Friday, July 29, 2011

Persediaan Raya

inilah hasil tangkapan aku ditengahari tadi sewaktu merendak2 di alamanda. harga cuma rm23 untuk semua barang di atas. murahkan????...barang lelong. bukan selalu nak pakai pun. aku beli jer.....pastu simpan sampai expired. jarang nak bermakeup. konon2 beli ni nak pakai raya la ni...nak pakai eyeshadow pun tak gheti. heheheh. dok menempek kat opis sementara menunggu database yang diimport habis. dah macam opera..


gambar pagi tadi...budak yang suka melawa...nak gi sekolah sikat rambut 14kali...pusing kiri kanan depan belakang...sikat lagik. amik gambar pun kontrol cun...



Thursday, July 28, 2011

Memaafkan kesalahan orang dan meminta maaf adalah perilaku yang hebat dan membahagiakan!


Memaafkan kesalahan orang dan meminta maaf adalah perilaku yang hebat dan membahagiakan! yes!! that’s right!!

Ya, bukan senang untuk memaafkan orang yang telah menyakiti hati kita dan MELUPAKAN perbuatan mereka seolah-olah tiada apa yang berlaku.. ia sangat mencabar..

Tetapi, jika kita ingin berjaya, kita perlu berubah ke arah positif dengan melupakan perkara-perkara negatif yang membelengu diri kita.. buang segala kebencian seterusnya memaafkan serta melupakan kesalahan mereka kepada kita. Dengan itu, diri kita akan sentiasa positif tanpa unsur-unsur negatif yang membelengu..

Mari kita sahut cabaran ini !!!! (^o^)/ MARI MEMAAFKAN DAN MEMINTA MAAF!!

MEMAAFKAN DAN MELUPAKAN..

“Lebih senang memaafkan seorang musuh, dari memaafkan seorang kawan” -William Blake-

Kata-kata ini seringkali kita dengar. Mengapa lebih senang memaafkan musuh pula, dari memaafkan seorang kawan? hmm… hakikatnya org yg kita kasihi, sayangi dan percaya lebih kita berasa hati berbanding yang sebaliknya betul tak kawan-kawan? Hati manusia itu lumrahnya lembut dan mudah terasa. Kita tidak kenal musuh, jika mereka melakukan kesalahan kita terus boleh memaafkan. Tetapi apabila seorang kawan yang anda kenali hati budinya, kasih dan sayang padanya, jika melakukan kesalahan pastinya kita merasa terluka yang sangat dalam.

Pakar motivasi mengatakan orang yang dapat menyahut cabaran memaafkan orang lain adalah ORANG CEMERLANG!!!

Orang cemerlang memaafkan kesalahan orang yang bersalah padanya, walau sebesar manapun jua kesalahan yang dilakukan. Kenapa? Sebab jika tidak memaafkan, dendam akan berkumpul di dalam hati, seterusnya mengikis motivasi.

Orang cemerlang suka memaafkan kemudian melupakan, seolah-olah tiada apa yang berlaku. Sikap suka memaafkan mengambil masa untuk diserap menjadi sikap semulajadi. Namun dengan amalan berterusan, Anda mampu menjadi seorang pemaaf sama seperti orang-orang cemerlang ini.

Memaafkan lebih baik dari berdendam. Anda senang jadi bersemangat dalam apa jua perkara.

Dalam Islam juga menitik beratkan hal-hal pergaulan sesama manusia..kita tidak boleh terasa/tersinggung dengan orang lain terlalu lama.Atau dalam kata lain, kita tidak boleh menyimpan dendam.

Kenapa kita tidak boleh berbuat demikian?

Ini kerana Allah SWT itu Maha Pengampun.

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [39:53]

Jika Allah SWT yang Maha Berkuasa sendiri sedia mengampunkan dosa setiap hamba-Nya yang telah berdosa yang menyedari kesilapan mereka, tanpa mengira kecil atau besar kesilapan mereka, kenapakah pula kita hamba biasa yang hina ini tidak boleh membuka hati memaafkan kesilapan orang lain?

Ya, memanglah mencabar untuk kita memaafkan kesilapan orang lain. Ada sesetengah dari kita ini hatinya kecil. Tapi, janganlah sampai berbulan-bulan hingga ada yang bertahun-tahun berdendam.

Sesungguhnya memaafkan dan melupakan itu lebih baik dari berdendam.

Anas Radiyallahuan mengkhabarkan, bahawa pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, “Bahawa Allah berfirman maksudnya;

“Hai Bani Adam, selama engkau berdoa dan berharap terhadap-Ku, Aku ampunkan bagimu apa yang telah terjadi daripada kamu dan tidak Aku hiraukan betapa banyaknya.”

“Hai Bani Adam, andaikan dosamu memuncak ke langit, kemudian engkau meminta ampun kepada-Ku, Aku ampunkan bagimu dan tidak Aku hiraukan betapa banyaknya.”

“Hai Bani Adam, seandainya engkau datang kepada-Ku dengan membawa dosa sepenuh bumi asalkan engkau tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu pun nescaya aku isi semua itu dengan pengampunan.”


Di sini dapat kita lihat, betapa Allah SWT itu Maha Pengampun.

Jadi, kita sebagai hamba yang lemah, hendaklah bersedia mengampunkan kesalahan orang lain. Jika kita memaafkan kesalahan orang lain, ini bermakna kita tidak membenarkan emosi dendam itu menguasai kita. Dan akhirnya, kita akan berjiwa tenang.

Selain itu, sikap berdendam juga (yang memutuskan silaturahim) tidak baik hal ini kerana Allah melarang kita memutuskan silaturahim. Apabila sesuatu itu diharamkan Allah SWT, itu bermakna sesuatu itu haram.


Memang susah untuk kita berbaik-baik dengan seseorang yang telah melukakan hati kita itu. Tetapi, cukuplah dengan kita tidak berdendam dengannya, melemparkan senyuman apabila berselisih dan yang paling penting tidak berniat memutuskan silaturahim dengannya.

Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. [4:1]

(Iaitu) orang-orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya, dan memutuskan perkara yang disuruh Allah supaya diperhubungkan, dan mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi. Mereka itu ialah orang-orang yang rugi. [2:27]

Rasulullah SAW juga menuntut kita bermaaf-maafan.

“Seorang muslim adalah saudara bagi sesama muslim ,kerana itu janganlah menganiaya,jangan membiarkannya teraniaya dan janganlah menghinanya.Taqwa tempatnya disini!Sambil baginda menunjuk ke dadanya sebanyak 3 kali.Alangkah besar dosanya menghina saudara sesama muslim,setiap muslim haram menumpahkan darah saudara sesama muslim.Haram merampas haratanya dan haram mencemarkan kehormatan atau nama baiknya” [Hadis Riwayat Muslim].

“Yang bernama hebat bukanlah orang yang banyak menjatuhkan lawannya,tetapi orang yang handal dan sejati adalah orang yang sanggup menguasai dirinya ketika marah” [Hadis Riwayat Muslim]

dan pelbagai lagi hadis yang menunjukkan sikap berdendam dan memutuskan silaturahim itu adalah dilarang dalam Islam.

Kesimpulannya, jika kita mengharapkan Allah SWT memaafkan kesalahan kita yang besar, bagaimana kita tidak boleh memaafkan kesalahan orang lain?

Ya, mungkin kesalahan orang lain itu terlalu besar bagi kita untuk dimaafkan, tetapi cuba kita belajar memaafkan dan melupakan perkara tersebut. Anda akan merasa kesannya kepada jiwa anda selepas anda mula memaafkan mereka. InsyaAllah.

CARA-CARA MELUPAKAN KESALAHAN ORANG YANG MENYAKITKAN HATI KITA

  • Tutup buku lama, buka buku baru

Yang dulu tu, dululah. Lupakan. Yang sekarang, sekarang.

Anggap perangai orang yang menyakitkan hati kita tu sebagai ‘cerita lama’ kerana ia berlaku di masa lepas (masa yang lama) dan sudah pun berlaku. Tak menyumbang pada kemajuan diri kalo diingat selalu.

Kita kena bukak cerita baru di masa kini (masa yang baru) dan elak untuk cakap balik cerita-cerita lama. Jadikannya sejarah hidup sahaja.

  • Hari ini adalah lebih baik dari hari kelmarin, dan hari esok adalah pemulaan hari baru yang membahagiakan

Jangan tarik balik keburukan lalu ke masa kini kerana ia akan mencemarkan kebahagiaan yang kita nak rasai pada hari ini, pada masa kini. Nak berjaya, kita perlu sentiasa bersemangat. Nak sentiasa bersemangat, kita perlu sentiasa gembira.

Kita akan jadi tidak gembira apabila kita selalu ungkit balik cerita-cerita di masa lepas, iaitu cerita lama kita. Maknanya, masa depan kita pun tak ada guna kalo macam tu sebab kita selalu ungkit balik cerita yang dah lama. Kesannya, tak majulah kita.

Jangan pandang belakang (ingat balik masa lalu) walau seburuk manapun situasi yang berlaku di masa lalu. Masa lalu biarlah kita tinggalkan supaya kita dapat membentuk masa depan yang lebih gemilang buat diri kita.

tiap kali ingatan kita terputar balik ke masa lalu, sebenarnya minda kita sedang memerangkap kita. Kita kena menguasai minda, bukan kita yang dikuasai minda melalui mainan emosi kita sendiri.

  • Teguhkan pendirian dan matangkan pemikiran

Fikiran yang matang adalah fikiran yang dikuasai oleh rasional, bukan dikuasai oleh emosi. Fikiran kita ni bila dikuasai oleh emosi dan kita pun bercakap jadi agak beremosi, kesannya kita rasa sukar untuk melupakan kesalahan orang yang menyakitkan hati kita, walaupun cuma kesalahan kecil. Untuk mematangkan fikiran, Anda kena kawal emosi.

Setiap hari, latih diri untuk mengawal emosi dan elak untuk berkata dengan penuh emosi. Kawal rasa nak marah, kawal rasa geram, sakit hati serta perasaan-perasaan lain yang serupa dengannya kerana dengan mengawal semua emosi tu, kita sudah melatih diri untuk sentiasa berfikiran rasional, bukan befikiran emosional.

Alhamdulillah, lega dah memaafkan orang lain kan… jadi, bila kita melakukan kesilapan dan kesalahan perlulah kita buang ego jauh-jauh dan memohon maaf. Kita manusia yang tidak sempurna, begitu juga orang lain, memaafkan dan meminta maaf adalah motivasi hidup kita supaya redha, sabar dan tidak mementingkan diri sendiri.

MEMINTA MAAF

Meminta maaf atas kesilapan adalah manifestasi kematangan dan rasa tanggung jawab seseorang. jika kita telah melakukan kesilapan dan kesalahan yang melibatkan hubungan kita dengan Allah dan manusia, sebaiknya menyatakan kemaafan itu adalah lebih baik dan bertanggungjawab.

Takut melakukan kesilapan? kita perlu ingat.. semua manusia akan melakukan kesilapan. Ya, memang kita tidak mahu melakukan kesilapan, ia membuatkan kita kecewa dan sedih. Oleh itu kita kena lah belajar dari kesilapan kita, jadikan kesilapan itu satu pengajaran dan pengalaman hidup supaya kita lebih berhati-hati dalam setiap langkah.

Kesilapan adalah fitrah kehidupan, orang yang berjaya adalah orang yang belajar dari kesilapan dan bangkit dari kegagalan!

Belajarlah dan carilah ilmu supaya kita tidak mengulangi kesilapan yang sama. Orang yang tinggi diri (merasa dirinya bagus) dan sombong memang susah untuk belajar dan mendapat ilmu. Rendahkan diri anda untuk kebaikan dan menadah ilmu dari orang-orang yang berilmu, insyaAllah ilmu itu berkat.

Usah terasa hina dan malu untuk memohon maaf, kerana ia adalah dituntut jika melakukan kesilapan dan kesalahan. Selepas itu, jangan lupa bertaubat (tidak mengulangi kesilapan) dan belajar dari kesilapan itu.

Jika kesilapan itu tidak melibatkan orang, simpanlah sebagai rahsia hidup anda. Dan berusahalah kearah pembaikan supaya kesilapan itu tidak berulang. Jika melibatkan orang lain, cuba sedaya upaya memohon maaf dan berterus terang dengannya supaya tidak menjadi semakin besar dan rumit.. berusahalah perbaiki kesilapan tersebut supaya tidak bertambah parah. dan yang paling penting kenalah belajar supaya tidak berulang.

KELEBIHAN RAMADHAN


Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Biografi

1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.

2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani

3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.

Wednesday, July 27, 2011

Checkup day



Hari menghantar kereta ke klinik untuk checkup.  Lepas checkup aku kat klinik jameaton...giliran kelabu ku sayang plak checkup. Nampak macam takder masalah. Biasalah kete ni kete aku jer...jarang guna utk famili. Hehehe. So, mileage pun tak banyak walaupun dah 2 tahun. Cuma tayar ja la kot nak kena tukar. Sebab dah 2 tahun....wajib ker tukar??

Posted via Android

Wordless Wednesday

Dia berikan aku kesakitan, tetapi Tuhan berikan aku penawarnya.

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

semoga kalian turut mendoakannya...aminnn

Tuesday, July 26, 2011

Puteri-puteriku

en3 adalah menceritakan perihal kejadian minggu lepas. takder yang menarik...cuma nak letak gambar...kenang2an.


ain...membeli belah di JJ Equine. Dengan skrit kembangnya...kasut sekolahnya..beg tangannya(hehehe) sedang membayar kuih yang dibeli. macam makcik2 plak aku nengok.


pastu singgah di APT Hair Salon...gunting rambut. Lupa plak nak snap picca baru ain dengan rambut baru yang makin bulat.



sewaktu ain menggunting rambut, aina pulak sibuk berposing dengan aku. rambut aina, cina tu kata tak payah potong. nanti dipotong makin kembang pulak jadinya. so, simpan dan ikat jer nanti. nak buat camner..ikut rambut aku.

Sekian, en3 hari ni.

Monday, July 25, 2011

Benci!!!

tiba2 aku rasa aku benci sangat pada seseorang itu..
sungguh benci..
walau aku tahu ia berdosa...tapi aku tak tahu kenapa..
kebencian itu bagai meluap2..

sesungguhnya aku benci dia..
dia sudah tidak wujud lagi di dalam hati aku..
dia sudah mati...
mati disaat dia melukakan hati aku untuk kesekian kalinya...

pergilah..
pergi jauh2 dari hidup aku..
usah ditoleh lagi..
kerana aku juga tidak mahu mengumpul dosa...
kerana membenci kamu..

Sunday, July 24, 2011

Menjaga orang2 tersayang


Salam semua...

2hari tak hapdet. Dua hari aku tak mencatatkan apa2 didiariku ini.  Agak sibuk. Hari jumaat, aina demam panas tiba2 disusuli dengan batuk dan muntah yang berpanjangan. Aku terpaksa cuti kecemasan.... menjaga anak yang sakit...pahala besar kan??..

Hari sabtu pula aku berkampung di PUSRAWI...menyambut kelahiran anak saudara baru.  Ya, kakakku selamat menjalani pembedahan jam 8.30 pagi...bertarung nyawa melahirkan zuriat untuk menyambung generasi suami tersayang.....semoga suami menghargai pengorbanan si isteri.

Hari ni..masih di PUSRAWI. membantu mana yang patut. Mana tahu..nanti2 giliran aku pulak...so, giliran kakak aku pulak menjaga aku..

P/s : ada berita gumbira...akan ku khabarkan nanti ya...

Posted via Android

Thursday, July 21, 2011

Ujian itu..

hari ini...detik ini...
aku bangkit dengan semangat baru...
aku ingin buang perasaan duka itu jauh2..
akan aku lemparkan jauh ke laut dalam..
biar yang tinggal hanya aku..hanya aku..hanya aku..

Ya...Ujian itu hanya hadiah dari Allah...
setakat untuk menguji keimanan mahkluknya..
dan aku sama sekali tidak akan mengalah..
kerana aku yakin...Allah akan tetap bersamaku..
waktu susah atau senang..

aku akui...
Ujian ini makin mendekatkan aku pada Allah..
mungkin ini petunjuk pada kealpaan aku selama ini...
mungkin juga ini penghapus dosa2 kecilku..
dan mungkin ini caranya untuk tuhan menyedarkan aku...
dari kelalaian..

Oleh itu ..

"Ya Allah, aku memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasanaanMu juga aku memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan aku tidak mengetahui apa2. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan aku ini baik untuk aku dan agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan ini buruk untukku, di dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik sahaja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu"

p/s: hanya Dia yang tau apa yang terbaik untukku...aku pasrah.

Wednesday, July 20, 2011

Perempuan yang Baik Untuk Lelaki yang Baik







Soalan:
Sering terdengar dakwaan lelaki yang baik untuk wanita yang baik dan demikianlah sebaliknya. Apakah maksud “baik” dalam dakwaan ini kerana kadangkala apa yang berlaku amat berbeza?

Sima, Kuala Kubu Baharu, Selangor.

Jawapan:
Dakwaan ini sebenarnya berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji. Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik". [Surah al-Nur, ayat 26]

Maksud “baik” dalam ayat di atas merujukan kepada sifat secara keseluruhan yang menonjol pada diri seseorang seperti kejujuran, kesopanan, kerajinan, banyak melakukan amal shalih dan sebagainya. Namun sebagai manusia, di celah-celah kebaikan yang banyak menonjol akan tetap ada kekurangan. Maka kekurangan dan kelemahan ini tidak membatalkan kebaikan mereka yang banyak, sebaliknya menjadi cabaran untuk memperbaiki dirinya.

Merujuk kepada kehidupan sebagai pasangan suami-isteri, maka hendaklah setiap individu memilih bakal pasangannya yang baik. Akan tetapi di sebalik kebaikan itu tentu wujud satu dua kekurangan dan ini bukanlah sesuatu yang berbeza lagi menyelisihi ayat 26 surah al-Nur di atas. Sebaliknya ia menjadi cabaran kepada setiap pasangan untuk saling memohon maaf, memaafkan dan berusaha untuk memperbaiki kekurangan itu secara bersama.

artikel tahun 2009

Orang kata " nak jadi baik..kena hidup dalam kelompok orang yang baik...tapi kalo dah 44 hari bersetongkol dengan kelompok jin...maka jin lah kita lepas tu".

aku taknak jadi jin..walaupun aku bukan orang yang baik...tapi aku berusaha membaiki kekurangan aku.

yang jadi jin tu lantak dia la nak jadi jin...tak koser aku nak ulamak kan dia balik. pandai2 la bawa diri. pandai-pandailah selamatkan diri. sapa suruh terjun dalam lubang taik yang sama berkali2. tu namanya tak serik2. orang terjun sekali jer dah lari dah. kalau boleh jalan tu pun taknak lalu dah. ini...dah jatuh berkali2...dok ikut situ jer...buta mata buta hati.

emotional plak hari ni kan...ada aku kesah!!!...tak kisah pun.





Alone



Apa La Sangat Sakit Ini..

Sakit belakang..
sakit kaki...
sakit badan..
banyak betul sakit hari ni..
harap2 esok dah tak rasa..
tapi lagi sakit..bila datang dari hati..
rasa pedih menusuk kalbu..
(terima kasih sebab hadiahkan aku sakit2 ni...)

apa la sangat sakit aku..
ramai lagi orang diluar sana yang sakit...
malah lebih teruk dari aku..
sekurang2nya sakit aku bernilai tinggi..
(aku jer yang paham k)
sekurang2nya aku melalui banyak fasa kehidupan..
aku merentasi banyak persinggahan..
aku mengecapi banyak pengalaman..dan aku membina kekuatan diri..
orang lain adooo?

dulu..aku mungkin terlalu baik..
mengharap dan memberi..
agar peluang itu ditebusi dengan perubahan...
tapi...bila ia dikhianati sekali lagi..
terasa hati seperti mati untuk memberi..
terasa hati semakin membenci..
terasa hati tiada lagi rasa untuknya..

hidup ini banyak pilihan...
mengapa kita mesti memilih jalan yang satu..
padahal..cabang2 lain begitu banyak didepan kita..
kita takut untuk mencuba...malah merelakan diri dihina..
tapi itu dulu..sekarang tidak lagik..
akan aku rentasi segala dugaanMu..
kerana aku pasti..
KeadilanMu yang Satu.

Tuesday, July 19, 2011

KALAH DAN MENANG


Hidup ini satu permainan
permainan yg menentukan kalah dan menang
permainan yg boleh jadi kalah tapi gembira dan puas
permainan yg menjanjikan kemenangan tapi ada rasa gembira dan sedih
terpulang kepada pemain..
bagaimana mahu menang ..dan bermegah
bagaimana kalau kalah tanpa malu

kerana..apa yg telah ditakdirkan untuk kita
ada sebab dan musibabnya..
terima segala permainan yg diaturkan dgn hati yg terbuka
siapa kalah
siapa menang..

bukan penentu
pada semangat dan kekentalan hati pemain

menang atau kalah..
terpulang pada percaturan permainan..

kalau kau menang mendapat trofi itu dgn cara yg kejam
kau tenang?
BAHAGIA?bahagia itu ada pada ketenangan dan kepercayaan
kau menang..tapi hidup kau dikawal
kau menang..tapi kau ragu2
kau menang..tapi kau takut
kau menang..tapi kau makan hati
kau menang...tapi hidup kau penuh dgn tipu muslihat
kau menang..tapi hati penuh dendam

hanya jawapan ada pada kau...
sebab kau pun tahu, dia pun tahu...
sebab kau pun tahu...Keadilan Yang Satu..

Bagi pemain yang kalah..
kalah dalam ketenangan..
kalah dalam keredaan
sebab ketenangan dan ketabahan itu yg penting
siapa pun dia..dia tahu..
dia menang akhirnya dalam percaturan kerana trofi yg tak berharga itu
dia pulangkan pada org yg terdesak memerlukan..

itu kemenangan bagi pemain yg kalah..
berkorban utk memberi kemenanga pada org memerlukan...

Keadilan dan Janji Allah SWT

ada sepasang suami isteri, suami buat permohonan nak bercerai.

Hakim tya..awak faham saman yg awak terima
Isteri: Faham
Hakim : kamu dah fikir masak2 nak ceraikan isteri kamu ni
Suami : ya tuan hakim
Hakim : kenapa?
Suami : isteri saya bersekedudukan dgn lelaki lain.
Hakim : kamu ada anak?
Suami : ada, 2 org..
Hakim : betul , kamu dh nekad nak bercerai..
suami : (diam...dekat seminit)
hakim : sy tya kamu..betul kamu nak ceraikan isteri kamu, kamu dah fikir masak2
suami : boleh bagi sy 15 minit masa berfikir
Hakim : bukan 15 minit, 2 bulan pun boleh.
cerai berai ni bukan main2...kamu kena betul2 buat keputusan sbb ni melibatkan masa depan kamu dan anak2.
bila tak dapat buat keputusan buat smbahyang istikarah, hajat..kalau hari ni kamu was2 bermakna keputusan kamu ni keputusan yang dibuat daripada syaitan.

kamu tahu tak kebahagiaan kena dua belah pihak, kalau sorang ke barat, sorang ke timur..ini akan jadi.
kamu ingat org yg bercinta konon cakap sanggup renangi bara api tu akan bahagia .
orang yang kawin kt siam tu akan bahagia..
Orang yang amik suami orang semata -semata kepentingan diri dia akan bahagia
Orang yang tinggalkan anak bini kerana terpandang konon perempuan yang cantik dari isteri dia akan bahagia?

Rumahtangga kepimpinan dia adalah dari kamu seorang lelaki,
kamu sebagai pemimpin yang akan membentuk isteri dan anak2 kamu
Kalau kamu tak dapat mengawal tingkah laku isteri, kamu yang dayus
kalau kamu yang menjaja maruah isteri apa lagi mereka-reka cerita
kamu yang gagal
kamu ingat senang nak jaga rumahtangga.
(tu sebahagian je yg aku ingt..byk lagi hakim nasihat...)

so sekarang kamu nak ceraikan tak isteri kamu ni?

Suami : tuan, bagi saya masa untuk saya fikir semasak-masak nya

Hakim : ok balik fikir..cuba selesai yang terbaik. fikir masa depan anak-anak.
bulan 3 nanti datang balik dgn keputusan yang muktamad.

maka..kes di tangguh.

"aku tertya kenapa Hakim tidak menunding jari kepada isteri yg berlaku curang tadi?
isteri berlaku curang tapi suami masih lagi menyanyangi .
ni suami berlaku curang..aku yg kena cerai..adil kah itu????


dipinjam dari blog realiti sebuah kehidupan rasa menarik dan tertarik.

aku percaya pada Satu
"KEADILAN DAN JANJI ALLAH"

sambil2 ronda blogwalking terjumpa plak blog ni. menarik isi kandungannya. aku bangga bila baca crita tuan empunya blog ni. berani + tabah + menten anggun. hidup kena teruskan..walauapapun yang terjadi. lelaki bukan segala2nya. pinjaman saja dari Allah swt. bila2 masa Dia akan rampas semula. so, kena relax dan tabah.

Renungan Buat Suami Yang Rasa Isterinya Kuat Berleter....

Ada tak isteri yang tidak berleter? Susah menemukannya. Bahkan isteri Khalifah sehebat Umar bin Khatab pun sama.Seorang lelaki berjalan tergesa-gesa menuju kediaman khalifah Umar bin Khatab.Dia ingin mengadu pada khalifah, tak tahan dengan leteran isterinya. Begitu sampai di depan rumah khalifah,lelaki itu terkejut. Dari dalam rumah terdengar isteri Umar sedang berleter, marah-marah. leteran isteri khalifah melebihi leteran isterinya yang akan diadukannya pada khalifah Umar.


Tapi, tak sepatah katapun terdengar keluhan dari mulut khalifah. Khalifah Umar diam saja, mendengarkan istrinya yang sedang gundah. Akhirnya lelaki tersebut mengurungkan niatnya, membatalkan pengaduan isterinya kepada khalifah Umar. Apa yang membuat seorang Umar bin Khatab yang disegani kawan maupun lawan, berdiam diri saat istrinya berleter? Mengapa dia hanya mendengarkan, padahal di luar sana, dia selalu tegas pada siapapun?. Umar berdiam diri karena ingat 5 hal.Apakah 5 hal tersebut?.

1. Isteri sebagai benteng Penjaga Api Neraka
Kelemahan lelaki ada di mata. Jika dia tidak boleh menundukkan pandangannya, niscaya panah-panah syaitan akan terkena pada matanya,membidik tubuh-tubuh yang elok di sekelilingnya. Panah yang tertancap membuat darah bergolak, membangkitkan raksasa dalam dirinya. Sang raksasa dapat melakukan apapun demi terpuasnya satu hal, syahwat. Adalah sang isteri yang selalu berada di sisi, menjadi ladang bagi laki-laki untuk menyemai benih, menuai buah di kemudian hari. Isteri adalah tempat dia mengalirkan berjuta gelora.

Biar lepas dan bukan azab yang kelak akan diterimanya. Dia malah mendapatkan dua kenikmatan, dunia dan akhirat. Maka, ketika Umar terpikat pada lenggokkan penari yang datang dari kobaran api, dia akan ingat pada istrinya, pada penyelamat yang melindunginya dari lenggokkan indah namun membakar. Bukankah sang istri dapat menari, bernyanyi dengan lenggokkan yang sama, malah lebih indah. Membawanya ke langit biru. Melambungkan raga hingga langit ketujuh. Lebih dari itu istri yang solehah selalu menjadi semangatnya dalam mencari nafkah.

2. Isteri sebagai pemelihara Rumah
Pagi hingga petang suami bekerja. Berpeluh. Terkadang sampai menjelang malam. Mengumpulkan harta. Setiap hari selalu begitu. Dia mengumpulkan dan terkadang tak begitu peduli dengan apa yang dikumpulkannya. Mendapatkan wang, beli ini beli itu. Untunglah ada istri yang selalu menjaga, memelihara. Agar harta diperoleh dengan keringat, air mata, bahkan darah tidak menjadi sia-sia.

Ada isteri yang siap menjadi pemelihara selama 24 jam, tanpa bayaran. Jika suami menggaji seseorang untuk menjaga hartanya 24 jam, dengan penuh cinta, kasih sayang, dan rasa memiliki yang tinggi, siapa yang sudi? Berapa pula dia mau dibayar. Niscaya susah menemukan pemelihara rumah yang lebih prihatin daripada isterinya. Umar ingat betul akan hal itu. Maka tak ada salahnya dia mendengarkan leteran isterinya, kerana (mungkin) dia penat menjaga harta-harta milik suami yang semakin hari semakin membebankan.

3. Isteri sebagai Penjaga Penampilan
Umumnya lelaki tak pandai menjaga penampilan. Kulit hitam legam tapi pakai pula pakaian warna gelap.Tubuh pendek malah suka pakai baju saiz besar. Atas dan bawah selalu tak sepadan. Untunglah suami punya penata busana yang setiap pagi menyiapkan pakaiannya, memilih apa yang sesuai untuknya, menjahitkan sendiri di waktu luang, menampal bila ada yang koyak. Suami yang tampil menawan adalah wujud keprihatinan isteri.Tak mengapa mendengarnya berkeluh kesah atas kecekapannya itu.

4. Isteri sebagai pengasuh anak-anak
Suami menyemai benih di ladang istri. Benih tumbuh, mekar. Sembilan bulan istri bersusah payah merawat benih hingga lahir tunas yang menggembirakan. Tak berhenti sampai di situ. Istri juga merawat tunas agar tumbuh besar. Kukuh dan kuat. Jika ada yang salah dengan pertumbuhan sang tunas, pastilah isteri yang dipersalahkan. Bila tunas membanggakan lebih dulu suami maju ke hadapan. Baik buruknya sang tunas beberapa tahun ke depan tak lepas dari sentuhan tangannya. Umar paham benar akan hal itu.

5. Isteri sebagai penyedia Hidangan
Pulang kerja, suami kepenatan. tenaga terkuras, beraktiviti seharian. Dia memerlukan makan untuk mengembalikan tenaga. Di meja makan suami Cuma tahu ada hidangan, ayam panggang masak kicap, sayur asam, sambal belacan dan ulam. Tak terpikir olehnya harga ayam melambung, tadi pagi istrinya sempat berdebat, tawar-menawar, kerana harga melebihi bajet.

Tak perlu suami memotong sayuran, cili dan bawang. Tak pening dia memikirkan berapa ukuran perencah agar rasa sesuai di lidah. Yang suami tahu hanya makan. Itupun terkadang dengan jumlah berlebihan, meninggalkan sedikit saja untuk isteri si tukang masak. Tanpa sedar isteri selalu menjadi tukang masak terbaik untuk suami. Mencatat dalam memori makanan apa yang disuka dan dibenci suami.

Dengan mengingat lima peranan isteri ini, Umar kerap diam setiap istrinya berleter. Mungkin dia penat, mungkin dia lelah dengan segala beban rumah tangga di bahunya. Isteri telah berusaha membentenginya dari api neraka, memelihara hartanya, menjaga penampilannya, mengasuh anak-anak, menyediakan hidangan untuknya. Untuk segala kemurahan hati sang istri, tak mengapa kalifah umar mendengarkan keluh kesah isterinya.

Umar hanya mengingat kebaikan-kebaikan isteri untuk menutupi segala cela dan kekurangannya. Bila isteri sudah puas menumpahkan kata-katanya, barulah dia menasehati, dengan cara yang baik, dengan bergurau. Hingga terhindarlah pertumpahan ludah dan caci maki tidak terpuji. Akankah suami-suami masa kini dapat mencontohi perbuatan kalifah Umar ini. Kalifah umar tidak hanya berhasil memimpin negara tapi juga menjadi imam idaman bagi keluarganya.

Untuk Seorang Isteri Yang Setia..

Di sebalik redup mata mu
Tersimpan satu rahsia
Yang terbuku ruang hati mu
Di sebalik senyuman mu
Tersirat simpulan
Deritanya hanya kau yang tahu

Kau setia menanti
Kau setia mengharungi

Biarpun ribut badai melanda
Kau teguh berdiri
Walau deras angin menderu
Kau tetap di sisi

Setia mu ku hargai
Kaulah isteri yang ku sanjungi
Kerana kaulah bidadari
Mempersemi di hati

Ku doakan agar kau kan bahagia
Ku doakan agar tiada lagi derita
Moga Tuhan kan merahmati mu
Di syurga yang selayaknya
Untuk seorang isteri yang setia

Monday, July 18, 2011

Resepi

hari ni hari membelek resepi....seronok plak buka2 blog2 resepi. maklumler dah dekat nak puasa. ni ler rutin aku. membelek resepi pastu balik masak.

thanks pada blog2 ni...aku suka baca..resepi simple senang nak buat. bahan2 pun majoriti dah ada kat umah, tinggal nak combine2kan jer.

http://mamawandiha.blogspot.com
http://secubitgaramnor67.blogspot.com/
http://www.tiffinbiru.com/

untuk hanilieza cooking pula aku banyak beli buku dia jer. semua jenis aku beli...ayam, ikan, bubur, sambal, daging....hahaha macam2. kang balik nanti nak buka balik. kena prepare nak posa. over betui aku ni.

hari ni plan nak masak asam pedas ikan pari. sedap aku makan kat umbai melaka hari tu. rasanya nak balik masak macam tu la. sedap!!!!!!!.


Tips : Anak Susah Bangun Pagi

Susah betul bila nak bangunkan anak2 aku pagi2. kadang2 kena berperang dulu..kalo kakak tak nangis, adik yang nangis..kalo tak dua2 nangis. nak jumpa hari yang dua2 tak nangis...sebulan sekali pun belum pasti.

so..aku cari2 dalam tenet...tips2 nak mengatasi masalah anak susah bangun pagi...bolehlah nak syer dan baca2...

1. Perhatikan perilaku tidur anak.
Anak yang susah bangun pagi biasanya memiliki perilaku tidur yang buruk dan sebsb tidak mudah mengantuk di malam hari. Tanyakan pada si kecil apa yang menyebabkannya susah tidur. Pastikan anak menghindari minuman yang mengandungi kafein di waktu petang dan malam hari.

2. Pastikan ia tidur dengan kadar waktu yak betul.
Kurangnya waktu tidur anak-anak boleh jadi salah satu sebab mengapa ia susah bangun pagi. Waktu tidur setiap orang berbeza, berikan waktu tidur yang sesuai untuknya. Rata-rata anak-anak kecil tidur mulai dari jam 8 hingga 9 malam. Tempoh tidurnya ialah selama 8 hingga 9 jam juga.

3. Cuba cara yang berbeza membangunkan anak anda.
Untuk sesetengah anak, mematikan lampu merupakan cara membangunkan paling tepat. Cara yang sering digunakan ialah dengan cara mengguncang-guncangkan badan atau menyalakan alarm. Cari cara yang paling sesuai untuk anak Anda.

4. Buat sarapan.
Janjikan sarapan yang sedap boleh jadi salah satu tektik agar si kecil tidak malas bangun pagi . Teknik ini boleh dikatakan sebagai umpan untuk anak bangun pagi. Sebagai contoh katakan pada anak ” Kalau Aiman cepat bangun pagi nanti mama akan buatkan roti bakar letak penut butter dengan jelly” pasti akan menarik perhatian si kecil untuk lekas bangun.

5. Berikan tanggung jawab kepada.
Jika anak susah untuk bangun pagi karena selalu tidur lewat malam, mungkin akibat leka menonton Tv bermain dan sebagainya. Bila lambat bangun lambatlah pergi ke sekolah. Disinilah tanggung jawab ibu bapa memainkan peranan. Hadkan waktu menonton Tv dan bermain. Berikan kerja atau tugasan kecil kepada anak anda sebagai satu tanggung jawab kepada mereka. Tugasan yang diberikan adalah untuk memberikan kepenatan sedikit kepada anak-anak seperti, mencuci pinggan, menyapu sampah dan sebagainya. Ibu bapa pula berilah tugasan yang sesuai mengikut umur anak anda.

Friday, July 15, 2011

Kronologi hari ini



Hurmmm...hari ni amat perit.

Jadual padat

8.45am - 9.40am : mengadap - kena draft minit untuk final accepatance test system seperti yang telah aku jangkakan pada en3 lepas.

11.15am - 12.00 tgh : mengadap - bincang pasal persediaan untuk training sistem...kena buat minit lagi....

3pm - 4.00pm : mengadap - kena marah pasal direktori personal. Padahal bukan aku jaga pun. Salah ja..nak marah aku. Mentang2 aku menten dbase...tapi kalo orang tukar info, takkan aku leh kontrol kot.  Tu yang payah kalo taktau sapa handle. Penin aku.

4.30pm - 5.00pm : mengadap - diskas pasal anak buah aku punya kes. Kena draft minit lagiiiikkkk...

5.15pm -5.30pm : mengadap - diskas pasal sistem...data yang tidak diketahui mana puncanya...then kena hantar minit lagik.

Pas aku hantar...aku chow balik. Kalo tak naya dok tunggu kat opis. Loottiiihhh.

See...mana sempat nak siapkan keje....gambar adalah masakan aku malam ni untuk anak aku. Ikan siakap masak kicap. Kenapa hitam sangat...sebab kicap itu hitam.

Posted via Android

Posted via Android

hidup untuk keje ker...keje untuk hidup???


semalam takder en3....sibuk. kol 9 pagi hingga 12 tengahari aku kena memantau Meet The Customer Day Programme. so, bila memantau..kol 8.30am...aku dah kena prepare everything. habis around kol 12.30tengahari. so..separuh hari dah habis masa kat situ. then kol 12.45 tengahari pecut ke sekolah anak2 aku...jemput diorang balik dari sekolah...the kol 2.30 petang ada miting lagik sampai kol 4.00pm rasanya. dari 4pm sampai ke 5.30pm..masa tu la aku meyetelkan keje2 yang mana ada. tu pun tak habis lagi. sambung hari ni.


benda yang nak disambung untuk hari ini...keje semalam yang tak sempat nak siapkan.

aduan2 yang perlu aku setelkan everyday. yang dalam fail ni sumer dah setel....


en3 aku jarang2 sekali berkisar pasal benda lain..melainkan kerja. pasal jalan2 jarang2 sekali. maybe sebab life aku adalah kerja. sama macam life hubby aku kerja jer. hari untuk berjalan2 cuma hari ahad sahaja. kalo tengok paragraph satu tu...macam tu la aku hari2. kalau takdak miting ker...apa ker...keje lain tetap masyuk...like system development...testing system...nak extraxt data...nak migrate data...itu la keje aku hari2. sampai sekarang masih ada yang tak siap. nak buat macammana...buat ini..kejap kena buat itu..last2 tinggalkan benda yang tak siap. pastu buat balik...lama2 aku pun dah malas. tak tau nak buat mana dulu.

okesss...mau start buat keje..kejap lagi mesti bos panggil pasal final acceptance test untuk sistem aku yang baru siap tu.

p/s : hidup untuk keje ker...keje untuk hidup???

Wednesday, July 13, 2011

Hasil Intipan








penat aku mengendap...anak aku buat tak tahu jer...jeling2 jer dengan ekor mata bila nampak aku.

last2 kami yang berpoya2....hehehe

Pesta Bunga


hari ini...anak bongsu aku akan mengikuti rombongan sekolah ker pesta flora di presint 2 putrajaya.

Pagi2 lagi dah semangat bangun....(lupa nak snap picca)...sampai sekolah makan bihun goreng yang aku masak pagi tadi. then..masa aku babai nak tinggalkan dia kat sekolah tadi..dah siap berbaris. kata cikgunya nak gerak awal..dalam kol 8.30am macamtu. nampak seronok bukan kemain.

aku doakan semoga selamat..dan anak aku dilindungi Allah SWT hendaknya. kejap lagik nak gi mengendap.


Tuesday, July 12, 2011

Pembuka Tirai Psycho


tiba2 aku rasa nak hapdet blog...

why???

pressure dengan hilaian pontianak di pagi hari...terus mood aku menjunam...dari minggu lepas...1st call aku dapat hari2 adalah dari puspawangi..kiranya hari2 aku akan jadi pembuka tirai untuk rakan2 seterusnya. penat bebeh!!!...minggu ni..kiranya dah 2 hari aku jadi pembuka tirai. why aku????...adakah sebab memang keje dia banyak dengan aku..atau adakah bila tengok muka aku jer...terus hilaian boleh keluar dengan merdunya.

mangkuk betul!!!!

bila dipikir2kan balik memanglah keje dia banyak perlukan aku...kenapa???? haaaa!!!!!!! ni nak jawab ni..keraaaaaanaaaaa....boleh dikatakan sumer dia suh aku buat. so, deal dengan aku jer ler. pastu bila tak siap nak marah2 aku. ikut queue ok. kang kalo aku tak layan user dok call...aku jugak yang kena marah. dah layan..sepetang jer tepon aku akan asik berdering dengan call dari obersea mana nak siap keje. nak suh aku stayback sampai kol 10 malam??? sori la..aku ada anak. anak yang bersekolah. dulu boleh la aku ada maid...sekarang dah takder. so, after 5.30pm adalah masa aku dengan famili...so, jangan assume...aku balik umah..sambung buat keje opis. no way!!!. kol 10 malam, mata aku dah lalok beb...ngantukkkkssss giloozzz. sebab apa??? sebab kat opis aku takder masa nak relax2, poya222....8 jam dok ngadap keje jer....otak ligat fikir. boleh tak kalau faham benda ni..benda simple dimple jer oiiiiii!!!!!

malas la nak cakap dengan benda2 wangi yang tak wangi ni....hilai la macam mana pun..aku senyum jer. nak kata aku nak nangis macam acara menangis berkumpulan hari tu??? tak nak dah aku. lagi hilai tu kuat..lagi luas senyuman aku. sound tu dah takder effect dah!!! mangli....

ok...sambung buat keje...kang tak siap keje kena dengar lagi hilaian pontianak tu...

p/s : agak2 kalo anak kita hari2 kita marah..lut tak?
silap2 dia buat bodo jer lepas tu..




Penantian Berakhir



Barang aku dah sampai..rupanya sampai 7hb hari tu lagik..tapi tak diinform oleh si penerima. salah aku pun ada jugak sebab tak telefon tanya...apa2pun..kira ok la..tak delay sampai seminggu.


kan dah dapat....tengok kotaknya...kemas jer kan...lupa nak snap picca masa still berbungkus. gelojoh sangat nak tengok kat dalam. main koyak2 camtu jer....dan di dalamnya adalah...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



dan inilah hasil dalamnya. hehehehhehe.. bau nak try. if ok..continue...if not..balik pada produk lama..



Monday, July 11, 2011

Hidup untuk berkongsi gembira

Dah banyak hari en3 aku asik marah2 jer kan???....apa kata kita relaks2 baca plak en3 ni...mudahan2 kita boleh berkongsi pelbagai rasa...sedih ....gembira....marah...heheh


jom layanzzzz


Punca tekanan pada diri seseorang ialah ketidak-mampuan seseorang untuk berkongsi pelbagai rasa dengan orang lain. Semua mahu dirasai dan ditanggung sendiri, baik suka atau duka, menjadikan orang itu individualistik, ego dan jumud. Sedangkan punca kebahagiaan itu ialah sikap mahu berkongsi dengan orang lain.

Hidup akan lebih bererti jika kita menjadi orang yang bermakna untuk orang lain. Jika anda seorang ibu, pastikanlah anak-anak merasa bertuah memiliki ibu seperti anda. Kuat, cekal, ceria, senang didekati, suka bergurau senda tanpa menjatuhkan maruah diri.

Para pakar jualan pasti sepakat bahawa cara untuk mempertingkatkan pendapatan ialah dengan kemesraan dan senyuman kepada para pelanggan. Para doktor pun pasti mengesyorkan pesakitnya untuk mengamalkan senyuman bagi memberi motivasi, di samping ubat untuk menghilangkan kesakitan.

Al-Quran pula memberi galakan supaya bermesra dengan orang lain, Allah Taala berfirman yang bermaksud, “Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu.” (Surah ali-‘Imran 3:159)

Penawar hati yang paling senang dan seronok apabila melakukannya ialah bergurau senda. Rasulullah SAW pernah mengekori sahabat baginda yang bernama Zahir dari belakang, kemudian baginda bersabda, “Siapakah yang mahu membeli hamba sahaya ini?” (Rasulullah bergurau, kerana Zahir bukan seorang hamba) Lalu Zahir bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah aku ini seperti barang jualan yang tidak laku?” Rasulullah menjawab sambil tersenyum, “Sesungguhnya engkau di sisi Allah bukanlah barang jualan yang tidak laku.”

Senyumlah! Sebagai tanda keredhaanmu atas segala ujian yang menimpa, dan ubat bagi hati yang berduka...

Semoga bermanafaat!

Credit pada Kak Su atas en3 bermanafaat ini....cayang Kak Su.

p/s : blog ini tempat luahan rasa aku...ada marah..geram..gembira dan sedih. berkongsi jugak kan????

Friday, July 08, 2011

Thanks atas Teguran..

Hai!!!..

surprise....ada jugak orang menjengah blog aku ni yer...maklumlah..blog ni ibarat diari aku...tempat pelepasan perasaan...so, segala2nya aku hamburkan di sini..kalo ada yang terasa maaflah yer....

thanks pada cik siti (bukan nama sebenar) yang sudi menegur..tapi cik siti...kira giler lembut aku menengking...compare dengan hamunan yang aku terima dalam miting....kira ok la kan cik siti...??? (lain kali bagiler nama sebenar...senang saya nak jumpa borak2)

selama ni aku cukup berlembut...orang nak hentak..nak komen..nak kutuk...nak blaim sistem sampai hancur pun...aku senyummmmmmm jer...tapi kalo dah menghina...atau bercakap cara kurang ajar...kadang2 kita kena balas juga. ikut jenis lawan..kalo lawan keluarkan pedang...takkan kita nak keluarkan timun. betul tak??? sekali sekali kena bagi buku bertemu ruas...baru best.

kata nak buat mesyuarat/perbincangan..tapi perbincangan apa...kalo satu pihak jer yang bercakap. pihak satu lagi kena mendengar dan mengiyakan. itu ceramah sivik. perbincangan maknanya..kedua-dua pihak kena bercakap. mendengar dan menerima. ini kita jer nak dengar...nak iyakan yang satu lagi dok bercaaaakkkkaaapppp tak henti. kalao cam ustazah bahyah cakap ok gak..ni macam mak tiri bercakap...sampai aku nak bagi penjelasan pun tak sempat...perbincangan apa...tell me!!!!

eh222!!! aku plak teremosianal...nak terfolo plak geng2 tu. baik aku relax...hari ni kan hari jumaat..baca yasin lagi baik...

Thursday, July 07, 2011

Hentaman berbalas!!!



Fuh!!!!!...lega. hari ni hentaman aku berbalas. Tak pernah aku menengking orang sepanjang aku keje kat sini. Aku pun pelik....macammana aku leh tengking orang...(chem ker ni?) Tapi bila kesabaran dah menipis....memang naya la.  Diam aku bukan bermakna aku mengiyakan....sekali aku meletop...amik ko!!!!

Memang aku perli habis2an tadi.  Kata diplomat, tapi nak solve problem macam batak.  Diplomasi la sket.  Takkan la perasan diplomat semua betul kot. 

Ok..berakhir cerita pasal batak2 tu.  Daripada bercakap pasal batak2..baik aku cakap pasal produk baru aku order online ni....dah sehari tak sampai lagi...esok kot sampainya....akan kutunggu!!!!!

Posted via Android

Wednesday, July 06, 2011

Anjing menyalak bukit

Hangin btol aku hari ni...

Dahler kena sembur dengan user bangang...kena tambah perisa plak dengan bos...makin aku angin.

Bos tanya...why aku tak melawan dalam miting tadi?...ello bos..sebelum bos masuk aku dah bagi penjelasan dah okehhh..habis tu dah orang takmo terima...pastu nak ulang2 benda yang sama..buat apa aku nak layan. Macam cilakak! Baik aku balik ngadap laptop buat keje aku yang terbengkalai. Pedulikkan user2 bangang tu..dari bos sampai ke kerani..sumer bangang.

Back to the point...why aku tak jawab...hari2 aku explain okehhh...harrrriiiiii333!. Habis tu apasal nak bangkitkan dalam miting lagik. Tu namanya takder agenda nak cari agenda. Yang bos aku pulak gi layan buat apa. Orang macamtu buat bodoh jer....memang nak tegakkan benang yang basah...dah tak pandai nak tunjuk pandai. Padahal bahagian tu aku rasa tempat himpunan pegawai2 yang tak boleh pakai.

Kalo diorang tak nak guna sistem lagi aku suka...tak payah aku nak menten. Tak payah nak susah2 pikir. Relax. Aku dah berurusan dengan banyak bahagian..tapi bahagian ni aku rasa otak letak kat celah bontot. Nama ja pegawai...tapi fikiran macam bud tadika. Nak manual semua..bagi sistem payahlah..lecehlah. kalo camtu nak kuar duit gi la beratur amik nombor. Buat apa pakai ATM mesin. Bangsa bangang!!!!.

Yang bos aku sibuk nak layan buat apa...bangsa bodoh macam tu bukan boleh layan...tak payahlah sibuk2 nak defend. Buang masa kita ja. Lagipun kalo kita terang 44x pun tetap bodoh juga. Bahagian jahiliah katakan.

Opppsss....aku memang marah tahap gaban ni. Tambah marah bila bos kata "what the hell u dalam miting tu kalo u takleh backup bhgn"....sentap nyah. Bagi aku tak semestinya bertegang urat tu backup bahagian kadang2 berdiam tu lebih baik..biar diorang malu sendiri..nak menyalak tak tentu hala. Bukit tak runtuh pun.

Okesss bos, saya nak cuti seminggu, bos deal la dengan user bangang tu. I malas uuuu....

Wordless Wednesday



Tuesday, July 05, 2011

Tengah pikir nak masak apa!



Anak2 yang girang bermain beskal dalam laman sekangkang kera. Enjoy!! Begitu indah zaman kanak2...balik dari nuseri..main. tak perlu pikir2 nak masak.  Aku sekarang tengah memikir nak masak apa sambil baring atas sofa, tv tengok aku..dan hapdet blog. Multitasking...  


Diari Hatiku

Salam semua...nak update tapi tiba2 jadi malas nak update..becoz takder entri menarik akhir2 ni. asik2 entri kemurungan dan ketensenan aku jer...kang orang baca pun tensen jer. boohsan!!!!

rasanya entri bulanan paling banyak aku pernah buat adalah entri pada bulan jun 2011. dalam 29 entry rasanya. hampir sehari 1 entry. memang rajin. ni bulan julai dah start tahap kemalasan maksima. malas nak hapdet..malas nak blogwalking...malas nak on9. emel, sms, ym pun malas nak balas. memang malas tahap cipan ni.

why aku malas???....pasal apa lagik..pasal cik puspawangi yang mewangi setaman ni la. hilang mood aku...dah 3 hari datang opis kena sergah pagi2. kemon la....baru nak on lappy...terus kena sergah apa cer???!!!... mengong. merudum mood aku..ilang etika kerja...berterbangan things to do aku untuk hari tu. last2 tinggal things to tido jer. baru padan muka.

tiba2 rasa serabut kepala aku. banyak keje bertindan2. lappy plak buat hal. time loading tu jer dah setengah jam...sementara tunggu habis putar2 tu..sempat aku pegi bancuh air segelas. hari ni hantar klinik...checkup. hopefully, pas ni sihat ler..kalo buat hal lagik..aku nak kebumikan dalam bilik bos. padan muka.

okeylah...cau dulu...programmer sumer attend training..bestkan! aku plak dok fenin kat sini. bos kata SA boleh nak gi training...tapi bila bos panggil atau ada keje kena la tinggalkan training. kalo camtu baik takyah masuk. jap masuk jap keluar...buat sakit ati jer. last2..APA PUN TAK BOLEH!

Friday, July 01, 2011

Low Blood and My Berat


Salam Semua...n Mornink All!!!...

today aku datang semula ke opis setelah bercuti selepas terkena tekanan darah rendah yang kata doktor agak kronik..tapi bagi aku biasa2 jer...70/50. kronik ker????

doktor kata kalau bacaan bawah di bawah paras 50...aku berada di paras yang bahaya???...macam tak caya kan? sebab darah tidak boleh dipam ke jantung. masa aku bersalinkan aina dulu..tekanan darah aku drop teruk..masa tu 60/40 kol 4 pagi. tapi aku memang perasan le...masa aku melayang2 nak pitam..terdengar doktor dah suh standby apa yang patut. tapi mujur aku ok. kalau tak sekarang ni aku mesti berada di syurga firdausi...jihad. mati sebab beranak. mati syahiiiidddd.

aku tak tau sangat bab2 tekanan darah ni. mula2 aku takut kena darah tinggi...sebab sakit kepala yang kronik. so, aku gi check. tup2 dok cakap.."u bukan darah tinggi..tapi darah u rendah. so, u kena rehat...dok kat umah..jangan drive sebab anytime u boleh pitam". tapi bila dok umah pun..user call tak berenti222...teringat pulak keje yang melambak kat opis. huhhhh sapa nak jawab kalau aku tak leh siapkan. sapa nak tolong aku siapkan. nobody..nobody eheheeeiiiiii. bila pikir2 balik..dok kat opis pun sama. hari2 kena ngadap. panggilan pulau. so, bila panggilan pulau aku asik kena memikir. macmmana otak nak rest. sometime, aku jeles gak dengan kawan2 yang lain...jarang kena panggilan pulau...boleh buat keje dengan aman. nak keluar opis pun takder sangat orang mencari. aku plak..pantang ilang dari pandangan mata...seksa...azab!!

tapi dah keje kan??? terima ajerlah. ada sebab kenapa Tuhan pilih aku...bukan setakat ujian dariNya...ujian dari panggilan pulau pun termasuk juga. hahahah.


aku nak amik kesempatan nak menunjuk22 berat aku yang dah turun...jom layanzz..sori keluar topik.

berat aku pada 9 Jun 2011


berat aku pada 27 Jun 2011

berat aku pada 1 Julai 2011

so, aku harap dapat capai target aku. heheheh.



Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...