Wednesday, June 29, 2011

Blogaway apps for android phone



Post pertama menggunakan blogaway apps.  Saja..nak testing.

Macam ok jer...hehehe.

Hikmah disetiap ujian ALLAH


Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt. Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik

Mencapai Ketenangan Hati


mengapa mesti kubiarkan kepedihan itu merampas kehidupanku..
mengapa mesti kucampakkan bahagiaku hanya kerana kamu..
bukankah kamu hanya mimpi ngeri..
hadir tanpa diminta...
pergi tanpa rela...
nisan tiada bertanda...


Ketenangan hati sangat penting bagi setiap insan. Malah, ada yang mengaku tiada guna mempunyai wang banyak jika hati tidak tenang, malah ada orang sanggup mencari ketenangan walaupun sukar untuk memperolehnya.

Mereka mungkin berbeza dari segi cara untuk mencapai ketenangan hati, ketenteraman jiwa dan keheningan rohani, tetapi mereka tetap bersetuju perkara ini penting bagi setiap insan.

Keutuhan atau kemantapan emosi berkait rapat dengan keheningan rohani dan kemantapan minda.

Seseorang yang pemikirannya meyakini bahawa dirinya berasal daripada suatu ketidaksengajaan biologi berevolusi daripada monyet kepada manusia, tentu tidak sama dengan seorang yang yakin bahawa insan adalah ciptaan Tuhan yang paling baik.

Tuhan tetap berperanan dalam setiap gerak hukum apa yang berlaku di bumi dan langit. Dan, Tuhan bukan sahaja berurusan dengan manusia, tetapi setiap atom dan molekul di muka bumi, antara langit dan bumi ini serta apa yang ada di atas langit, semuanya milik mutlak Tuhan Yang Maha Esa.

Seseorang yang menjalani hidup dengan hanya melihat bahawa Tuhan ialah Tuhan dan aku ialah aku, sama sekali tidak sama dengan seseorang yang hidup di atas muka bumi ini dengan mengenal Tuhan ialah satu-satunya Tuhan, dan aku ialah hamba ciptaan-Nya.

Manusia yang menyedari bahawa sentiasa ada kudrat Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang serta yang sentiasa berkata: Wahai hamba-Ku. Mintalah kepada-Ku. Akan Ku penuhi segala permintaan kamu! Tentulah tidak sama dengan seseorang yang hanya melihat hidup ini hanya antara aku dan kemampuanku!

Seorang anak kecil akan selamat dan tenang apabila di sisi ibu dan bapanya. Bukan sekali kita melihat senario seorang kanak-kanak yang menangis kerana terpisah daripada ibu dan bapa ketika membeli-belah di pasar raya. Kenapa? Adakah kerana fizikalnya cedera? Tentu tidak, tetapi `ketenteraman' dan `ketenangan hatinya' yang tercedera.

Kita juga pernah melihat bagaimana seorang anak kecil yang menangis kerana lututnya berdarah kerana jatuh, berhenti menangis hanya kerana si ibu berkata: `Dah, jangan menangis sikit je tu! Nanti ibu sapukan ubat!'

Adakah dengan berkata demikian, sakit lukanya hilang? Tidak! Sakit luka pada lututnya masih terasa tetapi tangisannya terhenti kerana rasa sakit pada jiwa dan emosinya diubati dan hilang diganti dengan rasa tenteram.

Ini menunjukkan ketenteraman hati dan ketenangan hidup adalah satu kuasa ajaib yang diperlukan dalam hidup.

Dan, adalah satu hukum serta prinsip alam, seseorang itu akan berasa aman dan tenang apabila mengetahui yang di sana ada satu ?kuasa' yang mampu mengatasi segala kebimbangan dan rasa terancam.

Seorang yang genius sekalipun, tanpa kemantapan dan kecemerlangan emosi tidak dapat menggunakan kepintaran dan ketinggian IQ dengan betul jika jiwanya bercelaru dan tidak mantap.

Mereka yang memiliki ketenangan jiwa dapat menghadapi hidup dan masalah hidup dengan penuh ketenangan dan ketertiban.

Bukan semua orang dapat menjadi pandai tetapi semua orang boleh menjadi bijaksana. Allah, Tuhan yang menciptakan manusia malah seluruh alam ini menyatakan sebagai satu prinsip: Bukankah dengan berzikir kepada Allah itu, hati akan menjadi tenang? (Surah Ar-Ra'd: Ayat 28).

Berzikir mempunyai maksud luas, iaitu menyebut dan mengingati Allah, merasakan kehadiran-Nya dan berasa keagungan-Nya setiap masa dan keadaan.

Seseorang yang melihat Tuhan dengan segala kebesaran dan kekuasaan-Nya berada hampir dengan dirinya, pasti akan berasa tenteram dan aman.

Mereka yang benar-benar membina kekuatan dan nur kerohanian yang jernih, pasti tenang hidupnya dan dapat kekentalan serta keharmonian emosi.

Tuhan berfirman: Dialah yang menurunkan `sakinah' ke hati orang-orang yang beriman! (Surah Al Fath: Ayat 4). Erti sakinah ialah ketenangan yang kekal.

Jika demikian, sudah tentu di dalam apa yang diperintah-Nya itu, ada alat untuk membolehkan kita membawa dan membina ketenangan hati, seperti amalan zikrullah, solat, tafakkur, amalan doa dan wuduk.

Semoga hati kita tidak buta daripada melihat dan merasai kebesaran Allah, Tuhan seru sekalian alam.




Tanpa Tajuk

Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini
Diiringi

Kisah janji
Dimungkiri
Dimungkiri

Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Sia-siaku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Beribu sesalanku

Tuesday, June 28, 2011

Bila Kesibukan Melanda

tolong333333!!!!!!!!!!
aku nak pengsan!!!!!!...

telepon asik berdering tak berenti222 hari ni...antara intipatinya..

"chem...lampiran 2 tu u dah sediakan jawapan ke blom?"

"chem...yang ni dah jawab ker...user ni bukan boleh bagi muka sangat"

"chem...i bukan nak u jumpa esok but..i nak date tu hari ni jugak..tepon diorang nak hari ni jugak!!"

"chem...u sediakan laporan postmortem untuk event hari tu"

"chem..u boleh tak sediakan cadangan penambahbaikan sistem event akan datang..diorang nak la..i tak tau"

"chem...nanti u study balik why jadi macam tu...tak boleh dibiarkan ni"

"chem...nanti set date dengan dotdotdot...kita buat appointment..macammana sistem ni berfungsi sebenarnya"

"chem...PDF tu bila boleh siapkan?"

"chem...bila nak siapkan data migration tu...user cal tak berenti2 ni?"

"chem...boleh tak u tolong cetak laporan dotdotdot dalam bentuk excel..kalo boleh nak minggu ni jugak"

"chem...minggu depan kita buat training yer..user manual boleh siapkan tak?"

last sekali nak jer aku jawab...

"chem nak amik MC 44 hari...pergi HAJI!!!!"

ni semua pertanyaan hari ni ya tuan/puan...

gedegang!!! pintu bilik ditutup. tulun..tulun...tulun..

pesanan terakhir seorang lelaki


tajuk macam gempak...isi haprak!!!!



3 buah nobel yang aku beli masa kena betugas kat PICC hari tu. sampai ke hari ni..sebuah pun tak khatam lagik. kasih yang suci pun statik kat page 18. bila lah aku nak habiskan. ada lagik 5 buah aku beli awal tahun baru ni...karya norhayati berahim. itu pun langsung tak terusik2 lagik. berdosa betol kan????...membazir!!!!!!!!!!.

baru malam tadi aku habiskan drama nora elena. bila dah abis nengok rasa malas pulak nak baca kasih yang suci tu. dok terpikir2 nak baca pesanan terakhir seorang lelaki.

"Dia selesa hidup di dalan keserhanaan. Kemewahan padanya sering melalaikan. Punca ayah lupa diri, lupa tanggungjawab dan lupa pada mamanya yang setia. Mama yang sebelum ini menjadi tulang belakang kepada empayar yang dibina. Tercabar dan dicabar, tidak menjadi kudis padanya. Melayan rasa sakit hati jua hanya membuang masa. Dia memiliki prinsip diri yang harus dipertahankan dan dihormati. Lalu kedudukan ini bukan ukurannya"

macam best kan citer ni....nak baca. tapi tak tersempat2 lagik. macam bizi benor la plak aku ni kan??? kalah jadual dan kebizian rosmah.

tapi mana best kan??..baca tu sket..baca ni sket...last2 sumer tak terbaca.

bila tengok drama nora elena..barula aku paham why wanita2 di luar sana angau gilok dengan seth tan. memang romantik beb...kalo kat luar aku rasa mau kena tinggal. uhuhuhu. kalah citer nurkasih plak...rasa seth tan lagik romantik dari adam...karakter nampak idup kalau nak dibandingkan dengan adam...nampak benor dibuat2. tapi laki aku pun romantik jugak...romantika di tampoi...lagi advance..hahahahaha.

p/s : alapak!!! dah dekat kol 2. kang puspawangi minta report..aku tak siapkan lagi. see...kan aku dah cakap..kebizian mengalahkan menteri.








Monday, June 27, 2011

Ada Hati Yang Terluka..

Ada hati yang terluka,
Ada tangisan di bibir mata,
Ada derita meruntun jiwa,
Ada jiwa tiada bernyawa…

Hati ini sedih sekali,
Ada derita silih berganti,
Ingin pergi membawa diri,
Tempat mengadu hanya Ilahi….

Moga luka boleh diubati,
Moga jiwa hidup kembali,
Moga hati tidak mati,
Moga derita berlalu pergi….

Siapa sangka siapa menduga,
Bahagia dicari derita tiba,
Mengadu nasib pada yang Esa,
Moga tenang seluruh jiwa..


"kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. kemaafan yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi"

"Makin kita mendekatiNYA,
makin kita diuji,
Makin kita banyak berdoa,
semakin banyak ujian menimpa,
kerana segala yang dipinta tak datang dengan segera,
tapi ia akan diperolehi apabila kita berjaya mengharungi ujian yg diberiNYA,
kerana ALLAH tidak memberi apa yang kita mahu
tapi DIA memberi apa yang kita perlu"

(dicilok dari blog sahabatku..Chal)

p/s : "Ya Allah... Tunjukkan kepada kami yang benar, dan jadikan pilihan kami mengikuti yang benar itu. Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar, dan permudahkan kami meninggalkannya."

Mencari Kebahagian Yang Hakiki

Mencari kebahagiaan adalah cita-cita dan harapan manusia dalam kehidupan. Bagi mereka berpendapat kebahagiaan terletak kepada kekayaan, maka berjuanglah mereka memperolehnya.

Golongan beranggapan kebahagiaan terletak kepada kekuasaan, berusahalah mereka untuk mencapainya, sementara ada menyangkakan kebahagiaan itu boleh diperoleh menerusi kepuasan seks, lalu berlumbalah mereka melakukannya tanpa segan silu.

Namun, fakta sejarah membuktikan bahawa kekayaan, kekuasaan dan kenikmatan seks bukanlah kebahagiaan sebenar yang dicari dan diperlukan manusia. Tidak sedikit manusia terpedaya dan mengalami kehancuran gara-gara mengejar serta memburu kebahagiaan berdasarkan ketiga-tiga pendapat itu.

Dalam soal kekayaan misalnya, kisah diceritakan al-Quran pada zaman Nabi Musa adalah satu contoh paling tepat membuktikan kekayaan bukan kebahagiaan mutlak.

Qarun dengan usahanya berjaya menjadi orang paling kaya di dunia. Malangnya dalam masa tidak berapa lama kebahagiaan yang dikatakan wujud pada kekayaan itu musnah akibat rasa takbur dan sombong yang tercetus dalam diri Qarun.

Qarun bersama harta kekayaannya ditelan tanah seperti firman Allah bermaksud: "Lalu Kami timbuskan dia bersama-sama dengan rumahnya di dalam tanah, maka tidak ia mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya dari azab Allah dan ia pula tidak dapat menolong dirinya sendiri." (Surah al-Qasas, ayat 81)

Kemudian ada beranggapan kebahagiaan itu terletak pada kekuasaan. Maka berjuanglah mereka untuk memperolehnya dengan pelbagai cara. Contoh jelas dalam soal ini ialah kisah Firaun yang berlaku pada zaman Nabi Musa.

Betapa besar kekuasaannya di bumi Mesir, sehingga dia mengaku dirinya Tuhan, tetapi kebahagiaan dikecapi berdasarkan kekuasaannya itu tidak sampai ke mana. Akhirnya Allah menenggelamkan bala tentera termasuk dirinya ke dalam laut ketika mengejar Nabi Musa.

Hal ini dijelaskan Allah dalam firman bermaksud: "Maka Kami pun membalas mereka, lalu Kami menenggelamkan mereka di laut dengan sebab mereka mendustakan ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya." (Surah al-A'raaf, ayat 136)

Seterusnya ada pula beranggapan kebahagiaan itu terletak pada kenikmatan seks jadi berusahalah mereka mencari kepuasan itu. Hal itu terjadi pada zaman Nabi Luth di mana kaumnya cuba mencari puncak kepuasan itu dalam keghairahan seks.

Ternyata sekali mereka tidak menemuinya pada wanita yang seharusnya menjadi pasangan mereka. Akhirnya mereka beralih mencari pasangan sejenis. Akibat perbuatan terkutuk itu akhirnya mereka dihancurkan.


Bagaimana pula pandangan Islam mengenai kebahagiaan sebenar? Dalam Islam kebahagiaan hanya boleh dicapai dan diperoleh pada jalan beriman, bertakwa dan beramal salih. Malah iman mutiara paling agung dalam peribadi Muslim.

Allah berfirman bermaksud: "Sebenarnya Allah jugalah yang melimpahkan nikmat kepadamu dengan memimpin kamu kepada keimanan jika kamu adalah orang yang benar." (Surah al-Hujurat, ayat 17)

Lantaran itu tidak hairanlah jika kebahagiaan orang mukmin hasil daripada keimanan dan ketakwaan meliputi dua alam iaitu alam dunia yang sementara itu dan akhirat, kekal buat selama-lamanya.

Firman Allah bermaksud: "Ketahuilah! Sesungguhnya wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berduka cita (wali Allah itu ialah) orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertakwa. Untuk mereka sajalah kebahagiaan yang menggembirakan di dunia dan akhirat. Tidak ada (sebarang) perubahan pada janji Allah, yang demikian itulah kejayaan benar." (Surah Yunus, ayat 64)

Kebahagiaan sebenar dalam Islam bukanlah berdasarkan kekayaan, kekuasaan dan kepuasan seks, sebaliknya menerusi keimanan, ketakwaan dan amal salih. Namun, Islam tidak melarang umatnya daripada berikhtiar dan mencari harta kekayaan, ilmu serta pangkat.

Firman Allah bermaksud: "Dan tentulah dengan harta kekayaan yang dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) di dunia." (Surah al-Qasas, ayat 77)

Tetapi harta kekayaan, ilmu dan pangkat bukan menjadi tujuan utama sebaliknya sebagai alat dan syarat kehidupan di dunia sementara ini.

Friday, June 24, 2011

Drama Nora Elena dan Novel Kasih Yang Suci


Aku aku buat hari ni???

Ya!!! Dengan bangganya dan tanpa segan silunya dan tanpa rasa bersalahnya...aku mengumumkan bahawa hari ni aku melayan Drama Nora Elena. Baru sampai episod 8. Satu episod satu jam..bila la nak habis ni.


thanks pada pearlyogurt sebab bagi aku drama ni. full episod lagik. jenuh aku nak khatam. sebelum ni aku takder masa nak tengok drama nora elena...walaupun kat opis orang dok bercerita jer tentang kebestan citer ni...tapi aku takder napsu nak nengok. tayang pun time senja...masa tu aku sebagai ibu dan isteri harusssslah memasak. masa sempat nak hadap tv tu.

disebabkan penangan nora elena jugaklah...aku ke MPH beli nobel kasih yang suci....baru sampai mukasurat 18. sibuk tak sempat nak baca. huhuhuhu.

gila kemaruk tengok citer nora elena...habis sumer aku bedal..ntah bila nak habis ni. lama2 simpan buat pekasam.

p/s : malam ni final maharaja lawak...agak2 sapa yang nak menang ni...aku vote for Johan n Sepah. nabil outtttt...

Mengapa Lelaki Sukar Melafazkan Maaf

Berbanding wanita, lelaki adalah insan yang sukar menuturkan kata maaf. Meskipun kenyataan ini mungkin diragui oleh lelaki, namun hakikatnya lelaki memang sukar berbuat demikian lebih-lebih lagi jika berbuat salah kepada pasangan sendiri. Kali ini kami cuba bongkarkan mengapa ayat ‘maaf’ begitu sukar keluar dari mulut lelaki.


Memiliki Ego Yang Terlalu Tinggi
Lelaki yang mempunyai ego tinggi biasanya mengalami kesukaran untuk memohon maaf meskipun jauh di sudut hatinya dia mengakui dirinya memang bersalah. Golongan ini biasanya lebih mengutamakan ‘maruah dirinya’ daripada terpaksa ‘menjatuhkan air mukanya’ sendiri semata-mata terpaksa menuturkan kata maaf. Jadi tidak hairanlah sekiranya lelaki lebih mengutamakan ego sendiri sehingga sanggup mengetepikan hati pasanganya sendiri.

Memperlihatkan Kelemahan Diri
Selain faktor ego yang tinggi, memohon maaf juga bagi lelaki merupakan tindakan yang memperlihatkan kelemahan diri lelaki secara terang-terangan. Sama seperti alasan pertama yang berkaitan dengan gambaran persepsi, kelihatan lemah di hadapan lawan jenis adalah perkara yang sebolehnya cuba dihindari oleh lelaki. Bagi sesetengah lelaki, meminta maaf merupakan simbol kelemahan diri. Malah tindakan tersebut juga menurut lelaki mampu menurunkan harga diri lelaki.

Tidak Suka Mengaku Kesalahan
Segelintir lelaki menganggap kesalahan adalah tanda ketidakmampuan. Jika wanita mengakui kesalahan lelaki dengan meminta maaf dan mengakui kesalahan mereka, lelaki pula bersikap sebaliknya. Sudahlah enggan meminta maaf, golongan ini juga sebaliknya bersikap kasar dan tidak mahu mengaku salah.

Tindakan Berbicara Lebih jelas Daripada Kata Kata
Enggan memohon maaf secara terbuka, sebilangan lelaki mengambil tindakan memohon maaf melalui perlakuan atau perbuatan. Sebagai contoh memberi kejutan kepada mereka. Pemberian hadiah berupa bunga coklat, barang perhiasan atau hadiah-hadiah lain adalah proses komunikasi golongan ini di atas kesalahan yang mereka lakukan. Tindakan ini bagi mereka juga lebih mudah daripada terpaksa meluahkan kata-kata maaf melalui ucapan.

Bimbang Maaf Tidak Diterima
Segelintir lelaki enggan memohon maaf secara terbuka kerana bimbang maafnya tidak diterima. Justeru, tidak hairanlah apabila ada sebilangan lelaki yang berfikiran negatif akan mengalami dilema apabila ingin meminta maaf. Mereka biasanya akan mengalami kocakan emosi dalam membuat keputusan sama ada perlu meminta maaf atau sebaliknya. Malah, mereka juga turut mengalami konflik untuk merencana bagaimana, bila dan di mana tempat yang sesuai untuk menuturkan kata-kata maaf tersebut.

Menghindari Pergaduhan
Ada sebahagian lelaki tidak mahu meminta maaf kerana cuba menghindari pergaduhan. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan dia pernah mengalami situasi sulit apabila terpaksa berdepan dengan ‘perang kata-kata’ daripada individu terbabit. Biasanya, apabila meminta maaf dengan wanita, bukan kata-kata damai yang akan didengar sebaliknya mereka terpaksa berdepan dengan kata-kata bebelan sebaik kesalahan mereka dimaafkan.

p/s : Kakak aku kata....kalau macam tu bolesepak kena ada satu gol saja la....pasal kena ada yang mengalah. baik takyah lawan. hehehe.

Thursday, June 23, 2011

Sedang bercuti

Bersiaran secara langsung dari restoran haji tapah presint 15 sambil menikmati seketul putu mayam beserta roti kaya bersama aina karmila.

Aku cuti hari ni...mau seterika baju sebakul penuh...bersihkan rumah. Tumpang puspa wangi cuti...aku pun cutilah sekali. Lepas ni xtau bila lagi boleh cuti. Huhuhu.

Sebarang komunikasion berkaitan kerja adalah dilarang sama sekali..pasal bisnes ok. Jalan....

Sabtu mau pigi holiday. Short vacation dengan princesses debukkk. So..harus hari ni aku setelkan sumer. Ok..selamat bertugas pada kawan2 di opis.

Wednesday, June 22, 2011

entri menceritakan gambar

entri ini berkaitan dengan gambar2 di bawah...


gambar 1...

jangan slah sangka ya....picca ini diambil pada tahun bulan 9 tahun 2009. dah lama gilak. of cossss la banyak perubahan kan??? tapi yang tak berubahnya adalah cadar katil aku...hahahahah....sampai sekarang aku tak solve2 lagi masalah aku ni. asik alas dengan comforter jer.... ya!!! aku sedang mencari cadar untuk katil aku tu. coomforter yang aku letak tu bersaiz king...sebab before ni tilam aku saiz superking. tapi bila dah pindah umah baru ni...laki aku tempah tilam baru...saiz 6.5 kaki X 7.5 kaki (boleh tido orang dengan selesa) bayangkan...super king pun 6x6 kaki jer bang oiiii....mana aku nak cari cadar yang boleh masuk dengan tilam aku ni....nak tempah..hari tu tempah kat kamdar...dah bayar duit..tapi banyak sangat problemnya...last2 aku burn camtu jer...nak cari lagi aku dah tak tau kat mana dah. ada sesapa tak yang tahu nak tempah online cadar ni....?????

Gambar 2


aku tengah dok cari bookshelf plak sekarang ni. tapi tak jumpa mana yang berkenan. aku nak cari macam ni....yang siap punya. tak mo tempah2 dah. nak letak buku, novel, magazine aku...dah berlambak hok dah. asik tumpang kabinet laki aku jer...(macam kat bawah tu)...mana syiok. bercampur sekali dengan fail2 dia..drwing2 dia...berterabur habis.



sekian entry hari ni....

LID dah Habisssss..........

fuhhh!!!!! lega....LID dah selamat habis. boleh balik ke opis dengan senang hati. bertambah2 senang hati bila hari ni bos mc...3 hari plak tu....MERDEKA!!!!!...yesssssss...

esok...akan berlangsung acara mengemas rumah. dah dekat 2 minggu...aku sibuk kat PICC. rumah tunggang langgang. balik umah...campak baju masuk mesin...jemur...masuk bakul. lipat??? ikut mood. beratur baju aku atas sofa kat hall atas. nak letak dalam lemari takder masa lagi. hajat hati nak siapkan sumer esok. lantai plak dah berhari2 tak bermop. rasa rimas bila pijak ada benda2 lekat kat kaki ni. nak pengsan.

letih bangat aku di sana. sekarang pantang letak kepala...mata pejam terus. kalau tak aku lah orang paling susah nak lelapkan mata waktu kerja...kalau waktu belajar ya betul...lecturer bagi salam....aku pejam.



tengoklah kondisi umah aku....dapur aku...bersepah kan. gambar disnap pagi tadi. ada aku sempat kemaskan aku kemas....yang tak sempat aku biarkan jer. tapi disebabkan lantai dapur umah aku putih camtu....aku cukup rimas kalo ada menatang air atau sampah sebesar kuku jari kelingking ada kat situ. nampak sangat. berserabut kan....tension aku nengok....rimas!!!!!!!



ni plak hall umah aku.....alhamdulillah masih kemas. cuma meja kopi aku tu berabuk la....takder tukang lap. naseb baik anak2 aku tak suka lepak kat sini. esok aku nak buang abuk2 kat bunga2 tu...pastu nak ketuk2 sofa tu. mesti berterbangan habuk berkepok.


ni lah keadaan anak2 aku sepanjang aku sibuk LID kat PICC. kesian kan. bergelimpangan tido. landing kat mana diorang sempat. homework ain pun aku tak sempat nak jengah. balik jer dioarang dah tido. nak sembang pun tak sempat. kesian...

apa2pun...best layanzzz LID.

Thans to LID team (System)...

Monday, June 20, 2011

"MAMPUKAH AKU MENJADI WANITA SOLEHAH"


The beauty of a woman is not in the clothes she wears, the figure that she carries,or the way she combs her hair.
The beauty of a woman must be seen in her eyes,because that is the doorway to her heart, the place where love resides.
The beauty of a woman is not in a facial mole,
But true beauty in a woman is reflected in her soul.
It is the caring that she lovingly gives, the passion that she shows and the beauty of a woman.
With passing years-only grows!

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku
Melihat pegorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan ayahnya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah....

Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Diterik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar....
Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah....

kecantikan Lelaki dan Kegagahan Wanita

Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki????

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-
1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…


Dan dimana Kegagahan Wanita???

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia


MAWAR

Mawar Pertama
  • Ingatlah, bahawa sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengampuni orang beristighfar, Maha Pemberi taubat atas siapa saja yang bertaubat, dan menerima orang yang kembali kepadanya.
Mawar Kedua
  • Kasihanilah orang-orang yang lemah, nescaya anda akan bahagia. Berilah orang-orang yang memerlukan pertolongan, nescaya anda akan merasa puas. Rendamlah emosi anda, nescaya anda akan selamat.
Mawar Ketiga
  • Optimislah, kerana sesungguhnya Allah bersamamu, para malaikat memohonkan ampunan untukmu, dan syurga telah menunggumu.
Mawar Keempat
  • Hapuslah air matamu dengan berprasangka baik kepadaNya. Buanglah segala penderitaan dan kesedihanmu dengan mengingat segala nikmat Allah kepadamu.
Mawar Kelima
  • Jangan anda mengira bahawa dunia diciptakan untuk melayani seseorang secara lengkap, kerana pada hakikatnya tiada seorang pun di muka bumi ini yang akan mendapatkan semua yang diinginkannya dan terbebas dari segala macam kekeruhan.
Mawar Keenam
  • Jadilah seperti pohon kurma; tinggi cita-citanya, kebal dari penyakit, dan bila dilempar batu, ia membalas dengan buah kurmanya.
Mawar Ketujuh
  • Pernahkan kau mendengar bahawa sesungguhnya kesedihan itu dapat mengembalikan kenangan di masa lalu, dan sesungguhnya kegelisahan itu dapat membenarkan kesalahan. Maka dari itu, mengapa kau harus bersedih dan merasa gelisah?
Mawar Kelapan
  • Jangan anda menunggu datangnya bencana dan fitnah, tetapi tunggulah kedatangan keamanan, kedamaian dan kesihatan, insyallah.
Mawar Kesembilan
  • Padamkan api kedengkian di dadamu dengan memaafkan semua yang pernah berbuat salah kepadamu.
Mawar Kesepuluh
  • Mandi, berwudhu', memakai wewangian, dan bersiwak dengan teratur, merupakan ubat mujarab untuk mengatasi kepenatan dan kesempita.


MELATI

Melati Pertama
  • Jadilah seperti lebah, ia selalu hinggap di bunga-bunga yang semerbak dan ranting-ranting yang segar.
Melati Kedua
  • Jangan beri kesempatan kepada diri anda untuk menyelidiki kelemahan orang lain dan mencari-cari kesalahan mereka.
Melati Ketiga
  • Jika Allah selalu bersamamu,maka siapa yang harus engkau takuti? Sebaliknya, jika Allah menjadi musuhmu, maka kepada siapa engkau akan berharap?
Melati Keempat
  • Api kedengkian dan hasad selalu membakar tubuh, dan sikap yang terlalu pencemburu itu ia ibarat api yang membara.

Melati Kelima
  • Jika anda tidak mempersiapkan diri sejak hari ini, maka hari esok bukan menjadi milik anda.

Melati Keenam
  • Mundurlah dengan teratur dari tempat-tempat huru-hara dan persengketaan.

Melati Ketujuh
  • Bertingkah-lakulah dengan akhlakmu yang lebih indah dan cantik dari sebuah taman.

Melati Kelapan
  • Berikanlah kebajikan, nescaya anda akan menjadi manusia yang paling bahagia.

Melati Kesembilan
  • Biarkan urusan makhluk menjadi urusan Penciptanya, biarkan yang mendengki sampai mati, dan biarkan yang memusuhi terlupakan.

Melati Kesepuluh
  • Kelazatan sesuatu yang haram dapat menimbulkan penyesalan, penderitaan, dan hukuman

p/s : aku ingin menjadi wanita yang paling bahagia di muka bumi ini...walau sebesar mana sekalipun dugaan yang mendatang.

Sunday, June 19, 2011

Redha


"Orang yang redha dan sukacita bilamana ia melihat alam sekelilingnya, timbulah kesenangan dan kegembiraan. Kesenangan dan kegembiraan hati itu adalah pangkal jalan menuju bahagia.

Redha menghilangkan cela dan aib. Lantaran redha telah lekat di hati, kalau ada cela itu akan lupa dalam fikiran; kalau ada cacat, cacatnya tidak disedari. Hal itu bukannya disebabkan kebodohan dan gila, tetapi sudah dasar 'redha' demikian adanya. Redha tabiatnya pemaaf dan benci tabiatnya tidak adil.

Berhadapan dengan Hati yang dukacita, tegaklah perasaaan redha.
Berdekatan dengan Hati yang Duka, tegak pula rasa benci"
, Pak Hamka.

Saturday, June 18, 2011

Dan aku pasti Tuhanku...

Lately ni aku rasa lain macam....dada berdebar kencang....minda tidak terkontrol..hati kacau..jiwa runsing...serba tak kena...makan pun bole kontrol. kenapa ya???!!!!

hati...janganlah kau bersedih...
jiwa...janganlah kau gundah...
minda...tenanglah...
usah diikut hasutan iblis...tepislah...
kuatkan imanku..
teguhkan kesabaranku...
tingkatkan akalku..
agar aku masih boleh waras dalam membuat keputusan..

Tuhanku...
padaMu aku berserah..
sekuat mana dugaanMu..tidak sekali2 aku akan menyerah kalah..
kerana berputus asa dari rahmatMu bukanlah pilihan yang benar...

kerna aku yakin Tuhanku..
pasti akan ada sinar pelangi...
pasti suburnya ladang yang tandus...
selepas kau turunkan gerimis...
atau taufan yang menggila...

Dan aku pasti Tuhanku...
hanya Kau yang tahu apa yang terbaik untuk diriku...


p/s : semoga ketabahan akan sentiasa menemaniku...

Thursday, June 16, 2011

Kenapa Aku Diuji

KENAPA AKU DIUJI?

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).
(Al-Baqarah: 214)

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
(Al-Ankabut: 2-3)

Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu. (Muhammad: 31)

Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(at-Taghaabun: 11)

Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal.
(Taha: 131)

Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat)
(Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!"
Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!"
Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Ia berhak menerimanya);
(Al-Fajr: 14-17)

Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah ia (dengan sombongnya): "Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu).
(Az-Zumar: 49)

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
(Al-Baqarah: 216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
(Al-Baqarah: 286)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.
(Al- Baqarah :153)

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk
(Al-Baqarah: 45)

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar
(Al- Baqarah:155)

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
(Al-Imran: 200)

(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal; dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.
(Al-Nahl: 96)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

Sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka dia lah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya.
(Al-Kahf: 17)

Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar.
(At-Taubah: 129)

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!

... ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.
(Yusuf: 12)

Wednesday, June 15, 2011

5 Hari Dah Berlalu...(blog tak hapdet)

dah lama aku tak hapdet blog...5 hari dah berlalu.

tak sempat....mak jemah sibuk kat PICC...layan sistem dan orang333..lenguh kaki dan kejang otot..berjalan ke sana ke mari..harap2 dapat menguruskan badan...tapi dah 2 hari di sini...
berat menten jer....nampaknya usaha ku sia2...hahha
semalam makan mihun 2 bungkus..bos masakkan bawa ke sini....pastu rasa teramat bersalah pada badan sendre...akhirnya aku jalan keliling PICC..sudahnya..bangun pagi tadi payah nak berdiri...sakit kaki....tapi bila timbang...berat tak turun walaupun suku kati..last2 aku yang susah ati.

aku pelik tengok bloggers lain boleh hapdet blog satu hari 5 entry....tabik spring aku kat diorang. tapi yang aku pelik bila diorang tu keje makin gaji like aku juga...tapi camner ada masa? boleh update berjela22..aku ni kalo free atau tercampak kat bilik duty baru leh ada 3 entri..paling banyak. hebakkk kan diorang...mari kita tabik reramai.

ekceli ada banyak picca yang aku nak storikan kat sini...orang kata wordless wednesday...tapi jari aku ni kan kepoh...macam mulut aku juga...mana leh wordless222 ni...tak main hokehhh!!...kena cerita juga...baru rasa lega.

agak letih sekarang ni...masuk opis kol 8 pg...balik 8 malam. sampai next week plak tu...paling kesian kat aku..bila sabtu ahad pun aku kena jadi penunggu kat picc ni. friday jer aku free..tu pun kena masuk opis...daripada masuk kena cari3333..baik aku jadi tukun besi kat sini...hihihihi....rela beb. harap2 dilepaskan oleh bos aku.

p/s: semalam..balik dari duty..aku singgah jj equine..nampak sorang bloggers yang aku listkan dalam senarai bloglist aku tu..jalan rewang2 sorang2 cam aku gak. nak tegur segan...saper la kita kan????....

Thursday, June 09, 2011

pantun kerat 18i

Siaran langsung dari handphone...
sambil mengadap ulangan af9 minggu ke6....
selang seli dengan maharaja lawak minggu silent comedy...

baru selesai mengemas pinggan mangkuk kat dapur...
Sambil2 tu basuh baju semesin...
Sambil tunggu mesin berenti..
Lepak pegang henpon...layan blog..
Canggihkan ibu2 zaman sekarang?..
Boleh layan banyak benda dalam satu masa...opppssss!!!!
Cuba kalo orang lelaki...
Kalau dah tengok tv...guruh berdentum pun rasa macam bunyi kentot jer...
Buat tak layan...
Bini lalu bogel depan mata pun tak heran...
Betoiii takkkkk????
Lepas tu malam2...ayang abang tak tahan...
Nak kesian?????....

Eh2!!!!! Baru insap..terlebih sudah..
Buat macammana...jiwa gundah..
Ada ko kisah????...

Lately ni aku rasa penat sudah...
Rasa mau jadi surirumah...rehat kat umah..
Hantar anak gi sekolah...masak2 gulai kawah..
Sedap bahhhh..
Sekarang ni..Hari2 mengadap lappy..
Telefon pula berdering2 berbunyi...
Bila angkat ada jer kena maki..rasa nak cekik sampai mati
Geram aku..

Alamak..dah jadi pantun. Mengantuknya....tv kata pegi..tilam kata mari...

Gud nite

Doa Untuk Diri Sendiri

Tak perlu mencari teman secantik Balkis

andai diri tak sehebat Sulaiman

mengapa mengharapkan teman setampan Yusof

jika kasih tak setulus Zulaikha

tak perlu mengharapkan teman seteguh Ibrahim

andai diri tak sekuat Siti Hajar

dan mengapa didambakan teman hidup bak Siti Khadijah

kalau diri tak sesempurna Rasullullah saw

bimbinglah dirinya

dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan

carilah kebaikan pada dirinya

dan bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya

tetapkan lah berdoa pada Tuhan

agar dia akan terus menjadi milikmu....

Kenapa aku tulih

akhir2 ni en3 aku melalut jer ker??? tak kan????heheheh.

tak banyak yang boleh diceritakan akhir2 ni. sebab aku agak sibuk mengadap lappy..tu yang kekadang boleh jadi banyak en3...tapi en3 takder hati sebab main balun jer tulih.

tapi blog ni boleh juga dijadikan diari aku. tempat aku luahkan apa yang aku rasa..lepaskan beban yang aku tanggung. kan pujangga pernah berkata...bila kita rasa tertekan..tulislah apa yang kita rasa pada sekeping kertas. luahkan saja. tapi jaman sekarang mana main kertas333. lappy kan ada...iphone ada...tulis jer mana sempat. kot2 satu hari nanti boleh juga dibuka2..dibelek..dan diingatkan2 kembali coretan jaman mooda2 dulu. kalau tak didelete ler oleh blogger.com. hehehe...mana ler aku ada buat backup22...sistem yang aku handle pun tak terbackup.

hari ni mood agak kureng sket. mungkin penat kot. hari2 asik mengadap keje yang tak pernah surut...dah selesai tambah balik...so, tak pernah makin berkurang. ni yang aku fedup.

owwhhh!!!! nak siapkan keje hari ni....harap2 dapat dilunaskan sebelum aku start duty kat picc.

Wednesday, June 08, 2011

Kenangan...Kenyataan dan Harapan

Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan….. Iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan…

Setiap kita di dunia ini tidak mahu..memilih jalan yg derita ..hakikatnya tanpa usaha keajaiban tidak akan berlaku.

kita jangan selalu mengharap..kerana mengharap tidak pasti tertunai..tetapi kita boleh..bersabar..kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan
jangan menangis kerana gagal dalam cinta..sebab manusia akan meninggalkan apa yg di cinta

keinsafan bukan mudah untuk di tatang, tapi jelas di ulang-ulang
sesungguhnya lidah itu lebih berbisa..dari segala senjata..jadi sebelum berkata fikirkan akibatnya..

zaman berubah tetapi..dendam manusia tidak pernah berubah..
lelaki yg gagah pun mustahil tidak pernah menangis..tapi, percintaan yg akan menyebabkan mereka menangis..

nilai persahabatan diukur dengan kejujuran..bukan kebendaan
jadilah ubi yg bertutup rapat…bukan kek yg berkrim tetapi..diharungi lalat..

kedewasaan tidak menghalang apa yg di inginkan oleh setiap insan…
manusia bagaikan layang-layang, dimana sering terikat dengan sesuatu..tidak dapat bebas dengan sempurna..kecuali tali itu putus…barulah ia bebas melayang…

Filem Nur Kasih

lupa nak bagitau....

minggu lepas pas balik keje hari selasa...ekceli hari tu aku cuti pas kena duti malamnya...tapi gi opis gak sebab dah buat appointment meeting dengan sorang user ni.

petang tu aku gi tengok citer nur kasih....bawa ain dengan aina sekali. tapi takleh nak feeling2 lebih...biasalah bawa budak2...jap2 nak air..jap2 nak popcorn...jap2 nak buang air...tak sempat aku nak feeling2 lebih. walhal aku ni kalo tengok citer camni biasanya berjujuran air mata. dah habis berlapis2 tisu dah.

tapi malam tu...filem nur kasih ni agak mengecewakan aku. aku ingatkan bolehlah aku tangkap leleh macam siri nur kasih tu...tapi hampeh. aku tak tau kat mana klimaksnya. tang adam nak mati pun aku tak rasa sedissss langsung. mungkin aku terlalu mengharapkan lebih. aku tak tau kat mana kekuatan citer tu...bini aidil meninggal pun aku tak sedissss...(keras hati kot aku ni).

tapi keromantikan yang dibawa dalam citer ni agak meruntun jiwa jugak ler. aku puji kasih sayang nur amina dan adam...aku puji keluhuran dan kekuatan cinta mereka....aku bangga melihat pengorbanan adam sewaktu nur mengandung....dan paling aku puji...renungan dan tentangan mata mereka yang membawa 1001 makna. sungguh mendalam.

paling tak best....watak nur amina ketika tua. kalo amik seniwati sarimah kan best...baru sesuai. nampak educated..talented...dan tet tet. ni afida s ni macam tak sesuai langsung. ilang mood aku.

mungkin sutradara khabir bhatia...tertekan kot. orang terlalu mengharapkan filem nur kasih dapat menggarap semula ke'best'kan drama bersiri nur kasih. terlalu nak dihimpunkan semua pun tak best jugak kan...

p/s : pandangan peribadi aku ya...lkhlas!!!!!

Sungguh!!!! aku ingin...






Cantikkan????
aku teringin ke sini..
menikmati indahnya alam ciptaan Tuhan...
mendengar bunyi deburan ombak...dan desiran angin...
menikmati indahnya langit kala senja melabuhkan tirainya..
sungguh aku teringin...
menikmati keindahan ini sambil mengaut ketenangan...

aku ingin lepaskan bebanan dan tekanan aku selama ini...
jauh membuang segala2 nya ke laut dalam..
hilang...dan kuharapkan ia tidak akan kembali lagi..

aku juga ingin ke rumahmu Ya Allah...
mengadapMu dengan penuh rasa rendah diri...
ingin ku sujud syukur dihadapanMu..
ingin ku capai ketenangan di sisiMu..
ingin ku khabarkan padaMu Ya Allah...betapa aku menerima segala ujian dan dugaanMu dengan redha..
walau jauh disudut hati...aku menangis sendiri...
terima kasih Tuhan..
kerana masih memberikan aku kekuatan dan ketabahan..
melalui setiap liku kehidupan..
kerana aku tahu..
insan yang paling banyak diuji...adalah insan yang paling Kau sayangi...


p/s : entri dikala keje banyak menunggu...sungguh sakit kaplaku...








Sunday, June 05, 2011

Percutian di kampung halaman

Hari ke3 di kampung...

Bestnyer...hari2 makan ketam fresh dari laut.
Hari2 makan udang fresh....
Hari2 makan ikan fresh...
Murah sahaja...

Tapi di kedah sekarang teramatlah panas...
Pagi smpi petang panas terik..agak2 kalo salai orang..dah kering melepuh agaknya.
Petang2 baru guruh berdentum...masa tu la baru start nak ujan sampai ke malam.
Naseb baik tido tak panas...kalo tak...hurrrmmmmm

Semalam n hari ni aku gi kenduri kawen...panasnya...hanya tuhan yang tahu.
Aina peluh meleleh menceceh2..sama macam ain. Tahan jer..biasalah kenduri kampung..
Mana ada dewan2. Main pasang2 khemah...kipas xder. Makan gulai kawah...campur plak dgn panas...fuhhhh!!!!! Enak.

Hari ni aku bertolak balik equine...
Percutian kali ni x beshhhh...
Becoz offfff...i hate u.

Saturday, June 04, 2011

hidup ini hanya sekali....

Live dari kampung...

Time bercuti2 ni aku dapat berita yang paling mengejutkan. But whatever lah...hidup mesti diteruskan. Hidup ni kan hanya sekali. Jadi penuhilah hari2 kehidupan kita dengan penuh iman di dada dan percaya bahawa tuhan akan sentiasa menemani kita.

Semoga aku akan terus diberi kekuatan untuk terus bertahan dengan segala ujianMu. Hanya Kau yang mengerti apa yang terbaik untuk hidupku...


P/s : lahir sorang...mati pun sorang kan?? Jadi apa yang perlu ditakutkan...

Wednesday, June 01, 2011

Hati Berbunga Riango

Salam semua....mood tengah baik. Disebabkan sedang menikmati keenakkan makanan di doll tomyam kajang. Sedap...memang sedtap dan aku telah membaham sepinggan nasik. Huhhhhhh!!!!!sungguh durjana betul.
Hati sedang berbunga ria..berkembang mekar....disebabkan cuti aku untuk esok dan lusa telah diluluskan. Sungguh berbahagia sekarang ni.

Disebabkan aku nak cuti 2 hari..maka tadi aku terpaksa menyiapkan semua kerja aku. Yg lain2 aku terpaksa tinggalkan pada anak buah untuk disambung. Balik pun kol 8 malam. Letih hari dan jari ni...

Nak hapdet blog pun x sempat hari ni...ni pun guna phone. Bye...dah kol 2pagi..ngantukkksss..zzzzzzzzz

Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...