Wednesday, December 10, 2014

Busan

hi...
bz lately ni...asik miting memanjang...
curi-curi masa update blog...tu pun sebab otak dah kejung fikirkan kojer dengan peribadi.
hurmmmmm....need time to rest....

but..aku lagi suka keje kot..takde memikir sangat perihal yang tak enak...
biar otak fokus pada keje...kalau boleh...non stop
stop pun solat tido makan
baru aman otak...

baru nak nyaman otak...
ada lak orang pasang lagu aliyah
arrrgggg...ganggu gugat mental betulla
saiko..

suka sangat buat aku merembeskan air mata...
 


  

Friday, December 05, 2014

Satu Hari

Andai pastinya ku tahu
Takkan aku tinggalkanmu
Namun masih keliru teringat masa lalu

Tetap tiada kulupakan
Indah setiap sentuhan
Cinta yang kau tinggalkan
Kekalnya berdampingan

Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang

Masih terasa nafasmu
Lembut menusuk jiwaku
Dengan dihembus bayu
Membawa khabar rindu

Tapi sulit kuteruskan
Engkau jauh kehadapan
Aku, tabah berjalan sembunyikan harapan

Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang

Separuh nyawamu dihati
Separuh lagi kau bawa pergi
Tiada arah jodoh kita
Tuhan tentu… kannya

Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang

tengah melayan cerita SATU HARI.  lagu ni pulak yang jadi OST nyer...adusssssss...mau berjejes pulak air mata aku ni.  tahan..tahan..tahan.  be strong kay!!!.  

adussss tengok pulak si remy menitiskan air mata....ayoyo...cair lak. hero macho ku dah kecundang. 
aku cuba amati lirik lagu tu....mendalam maknanya...
bila tengok video clip aliyah....kisah suami yang menyakiti isterinya sehingga membuatkan isterinya mengambil keputusan meninggalkannya walaupun sayangnya masih kuat didada.  bila tengok citer ni plak...wooowwwww rumit.  baru 2 episod. kita tunggu episod seterusnya.

pengajaran....kalau sayang masih dihati...jangan lepaskan ia pergi.  pegang dengan kuat.  sehingga tiada apa pun yang dapat menariknya kecuali Tuhan. tapi kalau sayang tu telah tiada izinkan dia pergi..mencari bahagianya sendiri.


Wednesday, December 03, 2014

eclipse

Saat diri disayat sedih
Jiwa merintih dan rasa tersisih
Berhentilah menagih kasih

Bahagiamu bukan hanya di situ
Masih terbuka sekian banyak pintu
Alihkan pandangan
Mungkin ada langkah yang perlu kau aturkan

Semanis apa pun rasanya
Manusia akan tetap lupa pada sesuatu
Saat bersatu dengan yang lebih manis dari itu

Pernah....Malaikat Kecil

pernah...
pernah satu ketika aku hidup berteman air mata..
siang dan malam hadirnya tak pernah aku pinta..
di dalam sujud di hadapanNya...
air mata mengalir laju...mohon pertolonganNya

sehinggalah ada satu ketika...suara kecil berkata..
berhentilah menitiskan air mata..
kerana
jika air mata itu bisa merubah segalanya...ia telah lama berubah..
jika air mata itu bisa mengembalikan orang yang kita sayang...ia telah lama kembali
air mata kamu itu terlalu berharga..
simpanlah air mata itu untuk meraih cintaNya
bukan meraih cinta manusia

pernah satu ketika...
aku menyintai lebih dari apa yang aku ada..
hingga aku lupa..
tiada cinta yang lebih mulia..
selain cintaNya..

pernah satu ketika..
aku mengharapkan...bahagia itu kekal selamanya..
pernah aku mendambakan...pelukan itu sepanjang nyawa
mengiringi perjalanan...menemani hingga ke syurga..

pernah aku mengharap..
tapi harapan hanyut ditelan masa

lalu...Tuhan telah mengutuskan aku malaikat kecil..
menemani tidur dan jagaku
menemani siang dan malamku...
menemani suka dan dukaku..

tatkala melihat air mataku merembes laju...
malaikat kecil...menyekanya dengan baju ..
sambil berkata..."jangan nangis mama"
lalu dikucupnya pipi ini berulang kali..
dipeluknya erat...dilaganya pipinya dan pipiku..
sambil berulang kali berkata..."dah dah dah.."

sungguh...malaikat kecil itu lebih memahami..
nilai setitis air mata....
dari kita yang lebih dewasa..
malaikat kecil lebih menghargai erti menyayangi dan disayangi..
dari membiarkan ia pergi..

pernah...aku kehilangan...
tapi digantikan dengan sesuatu yang lebih berharga
malaikat kecil yang masih tidak petah bertutur kata
tapi mengerti dengan renungan mata..
ajaib percaturanMu Tuhanku..









Tuesday, December 02, 2014

Air Mata Seorang Wanita

-Up kembali en3 lama-

Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.

Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.

Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya….

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Tiada lagi rasa egonya,

Lelaki,
jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.

Lelaki,
jika seorang wanita menangis keranamu.
Tolong jangan mempersiakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis di depanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya….

Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?
Fikirkan….
Wanita mana lagi yang akan menangis
dengan murni, penuh rasa sayang,
Di depanmu dan kerana dirimu..

Dia menangis bukan karena dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan
simpati atau rasa kasihan.
Dia menangis,
Kerana menangis dengan diam-diam
sudah tidak mampu bagi dirinya,

Lelaki,
Fikirkanlah tentang hal itu.
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau
lakukan untuknya.

Hanya kau yang tahu jawapannya..
Pertimbangkanlah, kerana suatu hari nanti
Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk mohon ‘MAAF’!!

Monday, December 01, 2014

Cinta Allah vs Cinta Manusia


                               "Cinta kepada Bunga..Cinta akan Layu..
                                Cinta kepada Manusia..Manusia itu akan pergi..
                                Cinta kepada Allah..Cinta itu akan sejati dan Suci"


Cinta?Apa itu cinta?Siapa yang berhak kita berikan cinta itu?

Cinta itu satu perasaan yang tidak dapat kita tolak dari perasaan kita sendiri..Allah ciptakan perasaan cinta itu untuk kita menikmati bahagia dalam kehidupan..Tetapi kadang-kadang ada insan yang telah menyalahgunakan "cinta" untuk manusia yang tidak berhak mendapatkannya..Perasaan cinta itu sangat indah..Lagi indah bila cinta itu di dambakan kepada yang selayaknya.."Cinta kepada Allah SWT..Ia kekal selamanya"

Ada juga insan yang mengatakan bahawa "Cinta itu Buta"..Cinta itu Buta apabila cinta itu di salah ertikan dan di salah tafsir..Untuk remaja cinta itu dikatakan "cinta monyet"..Cinta remaja bak kata orang tua..darah muda..Ramai remaja masa kini telah hanyut arus oleh buaian cinta yang di bisikkan dan godaan syaitan dan akhirnya terlanjur kesan keinginan nafsu yang tiada pendiding iman..Sehingga di dada media akhbar tersebar berita anak luar di lahirkan..ada juga anak luar nikah itu di buang pelbagai tempat seperti di longkang,di tong sampah sehingga di jinjing anjing dan di makan kulit bayi comel itu oleh si tikus yang kelaparan..beginilah bila tidak dapat mengawal nafsu..    "cintailah Allah barulah Allah memberi cinta yang sejati kepada kita"

 "Maka Rasulullah SAW telah bersabda kepada kami, 'sesiapa antara kamu berkemampuan untuk berkahwin, maka kahwinlah, sebab berkahwin itu dapat menyekat pandangan mata dan menjaga kemaluan. Tetapi sesiapa yang tidak berkuasa maka hendaklah dia berpuasa, sebab puasa itu melemahkan keinginan. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Nak mendapat cinta dari Allah? kita hendaklah mendapat cinta dari Allah dahulu barulah kita akan mendapat cinta yang kita ingin..Bagaimana?beribadatlah dengan hati yang ikhlas kepada Allah..Memohon kepada Allah agar di beri jodoh yang beriman dan soleh/solehah..sementara Allah menghantar jodoh untuk kita..kita perlu mempersiapkan diri kita dengan beribadat kepada Allah..menjaga hubungan sesama manusia..Allah akan temukan jodoh untuk kita apabila kita dah bersedia..lalu Allah akan temukan si dia setelah kita berusaha..jodoh tidak datang dengan sendiri tanpa usaha kita..setelah kita berusaha dan bertemu dengan si dia..istikharah dengan pilihan kita..semoga Allah memberi kita petunjuk yang baik..


"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

Renungkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, menyebut "Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda, 'Wanita itu dikahwini kerana empat perkara sebab hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Hendaklah engkau mendapatkan yang kuat agamanya, nescaya selamatlah kedua tanganmu."

Monday, November 17, 2014

Boundaries

Hurmmmmm....

Start hari ni..kena blajar bercakap menyakitkan hati orang pulak...
tak nak dah biar orang bercakap...pastu aku diam tak gheti nak balas..
suka ati jer nak kenakan orang...busan aku dengan orang macam tu.

pesal aku ni tak gheti nak membalas on the dot...??
kena tunggu dua tiga jam...baru aku terpikir..."oooohhh patutnya aku jawab macam ni...."
tu pun..lepas makan hati berulam jantung...baru nak dapat jawapan balas...
giler lembab aku ni...

tapi syukurlah...sekurang2nya aku tak jenis menyiram minyak dalam api..
orang nak marah..kutuk..ngata..hentam..hina...............diam jer la...
pastu aku sejuk sendiri...dah tak rasa apa2 dah.

nak try dok diam kat tempat..
sila jangan kaco aku atau  menempek kat depan aku..
atau nak mai minta tolong aku....nehi kabi nehi..
try to let go..or create boundary between korang2..

bak cakap bos...kena tahu skop keje..
tolong orang tak masuk dalam SKT aku...sila paham sendiri.
kalau rasa korang bagus....buat lah sendiri....tak yah nak cari2 aku...
dah hebat sangat kan...jangan mulut jer hebat...kondem orang sana sini..
pastu tangan tertinggal sebatu kat belakang...termengah2 tangan tu nak mengejar mulut yang dah
terjuih ke depan..

lantak korang lah!!!!!!!!!...
bagus sangat kan....


p/s : mood nak mngajar














Tuesday, November 11, 2014

Sesal Separuh Nyawa

Andai pastinya ku tahu
Takkan aku tinggalkanmu
Namun masih keliru teringat masa lalu

Tetap tiada kulupakan
Indah setiap sentuhan
Cinta yang kau tinggalkan
Kekalnya berdampingan

Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang

Masih terasa nafasmu
Lembut menusuk jiwaku
Dengan dihembus bayu
Membawa khabar rindu

Tapi sulit kuteruskan
Engkau jauh kehadapan
Aku, tabah berjalan sembunyikan harapn
Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang

Separuh nyawamu dihati
Separuh lagi kau bawa pergi
Tiada arah jodoh kita
Tuhan tentu… kannya

Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang

Thursday, November 06, 2014

Adab Mendidik Anak Dalam Islam

Sabda Rasulullah s.a.w.
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”
4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
5) Berikan anak anda pelukan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
16) Luangkanlah masa bersama anak anda di luar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi”

 Sumber:http://myibrah.com

Hanya Engkau Yang Tahu

Meski satu dunia menggelar aku tabah
Hanya Engkau tahu
betapa lemahnya aku

Meski seisi alam mengatakan aku bertuah
Hanya Engkau mengerti
Jerih perih yang ku hadapi.


Jatuh bangunku mengejar hidayah
Tunduk tegakku berlawan fikrah
Kadang taat tidak bersyarat
Kadang degil tidak bertempat.

Aku di depan-Mu
Sentiasa aku
Tidak ada yang palsu
Aku di mata-Mu
Sentiasa itu
Selesa begitu.

Tuesday, October 21, 2014

Aku boleh.....

aku boleh memilih untuk menyakitimu
aku boleh menyindir engkau semahu aku
aku boleh menempelakmu sesuka hatiku
namun itu bukan aku

menyakitimu tidak mungkin membuatku bahagia
menyindirmu tidak mampu membuatku ketawa
menempelakmu tidak menghadirkan ketenangan jiwa

kalau engkau mahu berseteru
terserah kamu
demi ukhuwah aku mengalah
kerana Allah aku berpasrah


kredit to : Bonda Nor

Tuesday, September 30, 2014

Susahkah Menjadi Seorang Aku!!!!


sangat susah menjadi seorang aku..ditelan mati emak...diluah mati bapa..perlu ker aku meluahkan apa yang aku rasa..atau telan saja...dan biarkan ia berlalu ditelan masa

aku bukan pengampu..bukan juga pembodek..aku adalah aku...diri aku...ikhlas aku kerana Allah..tapi mengapa masih ada yang tidak suka..masih ada yang mencela...

puitis lak!!!

aku mulakan kerjaya aku sebagai seorang operator kilang.  Sanyo (M) Sdn Bhd.  Masa tu lepas SPM, so..sementara tunggu keputusan exam..aku lepak kat Penang. opppsss...before tu..aku pernah kerja sebagai pengilat perabot kayu di kilang perabot dekat dengan kampung aku.  masa tu lagi muda.  15 tahun lepas exam PMR.  so...pengalaman aku bekerja bukan terus dengan ijazah,...bukan dengan diploma.  aku mula kerja hanya dengan berbekalkan niat..mencari DUIT untuk sambung pelajaran.  so..lepas dapat result PMR...aku naik tingkatan 4.  dengan duit gaji aku la ...aku beli kasut dengan beg sekolah.  sehari masa tu gaji aku cuma RM3.  korang mampu keje camtu????

so..lepas SPM aku jadi operator kilang Sanyo..bayan lepas penang.  gaji RM450 sebulan. campur obertime aku dapat RM600.  masa tu asrama dengan bas disediakan. duit tu untuk belanja aku makan..sopping2 sikit pastu bagi mak.  so..mak aku akan simpan semua duit gaji aku...untuk sambung belajar.

pas dapat result SPM...aku masuk poli.  ha...jangan taktau..setiap kali cuti semester...aku akan berniaga sayur dan ikan kering.  aku dapat rasakan...perasaan peniaga..bila ada masa laku ada masa tak laku.  masa tu jangan cakapla....kulit dah legam piang. naik plak basikal angkut sayur. ikat kat tempat duduk belakang. start kol 7 aku meniaga sampai kol 1 tengahari.

lepas dapat Sijil aku merantau ke Sungai Petani...dapat offer Matsushita Sdn Bhd.  masa tu result gempak...so kilang yang sendiri offer.  gaji rm850 basic.  tambah ot elaun dapat la rm1800...
banyak jugaklah bagi aku yang masa tu umor baru 19 tahun
sapa nak bagi kan.   duit tu aku simpan untuk further study...memang aku aim nak sambung belajar.  ekceli masa di matsushita..aku masuk dengan 3 orang rakan aku.  dalam tiga2 orang tu...kawan2 dan bos memang ngam dengan aku.  sampai la masa hari aku nak keluar dari Matsushita...bos jepun celebrate aku. time tu aku dengar macam2 cerita tentang aku..tapi bos aku n kawan2 yang lain...buat derk jer.  so...bak orang tua2 cakap...hanya jauhari mengenal maknikam.. buat la camna orang nak buat...Allah tahu siapa yang benar.

aku keje tak lama...setahun pastu..aku sambung diploma. masa diploma lak...aku tercalon antara top 5 student yang kesemuanya cina. time nak exam jer...umah sewa aku akan jadi markas budak lelaki.  bukan dok kat dalam ya...lepak kat porch.  kadang2 sampai kol 3 pagi....semata2 nak belajar matematik.  masa tu nama aku dah jadi chempower....suka2 ati jer diorang nak tukar kan.  so...aku jenis akan bantu selagi boleh.  sebab ...aku akan pegang kata2 cikgu aku....semakin banyak kita bantu orang...semakin banyak Allah akan bagi pada kita.  so, aku bantu seikhlas hati.  dan sampai sekarang...dia still lagi panggil aku chempower...dan still lagi contact aku.

pas grad diploma...aku dapat offer motorola...masa ni basic rm1600...tambah ot dan elaun aku dapat la dalam rm4k.  gila banyak.  tapi separuh dari tu aku kasi mak simpankan untuk aku further study.  aku target nak keje dalam setahun jer.  tak lama.  sebab aku nak ada degree.  masa tu aku jadi assistant enggineer.  repair walkie talkie dengan henpon.  division aku masa tu aku sorang jer melayu....5 lagi cina.  so..aku banyak melepak dengan diorang..banyak benda aku belajar. dari diorang. xde peransaan ditindas...sebab aku bukan sebarang orang yang boleh ditindas.  ada sekali tu..kami ditugaskan untuk menyelesaikan board2 yang dah berkurun....yang lama rosak dan tak mampu direpair.  so...tuhan bantu aku masa tu...aku jumpa satu point yang menyebabkan frekuensi walkie talkie terganggu.  hanya satu chip kecikkkkk...yang rosak..yang kaco all the current dalam tu.  so..dalam masa satu hari aku setelkan 14 biji walkie talkie.  tapi..geng2 cina masa tu..sibuk nak tau...apa puncanya....aku bagitau jer.  pastu jadi isu...engineer datang jumpa aku...tanya dan pesan pada aku...jangan solvekan banyak sangat dalam satu hari.  sampai sekarang aku pelik...apa motif dia.  perkauman ker...atau iri hati.

cukup setahun...aku stop keje kat situ dan sambung degree...2 tahun setengah gak aku wat degree.  pas habis masa last semester...aku dapat tawaran jadi PPLV.  berbekalkan diploma yang aku ada.  so..aku accept jer job tu. malas nak pilih2 keje.  masa tu aku berkerja sebagai pengajar.  hari2 mengajar..marking paper...nilai student..wat lesson plan.  pengalaman jadi cikgu banyak mengajar aku erti kesabaran...ikhlas dan bersungguh2 dengan apa yang kita sampaikan.  dua tahun aku kat opis lama tu...aku dapat anugerah pekerja cemerlang.  jadi isu lagi. orang lama pun tak dapat2...tup2 aku yang baru masuk 2 tahun terus dapat.  masa tu kompom pun belum.aku tak tau nak cakap apa masa tu....serba salah...sampai aku tanya bos aku..kenapa pilih aku.  tapi bila bos aku bagi justifikasi...aku rasa boleh diterima.  dan aku fikir semula...observe..yup ada masa penilaian orang secara mata halus...yang kadang2 kita takleh nak ramal.

cukup 5 tahun di situ..aku dapat offer ke KLN.  huhhhh!!!!....maybe sebab aku bekas seorang guru..bekas pengilat perabot..bekas operator kilang..bekas peniaga sayur...bekas technician...bekas asst.engineer...so..aku adapt semua pengalaman aku dan aku apply di sini.  aku tak kisah menegur cleaner...berborak. tak kisah senyum dengan par, pap..bagi aku...semua orang sama.  aku pernah merasa bekerja dengan gaji rm3 sehari...sampai aku jadi seperti sekarang.  aku tak kisah bergurau dengan sesiapa saja...tak pernah nak behasad dengki..dan aku tak jenis nak menolak kerja.  sebab aku dah buat semua keje dari sekecik2 keje...sehingga sekarang.
aku masuk ke sini tahun 2008 dan tahun 2010...aku dianugerahi pekerja cemerlang.  satu kejutan yang tak pernah aku sangka...dan aku memotong peluang staf2 lama kat sini.  kejam sangat ke aku ni????

banyak benda yang aku belajar di sini.  kita akan berhadapan dengan orang yang sama gred dengan kita...so mentaliti kita akan tercabar gila2.  cara menangani pun kena up..sebab tak sama macam zaman aku keje bawahan dulu.  jauh beza.  kalau diikutkan hati dan rasa...aku tak ingin kekal lama di sini...sebab selagi aku ada....macam2 rasa akan ada.

prinsip hidup aku satu sahaja...jadi diri sendiri..dan jangan hipokrit.  hidup kita sekali sahaja...dah berlalu..kita tak akan mampu untuk berpatah semula...so...hiasilah jalan yang kita lalu tu dengan kebaikan...jangan tinggalkan benda tak elok sepanjang perjalanan hidup kita.

yup..keje aku banyak...tapi tak salah membantu orang jika diperlukan.  tak perlu minta balasan...sebab Allah akan sediakan balasan yang paling indah untuk kita.  hidup aku walau banyak ranjau duri..walau banyak cabaran ujian setinggi gunung...yang tak mampu tercapai dek akal..dan terkejut beruk kalau orang dengar...tapi aku kan usahakan untuk lalui dengan tabah..tanpa mengusik kehidupan orang sekeliling aku..tanpa memberi kesan pada kerja dan tugasan aku.  itu aku.

biarlah orang cakap aku tak pernah marah...tak pernah merajuk..jarang bermasam muka...itu aku!.
biarlah orang nampak hanya sisi ceria dari hidup aku...tak perlu nampak kegelapan dan kesuramannya.
biar orang selesa bercerita dengan aku..meminta bantuan..tanpa perlu untuk rasa serba salah untuk mengganggu aku.

bila kita bermula dari bawah....kita akan lebih menghargai apa yang kita ada.
tak selamanya kita akan ada di atas...selesa.
kerana satu hari nanti..kita perlu juga bantuan dari orang.

jangan salahkan seseorang itu pembodek..pengipas..renung semula apa yang kita beri untuk dihargai.  bila semua orang menyukai seseorang itu..mesti ada sesuatu value yang kita tak nampak...tapi orang lain nampak.  sebab keikhlasan itu...bukan terbit dengan kata2..tapi terpancar dengan perbuatan...dan nilaian seseorang itu berbeza dengan kita.

jadi lah diri kita sendiri...biar dihina..dicaci..diperli..kita teguh berdiri.  atas nama kerja itu ibadah.  ikhlas kerana Allah...segalanya akan jadi mudah. InsyaAllah..

Note :ini entri pengalaman..bukan up diri sendiri...tapi kadang2 aku seperti goyah










Wednesday, September 24, 2014

Rindu Awak 200%

wowwww....
sekarang aku gila marathon drama bersiri Rindu Awak 200%...tiga malam..aku baru habiskan 20 episod.  gila tiap malam aku tido kol 3 pagi.  dah start melayan...payah pulak nak berenti2 ni.  rasa nak tau..nak tau..nak tau ja.   macam tu la kalo aku start ketagihan baca novel...sanggup aku tak tido semalaman sebab nak pulun habiskan,,,so sebab kekangan masa...aku dah mula elakkan mengadap novel.  takut tak tido malam...sudahnya pi opis tersengguk2.

selama ni aku dengar2 baca2 jer orang komen lakonan zul arifin dalam drama ni.....mantap la...romantik la..sado la.  hensem la...
before ni aku tengok lakonan dia biasa2 jer....takde apa yang best sangat pun...yang membolehkan orang cakap MJATS tenggelam dek kerana penangan zul ariffin...gilo tu...fahrin ahmad..hero macho aku pun leh tenggelam kerana zul arifin ni....hebat sangat ker dia????!!!!!!

now...sejak aku marathon drama ni...dari episod pertama sampi episod 22... gila....aku sudah jatuh hati dengan zul ariffin.
bukan sebab dia hensem dalam drama tu...
bukan sebab dia sweet....romantik2 yang tak tercapai dek akalku..
tapi sebab...
tak pernah dan aku rasa tak mungkin ada suami zaman sekarang sebaik zill..
tak akan ada suami sesabar zill
tak kan ada suami yang menghormati wanita atau isteri yang degil macam tu....isteri yang main kayu tiga dan mengaku tak cintakan suami dia.
gilo!!!!...
kalau suami kat alam nyata ni..rasanya dah lama kena penampar japang....atau cium air jamban.

teringat pulak aku...
kalau la jodoh abby abadi dengan zul ariffin berpanjangan...
mesti beruntung abby...
takde la gelaran abby ababi...cilanat punya laki.  dasar otak kat lutut....bijak cam cipan..kahwin sebab glamor...tu yang ayat macam bahabi.  tu dia..aku plak yang hamun dia.  istifar22222 chem

tiba terpikir....hensem pulak sapa yang jadi pilot ni...
ammar...nanti besar2 jadi pilot lah ya nak...mama nak tumpang fly..












Monday, September 22, 2014

BarangKali

Barangkali
Tidak mampu lagi kau temu
Insan yang mampu mengasihimu
Setulus aku

Barangkali
Tidak mampu aku mencari
Insan yang menyayangi diri ini
Seperti kamu

Barangkali
Tidak mungkin akan ada
Kisah kasih di dunia
Seaneh kasih kita
Pautannya terlalu kuat
Tautannya tanpa syarat
Ada yang mengikat dan terikat

Namun
Sehebat mana cinta manusia
Jka dibanding kuasa cinta si Dia
Bagai buih buih ombak nilainya
Tiada harga apa apa
Rapuh tidak teguh
Lemah menunggu punah

Benarlah
Takdir hidup ini ada turutan
Andai ada penyatuan
Sesudahnya pasti perpisahan

posted from Bloggeroid

Monday, September 15, 2014

Kisah Percutian

cuti sekolah datang lagi...haiiiiiii..baru plan nak cuti. tapi tak boleh pasal kena tanggung keje. so..kena berpantang selama 14 hari.  elok habis pantang..maka berakhirlah juga cuti persekolahan kali ini.  hurrrrmmmm..kesian.  baru apply cuti...tengok2 cuti tak diluluskan.  nasib badan.  bak kata bos aku...kalau aku tak terima keje ni...aku jugak yang nak kena buat...so baik ku terima..kena buat tapi dapat duit..wakakakakaka...berbaloi baloi. ni bos aku cakap. bukan aku. so..redha ja la.

kisah cuti sekolah bulan 3 pun tak citer lagi kat sini...bulan 5 pun tak citer lagi.  dah cuti sekolah lain plak..maka berkepamlah gambar2 cuti persekolahan dalam henpon aku ni.  mood nak bercerita dah terjunam ke gaung.  nak cari balik macam payah ja. 

So..marilah kita bercerita mengikut topik...ala2 laporan pergulungan gitu.

Cuti Sekolah bulan 3
Tempat percutian
  • Kampung
  • Penang
    ammar terpegun tengok patung barbies dalam tu @toys muzium

    aneka aukkkk

    monster inc

    mengabadikan kenangan di Hard Rock Hotel
tu la bahananya bila gambar terperam lama. pindah pi pindah mai folder tengok2 ada 6 keping ja gambar dalam folder. pi mana ntah gambar yang lain.  ntah2 sambil pindah sambil delete.  hampes sungguh.  nasib baik ku sedar walaupun terlambat.

kami lepak kat hard rock hotel penang....3 hari 2 malam. best....rasa cam orang kaya jap...walaupun duit dah menipis masa tu. tapi demi penuhi kehendak anak2....aku folokan jer. sekali sekala...nak tido dalam bilik hotel berbalkonikan kolam renang. buka sliding door terjun kolam.  setahun sekali leh ya anak2....setahun 4 kali mak kamu dah takde apa nak jual dah.  lichiiiinnn!!!!!!

gambar ehsan gugel

gambar ehsan gugel

kali terakhir aku pijak kaki ke penang pada tahun 2000.  14 tahun yang sudah. masa tu jadi aweeekkk kilang motorola...assistant engineer.  kang owang cakap operator plak kan....xnak la camtu.   gila dah banyak berubah penang.  malam terakhir kami gi penang street.  gila murah henbeg.  rasa nak kauk ja semua.  aku tengok orang2 kl borong sampai 5 6 biji henbeg...aku pakkal duit dah kopak pasal stay kat hard rock...kalau tak aku pun bedal habis...tiba2 sampai hari ni nyesal...beg prada dengan channel tu aku berkenan gila. tapi sebab takleh nak kurang harga...aku punya ketegaq takmo amik jugak.  last2 padan muka aku. kat sini mana nak dapat rega camtu. 

gambar g padang kota dengan taman rama2 telah hilang.  sadisnya.


Cuti Sekolah Bulan 5

Lokasi Percutian
  • PrimaLand Resort
  • Glory Beach Resort
Percutian kali ni tak dirancang awal.  tema percutian adalah nak jadi hantu air.  so..hotel yang dicari pun mesti la kena mempunyai tempat yang baik untuk sesi penjelmaan hantu air.  pilih punya pilih...aku amik primaland. murah...dan nampak banyak permainan air.  ingatkan hotel baru...pas buking thru agoda baru perasan primaland tu tiara beach resort.  gila tukar nama ja...kemudahan tak tukar.  percutian kali ni kurang menepati citarasa istirehat aku..tapi bagi anak2 aku...tetap yang best pasal diorang leh jadi hantu air sepanjang masa.  cuma aku yang agak penat gila sebab kena folo diorang berenang ke sana ke mari. nasib baik ammar ok.  leh ja folo. paling best time naik slide.  gila sangkut kat bontot.  terpaksa kayuh dengan kaki tangan. lenguh mak.



untuk budak2 rasa cam syurga donia diorang la.  berenang pagi petang.  tapi honestly...kolam renang dia best la.  murah dan sesuai untuk budak.  dari baby sampai dewasa.  cuma kemudahan macam lif ada problem sket.  terpaksa queue..pasal lift ada satu orang ramai. huuuwaaaa..bilik tingkat 5. kalau 1 aku turun ja tangga.  sarapan pulak tak der.  kesian kan. nasib baik aku bawa makanan.  leh la nak sarap...sementara tunggu lunch. 

tapi bila tanya anak2..diorang tetap nak ke sini lagi.  aku kalau diberi pilihan...taknak dah kot.

kat primaland 1 malam jer...malam kedua...sebab cam tak puas jer cuti..cari hotel lain untuk berteduh.  semua hotel dah penuh.  yang kosong kat grand lexis ja.  gila mahal...tengok agoda ada promotion kat glory beach resort.  buking time tu terus masuk.. harga dekat rm300.  bila check in...bilik yang di book tu takde...so hotel gantikan dengan apartment 3 bilik.  gila besar.  tapi dapat free kan...bedal ja la.  puas budak2 ni berlari.  glory beash resort pun biasa2 jer.  cam semut dok tepi gajah...sebelahnya kan lexis.  gila percutian dipinggir hotel mewah. 




permata hati bonda.  demi mu anak2..jiwa dan raga ku pertaruhkan

kat sini pun diorang jadi hantu air. nasib baik dari balkoni apartment aku leh tinjau diorang. ada masa aku biarkan jer diorang gi sendre.  tinjau dari balkoni.  jerit2 macam mak tarzan suh naik. tak kuasa aku nak tunggu diorang berenang lama2.  penat wehhhhh!!!!

so...cuti bulan 9 ni...aku takde tempat nak pegi.  plan asal nak balik kampung.  tapi disebabkan cuti dibekukan...maka berkampung la aku kat opis menyiapkan tugasan yang tergendala.  baru nak tinjau tempat2 best esok..bawa diorang gi jalan2 cuti mata..sambil2 cuti poket.

sekian, kisah cutiku.


Friday, September 12, 2014

Kain Sendiri Koyak!!!!

hurrrmmmm....puas ati aku..
selama ni suka ati jer kutuk aku kampung...tak sedar diri..yang dia sendre kampung.
at least aku kampung suci....dikelilingi sawah padi..gunung ganang..
takde la kampung pinggir bandar...debu..kotoran...jakun semua ada..soooo yesterday!!!!!!

dah la nak mengutuk aku..
sibuk lak nak mencelah hal dalam kain aku..
kain sendre rabak...reput koyak..
nak tampal dan jahit pun tak boleh..
melainkan ko londehkan jer...bogel terus lagi senang.

terasa kot!!!!!!!!!
dia sendiri tiba2 muncul dalam hidup aku..
entah dari jalanan mana2..
tiba2 nak tunjuk...WOOOOWWW...macam best sangat...
pastu nak konker....all the thingssssss..
sila lah sedar diri ya..berambus...!!!!!!!! sebelum aku halau cam anjing kurap.

fuhhh!!! dasat en3 aku kali ni.
kena berenti jap...bos suh lukis rumah lak...
nak wat istana la..baru syioookkkkk








Friday, August 29, 2014

Tangisan Seorang Perempuan

Tangisan seorang perempuan
Bukan untuk meminta simpati
Sekadar melepaskan rasa hati

Tangisan seorang perempuan
bukan untuk melemahkan
Sekadar melepaskan tekanan perasaan

Engkau boleh jemu
Melihat tangisan itu
Engkau boleh benci
Mlihatnya menangis lagi

Namun suatu hari nanti
Mungkin engkau akan mengerti
Mungkin engkau susah hati
Tatkala tangisan itu sudah berhenti

Kerana dia sudah pergi
Kerana dia tidak lagi peduli
Dan kerana engkau tidak lagi
Bertakhta di hati...

posted from Bloggeroid

Tuesday, August 26, 2014

Rindu Mak

I miss my mom so much
My mom tak sihat lately ni..sejak balik dari kl minggu lepas. Maybe travel jauh or letih or rindukan anak anak. Hati orang tua...takde sapa yang tahu baca.

Ikutkan hati rasa nak balik kampung sekarang...but i have so many thing yang perlu di pertimbangkan. Sejak I menjadi seorang ibu...I tahu hati seorang ibu. Takde apa yang dapat memisahkan atau mengurangkan kasih sayang seorang ibu pada anak nya.

Kasih ibu kekal hingga ke syurga....kasih bapa sepanjang masa...kasih yang kita kejar di dunia bila bila masa akan meninggalkan kita. Bila bila masa akan beralih arah.

Rindu mak....dulu...bila sedih kita peluk mak..sekarang pun sama..rasa nak peluk mak....

posted from Bloggeroid

Thursday, August 07, 2014

Miss HCM

Adusss...tetiba teringat kenangan gi vietnam.  rindu sangat2 nak gi sana...
tahun lepas 2 kali aku pegi...
kali pertama satu famili...
kali kedua...aku dan 2 orang anak pompuan aku jer...giler berani...naik flight malam...gaduh dengan drebar taxi...sampai hotel tengah malam...dipindahkan ke hotel lain sebab dah penuh...then esok tukar balik ke hotel asal.

berani22222...hahahah

teringat lak shopping kat ben thant...taka plaza...minh collection.
teringat lepak2 kat hajah basiroh...makan phu dengan kopi ais..
teringat lepak kat lobi hotel....pekena kopi ais dengan abang vietnam yang bermotor dan hensem tu.
hahahah...
teringaaaaattttt!!!!!!!!!!

tahun ni aku stop kan diri naik flight..banyak tragedi menakutkan pasal kapai terobang tahun ni...ngeri lak
orang kata ajal tu dimana2 kan...tapi biarlah aku kalo mati...bertanam elok..sempurna...
lagipun anak2 aku kecik lagi kot....kesian diorang..kang dapat mak tiri...gemoookkk ngeri lak

bisnes aku jalan cam biasa....tapi kali ni kami order online. datang sebundle. alhamdulillah...dapat la jugak hasilnya walau tak sekaya tahun lepas.  nanti akan diupload di sini ya

insyaAllah....tahun depan..aku akan mengorak langkah sekali lagi..memulakan empayar bisnes sendiri.
berdikit2 orang cakap...lama2 membukit.

esok anak buah aku akan fly ke vietnam...jelessssssss sesangat.  rindunya nak pergi sana lagi...(opcoz la i rindu nak ke mekah kan tapi itu kena kumpul banyak duet)jalan2..shopping2..makan2..bestnyeeerr


Tuesday, August 05, 2014

Serabut

serabut hari ni...kepala hotak kacau..
prepare presentation kol 10.30 japgi..
gue sedang pressure...

pasni nak isi borang pertukaran...
really3 need a new environment..
untuk dapatkan diri aku semula...

Monday, August 04, 2014

Barang baru Vs Secondhand

tajuk biar gempak...walau isi haprak
huhuhu..

dalam hidup ni ada macam2 ragam manusia..
ada macam2 kehendak..ada macam2 keinginan..
ada yang tertunai..ada yang tidak..ada yang memaksa diri untuk menunaikan walaupun tidak seperti yang diinginkan.

aku???
kalau inginkan sesuatu..aku suka barang yang baru...barang yang direct dari kedai...terus jatuh ke tangan aku.
kalau rosak atau buruk biarlah di tangan aku.
kalau rasa dah bosan....ku tukar jer dengan barang baru...bukan belagak...bukan poyo..bukan eksen.
tapi memang dah cara aku...aku tak suka barang bekas orang....takut!!!
agak2 macammana cara dia guna...kenapa dia nak jual...mesti bersebab...bukan suka2.
kalau barang tu berkualiti...baik..sedap..buat apa orang tolak kan??!!!

ada orang pulak...suka benar barang2 secondhand..
luar nampak berkilat...masuk dalam bersepuk2 kulat....
takperrrr....janji nampak wooowww dari luar...
bergembon2 pun ok....janji orang tengok....buntang biji mata.

ikut suka la...ikut kemampuan.  tapi jangan menjerat diri sendiri.  menyesal sampai ke mati.

Raya 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri...2014...
Salam Kosong-Kosong..
pas ni kena penalti..
apa ingat bola???!!!!


lamanya tak update blog ni...bersawang. gue bz la...jangan kata blog..fb n insta pun jarang gila berupdate dah..main share22 jer. kalo post kat blog leh di syer222 pun..rasa nak syer jer. sonang citer gue.




Selamat hari raya dari kami....mohon maaf jika ada yang terkecil hati...tergurau kasar..tercakap lebih2..terumpat..terkutuk...termaki..terhamun..terrrrrrrr lagi22222 lah kalo ada.

ni lah satu2 nya gambar raya yang sempat diambil dipagi raya...hari raya katakan...mana sempat nak pegang henpon atau kamera.  kalau orang bercinta ya lah...ke hulu ke hilir henpon di bawa.  orang cam aku ni...cukupla bawa 3 tu jer....henpon masuk dalam laci dalam bilik..kamera pun sama...simpan... kunci.

raya tahun ni boleh la...biasa2 jer. tak meriah sangat cam dulu...tak sempat pun nak menziarah jiran2 sebelah rumah. cuti raya..dok dalam rumah..makan jer.  tv pun tak layan sangat.  rasa malas betul nak berjalan. maybe kena tukar angin...cari tempat keje baru yang bermood sikit...cari suasana baru..cari hidup baru.  maybe raya akan jadi lebih bermakna.  mudah2an.


harap2 leh qada balik time raya korban nanti. rasa berdosa plak...

berat badan..of course la aku berjaya menurunkan 4 kg bulan puasa...dan berjaya pulak memulangkan 3 kg lepas raya. orang lain boleh??? 1kg tu aku simpan untuk rumah terbuka. huuurrrmmmm..keciwa.





Tuesday, July 15, 2014

Skodeng VS Puasa

Hi..morning..
Selamat puasa ramadan ya karem..

Tak sangka lak aku....selama ni ada jugak orang usha blog aku. Ingatkan blog aku ni tempat cerita2 ngok ngek aku ja. Tempat luahan rasa...rupanya ada jugak orang buat modal nak jadi punca. Ikut suka la...baca.dengan hati...bukan dengan rasa dengki.

Hidup kita ni pilihan. Sejauh mana kita boleh bertahan. Setiap masalah ada jalan keluar. Samada kita nak terus menahan rasa...atau bebas mencari bahagia yang sentiasa ada...cuma kita yang buat2 tak nampak..menutup mata hanya kerana tidak mahu luka.

Tapi mengapa...kita yang harus terus menjeruk rasa...sedangkan orang lain gembira.

Kadang2 mereka perlu berada ditempat kita..supaya mereka tahu apa yang kita rasa...dan supaya mereka tahu apakah tindakan yang perlu mereka ambil. Entah2 lagi hebat dari kita.

So..bertenang. ambil masa untuk merenung dan berfikir.
posted from Bloggeroid

Thursday, June 26, 2014

Peace No War

agak keletihan sekarang ni..
dun know why??? maybe sebab umo...or badan dah makin gemok..jadi makin tak larat nak bawa beban yang nampak dan yang tak nampak (tersirat).

pagi2 kol 5 aku dah bangun...mengemas pinggan mangkuk..sidai baju (kalau basuh malamnya) masak breakfast,,sediakan bekalan ammar..basuh baju(kalau ada rendaman)

pastu bersilat plak...nak bersiap ke opis.  anak2 nak kesekolah...mandi..solat..siap

pastu nak angkut barang2 masuk dalam kereta.  sorang dah 2 beg..kalau 4 orang dapat bayangkan kekalutan aku.  lepas dah masuk semua...baru naik atas amik ammar yang tengah sedap tido masuk dalam kereta...sebelum tu prepare dulu susu sebotol..kot2 dia nangis ontheway nanti.

time ni ketiak dah berpeluh dah....nak kejar masa. kol 6.45 pagi dah kena makesure gerak dari umah. kalo tak alamatnya tersangkut la dalam jem kat simpang putrajaya tu.

sampai putrajaya..drop my daughters then proceed ke opis.  bawa turun ammar...angkut beg..then mandikan ammar kat nurseri.  pas mandikan..buka bekalan...kasi makan lak.  before kol 8 dah kelam kabut naik atas punch card. on lappy....start memeetingkan diri.  dengar bebelan bos...pening2 kan sikit kepala..tengok jam dah kol 5.30

amik ammar...jemput my daughters...pecut balik rumah.  dalam kereta...fuhhhh!!!!! letih nak mampus.  sakit kepala sakit otak.  

dalam kete...fikir plak..nak masak ke bungkus ke makan luar jer.
kalau masak - letih nak sediakan...nak masak..nak kemas..
bungkus - duit!!!! pastu kena kemas jugak
makan luar - duit dan lega..sampai umah dah leh wat keje lain

tapi selalu aku amik keputusan untuk masak.  aku bukan sorang dengan anak2...ada lagi 2 orang kat rumah yang perlu aku pertimbangkan....(hurrrrmmmmmmm)

ok dah sampai umah...keluarkan semua beg...ammar dah start nak itu ini. maybe lapar.  nak mandikan dia..basuh berak.kemas umah yang sepah. keluarkan ayam/ikan...

dah setel semua...baru start masak.  baju tak sempat tukar lagi. londeh kain jer. hahahah, tangan dah bersingsing..ikat dengan getah. hebat kan!!!!

bertukar jadi master chef plak...mata jeling2 jugak ke tv....tengok "kerana terpaksa aku relakan" telinga tadah2 gak.  biasanya kol 8 baru aku siap masak.  bontot pun tak sempat letak kat kerusi. nak duduk mana ada masa.

dah siap masak....kemas..solat maghrib. pastu cedokkan nasi...suap ammar.  pangil semua bos2 mai makan.  aku memang tak pernah makan malam. masak untuk orang.  

selesai suap ammar...diorang dah setel makan...kemas untuk third round hari tu.  kutip mainan ammar yang bersepah...mop lantai..kemas meja makan...lap. basuh pinggan...kutip baju untuk basuhan...siapkan susu untuk dibawa naik ke atas...kemas baju2 yang perlu dilipat dan dimasukkan dalam almari...mandi..solat isya...pastu tidokan ammar...dan biasanya aku skali tertido.

rutin hidup ku hari2...
penat dan memenatkan...
segala kepenatan tu akan hilang bila orang tau menghargai.
kadang2 aku perlu jugak masa untuk diri sendiri...
bak kata seorang kawan "hanya kita yang tahu dimana hendak letakkan level kita"
so..aku yakin...belum tentu orang akan boleh buat macammana aku buat..setelah macam2 orang buat pada kita.
tepuk dada..tanya akal dan hati

#peace#



Wednesday, June 25, 2014

Mood Kedaung

assalamualaikum...
hurrrmmmm...mood blogging dah kedaung..
terjun lombong agaknya..
walaupun dalam kepala otak aku ni..berlegar2 cerita..tunggu untuk diluahkan...
tapi nak menterjemahkan ke atas blogku yang indah ni terus terjunam..
hancussssss

biar hati yang berbicara....mata berkata2..sambil juling..itu kot aku sekarang ni..

hilang sudah aku yang rajin bercerita..

mana perginya..

warrrgggghhhhhhh....banyak betul dugaan aku ni.



Wednesday, June 04, 2014

#Vacation




hurmmmm....ni jer la plan yang mampu untuk cuti sekolah ni. kesian anak2 den...melepak ja kat umah...
harap2 diorang enjoy...percutian di penang bulan mac hari tu pun tak citer lagi ni....nak kena citer gak ni..
sayang...pasal kenangan.




Thursday, May 22, 2014

#MuhaSabah Diri

Ada aku peduli isteri dan anak2ku sudah makan atau belum...
Ada aku peduli jika isteriku tak sempat makan kerana sibuk melayan anak-anak....
Ada aku peduli jika isteriku masih di dapur menyediakan keperluan pagi esok ketika aku sedang berdengkur...
Ada aku peduli siapa yang membelikan sabun mandi, ubat gigi dan meletakkannya di dalam bilik aku bersiram...
Ada aku peduli dah berapa lama isteri ak
u begitu setia menggosok kain bajuku...
Ada aku peduli bagaimana layanan yg isteriku dambakan dari aku seorang suami...
Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku pulang kerumah dengan wajah kusam dan masam...
Ada aku peduli adakah wang yang masih bersisa utk isteri dan anakku ketika aku hendak kepergian...
Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku tidak pernah menelefonnya ketika aku bertugas di luar...
Ada aku peduli berapa harga gincu jika isteriku ingin memerahkan bibir yang pudar ditelan masa...
Ada aku peduli bilakah kali terakhir aku menghadiahkan minyak wangi kepada isteriku...
Ada aku peduli bila kali terakhir aku membelikan pakaian utk wanita yg rela menjadi isteriku..menjadi ibu anak-anakku...
Ada aku peduli kenapa isteriku terlelap bersama linangan airmata....
Ada aku peduli jika isteriku terjaga di tengah malam kerana dengkurku......dan aku terus nyenyak tidur dibuai mimpi indah seorang lelaki....

Tiba-tiba aku MENJADI PEDULI dan MENGAMBIL PEDULI Ketika telefon isteriku berdering di malam hari...
Ketika isteriku mula belajar ber sms..dan berchatting...
Ketika isteriku kembali berhias seperti ketika aku mula jatuh hati padanya...
Ketika isteriku sanggup tidak makan malam kerana mahu menjaga badan...
Ketika isteriku tidak meminta lagi aku menjadi imamnya....
Ketika isteriku memilih tidur bersama anak-anakku.....
Ketika dia tidak lagi mencium tanganku ketika aku hendak pergi ...
Kini,aku baru ingin bertanya kenapa isteri aku dah tak peduli kat aku?


P/s : Tidak ada manusia yang sempurna baik suami ataupun isteri.Jangan mengharap dilayan seperti raja jika kita tidak pernah anggap isteri itu permaisuri hati kita. Jangan diharap bunga yang indah jika kita tidak pernah membajanya. Dan selalulah ingat,bila hati seorang wanita telah retak, dia boleh menjadi lebih keras daripada seorang lelaki



Credit to http://blueroseslover.blogspot.com/

#Bodoh Sombong Namanya



Bongok!!!
nama yang sesuai untuk aku bagi pada si gemmm itu...
dah la bongok tahap gaban....eksen tahap motu...
mengawan tak kira masa...pastu kena bom...
nasib baik aku bukan godzilla...kalau tak..kena libasan bontot aku..baru ko tau.
huhuhuhu

pelik btol aku dengan si gemmm ni...lupa halal haram...
lupa dosa pahala...
dah sah2 sudah terang lagi bersuluh...
mau lagi backing diri...kalau aku dah lama lari masuk dalam lubang
sembunyi diam2...sampai tentera AS jumpa.
dah sah2 gambar tu tunjuk muka ko yang debab...
lagi tak mau mengaku...
kot2 nak minta maaf...nak mengaku salah...takde punya dalam kepala hotak dia tu
lagi mau kata "tengok diri sendiri dulu"...
aku dah lama tengok diri aku....rasa ok banyak kot dari ko
cuma aku tak menggedik....pastu aku lagi bijak..heheheh
betul tak gemmmmmm?????

rasa2 kalau aku publish muka gemmmmmm kat sokabar...
malu kot...
terus lari sembam muka dalam lubang jamban begerak...
langsung tak kuar....
agak2 belajar tak peribahasa dulu...
kalau taik..tak yah la nak kambus222...bau tetap semerbak keluar...

wuuueeeeekkkkkk!!!!!

#bodohsombongnamanya





#Do You Want To Built a SnowMan

hurrrmmmmm...mornink aka afternoon!!!!

wooowwww...macam tak percaya dapat tangkis jemputan ke mesyuarat pagi tadi..
berjaya akhirnya...mengecualikan diri buat sehari.
need a time..to finish my job-----asean
sian my anak buah...tercungap2 wat skrin sorang2
rajin...tak dapat disangkal...dan tak berkira keje.
sebab tu aku tak kisah dan tak berkira dengan dia.........heheheh

pasni aku nak habiskan sistem losas lak...
partner aku dah nak bercuti...sambung blajar
hitam putih dah nyatakan aku yang kena take over...
minggu depan kena present
urs tak siap lagi....umai yaaaaaiiiii....mati la aku..bos balik bercuti nak kena siap

pada orang buat sistem ni senang...
ya memang senang kalau wat sistem straight foward...macam oscc wat tu
tapi tak kena dengan requirement kita pulak....dapat kat kita..komplen
itu tak betul..ini tak betul
wat sistem makan tahun....bukannya senang
dari urs...dbase..skrin...testing
semuanya berbulan2
aku tak faham..kalo orang kata wat sistem senang...

ibarat tajuk post aku la ni.....tak cukup requirement...cair.
takpun jadi tukun besi.

taknak la aku...

#tensi bila kena perli

Wednesday, May 21, 2014

#psiko

Walau aku banyak keje hari ni...tapi aku tetap nak hapdet jugak blog ni.  pedulik apa...aku tengah stress kepala....ditambah lagi dengan stress2 lain..terus jeeeeeemmmmm mau pikir.

keje yang ada bersusun...ditambah lagi dengan keje2 yang tak diundang,..OMG. rasa nak pitam sekejap.

rasa macam nak buking hotel sehari dua....melepak..baca novel yang dah bertimbun aku beli..tapi x sentuh2.  rasa berdosa pulak sebab telah melakukan pembaziran. 

rasa nak tempah tiket flight....terbang ke ho chi minh...minum kopi tepi jalan sambil makan phu...hurrrrmmmm lazatnya.

rasa nak korek tanah...tanam diri sendiri.  ni dah melampau tahap dewa takde otak.

arrrrgggghhhhhhhhhh.....tensen.
plissss jangan tensenkan lagi pala hotak den. 
bagi ruang...bagi peluang..untuk aku bertenang dan menghirup udara nyaman

#psiko

Friday, April 25, 2014

Kalendar Bulan April


ini salah satu puncanya aku dah kurang menulis sekarang.....ini hanya kalendar untuk bulan April.  Setakat hari ini hanya 30 April jer masih kosong trang tang tang. maybe....akan ada.  tunggu!!!!. 

Penat!!!...hari2 aku kena attend miting/ perbincangan/Conference.  letih.  tapi tak baik mengeluh kan...rezeki tuhan bagi.  selagi bos masih memberikan kepercayaan pada aku....tak baik dikhianati.  insyaallah....aku akan jalankan amanah yang diserahkan pada aku dengan ikhlas dan redha.

ok...aku kena stop dulu. ada perbincangan dengan kawan pulak berkaitan sistem losas.  minggu depan kena present kat bos.bye...

Hepi Besday To Me

Selamat hari lahir untuk diri aku sendiri..
semoga aku akan terus kuat dan kuat untuk menempuh ujian dari Mu ya Allah.
Terima kasih kerna masih memanjangkan usiaku..
masih memberikan aku kesihatan yang baik..

maafkan aku ya Allah...
kerana ada tikanya aku lupakanMu..
ada tikanya...aku mengabaikanMu..
ada tikanya aku mempersoalkan ujianMu terhadapku..
ada tikanya aku bertanyakan mengapa Kamu memilih aku..

dan aku sedar..
Kamu mahu aku kembali padaMu..
meratap...menangis dan memohon hanya dariMu..
bila saatnya aku tiada dahan untuk berpaut...tiada bahu untuk bersandar..
..aku terasa ingin memelukMu ya Allah...
menangis di hadapanMu...berbicara denganMu..mencari kekuatan hanya dariMu..

Aku redha dengan setiap ketentuanMu....Kamu pasti memberikan yang terbaik untuk aku.






HATI INI MILIK ILAHI!

Ya Allah...
Andai hati ini bisa berbicara,
Pasti dia bisa mengingatkanku,
Akan setiap detik kecintaanku kepadaMu,
Akan setiap detik kekhilafanku kepadaMu.

Ya Allah...
Andai hati ini punya suara,
Pasti dia setia membisikkan kepadaku,
Kalimah cinta yang bisa mengagungkanMu,
Kalimah rindu yang enak berlagu merdu.

Ya Allah...
Hatiku ini hanya milikMu,
Hatiku ini hanya dibawah peganganMu,
Maka Ya Allah...
Jagai dan Peliharalah hatiku ini,
Dari segala kekotoran dan sebarang kejelikan, 

Kerana,
Sesungguhnya Ya Allah,
Hatiku ini milikMu Ya Ilahi,
Milik Engkau yang Maha Membolak- balikkan hati!
Lailahaillallah... =) 

dah lama rasanya aku tak menulis...rasa berat jari dembom ku ini  untuk menekan papan kekunci. kekadang rasa yang ku pendam tak mampu aku tafsirkan pada blog aku ini. hari2 aku buka blog...tengok...belek2...last2 tutup balik. ntah..rasa berat..sarat..tenat!!!

hingga saat aku menaip ini...aku tak tau apa yang aku rasa.  gembira..bahagia...keciwa..derita..
semuanya bercampur baur. mungkin bila sampai saatnya nanti...aku akan berikan kejutan yang tidak terhingga.


bye..adios!!!!!! 


Friday, March 07, 2014

Red Mummy - Baguih...i loike

KREDIT TO KAK REDMUMMY....LOVE U

 

The chronology of Hanez Suraya, Romie and Liyana Manan…


image
Comments akak tak mampu nak letak dalam ni yer, kena tengok kat FB, tapi mostly memang amukan sama ini perempuan. Tengok kat IG HS tu pun, kat BN punya entries, fb, kat papers online, semua mostly 99% tak kira laki perempuan semua amukan segala.
These are my points:

1. Ye Liyana Manan memang dah tak nak kan lakinya, betul, kita pun tengok terang2 dalam Melodi, dalam papers segala. Lakinya dah tak boleh dibuatkan laki, lebih kata HS bukan the first lady dalam marriage depa. So memang dia dah filed ceraipun, dah tu, buat apa nak hidup. Dia dah memang move on. LM dah terang2 cakap she tak nak lakinya tu dah, ko nak amik lakinya, hah amiklah. Dia tak de serang ko, walaupun dia claimed ko dah 8 bulan kepit ngan lakinya. Tapi marahnya dia bila ko cabar dia dalam Melodi mengatakan Romen tu eh Romie tu duda. Itu satu ayat yang bahlol dari mulut engkau. Seronok sangat dapat pakwe Ferrari merah sampai lupa status boipren meh? Dan jugak ko upload gambar anak2 dia dalam IG. Betul itu anak2 bf ko gak, but ko kena ingat, status depa masih suami isteri, selagi belum jatuh talak, selagi tu lah ko memang perampas. You dont get it do you?

2. LM claimed the relationship was since 8 months ago, so that was about June, July 2013? The marriage start problematic dah 6 months, yakni July, Aug the same year. Bukan dalam Melodi ke Meletop kata dah kenal for 6 months? but KENAPA DALAM PC KO CAKAP BARU KENAL SINCE 20th DECEMBER 2013??
Ni tak tengok balik ke apa benda yang ko cakapkan dalam Melodi Meletop? Or you memang maths kedaung? but you have lawyers and Romen eh Romie yang sama back up the 20th Dec, apa cerita ko jawab 6 bulan  maknek segala tu?

3. Alright, katalah betul ko memang kenal since 20th December, how about photos yang kat beach tepi sampan tangan jantan yang dah sikit lagi nak kat pepet ko, yang mulut dah nak bercium kat leher telinga tu? Itu boyfren lain?, Ke Romie jugak? Itu kat Redang kan? when was that? May? So if that s him, May 2013 ko kira campur bape bulan till now?  Ok ok, maybe bukan Romie, yelah you have so many balaks kan, ada komen cakap itu pun ada Ferrari gak. Gila ramai orang kat KL ni yang bawak Ferrari ni ko dapat tibai. Apa tips? meh share. – UPDATE BY FOLLOWERS: THIS IS NOT ROMIE, THIS IS IZZ. sikit punya melekat macam tu, ingatkan nak buat laki. womanghai ko ni Hanez.

4. Move on, how about yang photos on Sept? tu gambar mana le pulak, aku dah naik rimas lost track dengan gambo ko yang bersepah2 tu lah, holiday on Sept? itu bukan ke sebelum 20th December? Ini Tioman right? Kan kan? yang RTM job, Romie datang kejar ko kat sini, betul?

5. So, if the 20th December, the Bangkok was Jan? The peluk2 pegang bontot with hot pant was Jan lah kan? I m not gonna touch the details on your pegang bontot segala, coz itu semua orang dah bash habis dalam IG ko, dalam segala pelusuk social media, I m only concerned on the dates of calculation, and of cos, since ko dok buat kami rakyat Malaysia ni bodoh KIRA-KIRA ke???

6. Hot news ni just started end Feb, so meaning to say 2 bulan ko dah dapat Vellfire tu? Hallo????? OK sorry, you said you bought it last  August, let me tell you babe. Itu Velfire Romie, all closed frens families sume tau itu kereta Romie yang mana indirectly adalah harta sepencarian LM jugak! Your income memang doesnt suit you to drive a Vellfire. Just reminded me on Awi ex boipren ko punya lagu, Kalau Aku Kaya, sambungannya should be Hanez tak cari lain….

7. Alright, itu semua kiraan dates yer. Now. You came out in Melodi first, canang nak kahwin, wah suka ye bunga nak dipetik orang. Bunga bawah memang dah kena petikkan? Pastu ko cabar if ada bukti la yang boyfren ko tu laki orang, hah meh datang  bagai, kenapa tak serang ko dari awal, kalau betul ada isteri, Hanez akan undur diri. Remember that? Hoi ingat tak??

8. A week after, LM came out in Melodi, she bongkar rahsia yang dia masih lagi isteri Romie. Media went to her, cari dia, keluar newspapers. So dia cuma follow up dari apa yang ko canangkan. Anyway, dia pun dah cakap dia tak nak pun dah kat laki dia tuh, dia sakit hati ko amik gambar ngan anak2 dia tongek! Ko paham tak tu anak orang? Ko pehal? Ko dah sebat bapak budak2 tu, ko nak tunjuk happy2 suka ko bergambar ngan budak2 yang suci murni tu? Hei, ko dah paksa lakinya tinggalkan bininya, ko nak tayang2 anak LM kat public.

9. So dah nampak chronology nih? LM was out from her hidden place, quiet area coz ko pulled the trigger. I wont know her if ko tak cucuk dia, if ko tak cabar dia. Once again, ko provoke dia!

10. In between, ko keluar Meletop sekali lagi ko cakap relationship ngan Romie dah 6 bulan. The gap between the Meletop interview with your PC was not even 24hours.

11. Dang!! during your PC, both of you claimed you both kenal each other on the 20th December at the UITM function. Eh jap, lepas habis Meletop tu, ko dating ngan buah hati ko, pastu tidur kol baper yang lupa cerita malamnya ko cakap kat meletop 6 bulan VS 20th December nih? Are you out of your mind??? Lawyers ko tak tengok ke balik flashback melodi meletop?? Dirog tak advise ke at least biar statement ko seiring and sync?? Kalau macam ni aku pun boleh jadi lawyer, dapat koman berpuluh ribu terus.

12. The final one, you are asking LM to apologise to you?? OMG OMG OMG!! Contoh kata, ko adalah perompak, ko rompak kereta orang, pastu orang tu tau ko yang rompak, orang tu buat report segala, tapi ko yang rompak kereta ni mintak pemilik kereta ni mintak maaf ngan ko, SEBAB katanya ko dek kerana statement LM tu ko dah dapat malu satu Malaysia. Hamboih! ni malu ko je ko dapat. Malu LM yang masih sah as a wife, ko tak timbang kati???

Ini yang buat lagi berjuta rakyat Malaysia marah!! Ko memang sombong bodoh piang, ko berlagak tak nak mintak maaf, apalah salah ke ko dengan rendah diri, turunkan sikit ego ko tu, minta maaf kat public masa PC Ko tu, minta maaf openly jugak kat LM for the kesusutan yang ko buat. Let s come clean, but you made a wrong move! Ko buat  things lagi worst! Liyana Manan tak layak mohon maaf dari kau! What s wrong with you?? She s a victim, she tak dapat Vellfire, she tak dapat kepit laki kat Bangkok, she tak dapat nak jenguk rumah mertua dia lagi, she tak dapat Chanel Prada yang ko gasak dari Romie, she is empty handed.
You have the money, you have the power, but you dont have the heart. Hati ko kotor, Hanez Suraya. Liyana Manan dah gave up on her husband, but ko aniya dia lagi. Masyallah. Meh sepak sikit.

13. Romie – Liyana Manan dah bukan jodoh engkau, yes everyone knows, but by standing next to your girlfriend with the lawyers, menentang isteri ko sendiri, she s a mother to your kids, your 2 boys. Come on man, be a man, is this how you treat the mother of your kids?? One fine day, everythings in the internet, stays in the net, and they will read it. Yes move on with HS, you should, you are pun but but by convincing people, ko dumb-ass sama jadi 20th Dec with gelpren ko. That s unacceptable.

Yes, sekarang dia lah harum wangi sundal malam ko. She is fair she has the shape, she s sexy, she has everything, she s so powerful on the bed (bukan aku cakap yer, ini dari semua kisah IG HS sendiri, FB, twitters). But for once, takkanlah ko tak nampak budi molek isteri ko. She s a mother to your kids! Dia sama naikkan ko sampai berferrari merah while you were nothing before. You ve been together for 8 years, belum campur masa bercinta bagai segala. Akad nikah yang ko buat, sampai hati ko buat kat LM ikut heret sama dalam PC. Bacul sangat ni Romie. Dayus ko membiarkan isteri ko yang masih sah tu dikotakkatikkan oleh HS. Ko dah bukan jadi pelindung to your wife, I personally feel so sad and sebak bila ko suami yang patut jadi akar, tempat kita bernaung, bahu menangis, change to this way.
Liyana Manan deserves to be alone with her kids.

Hanez Suraya and Romie, please move on, stop talking, stop blasting photos in your IG, stop showing off everything. Give Liyana the talak, settle the case. Please get married both of you and leave the lady alone.
Back to nature, kita ada Allah, yang akan bolak balikkan semua penganiayan ini. Liyana Manan dianiya.
Meminta Liyana Manan untuk mohon maaf dari Hanez Suraya adalah too  much!. Hanez Suraya, you are no longer in our heart.

Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...