Thursday, June 28, 2012

Tugas Saya Hari Ini

Hari ni aku nak bersantai gedik...
Tak perlu mop lantai..
Tak perlu sapu sampah...atau buang sampah..
Tak perlu mengemas...
Aku nak layan galaxy tab sampai lebam..
Sampai bateri padam..

Hari ni maid mingguan ku datang bersihkan umah...
Lega..

Tugas aku hari ni...hanya melatih ammar tido kat tilam..
Akan aku usahakan sampai pitam..
Sebelum cikgu cikgu dinuseri hentam anak aku..
Biar aku yang hentam dulu

Ok tata titi tutu...

posted from Bloggeroid

Wednesday, June 27, 2012

Pengunjung

Blog aku ni takderler glamer pun...
Bukan blog cari makan..
Atau blog kumpul duit nuffnang ke be ker...
Sekadar blog kumpul pahala dan dosa sama banyak...bagi seimbang dunia akhirat..
Tapi yang aku pelik ada jer pengunjung dari jawa barat...
Sama gak dengan fb aku..
Ada plak orang jawa nak berkawan dengan aku...
Aku bukannya apa..
Bimbang...
Ntah2 ex vivik aku sedang mengendap..
Dahla pergi tanpa kebenaran...siap aku bagi tambahan saguhati..supaya ko leh balik dengan senyum sengih sampai telinga duit berkepuk dalam beg...
Tapi ko pedajalkan aku..
Balik2 tak timbul2 dah..

Terperasan plak aku...kot dari jawa atau indonesia tu..ampunlah ya(kalo bukan ex vivik aku la) kalau ya....aku tak hampunkan ko..bak balik duit saguhati aku tu!!!!

posted from Bloggeroid

Result exam ain


Result exam ain bulan mei 2012. Alhamdulillah....ni baru anak mak. Kalau ada B jadi anak pak sekejap ya.

posted from Bloggeroid

Ibu..engkaulah ratu hatiku

Hari ni tetiba jer aku rindukan mak aku..bukan sikit2 tapi sangat2.
Bukan aku saja yang rindu...semalam ain pun ckp.."kakak rasa nak suh atok datang sini la"
2 minggu lepas aina pun cakap benda yang sama.
Kenapa ehh!!!!

Rasa cam nak balik kampung.
Minggu depan jer pun cuti aku berbaki...
Pastu dah naik kija.
Kalo minta cuti lagi harus ku kena maki..
Oh tidak!!!!

Nak tak nak weekend ni jer le yang ada..
Untuk aku melepaskan kerinduan di.dada..
Tapi perlu juga dapat permission dari kekanda...
Takut kang terjadi plak istri durhaka..
Ewaaahhhh..jadi gurindam seloka pulak.
Tapi nak balik naik apa?? Kalau kekanda tidak memandu kereta...

Oh Tuhanku...lindungilah ibuku di mana sahaja dia berada..
Walau sedang bermesyuarat tingkap dirumah bonda sedara..
Jauhkan ibuku dari malapetaka..
Agar kami dapat berjumpa di hari raya...

Wahhh sadisnya. Key ell jer pun....bukan amaaarrriiiccca.

Ibu...ibu...engkaulah ratu hatiku.

P/s : bila beranak ramai..baru tau kesabaran ibu seampuh mana

posted from Bloggeroid

Tuesday, June 26, 2012

aku respek wanita berpendidikan tapi sanggup jadi surirumah sepenuh masa

Morninkkk all!!



Hasil perahan pagi tadi kol 8. Ekceli 2 botol..tapi yang sebotol tu aku lupa nak snap. Alhamdulillah...murah rejki ammar. Kesian kakak2 dia dulu..tak sempat merasa macam ammar rasa. Aina aku sempat susukan 2 bulan jer...tu pun campur2. Ain pulak dari awal lahir dah start campur. Susu taknak keluar. Kat hospital pressure...asik kena marah dengan nurse jer. Susu sentot. Takmo kuar.



Taraaa!! Dinner malam tadi. Lauk kegemaran laki aku. Kalo suh dia gi pasar jer...harus bawa balik 3 siakap. Maka sebagai isteri mitali maka haruslah aku memasak lauk kegemaran dia. Aku masak..tapi aku tak makan sebab diet. Huhu. Tahan juga perut aku dengan nafsu makan ni.



Keseluruhan dinner malam tadi. Yang lain sumer cam karton.

3bulan aku dok umah bercuti...baru tau betapa penatnya jadi surirumah ni. Memang penat. Subuh lagi aku dah bangun...ammar jadi jam loceng. Pas susukan dia...turun bawah masak untuk bekpes...solat.. Pastu siapkan anak sekolah. Pas diorang gi sekolah...bermula lah acara mengemas. sapu sampah..lap lantai..kemas diorang punya bekpes yang bersepah2..basuh baju.part ni ok sket sebab takyah sidai.. aku main dry jer. Elok siap semua..ammar pun bangun. Mandikan dia..kasi susu...main2 sket...kasi lena. Ingat leh relax la kan..jangan harap...nak kena masak plak. Kejap lagi aina balik sekolah nak makan. Dah siap masak aina pun sampai. Bila dia dah smpai jangan harap la nak tergolek. Ko keje la sampai ke malam. Masa entry ni aku taip..tangan aku sedang menghayun buaian...kejap lagi aku nak goncang plak dunia ni. Hihu.

Aku respek la wanita yang berpendidikan tapi sanggup menjadi surirumah sepenuh masa.

posted from Bloggeroid

Saturday, June 23, 2012

Bosan Di Petang Sabtu

taraaaaa..babu. dah tukar background..tak cantik kan???takper lenkali naik keje ejas balik.

aku tengah menggodek lappy...si ain pun sama dok menggodek lappy dia..kejap2 minta nak buat akaun fb...kejap2 minta nak buat blog sendiri. sibuk sungguh. budak2 sekarang ni tak boleh didedahkan sangat dengan blog2 cenggini. nanti jadi cam anak sedara aku...baru tingkatan 3 dah pandai segala cintan cintun. aku dok baca status fb dia...sat2...

"i love u"
sat sat
"aku cinta kamu sorang"

pastu status..jap2 tukar in relationship...esok tukar plak single. nampak cam bahagia balik tukar plak in relationship. nasib baik tak jadi married..kalo tak pengsan aku.

ni ain ni...sapa suh aku bagi dia lappy sebijik. dah pandai menggodek gugel...konon2 untuk sekolah. sekarang ni homework bukan main...sumer kena cari kat tenet. pastu nak print pulak. macam2.

nak chow dulu..selamat 3 movie aku donlod...walaupun banyak coobaannya. nak siapkan ammar pulak.

BosaN

aku dah bosan dengan layout blog ni...tapi sesungguhnya aku sudah tidak gheti untuk menggantikan template blog. dah lama tinggal. nak godek makan masa....kang si tecit bangun...blog taksempat siap...tunggang langgang.

Friday, June 22, 2012

Lunch

Menu lunch ni...
^
^
^
^


Dasar pemalas. Nasi kunin, sambal udang, ayam goreng crispy. Makan sampai buncit.

P/s: dinner ni aku nak masak apa la pulak...jom gugel cari idea.

posted from Bloggeroid

Kesah Seorang Budak Tecit

Lagi 17 hari...
Berdegup jantung...minggu depan dah kena start hantar ammar ke nuseri. Lagi 19 hari...aku secara rasminya akan berjaya menjadi ibu yang menyusukan anak secara eksklusif selama 4 bulan. Ya...berjaya akhirnya.



Ini hasil perahan pagi ni. Separuh aka 3.5oz dah selamat masuk peti..selebihnya dah masuk ke prot ammar.




Ebm ammar..dah tinggal sikit. Ada yang aku dah buang. Contohnya cam yang dah dua bulan tu aku dah buang...ada skali tu aku rendam dan bau...pelik semacam jer. Yang ada sekarang ni semua bulan 6 punya. Bulan 5 ammar dah berjaya habiskan untuk sesi training minum di dalam botol. Sekarang dalam usaha untuk menggantikan balik ebm yang dah makin berkurang tu.



Gaya budak nak tido. Segala macam puting aku dah beli..dari pigeon, fiffy, avent, mam dan latest tomme tippie. Semua dia xmo..jarinya jugak yang sedap. Sekarang ni dah tak pakai sarung tangan...lencun dengan air liur dia jer. Pastu tenyeh kat muka sendre...last2 aku togelkan jer tangan tu.

Dari atas tilam..sekarang aku angkat masuk buai...ni yang masih kandas lagik. Kompom cikgu kat nuseri penin pala nanti.

posted from Bloggeroid

Menu Breakfasttt today



Taraaaaa!!!! Simple dan yummy..telur hancusss, sosej dan baked bean.

Sekarang ni aku dah start gugel cari resepi breakfast paling ringkas dan pantas...dan salah satu hasilnya adalah seperti di atas.

Sebelum ni aku asik buat mee goreng, nasi lemak, meehun goreng, cekodok, nasi goreng so, kali ni tukar selera plak. Nak ajar anak2 aku makan makanan yang ringkas dan tak berat sangat pagi2. Tapi ada sorang tu tekak melayu...tak leh nak telan. Nak cari mee goreng gak pagi2.

Alhamdulillah..ain makan 3 keping roti, aina 1 keping. Cukuplah bekalan perut sementara tunggu waktu rehat kat sekolah. Dah start praktis...nanti aku dah start keje...pagi2 kalut.

posted from Bloggeroid

Wednesday, June 20, 2012

Menu Hari Ini

Hari ni hari malas masak. So, inilah hasilnya. Cukuplah untuk anak2 aku lunch balik sekolah ni.


Menu : kari ayam bodos, sawi, sotong goreng tomyam, cili kicap.

Setel.

Menu aku plak : biskut cecah milo...nasi petang2 sket. Kata nak diet kan...haruslahhhh berkorban

posted from Bloggeroid

Menghitung Hari

Lagi berbelas hari lagi aku dah kena naik keje. Berdegup jantung menghitung hari ni...harus bos tengah berdendam dengan aku. Mesti dah berjela2 keje menanti aku..matikkk aku.

So..lagi berbelas hari ni..aku nak pegi bercuti sekali lagi. Kaver siap2 tekanan yang akan dihadapi nanti.

Lagi pening pala bila bab nak menyusu baby nanti. Macammana la nanti aku nak memerah susu...takut takder masa. Miting dah la pagi petang..pastu diskasen.. Pastu lagi sesi luahan perasaan. Jadi gunun kinabalu la nanti nenen aku...

Nanti orang akan cakap..."ala macam die jer sorannngg keje. Pompuan lain pun kejek jugek." nak rasa macammana kami kija..jemputlah berposting ke opis aku ni. Segala miting kena masuk. Dahla tu ada plak giliran mencatit minit mesyuarat. Kalo seminggu satu miting ok jugak..ni boleh jadi 10 miting ko nakkkkkk!!!!. Tu blom lagi presentation english every week ko kena buat. Itu yang aku paling mencikkkk!!!!!. nak prepare jer seminggu tau. Pastu dah cakap kena plak komen..ala2 akademi fantasia. Tensen makkk!!!!

Tapi akhir2 ni aku dah start rindu meja opis aku la..dah rindu kerusi malas aku...dah rindu bunyi ringing tepon...rindu kat kawan2...tapi malas nak jumpa bos. Boleh cenggitu????

P/s: pastu akan bermula la kehidupan aku yang akan menjadi semakin kalut.

posted from Bloggeroid

Tuesday, June 19, 2012

Perasaan 'ITU'



Ammar dah melangkah setapak kedepan. Alhamdulillah...

Masih ingat lagi saat ammar dimasukkan ke wad ar raihan...pusrawi gara2 acute bronchitis.

Masih terngiang2 bila doktor mengarahkan supaya ammar diberi bantuan pernafasan...

masih aku ingat lagi saat2 muka ammar biru tatkala nafasnya terhenti sebelum ditepuk belakangnya dengan kuat oleh doktor.

Masih aku ingat...aku menahan kereta orang ditepi jalan pada tengahmlm...waktu hujan renyai...kala kereta aku rosak sambil mengendong ammar untuk ke hospital.




Ammar...saat dia bertarung untuk bernafas...



Saat ini ammar tidak mampu lagi untuk menghisap susu..maka air dan segala ubat2an dimasukkan melalui kakinya.

Aku tahu ramai lagi ibu diluar sana yang merasa apa yang aku rasa...malah ramai yang lebih teruk dari aku...tapi aku telah diberi nikmat untuk merasa perasaan takut kehilangan...ya sungguh takut. Disaat itu hanya kekuatan hati..ketabahan...dan doa yang tak pernah putus padaNya aku lakukan. Semoga anak2 aku...sentiasa dilindungi olehNya.




Wajah ammar yang kembong gara2 air yang dimasukkan ke dalam badannya.



Ammar sekarang. Semoga kau membesar dengan sihat anakku. Cukuplah sekali aku merasa perasaan 'itu'. Semoga aku tidak akan merasainya lagi.




3 orang permata hati...anugerah Tuhan untukku....aku sanggup kehilangan apa sahaja..tapi bukan anak2ku.



P/s : apsal en3 sedey tetiba ni...sambil menatap wajah ammar saat dia sedang nyenyak tido

posted from Bloggeroid

Sunday, June 17, 2012

AinA

Entri di pagi hari buta..

Sedihhh...
Sejak akhir2 ni aku selalu marah2 kat aina..adakala sabar aku hilang dengan karenah dia. Tambah2 lagi sejak kehadiran ammar...dia selalu buat perangai yang menyebabkan suhu otak aku mencecah lava gunung berapi. Kejap2 dicampaknya baju ammar..bantal...disepaknya baju yang aku lipat. Fuhhhh!!!...cair ais kutub utara time tu. Mendidih.

Ada sekali hari tu dia menangis hampir sejam perlahan2. Bila aku tanya baru dia cakap "mama tak sayang adik..mama sayang kakak dengan ammar saja". Rupanya selama ni dia memendam rasa...mungkin diri rasa terpinggir. Dan malam ni aku mengamook lagi kat dia..pasal menangis kol 12 tghmlm. Tensen aku.




Aina...mama minta maaf kalau aina terasa mama tak sayangkan aina. Demi tuhan mama sayang semua anak2 mama...tak lebih dan tak kurang.

Ya...saat aku menaip entri ini..air mata aku berjurai. Tak sangka seorang budak kecil yang cekal hatinya..boleh berfikiran seperti itu. Mungkin jarak umur 5 tahun antara dia dan ammar juga menjadi puncanya. Sedap bermanja tiba2 ada adik.

Teringat aku masa aku kecik2 dulu. Aku ada 3 beradik pompuan...dan aku yang tengah. Aku pun rasa apa yang aina rasa sekarang. Tapi bila besar...aku tahu...anak yang tengah ni kadang2 kena berkorban. Rasa terpinggir dan kurang perhatian tu memang ada. Tapi mak kita tetap sayang semuanya...cuma hendak beri perhatian serentak tu yang susah.

Bila tengok dia tido sekarang ni...rasa sedih makin meluap2. Patutlah dia makin kurus kebelakangan ni...makan hati berulam jantung rupanya.

Mulai esok..aku kena banyak bersabar...walaupun tercabar.

posted from Bloggeroid

Saturday, June 16, 2012

Almari untuk My Little Hero

Dolu2 masa ain dengan aina aku tak beli almari apa2 pun untuk simpan baju diorang. Cuma sebelum berwanak aku suh en somi belikan toyogo kat giant..yang kalerful untuk sumbat baju diorang. Bagi aku..itu dah cukup cantik. Maklumla..masa tu aku menyewa lagik. Nai beli barang banyak2 pun payah jugak kalo nak pindah nanti.

Tapu sejak dah ada umah sendiri ni..aku tak gemarkan lagi beli barang2 macam tu. Sanggup aku simpan duit bagi cukup dan beli almari yang betul2 almari. So..hasilnya





Tadaaaa..inilah almari ammar. Mula2 nak kaler biru..tapi asik biru jer untuk lelaki..so kali ni en somi pilih kaler putih. Nanti tempek2 la apa yang patut bagi nampak jantan.





Setakat ni...cuma ini sajalah baju2 ammar..Aku x beli banyak pun. Beli sikit2 jer...kang beli banyak2 tak terpakai pulak.





Yang sebelah ni aku letak pampers dengan barang2 yang taknak dipakai. Sementara ni kosong lagi...taktahulah...setahun dua lagik. Kakak2nya pun dah jeles...ammar tak syer almari. Diorang kena syer berdua. Cian diorang.

Bilik ammar nanti..aku tak tahu nak letak tema apa. Kalo boleh taknak letak walpaper katon2 dah. Ingat nak menten kaler putih jer. Pastu terpulang kat dia nak letak apa nanti. Lagipun lambat lagi dia nak tido sendiri. Aina dulu..4 tahun tido bilik sendiri. So ammar 3 tahun aku dah kena ajar. Lagipun anak jantan...tak sesuwaaaiii tido dengan maknya. Nanti mak nak seksi2 payah.

P/s : masih terngiang2 lagi anak sedara aku umo 5 tahun sound
Aku pakai baju tido seksi. Padahal kat umah aku tu.

posted from Bloggeroid

Thursday, June 14, 2012

Sedapnya dia tido

Ammar masih enak dibuai mimpi...dah kol 11 nak oiii. Bangun mandi. Pagi tadi kol 5.45am, ammar bangun poopoo. Dah cuci siap semua...nyusu...tido balik. Aku turun bawah..masak mee goreng untuk sarapan anak2 dan hubby..merangkap bekal ke sekolah. Ammar tido lagi. Dah siap semua keje...kol 10 ammar bangun..nyusu. sekali tengah nyusu..dia tido lagi sampai sekarang.




Penangan malam2 jer taknak tido. Aku dah tersengguk ngantuk..dia ajak deting lagik. Kol 2am kol 3am baru nak pejam mata. Kan dah bertukar waktu siang malam. Sekarang ok lagik aku cuti...nanti naik keje..camna la gamaknya. Dah la diskasyen dan miting tak henti2. Tu tak masuk panggilan pulau lagik. Lebam mata mak ko ni nak oiiii.

posted from Bloggeroid

Monday, June 11, 2012

Training bermula hari ini...

Salam semua...salam pagi senin. Gumbiranya sebab aku masih bercuti dengan riang ria. Korang2 mesti meleleh jer kan nak gi keje hari senin...ater mandei blues. Huhuhu

Hari ni semangat baru...azam baru.nak train si ammar memulakan kehidupan persekolahan. so...pagi2 lagi aku dah standby semua. Basuh baju..mop lantai...sapu sampah...lipat kain..masak. Konon2...kol 9 dah nak kejut dia mandi...sekali ko..tidonya masih ternganga lagik. Tak sampai ati lak nak kejutkan. Kang nak tido balik bukannyasenang.

Lagi 2 minggu aku dah kena ajar dia gi sekolah. Cian dia. Kadang2 rasa nak jadi surirumah sepenuh masa. Nak besarkan anak sendiri. Tapi yer ler....sayang plak nak tinggalkan kija aku ni. Sapa nak bagi gaji riban2. bila memandang masa depan..baik aku kija. Mana tau kan naseb kita nanti. At least ada sumber kewangan yang mencukupi untuk menanggung kehidupan kita sendiri. Fikir anak memang rasa nak berenti keje..tapi bila fikir2 40 kali...demi anak2la kita kena keje. Kang apa2 jadi...sapa nak bela kita kan???...len la ko ada bisnes sendiri. Leh la jadikan sandaran menumpang senang. Aku plan nak buka bisnes la...tp apa yang best sekarang ni...nak buka butik melambak dah...nak buke kedai makan...mcm ler ko terer masak kan...nak buka franchais smart skul....tu best gak tu...dalam pertimbangan sekarang ni. Nanti aku survey apa yang diperlukan...

3 bulan kat umah....rasa badan makin lemau. Nak kata x kija...buat kija jugak. Aku la maid...isteri..ibu. Patutnya dah kuruih la jugak. Ni baru turun 13kilo sejak beranak hari tu. Lagi 6kg mau turun...mampus. Tapi aku yakin aku mesti boleh. Langkah pertama isi air kosong 2 liter dan sila habiskan dalam sehari ni....pastu malam kang tambah lagi 1 liter. Giler kembong air aku pas ni.





Seperti ini. kalau mak aku tengok mesti kena marah. Orang tua2 kan pantang kalo minum air banyak pas beranak. Tapi demi keseeehatan diri..aku langgaripantang itu.




Ammar masih enak dibuai mimpi. Dah ko. 9.30 dah nak oooiii. Bangun la. Rosak azam mak ko ni nanti. Jom bangun prektis skul.

Oklah...aku nak kejutkan ammar...mandi..bagi susu dalam botol..pastu tidurkan dia balik. Atas tilam. No buai2. Prektis mek perfek. Harap2 berjaya hari ni. Pastu aku nak tido...sebab malam tadi tido kol 3 pg...gara2 ammar ajak deting pagi2 buta. Kang dah stat keje...jangan harap nak leh tido.

P/s: patutnya hari ni dah naik keje....3 bulan dah. Tapi naseb baik..syukur...cuti sebulan disambungkan lagik. Tinggal la 29 hari cuti aku tahun ni. Harap2 cukup untuk menampung hidup aku sampai ujung tahun ni.

posted from Bloggeroid

Wednesday, June 06, 2012

Teknologi baik ker buruk

Kecanggihan teknologi membuatkan manusia hidup dalam dunia masing2
Contohnya



Ain sibuk dengan galaxy y nya...




Aina pun sama dengan galaxy y nya....sambil menyumbat botol susu dalam mulut

Tapi bila ada masalah dan perlu perbincangan...mereka akan bermusyawarah dengan baik





Betolla..aku rasa tak wajar teknologi begini di dedahkan kepada mereka seawal usia ini.
Takmacam aku dulu..main batu seremban..main galah panjang...tuju pot..tuju kasut..
Sekarang badan dah makin berlemak..jari pula makin runcing.
Naseb baik aku dah lockkan tab aku ni...
Kalo tak asik utube jer..
Bahaya
aku pula menghapdet blog sambil mendodoikan si ammar.

P/S :tutup tab...jom anak2 kita main masak2.

posted from Bloggeroid

Grand lexis

Percutian yang dirancang sekelip mata...book 2 haru sebelum..pastu terus pegi...



Kami sampai dalam kol 3pm...checkin terus masuk bilik. Grand pool villa..memang marbeles. Sampai saja..ain dan aina dah londeh baju..terjun kolam. Kebetulan laki aku demam...jadi takder ler lunch. So aku amik room serbis. Sepinggan kuew teow, sepinggan mee goreng...dan sepinggan nasi goreng..rei.ga rm77. Makan jer ler....aku belanja dengan duit poket yang laki aku bagi semalamnya. Hahah.




Orang di dalam bungkusan selimut adalah orang yang sedang demam. Sesi mengambil gambar agak terhad kerana ada bungkusan itu.





Kolam renang yang tenang sebelum dikocakkan oleh anak2 aku.





Sesi mendugong sedang berlangsung





Sinki aku memandikan ammar. Agak luas tempat salin pakaian kat situ...selesa.




Gambar bilik yang berkecah.

Takder penceritaan...sebab aku nak cepat...anak aku dah nangis. Tatatitituu

posted from Bloggeroid