

Thursday, June 04, 2015

Wajah Dua Muka

Aku lah orangnya yang sering dilihat ketawa
tapi teresak dihujung bantalnya
aku lah orangnya yang sering terlihat gagah
namun hakikatnya terlalu lemah dalam mujahadah
aku lah orangnya yang sering berpesan kalian baik-baik sahaja
sedang hidupku sendiri bergelumang derita

pada satu sisi diri aku
selalu ada sisi yang satu lagi
jangan pernah engkau puji aku apa kebaikan pun yang terlihat
kerana engkau tidak tahu apa yang dicatat oleh malaikat
kerana engkau tidak tahu apa yang mengikat dan terikat
kerana engkau tidak tahu...jiwa yang terdampar

pada wajah nan satu itu ada dua muka
sungguh yang baik itu dari Tuhanku
sedang yang jelik itu baru lah aku..




Pada Yang Satu Itu Ada Bahagia

Kita merancang tiga 
Yang jadinya cuma satu
lalu kita bertengkar
salah menyalahkan
kesal pada yang gagal
hingga kita lupa
pada yang satu itu ada bahagia

entah bagaimana kita berfikir
lalu kita sering bagai manusia yang lupa pada takdir
rancang begitu mahu jadinya begitu
kalau jadi begini
kita marah..kita benci..kita sakit hati
kadang dalam melayan kecewa
kita sering lupa pada rukun iman yang keenam
Qadha dan Qadar itu milikNya
bukan kita


Wednesday, June 03, 2015

Bebaskan!!!

Kalau ianya melukakan hati
Jangan ambil tau lagi
Kalau ia membuatmu terluka
Tinggalkan sahaja
Kalau hanya membuatmu resah
Kalau tiada sebarang faedah
Lepaskan
Jangan paksa diri untuk bertahan

Adakalanya perlu terima hakikat
ruang otak dan hati kita terlalu terhad
mahu letak semuanya, mana mungkin boleh muat
pandai-pandailah memilih
pandai-pandailah  mengisih
besarkan lubang penapis hati kita
bebaskan sebahagiannya!!!


Tuesday, June 02, 2015

Senyum Yang Kembali Menguntum

Jangan hairan kenapa aku tersenyum
Sedang baru sedetik tadi kau lihat aku menangis
Hati aku masih terguris
Namun gurisannya kian menipis
Jiwaku masih mengeluh
Namun keluhannya tidak lagi merusuh
Engtau tahu kenapa??
Aku cuma teringat apa yang pernah ku baca dan pernah ku tulis semula
Soal tenang saat percaya milikku di ambil orang
Soal siang yang pasti datang sesudah setiap malam yang menjelang
Soal kesenangan disebalik setiap kesukaran
Soal memberi dan keyakinan bahawa ia akan kembali 
Subhanallah
Mengingati semua ini
Airmataku berhenti sendiri
Senyumanku menguntum lagi!!!



Ucaplah Subhanallah

Ucaplah Subhanallah
Bertasbihlah merenenung kekuasaanNya
saat seorang prempuan mampu mengandung tanpa kehadiran seorang lelaki pun
saat seorang bayi boleh berkata-kata 
saat seekor burung yang telah mati dihidupkan semula
dan saat ini..
saat kita melihat seekor ikan masih bernyawa
walau badannya terputus dua
bertasbihlah merenung kekuasaanNya
tingkatkan rasa percaya kita
apa apa masalah kita
sedalam mana pun hati kita tersayat luka
ALLAH ada
dia akan bantu kita dengan caranya
Subhanallah




Berpindah Blog

Assalamualaikum... Blog ini telah berpindah ke: wonderfulprimroselife.blogspot.com . blog baru...hidup baru..harapan baru Insyaa All...