Monday, January 23, 2017

Tanpa Tajuk


Perasaan ini daripada Tuhan, maka hanya kepada Dia selayaknya kukembalikan. Biar Dia saja yang uruskan hatiku.  Sebab aku tak mampu.  Tak mampu.

Kadang, pada suatu fasa, engkau hanya mampu berpasrah. Apa saja Ya Allah. Terserahlah.

Lebih Sempurna

ombak laut, angin bayu
menemaniku dikala terkenang dirimu

manis indah dalam cinta
tak pernah ku sangka kau pergi hanya kerana dia

bertahun sudah kita bersama
hanya dusta sebalik setia
kau biarku derita
menangis di dalam jiwa

kau terluka akulah peneman
kau bahagia aku ditinggalkan
mudahnya kau berubah
sepiku berteman air mata

berlalulah kau masa
aku tidak berdaya
temukannya yang lebih sempurna


Assalamualaikum...alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk mencoretkan sepatah dua kata di dalam blog kesayangan ni..
lirik lagu di atas....lebih sempurna.  Nyanyian syamel..
sedap lagu tu..mengimbau banyak kenangan...sekali sekala dengar rasa sayu.
sekarang ni aku sangat sibuk...every weekend nampak la muka aku kat SESERI tu.  ziarah anak katanya.  tiap kali datang mesti kena masak banyak2.  makan ramai2 kat Gelanggang anggerik sari.  ibu bapa ramai2 bentang tikar...makan bersama2.  ya la kan...seminggu 2 kali jumpa anak.  rindu gileeeeerrrr.   masa dok serumah bergaduh selalu....dah jauh2 rindu pulak kan.
anak sulung masuk asrama...baru 13 tahun.  ibu mana hati tak galau. risau bimbang cuak semua ada.  macammana dia makan...macammana basuh baju..macammana bangun pagi...iron baju..semua ghisau.  tapi alhamdulillah...setakat ni dia boleh lagi survive.  memang pilihan dan impian dia nak masuk sbp...so aku relakan. Mudah2an cita2nya nak menjadi seorang doktor pakar kanak2 satu hari nanti termakbul..insyaallah.  mama sentiasa mendoakan agar kejayaan dan cita2 mu tercapai anakku.
sabtu ahad semalam ada gotong royong kelas ain.  Form 1 adioda.  hari sabtu buang segala sawang dan habuk mabuk kat kelas...then hari ahad baru cantik2kan kelas.  agak penat...tiada weekend untuk berguling2 depan tv dah sekarang ni.  balik rumah..acara mengemas rumah pulak..siap2 kan kelengkapan skolah untuk si Aina dan si ammar pulak.
semoga tuhan sentiasa memberikan aku kesihatan yang baik...untuk terus memelihara amanahNya.  semoga zuriatku terus membesar menjadi insan soleh dan solehah...penyejuk hati mama.
sekian..


Monday, January 16, 2017

Kehidupan!

Meneruskan kehidupan dengan hati yang retak dan perasaan yang terkoyak
Engkau tersenyum persis orang gila yang tidak tahu apa itu luka
Darah sedang menitis dan engkau masih tega tertawa
Entah lucu mengenang kebodohan sendiri,
Entah ngilu rasa dikhianati,
Entah!

Airmata sedang mengalir laju dan engkau terus tertawa lagi dengan lelucon itu yang sebenarnya langsung tidak lucu!
Semua itu silapmu sendiri, ayuh akui!
Engkau sedia punya Tuhan yang Maha Mendengar tapi tetap juga engkau mahu manusia yang mendengar!
Engkau sudah punya Tuhan tempat mengadu tapi tetap juga engkau mencari manusia dan tega membiarkan lisanmu menari sebegitu laju!
Sudahnya apa?
Engkau puas hati?
Engkau fikir mereka mengerti?
Tidak!

Bahkan lukamu disirami cuka hingga melolong engkau meraung!

Aduhai! .
Dunia ini hanya perhiasan dan gurauan, mengapa engkau tidak faham-faham lagi hakikat ini?
Engkau hanya mampu berkongsi tawa dengan manusia, tawa itu tulus atau palsu, peduli apa?
Tertawa saja!
Tapi dukamu, simpan!
Telan!
Jangan pernah engkau luahkan!

Manusia itu mukanya dua, di depan engkau sama, di belakang engkau berbeza, apa engkau masih mahu percaya?
Engkau fikir engkau bersungguh, namun sebenarnya engkau bodoh!
Ah! Engkau memang sebodoh-bodoh manusia
Engkau percaya.

Dan sesudahnya,
Engkau terluka.






Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...