Thursday, March 31, 2011

Mentor Musim ke 5



korang tengok mentor musim ke 5 ni???

aku teruja tengok....best...
banyak2 protege..aku suka SALMA..kalo grup ke2..
kalo grup pertama aku suka afdlin punya protege..RATNA..

shiha aku tak suka..bosan...kat AF yang uji bakat pun muka dia...kat mentor pun muka dia..memang pulun gila nak jadi penyanyi...harap2 tak menang...hehehehe

aku suka SALMA...
suara mantap..powerful...
sesuai plak dengan mentor dia...ERRA...
comel...anggun gitu..
memang diorang ni pelengkap..cam magnet..kutub utara kutub selatan..hahaha
cuma aku harap SALMA ni takler terlalu merendah diri sangat..nanti orang kata raih undi simpati plak...lama2 orang bosan.
buat2 tak tau jer...cantik ker tak cantik ker very subjektif...bagi aku dia cantik apa...asal putih jer mesti la cantik....kalo itam cam aku ni...memang la boleh jadi x cantik..hahahahahha




a little bit stori mori

Mornink all!!...

a little bit stori mori for today..

beria2 aku cakap nak hapdet eberidei...last2 jarang2 sekali jugak. nak buat camna..aku bukan blogger tegar...juz nak mengisi masa lapang...dan meluahkan perasaan jer..

semalam gi melawat ikin musa kat umah dia...baru lebih kurang 2 minggu melahirkan anak pertamanya. comel anak dia...kocik jer...katanya 3.1++kg...boleh tahan berat jugak..tapi budak lelaki biasalah...berat tulang. masa sampai tu...kami dihidangkan dengan karipap asli hasil sentuhan tangan mak ikin. sedap!!!!!!! aku belasah 3 ketol. masa tu plak jam dah 1.45pm. kebuluran gilak!!!.


Minggu lepas kan ain exam...ini adalah salah satu keputusan yang dia dapat. kertas bahasa melayu 1...sebelum ni kertas pendidikan islam dan bahasa melayu II pun dapat 100...tapi aku lupa nak snap. alhamdulillah.......harap2 ain akan lebih cemerlang di masa akan datang.


pastu masa aku sampai umah petang semalam....ain cepat2 pergi ke beg dia ...keluarkan benda di bawah ni...surat khabar. jangan silap ya..bukan ada sesapa terpampang kat paper tu...tapi nak tau apa dia cakap??? "mama,ain belikan mama suratkhabar, mama kan suka baca surat khabar..." Ya Allah....aku rasa terharu sangat....rasa berbesar hati..rasa dihargai...ingat jugak rupanya ain pada aku.... walaupun hanya sekeping suratkhabar.



kol 9 malam, dua2 beradik sibuk menyiapkan keje sekolah mereka. masa kakak bagitau dapat 100%, adik pulak bagitau dia dapat 4markah dalam exam. padahal sekolah dia mana ada exam pun...tapi aku pun purak2 berbangga jugaklah dengan dia. kang merajuk plak nanti...

kakak sedang tekun menyiapkan homework

adik pula berpurak2 merajinkan diri...
ni yang malas nak amik gambar depan dia ni..over!!


konon2 tempat makeup2 diorang la ni...kesian..plan nak beli almari solek untuk diorang..tak beli2 lagik. last2 bekas bawang aku jadi tempat bedak diorang....atas tu bahagian kakak..bawah bahagian adik.

minggu ni bos aku cuti seminggu....so, aku daapt buat keje dengan tenang. tinggal sehari jer lagik esok....kalau tak siap jugak sistem aku ni..isnin ni aku kena la sediakan kapak untuk pancung tengkuk sendre. huuuwwwwwaaaaa!!!!



Wednesday, March 30, 2011


Semalam aku dah beli botol susu untuk anak aku...tommee tippie lak tu
sekali anak aku tak nak minum..
sakit ati btol..dahler mahal..
takper malam ni aku nak sorokkan botol2 susu lama tu...
nanti kalau terpaksa..mesti dia minum jugak botol baru tu.
jenuh aku pujuk semalam...
tak jalan2 jugak.
hai..


Monday, March 28, 2011

Apabila Bos Takder...


alhamdulillah....beakhir sudah mesyuarat JPICT yang berlangsung dari jam 9am tadi sehingga 1.30pm. agak kebuluran aku dalam bilik miting tadi tu...naseb baik 'zulhilmi' bawa snek. boleh aku belasah sikit. mula2 aku gelakkan dia...bawa makanan macam budak2..pastu last2 skali aku plak minta kat dia. perut dah berkriok....mau kena isi..kang masuk angin abis satu bilik tu dok bau angin aku je.

sabtu dah ahad baru ni aku betul2 mnikmati cuti. langsung tak sentuh laptop. seronok jer bersiaran bersama2 anak2 aku di JJ. Hari sabtu pagi kami gi JJ equine..petang plak gi JJ wangsa maju. takder sopping apa2 pun...cuma beli selipar ain dan aina ja. yang lebihnya kami melahu jer ke sana ke mari. masuk kedai kuar kedai...belinya tak der apa2pun.

2 anak gadi aku beserta sepupu mereka. hari2 pakai baju ultramen. dari malam sampai ke siang. bersilih ganti baju ultramen dia.



hari ahad plak aku gi parking kete kat kedai Ah Soo mana ntah...kat seri kembangan tu..area kedai makan cina dekat JJ equine. gi polish kete...dah berkilat kete aku....pastu trus sambung ke naza world...juz cuci2 mata...banyak betol kete2 menarik kat situ...duit la plak yang tak menarik. aku intai2 estima dengan alphard..laki aku plak intai fairlady dengan CLS. maka berfight2 la kami disitu...naseb baik anak2 aku menyebelahi aku...semua sokong kete pilihan aku....tapi sampai situ jer ler...tak beli pUUnnnn!!!!!!!! aku bagi masa 3 minggu untuk fikir...nak beli ker tak...kalo dfikir2kan balik...tak beli pun takper...bukannya aku takder transport lain...tapi biasalah...bila ada kemahuan....tanduk dah mencanak naik..


bercerita pasal kereta...ni lah first car aku (gambar di atas adalah hiasan) comel kan...aku pakai dalam 3 tahun...agak lama bagi ku...sayang..masa aku jual condition still baik. sayang nak jual...tapi bila laki aku beli ni untuk aku...haruslah aku jual kete tomei aku tu

kete laki aku belikan untuk aku selepas aku melahirkan aina. pengganti kete tomei aku di atas. aku pakai dalam setahun...pastu paling sedih ...kete ini dirampok bersama2 kereta di bawah ni


ini adalah kereta laki aku waktu itu....kereta ini juga telah dirampok..sewaktu kes pecah umah..umah aku. tapi aku tetap bersyukur kerana sewaktu kejadian..kami sekeluarga tidak diapa2kan. sampai sekarang aku masih tak tahu kabar berita kete aku. tu ler...nak pakai kete bergaya sangat sampai kena pecah rumah...padan muka aku.

lepas kejadian aku trus beli kete ni...payah kalo takde kete...sebab apa aku beli kete ni?? sebab masa tu terdesak sangat...so, aku kuarkan duit simpanan untuk beli kete ni tunai. gi kat perodua..beli kete..3 hari dapat.

laki aku plak beli ni...untuk dia. aku tak kisahlah...yang penting kete aku comel. aku memang suka kete mvvi tu...rasa selesa jer. senang nak drive. nak parking...cuma leceh bila gi shoping. bonetnya takder...pastu aku bincang2 dengan laki aku...aku tukar kete ni plak. 3 hari sebelum raya tahun 2009....

kete ni pun aku beli nak cepat jugak...senang aku nak usung barang ke sana kemari. nak beli pampers 7 pek sekaligus pun senang. lagipun...aku memang tukang shopping barang dapur. kalau myvi mana cukup. belakang dah penuh dengan anak dan bibik aku. so, dengan persona rasa selesa la sket.

laki aku plak..setelah puas bawak 5series...sampai pecah cermin depan...dia pun tukar pakai kete ni..sampai sekarang....motor kat bawah tu pulak baru beli bulan lepas..tanpa pengetahuan aku...tensen aku!!


selesa gak kalo gi jalan pun. lagipun kete2 mewah ni tak sesuai dengan kami yang selekeh ni.
lagipun aku bukanlah minah branded. minyak wangi bagi aku rega RM200++ tu dah consider mahal..taraf aku hanya bodyshop jer. nak renew lesen pun aku buat setahun sekali..sampai laki aku kata aku kemut. tak kisahlah....renew tahun depan guna bajet tahunan. aku bajet setahun sekali..ala2 belanjawan negara.

tengok makanan kemut...


ni bekalan aku hari ni..dah seminggu sejak aku balik kampung minggu lepas..hari2 bibik aku goreng cekodok. hari2 aku makan cekodok. tak pernah makan nasi waktu lunch. muka pun dah naik minyak macam cekodok. konon2 nak habiskan stok pisang kat umah aku. kesian mak aku bagi pisang penat2...aku tak makan.

ni plak shake herbalife aku...dah habis minum...kol 8am tadi sebelum gi miting aku dah belasah secawan. harap2 dapat menten berat aku balik.


air tea mix..kena habiskan dua liter sehari...


wahh banyak betul aku melalut hari ni. saja...terbanyak idea plak hari ni. nak sambung buat keje plak la....esok bos aku mai mampus aku..keje tak siap.

Friday, March 25, 2011

Genting Highland


cerita basi..+ lapuk..

pengembaraan aku di Genting Highlands pada 6 Mac 2011

kisah bermula apabila aku selalu sibuk dengan keje..dan dengan duty di opssss room. sibuk dengan lid dan candidature dan hari bertemu pelanggan yang tak berkesudahan. sibuk juga dengan karenah2 user yang tak berkesudahan. maka bagi aku setiap hujung minggu adalah peluang untuk melepaskan tekanan. kebetulan pula hari sabtu sebelumnya aku datang ke opis menyiapkan keje yang terbengkalai. Maklumlah hari2 biasa sibuk mengadap box, sibuk dengan panggilan telefon dan sibuk juga dengan mesyuarat yang tak putus22.

maka hari ahad, kol 11 am, lepas bekpes dan lepas segala apa yang patut, kami pun berangkat ke genting highlands..paling excited si kecil aina. sibuk menanya bila nak sampai. agak lama juga kami tak ke sana..kalau tak dulu 2 bulan sekali pasti aku akan menjejakkan kaki ke lokasi perjudian paling glamer tu..ni rasanya last aku pegi bulan 10 tahun lepas.



budak yang beria2 dan bersemangat nak ke genting highland. tengok lah rambut dia..mewarisi rambut aku..yang sering berterbangan dan bertaburan walaupun dah disikat 4ox.
ini pula ain...makin tembam anak aku ni..baru 7 tahun berat dah 32kg. bimbang jugak aku. makan berselera...menambah2. kol 7pm makan nasik..kol 9 malam minta lagi. kalau tak bagi nangis. bila aku cakap nanti gemuk..dia jawab balik "takper..nanti bila besar, baru akak diet macam mama"



inilah permata hati aku...2 orang gadis kecil...walaupun dua beradik, character nya berbeza. sorang taknak makan takut gemuk..sorang lagi suka makan...sorang suka menangis..sorang tak. sorang manja dengan mama, sorang pulak dengan papa.

aku nak upload lagi gambar..tapi asik bad request jer..

masa gi genting tu kami tak amik indoor game...amik outdoor jer. so ..banyak permainan kami belasah. last skali aku naik pirate ship (betul ker???)...pengalaman paling mengerikan. sepanjang kapal tu dok naik turun aku asik menangis...hahahah. ain plak cool jer. last skali masa nak turun tu..ain siap sound aku " apa la mama ni..menangis..malu kat orang sebelah mama. tu la sapa suruh naik, kakak nak ajak papa, mama sibuk nak naik" hahahahahah.....anak aku cukup berani....aku plak pengecut. mau taknya setiap kali kapal tu berayun aku rasa nak terburai isi perut aku...gayat jugak aku ni rupanya.

masa onthe way balik....4 kali laki aku terpaksa berenti kete bagi memberi laluan kepada bahan buangan dalam perut aku untuk keluar dari mulut aku...muntah sepanjang jalan. aina siap cakap dalam kereta "peraturan ke3 kalau nak berjalan2..tak boleh muntah di tepi jalan" perli aku la tu. laki aku plak asik gelakkan aku. geram aku!!!

ok..takleh citer panjang2...masa untuk buat keje plak. ayat pun berterabur.





Wednesday, March 23, 2011

System Analyst vs Ibu

Semalam...aku telah gagal untuk menjadi seorang ibu yang sempurna. aku selalu dihambat oleh tekanan kerja serta mengejar dateline yang tak pernah putus2. sehingga semalam..aku lupa bahawa anak2 aku memerlukan aku.

wahhh!!! berdramatik plak. it's not me...
ekceli semalam...sepatutnya aku balik awal..ajar anak aku buat ulangkaji memandangkan hari ni adalah hari peperiksaannya. tapi semalam..di saat jam menunjukkan angka 9 malam..aku masih lagi mengadap benda busuk ni di opis...dengan tekunnya. oohhh!!! ibu apakah aku ini.

paling sedih, bila aku balik ...masa tu dah around 9.45pm..bibik aku bagitau..ain tunggu aku balik sebab nak suruh ajar dia matematik...darab dan bahagi katanya. paling mengecewakan..sewaktu aku menjejakkan kaki ke rumah aku ....anak2 aku sudah pun melelapkan mata...

but!!!! aku bukanlah seorang ibu yang terlalu lembut hati...sekali lagi it's not me...so dalam kol 11 camtu...lepas aku mandi, solat...beristirehat...tengok tv seminit dua...dengan kejamnya aku kejutkan anak aku bangun. suruh study. waaaahhh!!! harus ain nanti boleh jadi angkasawan.

so, bermulalah arena ajar mengajar, rajuk merajuk..sambil2 tu aku pun buka laptop..sambil mengerjakan benda busuk ni skali lagi. macam hampeh. then berbual2 la dengan anak aku...

aku : cikgu dah ajar ker darab bahagi?

ain : tak lagi..

aku : habis tu kenapa kakak nak belajar sekarang?

ain : takut cikgu tanya esok

(advance rupanya anak aku ni..ye ler math darjah 1..blajar 1+1, bilang menaik..menurun...agaknya dia bosan kot)

aku :..dah333333(50x) cikgu tak ajar tak payah belajar lagi..tunggu tahun depan.

(padahal aku malas nak mengajar..otak dok concentrate dengan lappy...coding yang macam cacing)

ain : mama buat keje ker?? kakak tak nampak macam mama buat keje pun

(dia heran kot..kalo papa dia nampak lukis2 drawing..aku ni lukis cacing)

aku : keje ler...tengok ni. kakak nak tak keje macam mama bila besar nanti?

ain : tak nak..keje macam mama sibuk..banyak keje..asik balik lambat jer. kakak nak jadi angkasawan la mama. keje seronok. boleh terbang kat bulan.

(ooowwwhhh...selama ni dia dok buat kajian rupanya..kesian diorang...nak buat camner..dapat mama workholic pastu workgroup pastu workshop..pastu workmereng)

aku : dah333 ..!!! gi tido..dah lama dah belajar. nanti kalau banyak2 lagi tak faham. (dengan harapan anak aku tido dan aku leh berboxing dengan benda busuk ni)

ain : ye lah...

so, malam tadi...aku sambung siapkan benda bangang ni sampai kol 4 pagi. sungguh!!!...melibatkan diri dengan benda ni telah merampas separuh dari kehidupan aku dengan keluarga aku. nak menghasilkan benih pun payah.

pada sesiapa yang berminat nak jadi system analis..fikirlah 44kali...sampai mati pun takper. tambah2 lagi kalo anda seorang wanita yang anggun seperti aku. setelah 8 tahun aku berkhidmat dalam bidang ni...aku dapati dan pasti keje yang paling sesuwwwwaaaiii bagi wanita adalah GURU...u have a time 2 spend with ur famili.

aku selalu teringat kata kakak aku. biarlah jadi guru orang pandang keje bawahan...tapi masa yang dimiliki oleh seorang guru adalah lebih bernilai daripada masa yang dimiliki oleh wanita korporat. kita takkan dapat mengundurkan masa semula untuk melihat anak2 kita membesar. setiap detik yang berlalu itu takkan berulang. kakak aku...walaupun dah ditawarkan menjawat jawatan tinggi dalam KPM beliau masih menolak....katanya biarlah dia hanya menjadi guru biasa...JANJI gaji naik!!. ya lah setelah berkhidmat selama 15 tahun...disekolah yang sama sejak hari pertama beliau mendaftarkan diri sebagai kakitangan kerajaan.

eh!!! apa citer aku ni...melalut kan..ok sambung lagi...

aku rasa..sejak aku berkhidmat di sini...box telah mencuri banyak masa aku...dan aku tak halalkan. aku harap sangat222 lepas ni..aku boleh balik keje cam biasa. kol 5.30pm. bukan lagi kol 8 malam ke atas.

tapi rasanya hari ni cam kena balik lambat jer lagi....esok user nak testing....

bangkahulu betul!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, March 22, 2011

Pantun Bos Macam Hitler

l
Pagi-pagi, sudah mencemuh,
Si pemandu terus terdiam mengeluh,
Bos ini jenis yang kecoh,
Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.

“Ada pelanggan hendak jumpa”,
Itulah kata si setiausaha,
Bos enggan, mengantuk katanya,
Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.

Bos memanggil mesyuarat mengejut,
Ada pekerja berjalan bak siput,
Bos pun menengking sampailah semput,
Para pekerja terkentut-kentut.


thanx to anonymous pada pantun ni...ekceli aku baru kuar dari bilik bos ni..sungguh sakit hati.
semua tak kena....penat la macam ni. yang pandai2 janji nak bagi user test minggu ni sapa suruh. sistem tak ready lagi. buat janji tak ikut kemampuan anak buah...tu la pasal. rasanya keringat kami ni dah kena perah macam perah santan.

dah rosak muka baru blog aku...baru planning taknak marah2 dalam ni. rasa malas langsung nak buat keje. sakit kepala oiiiiiiii!!!!!!Align Centre

Blog Berwajah Baru

waahhhh!! hari ni blog aku dah berwajah baru...no more bunga ros...no more kaler putih kusam..
wahhh...tenkiu to azah..sebab tolong makeupkan banner aku. Ya!!!! aku amat2 bangang bila menggunakan photoshop.

nak hapdet apa ya...
pagi tadi dalam kereta..aku dah berkira2 nak timbus jer blog ni...dah lama aku takhapdet..nak update pun takder masa. tapi bila sampai kat opis...tambah2 lagi bila mood tengah takder..buat vb tak jalan2...maka aku makeup kan kembali blog ni..dengan kaler ntah apa2 ntah.. takder orang nak datang melawat pun aku tak kisahlah...janji boleh jadi tempat pelepasan perasaan.

cantik kan????

huhuhu..

alamak dah kedengaran suara bos ku..
cau dulu..

Wednesday, March 09, 2011

Semangat !!! Semangat !!!

asik2 en3 aku pasal keje...asik2 pasal keje...asik2 pasal tensen...asik22 aku marah...ya memang...blog ni kalau bernyawa agaknya dah masuk icu kena darah tinggi, jantung...dan blablablabla...

tak pernah dibuat orang....develop sistem complete...dari online...hingga printing...sebulan siap. kalau ada pun...yang sempoi2 jer...ni dengan makcik tu...dengan requirement tu...aku sudah jadi bengong.

Alhamdulillah....walaupun dalam keadaan tensen bekerja...aku bersyukur kerana mempunyai anak2 buah yang memahami dan sudi berkongsi ketensenan itu. Aku tahu...kalau aku tensen 1000x mereka lebih tensen 2000x daripada aku. aku kena push...so aku plak push mereka. jadinya...sumer tensen. aku juga bersyukur sebab mereka semua ada kelebihan masing2...dan aku berharap sistem lid ini akan dapat disiapkan sebelum waktunya. dan aku amat berharap Tuhan memberikan aku keajaiban dan kekuatan untuk menempuhnya.

wahhhh!!! syahdu sungguh entri aku kali ni. sungguh !!!! hati aku begitu sayu sewaktu aku menaip entri ini. hampir2 menitis air mata...tapi mungkin ini ujian dan coooobaaaaaaann Tuhan untuk aku.

pada bos aku...aku sahut cabaran dan hamunan yang kau berikan. dan aku akan buktikan...team lid ini boleh berjaya!!!!

Tuesday, March 08, 2011

Mood Petang Hari...REDHA

Jam dah kol 6.15pm....macam nak balik..tapi keje menimbun lagik. udah pening kepala ni. teringat kata2 tuan haji fadhilah kamsah semalam...."barang siapa yang buat kerja sehingga kepetang sehingga kepenatan..maka akan gugurlah dosanya satu persatu". tapi dengan syarat kena ikhlas dalam pekerjaan yang dilakukan tu...(ni aku tambah sendre)....aku rasa lah kan..kalo tak ikhlas tak dapat apa2 la kot.

ikhlas ker aku hari ni...baru subuh tadi aku pasang niat nak mai keje....nak keje dengan tekun, ikhlas dan semangat. tapi pagi2 tadi aku dah kena bambu dengan bos...trus ilang niat aku...terburai...maka bermulalah plak sesi kata mengata..hisssshhh!!!!!!!!memanglah..Tuhan turunkan ujian plak untuk aku hari ni. dan aku tewas lagik....oh!! Tiddddaaaakkkk!!!!!!!!!...maka esok..aku akan pasang niat untuk berdiam dan takmo berkata apa2 kalo kena hamun lagi...pedulikan...anggaplah itu hanya COOOOBBBAAAAAAAN!!!!!!!!...

Aku kena redha...tuhan dah tetapkan aku di sini...mesti ada hikmah disebaliknya...tuhan juga dah tetapkan aku keje dengan dia....juga mesti ada hikmah disebaliknya. Yang penting...aku kena buat yang terbaik...kata tn haji semalam...pastikan apa yang kita buat "LAKUKANLAH YANG TERBAIK"......di sini tempat aku mencari rezeki...semoga rezeki2 aku di sini berkat dan halal...aminnn..

nak siapkan keje sikit lagi....rasa tak cukup 8 jam aku di sini....

p/s : harap2 keinsafan ini akan bertahan lama...sebab aku ni insaf kejap jer..pastu jadi balik..huhuhuhu




biarlah gambar menceritakan segala2nya
kejadian berlaku pada 27 Februari 2011
Lokasi : Snow House Shah Alam
Masa : 6.30pm-7.30pm

Nak cerita takder mood...tapi nak tepek gambar ada mood.

so that all 4 today...see u soon.

p/s : mereng!!!!

Berpindah Blog

Assalamualaikum... Blog ini telah berpindah ke: wonderfulprimroselife.blogspot.com . blog baru...hidup baru..harapan baru Insyaa All...