Friday, August 05, 2016

Belajar Mengexplore Gugel Translate

Lepaskan dia pergi.
Relakan.
Bila sudah sampai ke titik terakhir,
Akur sahajalah pada aturan takdir.
Apa perlunya kau tahan-tahan sesuatu yang tidak lagi memberikan kebahagiaan?
Lepaskan dia pergi
Biarkan saja tanganmu kosong tanpa isi.
Kerana pada detik yang seketika ini,
Ia harus dipersiapkan untuk sesuatu yang bernama pengganti.
Jadi sudahlah.
Biarlah dia pergi.

Assalamualaikum....salam penghulu segala hari...semoga kita semua mendapat rahmat darinya...

wahhh!!! dah jadi trend...dua hari sekali update blog.  padahal banyak jer draft dalam ni...tapi kena kontrol satu demi satu baru leh publish. 

semalam seharian meeting.  agak kesibukan.  hari ni pun kol 9 nanti meeting.  tapi sementara menunggu waktu keje bermula..meh la update sikit kan.  bosan lak!.

aku tengah mengexplore gugle translate ni....hahahah. agak kelakar kan...baru dok sibuk dengan gugel  translate.  ada la sikit2 patah perkataan yang tengah prektis wat skrip antarabangsa.  nanti nak bercakap sepatah dua takde la..baru nak kalut susun ayat.  ok..now boleh gelak guling2...dah nampak kecuakkan di situ.  i admit it

dah lama2 dok gomen ni...baru terasa..betapa english aku makin hancusssss.
padahal dulu setakat nak mengarang esei...nak siapkan tesis..pejam mata ja boleh dah buat. 
sekarang jangan kata nak wat minit...nak wat karangan sekolah anak aku pun rasa cam tak confident ja..apa nak jadi ni???


Picca semasa attend meeeting di Grand Hyatt...berposing sakan...i loikeeee!!!

tak sabar nak jumpa buah hati dari obersea..nak kena hafal skrip ni..
ok bye!!!..takleh celoteh banyak2..nanti lupa habis apa yang ada....



Wednesday, August 03, 2016

Kesibukan Event Melanda Lagi

SEDIH. Ia memang satu rasa yang tak boleh dielakkan. 

Semua orang mesti rasa. .
Berbahagialah jika kau rasa ujian kau cukup besar, lalu layaklah untuk kau bersedih. Kerana di satu sudut lain, ada orang yang juga bersedih..

tapi hanya atas perkara yang remeh temeh. .

Sungguh.. di saat ada yang sedih kerana suaminya kahwin lagi,

ada yang bersedih hanya kerana pokok bunganya mati. .

Di saat ada yang sedang meraung kerana dirogol ayah tiri sendiri,

ada yang meraung hanya kerana bajunya koyak atau pinggan mahalnya retak. .

Semua orang ada ujian dalam hidup masing-masing.

Bukan soal besar atau kecilnya ujian yang mempengaruhi perasaan tetapi sebesar mana pergantungan kita pada Tuhan. .

Bersedihlah kerana itu fitrah. 

Namun jangan berlama-lama kerana Allah ada. Kita percaya Allah akan bantu kita. . 

Allah akan hilangkan kesedihan yang kita rasa. 


Assalamualaikum and good morning!!!!
Semoga kita semua sihat2 selalu dan dilindungi Allah hendaknya

ku ke udara lagi hari ni...setelah memerah tenaga seharian semalam di KLIA.  Agak sibuk kebelakangan ini untuk memenuhi tuntutan tanggungjawab sebagai pekerja...ibu.  kedua-duanya memerlukan aku membahagikan bukan setakat masa..tapi tenaga yang sama banyak.  di pejabat dan juga di opis...tapi alhamdulillah...aku tetap bersyukur...sekurangnya..aku masih ada kerjaya yang menjadi sumber rezeki ku....masih ada keriuhan anak2 di sisi yang melengkapi hidup aku...syukur padaMu ya Allah.

minggu depan aku akan menghabiskan masa selama seinggu di salah sebuah hotel di KL.  bertugas di dalam mesyuarat menteri-menteri asean...saja jadi tukang sibuk.  kadang2 rasa bersalah juga..tinggalkan anak yang tengah membuat persiapan untuk berjihad dalam UPSR awal bulan depan. tapi itulah...SYMP.  nak tolak masih baru di sini...lagipun kerja ni rezeki aku.  hanya mampu berdoa..semoga segalanya berjalan dengan baik...dan anak2 aku sentiasa di bawah peliharaanNya.


gambar event semalam...site visit ke KLIA...dari jam 10 pagi sampai 4.00 petang.  keletihan berjalan...hampir 10000 langkah berjalan.  wahhh!!!! secara tak langsung dapat bakar kalori semalam.


trip naik eurotrain ke gate C....memantau dan mengenalpasti setiap gate2 yang ada. cuak juga rasa kadang2...mampu ker tak ni!!!!




alhamdulillah...pagi tadi sempat siapkan nasi goreng kampung untuk anak2.  request by 2nd daughter ..aina karmila.  habis dia makan pagi tadi.  gembira hati mama...

sibuk2 jugak..tapi alhamdulillah....tak pernah lagi aku miss out sediakan sarapan..bekalan and makan malam anak2.   semuanya air tangan mama.  harap2 berterusan.

hari ni jam 12.00 tengahari nak kena gerak ke hotel lak..ada sesi taklimat ringkas..harap2 dapat balik sebelum jalan jem...kalau tak..mau kol 8 tak sampai rumah lagi ni.

siapkan keje sikit...sebelum berangkat...

bye!!!









Monday, August 01, 2016

InsyaAllah





Engkau terjaga jam 3 pagi
Lalu engkau berkata 'awal lagi'
Dan selimut itu pun ditarik kembali. 
Engkau terjaga jam 4 pagi
Perut memulas mahu ke tandas
Sesudah itu, 
Tanpa ragu, engkau kembali menyambung mimpimu.

Aduhai! 
Engkau tidak malu?
Waktu itu Dia Yang Maha Agung nun di atas sana turun mahu bertemu
Dia yang memegang segala untung rugi nasibmu
Yang memegang segala kunci rezeki yang engkau cari saban hari
Dia yang memegang nyawamu bahkan penentu kesudahan hidupmu.
Dialah Yang Maha Besar itu
Maha Berkuasa atas segala-galanya
Dan engkau menolak untuk berjumpa? 
Betapa sombong dan angkuhnya! .
.
Bangkitlah wahai diri
Pergilah sebentar menyucikan diri
Tidak sukar, cuma sebentar! 
2 rakaat pun sudah cukup untuk engkau tunduk menyatakan taat, melafaz taubat dan meraih segala hajat!


Assalamualaikum dunia.!!!
Alhamdulillah..dapat lagi aku tuliskan sepatah dua dalam blog ni...setelah 2 hari bercuti menghabiskan syawal yang masih berbaki..memenuhi undangan teman2 dan sedara mara terdekat. 

terkesima membaca kata2 di atas.  hampir sama dengan aku.  saban hari aku sentiasa berhajat untuk bangun menemuiMu...tapi begitulah...sentiasa awal pada pandangan mataku tatkala jam loceng berbunyi..atau terbangun sendiri. 

Teringat kembali semasa aku memerlukan kekuatan dariMu...saban malam aku tanpa segan silu bangun menadah tangan memohon dariMu...

dan saat aku bahagia dan gembira...aku seakan melupakan kenikmatan hening malam saat mendadah tangan..merayu dan memohon dariMu...sungguh aku mengaku....

Sungguh aku manusia yang mudah lupa!!
kadang2 betul orang cakap...
"lebih mudah menjadi orang yang penyabar daripada menjadi orang yang tahu bersyukur"

"Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha pemberi (karunia)”. 






Berpindah Blog

Assalamualaikum... Blog ini telah berpindah ke: wonderfulprimroselife.blogspot.com . blog baru...hidup baru..harapan baru Insyaa All...