Monday, September 26, 2011

Ciri2 Hamil Anak Lelaki


SEGMEN INFO : Tip Mengesan Jenis Kelamin Bayi dalam Kandungan (Tanpa ujian ultrasound)

:: imej dr en.google ::

Dalam dunia perubatan, ujian ultrasound digunakan untuk mengesan jantina bayi yang dikandung ibunya.
Walaupun begitu cara-cara tradisional atau naluri seoranng ibu telah banyak terbukti tepat biarpun sekadar meneka buah hati yang dikandungnya.
Hasilnya memang tidak dijamin 100 peratus, tetapi ramai wanita hamil yang telah membuktikannya selama beratus-ratus tahun. Beberapa cara yang boleh dilakukan untuk meneka jenis kelamin tersebut adalah:

1. Mengalami mual-mual yang agak teruk selama trimester pertama itu pertanda akan mendapat bayi perempuan. Sebaliknya jika tidak mengalami mual-mual teruk atau tahap mualnya rendah petanda anak laki-laki.
- Pengalaman aku : 2 anak tak mual pun  tapi dua2 perempuan..yang ni pun ok...cuma kena makan..kalo tak pengsan....so aku kira tak mual la ni...


2. Tonjolan perut tinggi (runcing) petanda anak lelaki. Sebaliknya jika tonjolan perut rendah petanda anak perempuan.
- Pengalaman aku : 2 pregnancy dulu...perot aku memang bulat..takder la plak tertonjol..tapi pusat aku memang tertonjol..kalo pakai baju mengandung..jenuh aku nak cover.  tapi kali ini dah 15 minggu..peroot tak nampak2 lagi..yang gunung atas perot tu plak over membonjol.


3. Tubuh terasa lebih bengkak terutama pada peha dan punggung dipercayai sebagai tanda anak perempuan yang sedang mengambil kecantikan ibunya. Tapi jika kelebihan berat badan cenderung ke depan itu pertanda anak lelaki.
- Pengalaman aku  :  Ha!!!!!!! yang tu tak yah la nak cakap....gemok gedempol habis.  rasa malu nak tengok muka kat cermin...kali ni aku sedang mengkontrol makan...kurang makan nasik..tapi lebihkan ayam goreng. hahahaha!!!!  target tak lebih 70kg la....cukup2lah dulu.  kali ni insappppp!!!


4. Lebih suka makanan yang mengandungi protein seperti daging serta suka makanan yang masin dan asam itu pertanda anak lelaki. Sebaliknya jika suka makanan manis dan buah-buahan petanda anak perempuan.
- Pengalaman aku : dari dulu aku kuat makan asam...keluar anak dua2 pompuan.  boleh pakai ker ni???


5. Posisi tidur jika lebih suka arah utara dipercayai petanda anak laki-laki, tapi sebaliknya jika lebih senang tidur ke arah selatan petanda anak perempuan.
- Pengalaman aku : taktau plak aku ngadap timur ker barat..utara ker selatan..yang pasti aku tidor...kejap2 kanan kejap2 kiri...bangun tidor terlentang.  huhuhu

Memang belum ada bukti ilmiahnya, tapi dari pengalaman perempuan-perempuan hamil ciri-ciri tersebut terjadi ketika mereka mengandung anak lelaki atau perempuan.

Sumber : Forwarded email – Best1of4

2 comments:

  1. kak, nanti tepek tips nak dpt anak lelaki. hehehe.. tp kita ni kalau dah 3rd pregnancy, tak kisah dah girl ke boy even nak la merasa boy lak kan. janji anak yg keluar nanti sihat kan :) jauh disudut hati, sy doakan akak dpt anak lelaki lak pasni. amin :)

    ReplyDelete
  2. takder tips la alya...main nasib2 ja...hehehe. tapi kalau dapat lelaki...alhamdulillah. syukran sesangat...kalo pompuan pun ok...jaga elok2 leh masuk syurga.

    nota hatiku ini : harap2 lelaki...huhu

    ReplyDelete

Jom Mengomen...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...