Monday, November 16, 2009

Hari Isnin Yang Boring...

Hari ni aku boring sungguh...nak buat keje pun takder mood. Nak pikir pun otak cam tak jalan jer. Mati kutu aku.

Tadi aku betulkan minit mesyuarat projek. Tapi takder idea...tinggal jap..check documentation plak..tu pun sama gak. Bila tengah malas ni semua nampak betol. Tak best gak..kang kalau salah aku jugak yang kena. Abis apa aku nak buat??? Nak layan facebook, kat opis kena block, nak layan forum, semua orang tengah sibuk..nak baca blog...uweekkk lama2 dok tenung nak muntah plak. Nak gi jalan2, poket tengah kering. Kang terguna lak credit card. Issshhh bahaya tu!!..tak bley. Kena setelkan bil bulan lepas dulu. Baru boleh guna balik.

Abis apa aku nak buat ni????...Sesungguhnya aku tengah bowink dan takder mood nak keje. Nak survey hotel la..nak gi bercuti. Release tension sket. Jom buka cuti2 Malaysia.....

Thursday, November 12, 2009

CiteR on ThuRsday

Minggu ni, minggu paling tensen. Keje tak berenti2. Dari pagi sampai malam. Otak pun dah sampai tahap perlu di konfigure balik. Sakit sungguh kepala aku...time2 camni jangan ler cari pasal dengan aku. Macam lahar gunung berapi jer..tunggu nak meletup.

Balik keje tadi, anak aku ajak gi JJ plak, cari hadiah untuk cikgu dia. Aku pun dalam bengang+sakit kepala+penat, terus mandi, sembahyang, siap2 terus gi JJ. Pegi kedai RM5, pastu singgah lovely lace jap..dapatler barang2 untuk cikgu dia. Ada ker patut dia nak bagi music box kat cikgu dia...cam romantika la plak. Pastu nak cari bunga ros. Aku folo jer ler. Janji tak mahal, maklumler ..gaji tak dapat lagi. Tak bleh la nak shopping sakan sangat. Kang tak makan aku ujung bulan ni.Bunga untuk Cikgu kesayangan Ain

Ni ler hadiah nak bagi kat cikgu dia...belasah jer ler. Budak2 sekarang..aku dulu umo 5 tahun tak gi sekolah pun lagi.

Ni la kad yang dia tulis...jangan salah faham..cikgunyer pompuan. Ini ler tulisan anak aku..okey ler..baru 5 tahun. Boleh menulis, membaca, kira okey ler.

Abis shoping apa yang patut aku singgah istirehat kat secret recipe..layan kek sorang 1 slice. Jom kita layan picca2nyer.....zassss!!!!!!!
sedapnyer!!!!!!!!!sorang satu lak tu..tak abis aku la tukang abiskan...huhuhuhu


Ni plak picca2 aku last sunday..tempat yang sama gak..kemaruk secret recipe..


hari ni aku ilang sabar**********

Monday, November 02, 2009

Monday SickneSS


Mengantuk...kenapa la menjelang Monday, hati aku berdegup222. Nak tido takleh..nak buat keje pun takleh...trauma sungguh!!!! Syoknya kalau dapat cuti satu minggu kan??? Tak sabar nak tunggu AidilAdha ni...dapatler cuti 4 hari (plus cuti amik sendre). Kalau takleh tido tak lapar takper la jugak...ni perut pula minta diisi. Nasib baik aku penakut nak turun ke bawah (perlu ker aku cakaP??) tahan jer ler untuk Azmal Fat Rice esok....esok kalau bos tanya pasal SDS tu apa aku nak cakap?? Belasah jer ler....brief yang mana aku paham jer ler.




gambar takder kaitan dengan en3 atas...anak aku dan anak buah aku bersama bear Jusco Selection...

Sunday, November 01, 2009

IlmU

Dari seorang sahabat...

Jika seorang hamba itu ilmunya cukup ;

Hatinya dengan Tuhan sentiasa hidup
Sangat beradab dengan Tuhan
Redha dengan ketentuan Tuhan
Sabar dengan ujian

Jiwanya bersih hingga hatinya terpimpin
Jiwanya hidup sangat peka
Ibadah terutamanya sembahyang sangat berdisiplin

Kalau dia memimpin sangat dikasihi dan di segani
Kelihatan orangnya tenang
Wibawanya tinggi
Akhlaknya mulia hingga disegani orang
Kerja-kerja tersusun dan teratur
Tenang, tidak gopoh dan berdisiplin

Pandai bergaul dengan manusia
Berhadapan dengan orang penuh dengan bijaksana dan lemah lembut
Mengutamakan orang lain lebih dari dirinya
Bertimbang rasa dengan manusia
Sangat bersimpati dengan orang yang susah dan mendapat kemalangan
Suka berkhidmat dengan manusia

Fikir-fikirkanlah..

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami.

Thursday, October 29, 2009

ExaMMMM

alhamdulillah..akhirnya selesai gak aku training hari ni. Terima kasih pada gomen sebab bagi aku gi training. Dapat ilmu free walaupun sedikit. Hari last training, tiba2 instructor tu nak bagi exam la plak. Terus mati kutu aku nak jawab. Orang ngajar aku main2 dalam kelas..asik layan fb jer. Last2 satu soklan pun takleh jawab. Nasib baik ada 5 soalan jer..kalau ler ada sepuluh mau pengsan aku kat situ.
Tapi yang bestnyer...masa tengah kelam kelibut tu ler baru aku faham serba sedikit apa yang aku belajar 3 hari ni. Kalau tak dipaksa buat takler aku faham. Masa kalut malut tu, aku sempat tebalkan muka tanya orang belakang. Dah diterang serba sedikit, baru nampak jalan nak buat, tapi dah terlambat masa dah tamat. Akhirnya team aku...menghantar semula soalan tanpa ada jawapan. heheheh.
Apa2pun..aku dapat pembelajaran baru..bila nak praktis aku tak tauler. Biasanya lepas balik kursus aku selalu lupa. Harap2 yang ni takler...rugi gomen belanja aku gi training kan???!!!..

BoWinK

Nak update blog...tapi tak terupdate2 lagi. Idea makin kering...ditambah dengan tekanan kerja yang tak berkesudahan. Gambar222 dalam handphone pun rasa dah basi kalau nak upload dalam ni. Sekarang n kat KL lak..kursus 3 hari..Penetration Test. Tinggalkan kerje kat opis yang tunggang langgang tu. Balik opis nanti sure aku kena torture dulu..pastu baru nak susun semula apa yang patut. Banyak lagi kertas/surat/dokumen yang aku tak masukkan dalam fail. Bos pun sama gak...surat/emel yang dihantar pun suruh aku masukkan dalam fail..kalau masukkan sendre rasanya takder masalah kot. Bukannya payah pun...bagi pada orang yang sama gak.
Alamak cikgu dah datang...aku stop dulu lah. Dah ler keyboard bunyi keletung keletang. Tak boleh nak menaip dalam diam.
Okey..cau...cin....cau...

Sunday, October 11, 2009

Ain & Aina Tak SihaT

Minggu ni aku terpaksa amik cuti kecemasan 2 hari. Si Aina kena sakit kaki, tangan dan mulut. Masa mula2 dia mengadu sakit mulut. Masa tu hari Rabu. Bila aku check tengok dalam mulut dia ada ler dalam 9 biji ulser. Tu yang aku nampak dan sempat kira la...kesian aku tengok. Kalau kita yang tua ni pun..satu biji dah sakit. Macammana la gamaknya budak2 bertahan. Hari Khamis aku amik cuti kecemasan untuk bawa dia g klinik. Masa jumpa doktor, tak suspek la plak nak kena sakit tu...pasal kat tapak tangan dan kaki takder lagi. Doktor cuma bagi ubat sapu dan antibiotik jer. Hari Jumaat pagi aku dah perasan kat tapak tangan dan tapak kaki dah ada biji-biji gelembung air. Cuak juga. Tapi pagi tu aku gagahkan juga pegi opis. Mana dok pikiaq keje bertimbun...mana nak pikiaq anak lagi. Pening juga masa tu. Rasa tak sedap hati...last2 dalam kol 11 aku cabut dari opis bawa dia pegi jumpa doktor klinik pakar kanak2 kat Puchong. Doktor sahkan dia kena sakit Kaki, tangan dan mulut...dan kena kuarantin selama 10 hari sehingga gelembung2 kat tapak kaki dan tangan dia kecut. Walaupun keje banyak kat opis, hati tak senang..tapi anak lagi utama dan penting. EL lagi sehari la aku.

Hari Sabtu plak, tiba2 jer badan Ain panas. Bila check dengan termometer suhu badan dah 38.4...hurmmm si Aina tak okey lagi, si kakak pulak sambung demam. Pening juga la kepala aku. Nak jaga dua orang budak demam bukannya senang...merengek macam2. Dalam hati dok pikiaq..kalau la bibik aku tak jadi balik ke sini esok, macammana ler aku nak keje. Tanggungjawab banyak kat opis tu...tak boleh tinggal macam tu jer. Tup2 dalam kol 4 pm, bibik aku telefon...dia nak datang keje dengan aku lagi..lega aku. Masa mula2 memang plan tak nak bibik dah. Ain dengan Aina pun dah besar. Tapi memandangkan keadaan Aina yang agak susah nak hantar ke nurseri...better aku hire bibik. Hehehe...baru 2 tahun Aina tu, dari kecik aku dah amik bibik..jadi mungkin dia dah biasa dimanjakan....dok kat nurseri macam tak ngam jer dengan jiwa dia. So, aku plan..aku akan terus pakai bibik sampai permit dia abis Julai tahun depan. At least, Aina dah 3 tahun...jadi tak der masalah sangat kot nak jaga dia.

Lagi satu, anak2 aku ni leceh sikit nak jaga...si kakak alah dengan panas dan habuk. Kalau salah sikit, terus badan dia jadi gatal2 dan ruam..kalau ruam biasa takper, ni ekzema...pernah 2 kali dia kena ekzema atopik...masa tu kritikal giler..aku pun kesian tengok...badan hamis bau air bisa. Yang kelakarnya...doktor pakar pernah bagitau...budak2 ekzema tak boleh pressure..kalau dia pressure , bintil2 merah akan keluar dari badan dia....dasat kan?!!! Si Aina plak tak boleh langsung minum air ais...terus selsema. So, kalau aku keluar makan dengan diorang...dengan2 aku sekali kena minum air suam.

Ni lah keje aku kalau anak2 tak sihat...nak tidoq pun tak boleh. Takut suhu badan diorang tiba2 naik. Layan jer ler blog2 yang mana ada...

Wednesday, October 07, 2009

Waktu Gempa Sama Dgn Ayat & Surah Dlm Al-Quran...MasyaAllah

Hari ni aku terima emel dari kawan baik aku. Rasa menarik plak dan patut dikongsi bersama....jom kita baca sama2......

Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam
8.52. Cuba lihat Al-Quran. Demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa
pun yang membuka Al-Quran dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan
merasa kecil di hadapan Allah SWT. Demikian ayat ayat Allah SWT tersebut:

17.16 (Surah Al Isra' bil 17 ayat 16): Apabila sampai saat Kami hendak
membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan (terlebih dahulu) orang
yang melampaui batas dengan kemewahan antara mereka (supaya mentaati Allah)
lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya, maka berhaklah negeri
itu dibinasakan, lalu Kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.

17.58 (Surah Al Isra' bil 17 ayat 58): Tak ada suatu negeri pun (yang
durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat
atau Kami menyeksa penduduknya dengan azab yang berat. Yang demikian itu
telah tertulis di dalam kitab (Lawh Mahfuz).

8.52 (Surah Al Anfaal bil 8 ayat 52): (Keadaan mereka) serupa dengan
keadaan Fir’aun dan kaumnya serta orang-orang sebelum mereka. Mereka
mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan
disebabkan dosa-dosa mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Keras
siksaan-Nya.


Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian
tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa
kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah,
kemungkaran dan kedurhakaan dan juga dengan keadaan Fir'aun dan
pengikut-pengikutnya. Ini tentu sangat menarik.

sumber : eramuslim

Tuesday, October 06, 2009

RumaH ImPiaN

Alhamdulillah..akhirnya rumah impian aku telah selamat siap dan telahpun diduduki oleh aku pada 15 September yang lalu. Hanya ini yang mampu aku buat untuk keselesaan kami anak beranak. Baru kini aku tahu bagaimana perasaan apabila duduk dirumah sendiri. Seronok, bahagia dan nikmat...
Gambar di atas bukan untuk sesi tayang menayang atau apa2...tapi atas permintaan kawan2 yang minta nak tengok rumah aku dan nak datang tapi tak kesampaian. Tengokler...aku maafkan siap2 kalau ada yang mengutuk...hehehehe


Monday, October 05, 2009

Tanpa Tajuk

Jiwa kacau..mood nak update blog hilang. Gara2 sistem..tido tak lena, mandi tak basah..makan tak kenyang (tapi berat tetap bertambah). Harap2 jangan ler ada gempa bumi kat WP esok. Aku nak kena standby first aid la rasanya ni...takpun tenyeh minyak cap kapak banyak sket...buat2 selsema.
Pastu aku harap sesangat333 aku tak dipanggil masuk ke penjara kotak itu untuk bertafakur dan mendengar hujah dan syarahan yang memboringkan itu...buhsan, buang masa, kerja bertimbun tak berjalan.

Monday, September 14, 2009

Tak BerTajuK

2 hari yang memenatkan telahpun berlalu...hari2 yang seterusnya...mungkin akan lebih penat lagi. Betapa penatnya menjadi surirumah sepenuh masa..tanpa bantuan bibik. Mungkin pada orang lain perkara biasa...tapi disebabkan aku ni jenis yang mementingkan kekemasan dan kebersihan, terasa penatnya. Kalau ada bibik, satu hari mau 3 kali disapunya umah aku. Lantai plak mop hari2. Rumah pun kemas jer. Sekarang ni dah jadi tugas aku la plak. Tapi dah sehari aku termiss nak lap lantai...hehehe. Baru 3 hari...insyaAllah...aku akan terus bertahan. Yes!!!!.

Hari Sabtu dan Ahad, dek kerana kepenatan yang melampau..aku ambil keputusan mengupah 2 orang pekerja indon untuk membersihkan rumah aku. Aku cuma memantau dan memastikan semuanya telah dibersihkan. Dan adaler juga aku tolong sket2. Penat oooo....lampu2 tu nak dibersihkan bukannya senang. Satu..satu nak kena lap. Aku cuma tolong sapu sampah jer...tu pun dah letih. Agaknya sebab dah lama tak buat keje2 camtu kot...

Ain dengan Aina plak aku masukan dalam bilik diorang. Biar diorang main2 kat situ..sementara aku bersihkan dan mop tempat lain. Nasib baik diorang bukan jenis nak berlari2 satu rumah. Main jer dalam bilik tu.

Seronok diorang main dalam bilik diorang....Tak sabar nak tido di situ...

Hari ni, hari pertama aku antar diorang gi nursery. Alhamdulillah, nasib baik tak menangis. Siap bye2 aku lak tu. Sampai petang ni dah 3 kali aku turun ke bawah jenguk keadaan diorang. Main jer...lega hati aku. Tak yah nak bimbang. Cuma pagi tadi ler kelam kelibut sket. Nak kejutkan diorang bukan main susahnyer. kol 8.00 am baru bangun tido..sudahnya aku sampai opis kol 9.00 am.
Kat opis dah mengantuk ni...mood nak masak pun dah ilang....

Saturday, September 12, 2009

Citer SemalaM II

Hari ni aku berbuka puasa di Kelab Equestrian Putrajaya dengan famili kakak aku. Tempatnya agak menarik...tapi makanan kureng la sket..agak berpadanan dengan harga yang ditawarkan. Tapi biaseler aku ni kan...bila makan selalu lupa nak snap picca...dah abis makan baru teringat. Rezki dah depan mata..tak ingat apa dah...


Wajah budak2 yang seronok...makan sket jer..main jer lebih.



Semalam juga aku mengemas rumah baru ku...dah susun serba sedikit. Tapi ni pun sama...asik terlupa jer..Last2 bila dah kepenatan..lokasi ni jer yang teringat nak bergambaq. Takpalah...mengemas takder bibik. Penat sungguh. Dah ler bulan posa lak tu.


Esok nak gi mengemas sket lagi. Harap sebelum raya boleh siap...nak duduk sekarang tak larat nak harungi jem. Balik raya aku akan bermaustatin di situlah...TeratakChenta. Huhuhu...

BiBiK

Salam,

Hari ni setelah 2 tahun 2 bulan...aku kembali menjadi surirumah sepenuh masa. Dah lama aku meninggalkan arena mengemop, menyapu, membasuh...dan kini aku kembali melaksanakan tugas2 sedemikian. Rasa kekok juga pada mulanya. Hari ni bibik aku balik kampung...cuti sebulan. Maka, tugas-tugas itu dikembalikan kepada aku secara rasminya. Jadi, selepas menghantar bibik aku ke airport kol 9 tadi, detik 10 am aku pun memulakan tugas2 rasmi aku.

Seronok juga sebenarnya. Ada privacy, sambil2 tu bolehler senaman sket. Keluarkan peluh...kalau tak asik dok depan tv jer. Bila masa nak kuruih. Maka, bermula hari senin ni...akan bermulalah episode kekalutan dalam hidup aku. InsyaAllah...aku akan cuba menanganinya sebaik mungkin. Dalam masa sebulan ni..aku nak try hidup tanpa bantuan bibik...nak tengok..kalau okey pasni aku taknak amik bibik dah..kalau tak okey, terpaksalah. Tapi kalau takder bibik, terpaksalah aku lupakan arena futsal, badminton, swimming dan yang seangkatan dengannya. Tak syok ler plak...

Hurmmmmm.....pentingkah bibik ni?????

Wednesday, September 09, 2009

Citer SemalaM


Salam,

Semalam aku tulih citer pasal nak gi berbuka kat Marriot kan???!!!...so inilah gambaq2nya..tapi satu jer. Lupa nak snap bila dah nampak makanan. Tak dan. Mata dok melilau cari makanan. Kami gi sepuluh orang..penuh satu meja. Makanan pun penuh satu meja. Macam2 ada...hehehe.


Tu dia makanan kami...

Aku amik nasi kerabu, pastu amik satay, ikan bakaq, desert. Time dah berbuka tu aku makan nasi kerabu jer..pastu terus gi solat maghrib. Terjumpa lak dengan bekas student aku. Sekarang dah jadi PPTM kat SPP. Bangga aku..dan yang paling bangga..dia sempat ucap tima kasih sebab ngajar dia. Berbaloi gakkan jadi cikgu ni...rasa bangga bila tengok anak2 didik aku berjaya. Lama gak borak2 dgn dia. Maklumler dulu selekeh jer...pastu aku selalu marah kat dia pasai suka sangat ponteng dan masuk kelas lambat. Pastu dalam kelas tidoq...mau aku tak bengang. Tapi bila kuiz, ujian dan exam dia selalu boleh jawab..dah memang budak pandai kot.

Bila dah siap solat tu, sekali sampai kat meja tengok semua yang aku amik tu dah licin dikerjakan oleh mereka2 yang tinggal dimeja tu. Tapi takpa..memang aku amik untuk makan ramai2 pun. Daripada aku tak habiskan baik ler diorang habiskan. Tapi sedap betul nasi kerabu dan daging bakar tu. Rasa cam nak makan lagi ni..hehehe.

Seronok jugak berbuka ramai2 ni....Harap2 tahun depan ada lagi orang nak belanja makan free macam semalam. Benda free semua sedap kan???!!!!..tima kasih yer encoral. Tahun depan kalau projek dah abis pun panggey ler kami lagi. Ujung dunia pun kami sanggup pegi...

Tuesday, September 08, 2009

Cerita 6 Hari

Salam,

Dah banyak hari tak update blog aku ni. Dok tagak2 dari ghetu lagi. Aku tetiba malaih. Padahal kalau boleh banyak yang nak diceritakan. Bermula dari hari khamis lepas, aku bawa bibik dan anak2 aku g berbuke kat Ani Sup Utara..pastu gi cari baju melayu pulak kat Mydin. Bukan aku punyeeeeerr...bibik yang sibuk nak bawa balik Indon. Pilih punya pilih dapatler sepasang, baju melayu kaler ijau. Pastu bibik aku beli sejadah 2 helai. Semua tu sebagai buah tangan nak bawa balik ke Indon.

Gambaq interior Ani Sup Utara...

Hari Jumaat plak, aku teman kakak aku berbuka pose kat Alamanda. Kesian my sister, balik dari kelas (UKM) jalan jem lak tu. Rumah plak nun dekat Taman Melati, Gombak. Aku ajak berbuka kat umah aku tak nak...nak berbuka kat luar. Kami sampai Alamanda dah kol 7pm. Tunggu solat maghrib dulu...pastu gi cari makanan. Mula2 plan nak makan nando's. Tapi orang ramai sangat..meja penuh. Tunggu gak dalam 15 minit...tapi takdak sapa pun yang berganjak. Last2 cari claypot ikan masin dengan tomyam campuq kat Rasa. Nak snap gambar malu kat kak aku. Maklumler kak aku ni bukannya suka sangat blogging ni..kalau dia tau naya aku.

Hari Sabtu...hari ni hari paling penat. Aku gi membasuh rumah baru. Penat giler...pakai plak baju itam...tukaq jadi kelabu..habuk banyak sangat. Siap pakai topeng lagi. Rasa sesak nafas. Sambil2 basuh..sambil2 berletiaq. Orang buat gheja tak gheti nak mengemas. Makanan basi pun tinggai kat umah aku. Hampeh punya manusia. Dah siap membasuh, mengelap...gi cari helmet kat bibik aku plak. Sampai ke puchong cari helmet. Canggih bibik aku..nak helmet fullface yang boleh buka semua tu. Survey punya survey jumpa la satu. Rega dia mak aihhhh RM550. Gila mahal..tak padan dengan motor honda 70. Kesian gak tengok bibik aku..nak layan karenah anak dia tu. Mintak macam2. Mahal2 lak tu..ingat mak dia broker saham ka..geram aku. Kalau anak aku..dah lama aku pelangkung dushh dushh. baru dia tau ..langit ni tinggi ker rendah ker.

Ni la ghupa helmet yang dia nak..hebat kan!!!!

Hari Ahad, adalah hari aku merehatkan diri. Tengok tv, tido..kemas barang. Kiranya tak keluaq mana la hari tu. Melepek jer kat umah dengan famili. Ingat nak juga gi JJ...tapi takut lak aku...virus banyak sekarang ni. Nak bawa anak2 kecik ni..bahaya juga. Nantiler hari Jumaat ni..lepaih hantaq bibik aku balik, aku nak g JJ la kot. Shopping baju raya dengan kasut raya kat anak aku.

Hari Senin, ada training sistem lak. Dah ler bilik training tu macam sauna. Pecah peluh dok dalam tu. Malu juga kat Datuk Tan...facilities hancusss. Aku tengok peluh memercik kat dahi dia. Tapi aku buat tak tau jer. Nak buat macammana...aircond macam hampeh!!! Abis training dalam kol 1 tu kami bergerak gi melawat sahabat aku merangkap partner keje aku. Baru bersalin tapi tuhan lebih sayangkan baby dia…meninggal di dalam kandungan yang hanya menunggu hari. Takziah aku ucapkan. Tuhan dan tentukan…nak menangis pun kita tak akan dapat dia kembali. Yang penting redha dengan ketentuan Tuhan. Pasti ada hikmah disebaliknya. Buat sahabatku…insyaAllah, setiap ujian yang Allah swt beri..pasti dibalas dengan sesuatu yang lebih baik yang kita sendiri tak menduga. Sekurang-kurang ainal, telah ada seorang putera di syurga yang sentiasa berdoa kepada Allah swt untuk ainal dan menunggu ainal di pintu syurga. Sabar yer…

Hari ni aku dan geng2 opisku dapat undangan berbuka pose kat Marriot. Seronok nih...makan free. Tapi kesian lak kat famili aku kat umah tu…takper yer..esok kita berbuka kat tempat lain sesame. Kol 6.30pm nak gerak ramai2 ke sana. Harap2 tak membosankan. Undangan ni sebenarnya dari vendor projek. Belasah jer ler..walaupun dalam miting selalu bergaduh. Hehehe..bab2 makan ni takleh malu2..rugi. Lepaih makan takper kalau nak gaduh balik.

Okeylah..aku nak cau dulu. Nak g pasar malam jap.

Wednesday, September 02, 2009

Qaseh

Aku nak promote produk qaseh kat sini..meh ler beli ramai2..banyak manfaat dan kelebihannya. Jom kita baca...

Jus Qaseh Kekanda dan Adinda memuatkan khazanah-khazanah alam berikut dalam satu formulasi istimewa (klik ramuan berkenaan untuk membaca lebih lanjut tentangnya):

dan juga ramuan khusus terpilih - untuk lelaki (Jus Qaseh Kekanda) dan wanita (Jus Qaseh Adinda).

Ringkasan Manfaat
Tubuh kita asalnya bersih dan sihat namun hari demi hari kita terdedah kepada persekitaran dan budaya pemakanan yang memudaratkan dalam keadaan kita leka dan lalai. Hasilnya hari ini penyakit-penyakit kronik kini mudah menjangkiti anak-anak muda akibat situasi tersebut. Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga bersabda, yang bermaksud: "Wahai orang beriman, makanlah makanan yang bersih daripada apa yang dikurniakan kepada kamu" (Hadis Riwayat Muslim).

Gabungan intipati Qaseh merupakan gabungan makanan sunnah dan herba tempatan yang melengkapi keperluan tubuh dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Ia meliputi keperluan kepada sistem dan fungsi tubuh itu sendiri dari:

Darah
Mengimbangi kepekatan darah dalam tubuh agar tidak terlalu pekat serta mudah dihantar ke seluruh anggota tubuh.

Saraf
Apabila darah mudah dihantar ke seluruh anggota maka saluran saraf juga akan berkembang dengan baik tidak lagi sempit kerana darah juga membekalkan oksigen.

Otak
Otak lebih cerdas dan daya ingatan lebih mantap kerana darah membekalkan oksigen lebih banyak. Lebih-lebih lagi bagi anda yang banyak menggunakan tenaga otak seperti jurutera dan seumpanya.

Jantung & Paru-Paru
Jantung lebih sihat kerana tidak dibebani dengan darah yang terlalu pekat. Paru-paru lebih rehat.

Usus
Bekerja dengan lebih baik apabila makanan lebih mudah dicernakan dan lebih rehat. Masalah buasir dapat dijauhi.

Buah Pinggang
Menapis dengan lebih efektif kerana bekalan darah dan oksigen yang lancar. Dan menyalurkan toksin dan sisa ke bahagian pencernaan dengan lancar.
Kulit
Kulit lebih segar dan sihat apabila mikro-saraf menerima darah dan oksigen dengan banyak. Luka mudah pulih dan parut menjadi minima.

Rambut
Lebih kuat dan tidak mudah gugur kerana kulit kepala yang sihat.

Mata, Telinga, Hidung dan Rongga Pernafasan.
Penglihatan dan pendengaran lebih tajam dan deria bau lebih peka. Hidung juga sukar dijangkiti penyakit dari kesan pendedahan kepada pencemaran habuk, debu dan kotoran lain. Bakteria sukar menjangkiti saluran nafas dari kerongkong hingga ke paru-paru.

Rahim
Lebih selesa mengikut situasi semasa. Kitaran haid lebih teratur. Menjauhi keputihan kerana fungus dan bakteri sukar menjangkiti. Jika hamil, rahim akan lebih relaks dan fleksibel bergantung kepada pembesaran kandungan.

Tulang & Sendi
Tulang lebih teguh dan kukuh. Tidak mudah rapuh. Bekalan kalsium yang diperolehi, semasa ke semasa dari pemakanan ini. Sendi lebih kuat dan sihat.

Ibu Hamil
Lebih bertenaga untuk kekuatan ibu seharian dan pada waktu melahirkan menggantikan darah serta tenaga yang hilang. Anak dalam kandungan lebih tenang kerana zat yang cukup.

Organ Dalaman Lelaki dan Wanita
Lebih tenaga, bersih dan sihat. Peluang hamil lebih tinggi untuk wanita yang sukar hamil, Insya Allah, memekat, menyihat serta menyuburkan mani.
Kalau nak baca lebih lanjut, sila klik di sini
Kalau nak beli ker terbekenan ker, bolehlah menghubungi aku....aku bagi harga cun punyer..bagus ni...ikut sunnah nabi.

Why Women Why???

Puisi ini aku ambil dari majalah Nona...ditulis pada tahun 1994, oleh seorang isteri Bekas Menteri suatu masa dulu..meh kita sama2 baca dan hayati..sungguh mendalam maksudnya..

Why women why
You try to win
By making another women cry

Why women why
You must laugh loud
By making another women shy

Why women why
You will hurt another women
Just to feed your vainly sly

All the 'why' woman
Will make you weep
By and by, you too will cry
cause women, your heartless
Ways will hurt you one day
Are you happy now?
I wonder!
Cause I am a real woman
I do...

Friday, August 28, 2009

SeLaMaT MenYamBuT HaRi KeMerDeKaaN

Alhamdulillah..esok dah cuti. 3 hari lak tu. Bestnyerr...boleh rehat2 kat rumah. Try resipi baru. Buat kuih muih(kalau rajin ler). Jalan2 dengan my princess. Fuhhh!!!banyak benda nak buat ni. Seronok gak.

Plan sebenar nak balik kampung. Nak sambung cuti sampai selasa. Tapi memandangkan tiba2 bos dah setup demo sistem hari selasa dan rabu ditambah plak dengan keletihan yang melampau dan tinggal beberapa hari jer lagi dah nak raya..lepak kat sini jer ler. Nanti raya dah tak surprise. Tapi rosak gak program aku..baru plan nak cuti ganti(duty) hari selasa..pasal nak bawa anak2 gi shopping baju raya, dah tak boleh. Geram gak..tapi sabar..bulan pose ni..mana leh marah2. Minggu depan la..ataupun hari Jumaat depan aku nak amik cuti gak. Aku tak kira + tak peduli..aku tetap nak cuti. Huuuuhhhhhhh.

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia. Sayangi negara anda...jangan tanya apa yang negara anda beri pada anda..tapi tanyalah diri anda, apa yang anda telah sumbangkan pada negara anda....

I Love My Malaysia....

6 RaMaDaN

Semalam tetiba jer mood aku nak memasak memuncak2. Kol 5.45pm aku dah siap2 nak balik umah dah. Sampai umah dalam kol 6...mandi, solat terus masak. Masak ala kadar jer. Lagipun petang semalam ujan..jadi nak lencong g bazar ramadan tak sempat. Kalau gi pun ramai orang. Serabut kalau ramai2 ni.

Ni ler menu aku semalam, ayam masak madu, kari daging, ikan bakar, telur dadar, sambal belacan, sayur bayam dan sup sawi. Kuih muih tu beli kat kedai bawah. Heheheh...sempat juga aku menyinggah kan!!!! Jangan heran lak, camner aku boleh masak dalam masa sejam...sebabnye aku dah suruh bibik aku goreng ayam siap2, keluarkan daging dan rebus dulu, perap ikan..potong sayur mayur mana perlu..dan of course ler..bawang mawang dah dipotong terlebih dulu..masak sebenarnyer kejap jer...nak menyediakan bahan dan mengemas tu yang payah.



Pesen aku idang makanan ni memang selalu kat ujung2 meja..pasal yang posenyer 2 orang jer. Budak2 sekejap jer...kacau2 pastu lari tengok TV. Hari ni takder plan nak masak apa lagi...petang ni cari ilham lak..

Ada miting la plak pagi ni...boring betul..hari jumaat jer buat miting..pastu lajak sampai kol 1. Habis rosak agenda aku. Selalu camtu. Aku doa2 hari ni abis awal sket. Jangan ler sampai kol 1. Aku mogok kang.

Wednesday, August 26, 2009

aWaRd DaRi MaMa AieZa

Tima kasih mama aieza...first time dapat award ni....huhuhuhuhu


1. Letakkan logo award ini ke blog anda.
Dah letak dah!!!!...tima kasih yer mama aieza


2. Anugerahkan award ini kepada 10 blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra...
Azzah; faridah; alyani; erni; leli;
dapat 4 jer yang lain2 tu aku tak biase..ampun yer

3. Menyatakan penghargaan ini melalui 'backlink' dengan blog yang anda anggap paling memberikan inspirasi dan mesra dari blog anda.
Dahh..


4. Informasikan penerima award mengenai award yang mereka terima dengan menyatakan komen di blog mereka.
tengah buat...


5. Berbagi cinta & sayang untuk penghargaan ini kepada pemberi anugerah ini..
Mekasih kerana sudi berkongsi citer dengan aku...aku best giler layan blog korang.

Tuesday, August 25, 2009

CahaYa RaMaDaN

Hari ni dah 4 Ramadan. Cepat benor masa berlalu..pejam celik pejam celik dah 1 Syawal..dah raya. Tahun ni keghairahan nak raya tak macam tahun lepas. Tahun lepas aura opis lama ada lagi..raya kena meriah. Tahun ni dok campuq dengan gheja yang tak abih22...nafsu nak beraya pun dah kurang.

Tadi aku gi miting kat MAMPU, sampai jer opis, kawan opis maklumkan ada rakan sekementerian meninggal kat sini. Terkejut gak aku. Tapi, rezeki sebenarnya meninggal di bulan pose ni..banyak kelebihannya. Ajal dan maut tuhan yang tentukan. Kalau dah sampai masa, kita akan pergi jua. Insaf ni...insaf. Kita tak tahu bila pulak masa kita akan sampai. Jadi berkerjalah seolah2 seperti kita akan hidup selamanya dan beribadatlah seolah2 kita akan mati esok.

Terima kasih Tuhan..kerana masih memberikan aku kesempatan menghirup udara di bumiMu...aku sedar kini..betapa beharganya setiap saat yang Engkau berikan....

Monday, August 24, 2009

TeraWiH

Seronok betul puasa tahun ni...azam puasa tahun ni...kalau boleh nak tingkatkan amalan. Taknak tertinggal terawih...tak nak termakan banyak. Tak nak terlebih blanjer..tak nak juga termengumpat. Huhuhuhu..harap2 termakbul.

Semalam aku gi terawih..bawa anak2 daraku bersama-sama. Yang sikecik sempat 1 rakat dah berlari2 dalam surau tu. Yang si kakak plak, dah tengok adik berlari2 tanduk dengki pun makin memanjang...tinggal lagi 2 rakaat nak abis, ditanggalnya telekung..pastu dia join juga berlari2. Gamat suara dalam surau tu..sama naik dengan suara pak imam. Geram aku...Campur pulak dengan budak2 lain..lagiler meriah. Tapi nasib baik ler..orang tak marah..agak2 nya sebab dah memang budak2. Lagi ramai kawan lagi ler mereka seronok.

Tapi dah nama budak2 kecik..kalau marah pun bukan nak faham. Kalau join solat pun dalam satu saf tak boleh juga. Nanti putus saf. Kalau tak bawa diorang..tak leh la plak aku nak terawih. Tinggal kat bibik, kesian la plak bibik aku..dia pun nak terawih juga. Abis tu nak tak nak kena la aku bawa. Lama2 nanti diaorang boring la tu.


Wajah2 ceria nak gi terawih...siap lebih awal dari aku.


Sebelum gi terawih nak posing dulu..ikut jer ler diorang. Bukannya selalu..setahun sekali jer dioarang nak merasa terawih ni.

Seronok sebenarnya bila berpuasa dengan anak-anak. Meriah dengan gelagat mereka. Tapi anak aku ni tak ramai..2 ni jer ler. Nanti dah besar2 dah ada haluan masing2. Tapi kena fikir +ve, takkan selamanya mereka nak kena duduk dengan aku. So, aku kena prepare untuk hari tua aku...angan2 bila anak2 dah besar aku nak berpuasa di Mekah ler..heheheh...angan2 jer ler...tercapai atau tidak..wallahualam...

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadan

Selamat menyambut RAMADAN al Mubarak...semoga ibadah2 kita kali ini..akan diterima oleh ALLAH SWT. So, sempena nak menyambut ramadan ni..banyak perkara kita kena kurangkan..kurangkan mengumpat, mengutuk, kurangkan curi tulang, kurangkan main pakau, kurangkan tido, kurangkan shopping...mudah2an ibadat kita akan lebih sempurna.

Malam ni dah start terawih..tak sabar rasanya. Kali ni dah boleh bawa aina..tahun lepas bawa ain jer. Kompom meriah. Hari ni jer kureng best sket. Hari jumaat kan hari relax2 tanpa tekanan..tapi hari ni ada lak miting...harap2 berjalan lancar lah. Kalau tak tension la lagi.

Sekarang ni aku dah maleh nak on laptop malam2 kat umah. Nak relax2 otak la plak. Kalau on laptop macam2 keje nak siapkan..pastu takleh tido..pastu sakit kepala..pastu tekanan sorang2. Siap jer keje..kol 6.30 petang..kol 7.00 pm aku dah pasang niat nak balik umah. Takleh lewat2 cam dulu dah. Kesihatan kena jaga. Kalau sakit aku juga yang susah.

Kepada sesapa yng baca blog aku nih..aku minta maaf yer kalau ada silap dan salah. Biasalah dalam berbual harian ni..kalau ada perkataan yang menyinggung perasaan harap diampunkan ya pak, ibu2. Aku ni kan mulut laser gak..

Selamat Menyambut Ramadan al-Mubarak....

Wednesday, August 12, 2009

Suka Hati

Salam..

Hari ni boring bangat..
Pagi tadi miting
Esok ada miting..
Lusa pun ada miting..
Isnin depan pun ada miting...
Rasa boring hidup ini apabila asik miting...
Nasib baik bila miting ada makan-makan...
Takler boring sangat..
Sebab boleh ngap22..

Bila bos cuti..
Semua orang suka hati..
Keje pun terberenti...
Dok goyang kaki..
Esok bos datang..
Dapatler keje bertubi..
Kena tanya itu ini..
Abislah mati..

Nak buat macammana..
Sebab ini peluang nak mengamankan diri..
Nak jauhkan tekanan...
Sebab aku tau..
Bila bos ada..
keje dah tak boleh berenti..
kena buat sampai bos puas ati..

Aku tak kira juga..
Hari ni aku nak poya2..
Biarlah apapun nak jadi..
Asalkan aku senang hati..
Huhuhuhu...

Monday, August 10, 2009

Smart Reader Kids Sport's Day

Semalam adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh anak aku. Dari minggu lepas lagi asik dok tanya aku..bila nak hari Sunday. Sebabnyer semalam adalah hari sukan dia. Excited giler. Pagi2 lagi dah bangun, mandi, sarapan. Adiknyer pun sama. Tumpang kalut. Kol 8.15 pagi kami dah gerak dari rumah. Lokasi sport's day tu di Sekolah Menengah Presint 16(1).


Masa ni tengah berbaris. Ain mewakili Smart Reader kids presint 15. Girl yang paling tinggi dalam berbaris 5-6 orang tu anak aku la...


Ain dengan acara-acaranya...biasalah acara budak 5 tahun. Tu pun kalau salah masa training..balik susah hati..siap nangis lagi..takut dia tak boleh buat.




Ain semasa acara penyampaian hadiah. Dia amik 5 acara..dua acara dapat johan, 3 acara lagi dapat naib johan. okeylah...


Ain bergambar dengan Aina yang tak lekang2 dengan botol susunya...

Tahniah dari mama untuk Ain...tahun depan cuba lagi...Kesian aku tengok time dia masuk acara tarik tali..siap jatuh lagi..tapi semangat dia aku respect..bersungguh-sungguh.

Pesta Bunga Part II

Ni plak citer hari sabtu lepas...kakak aku datang nak ajak g tengok pesta bunga..so, lepas makan tengahari dan zohor kami pun bergerak ker sana. Masa tu panas terik. Bimbang lak aku takut anak2 aku demam. Tapi demi tak nak menghampakan kakak aku..aku pun pegi juga..dalam hati berdoa..semoga Tuhan lindungi kami..



Tak banyak picca yang boleh disnap. Maklumler bawa budak2 ramai nih..tak sempat nak buat apa. Berlari sana sini..

Pesta bunga Part I

Hari ni bosan sangat..jadi aku ambil peluang untuk memasukkan citer-citer yang tak terciter daripada minggu lepas lagi. minggu lepas aku amik el...bawa anak2 aku g pesta bunga. kat bawah ni adalah picca2 yang sempat aku snap. sori pasal gambar blur..maklumler camera hp jer. Malas nak beli camera dah..sejak kes rompakan umah aku dulu..aku dah tak nak beli apa2 dah..serik!!!!!..







Penat giler hari tu..dari kol 4 petang sampai kol 9 malam kami di sana. Berjalan dari satu tempat ke satu tempat..enjoy abis la. Nasib baik anak2 aku tak meragam. Diorang pun seronok. Masa tu plak, cruise tasik putrajaya buat promotion..apa lagi kami naikler. Bibik aku pun tumpang seronok...sibuk nak bergambar. konon2 nak bawa balik ke Indon..nak tunjuk kat famili dia kat sana. jom kita layanzzzzz...

Banyak juga bunga2 kat mesia ni...

Friday, July 31, 2009

Psikologi

n3 ini aku dapat dalam emel aku minggu lepas, boleh ler nak di kongsi bersama-sama..sila baca dengan sepenuh hati dan jawab seikhls yang mungkin..
**********************************************************************************
Beberapa hari lepas, ada seorang sahabat saya telah bertanya satu soalan psikologi yang saya kira sangat menarik. Ianya bukan sembarangan soalan kerana daripada jawapan yang diberikan, anda dapat mengetahui sebab mengapa seseorang itu memilih pasangan mereka. Walaupun ia cuma ramalan psikologi, namun ada juga kebenarannya. Nak tahu apa soalan tersebut? Baik, saya kongsikan dengan anda. Soalannya berbunyi begini.

Ada 5 perkara berlaku serentak:
1.Air mendidih kat dapur.
2.Air paip melimpah kat bilik air.
3.Bayi menangis.
4.Telefon berbunyi.
5. Ada orang ketuk pintu.

Kalau anda diberi pilihan, apakah perkara yang anda akan 'settle' kan terlebih dahulu?Anda dikehendaki untuk susun perkara 1 ~ 5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan. Semua perkara tersebut mestilah diselesaikan.

Susunlah ikut perkara yang anda rasa lebih penting untuk diselesaikan dahulu. Bayangkan anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang. Fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikut keutamaan anda.Fikir...Fikir...Fikir...Fikir...Fikir...

OK, dah habis fikir dan buat keputusan? Nak tahu apakah fakta terselindung di sebalik jawapan yang anda berikan?

Baik, mari kita semak jawapan anda... apakah ciri/sifat/perkara yang anda utama dan pentingkan dalam memilih pasangan anda:






* Kalau anda memilih untuk menutup air medidih : menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan 'si dia' untuk membimbing anda.

* Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air : menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.

* Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis : menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.

* Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi : menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.

* Kalau anda memilih untuk membuka pintu : menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda.

Haaa macammana dengan keputusan anda? Bagus? Anda boleh bertanya soalan ini kepada rakan-rakan anda untuk mengetahui apakah perkara-perkara yang mereka utamakan dalam memilih pasangan hidup.


aku tak tau jawapan ini berpunca daripada penilaian siapa atau pihak mana, berkemungkinan penilaian ini ada betulnya....

Kualiti vs Kuantiti

Citer aku kali ini..pasal anak-anak. Kuantiti vs kualiti. Ada orang merasakan kuantiti masa itu lebih penting daripada kualiti masa yang diberikan. Ada plak yang merasakan kualiti itu penting dari kuantiti. Tapi bagi aku kualiti masa yang diberikan itu lebih penting daripada asik memberi kuantiti tapi dipenuhi dengan bebelan.

Aku tak kisah apa orang nak kata..aku memang aktif. Aku tahu...orang kata aku abaikan anak-anak aku. Aku serahkan anak-anak aku pada bibik untuk dijaga. Tapi siapa tahu..walaupun masa yang diberikan untuk anak-anak aku singkat..tapi setiap saat yang ada aku tumpukan sepenuhnya pada mereka.

Aku pun pelik..ada orang berkata..dengan waktu bekerja sekarang, masa untuk anak2 menjadi semakin berkurangan. tapi bagi aku tidak..asalkan kita membuat mereka jadi penting dalam hidup kita satu jam yang kita berikan itu sudah cukup memberi mereka makna. Takder gunanya kalau kita cuba bersama mereka..tetapi masih sempat menengking, marah, mencubit daripada mengajar mereka perkara yang baik. Aku pun pelik, dizaman sekarang masih ada ibu bapa yang berfikiran kuno seperi dahulu. Itu tak boleh, ini tak boleh, nanti anak2 bawa perangai buruk bila besar. Kadang-kadang perangai buruk mereka tidak semestinya daripada ajaran kita dari kecil, dan kita juga tak boleh menjamin mereka akan menjadi seperti yang kita harapkan semasa mereka besar.

Ada juga ibu bapa yang tidak mahu menyekolahkan anak mereka seawal usia 4 @ 5 tahun dengan alasan takut mereka jemu ke sekolah. Sekarang bukan lagi zaman 70an dan 80an. Sekarang zaman millineum..zaman orang dah jadikan bulan tempat peranginan. Alangkah ruginya anak2 itu, jika mereka ketinggalan daripada rakan-rakan yang lain apabila bersekolah nanti. Kita kena berfikir ke depan..bukannya menggunakan masa lalu sebagai panduan untuk mendidik anak..boleh nak guna tapi lebihkan persediaan hari depan.

Aku tak kisah apa orang nak kata..tapi bagi aku anak2 bukan sekadar anak yang lahir dari perut aku..tapi mereka adalah kawan aku. Aku membesarkan anak2 aku dengan acuan aku sendre. Alhamdulillah..anak aku yang sulung, 5 tahun kadang2 bersikap lebih dewasa dari usianya. Dia begitu memahami aku. Kadang2 dia bersikap seperti kawan aku. Ada masa dia akan memilih pakaian apa yang perlu aku pakai. Malah jika aku sibuk bekerja dia akan menyediakan air untuk aku walaupun hanya segelas air masak.
Aku ajak anak2 aku temankan aku shoping. Walaupun tanpa papanya. Aku tak kisah. Aku tak kisah meminta pendapat anak2 aku dalam memilih pakaian, kasut mahupun beg. Malah jika mereka rasa itu sesuai untuk aku, aku akan beli. Aku menghargai pendapat mereka dan mereka juga bangga apabila aku suka dengan pilihan mereka. Aku tahu apa yang mereka suka dan mereka juga tahu apa yang aku suka. Aku akan bawa anak2 aku walaupun ke SPA atau salon sekalipun. Apa sahaja aktiviti aku lakukan..aku akan lakukan dengan anak2 aku..kecuali jika terpaksa dan aktiviti itu tidak sesuai untuk mereka.

Bagi aku..aku lebih suka membesarkan anak2 aku dengan mendepani realiti sebenar idup ini. Aku tak suka membiarkan mereka hanya tahu itu tak boleh ini tak boleh. Dan aku paling takut apabila mereka akan curi-curi untuk mencuba sesuatu yang kita kata tak boleh. Bagi aku biar mereka tahu aku bukan sekadar mama mereka tetapi juga kawan terbaik mereka yang boleh mereka luahkan isi hati mereka. Dan aku mahu mereka menghargai aku..seprti mana aku menghargai mereka.

Setiap malam aku akan berbual dengan anak aku. Aku akan mendengar cerita mereka seharian. Hari ni siapa yang banyak buat salah dan siapa yang paling baik. Si kakak pula akan bercerita aktivitinya di sekolah. Dan aku bangga dengan kakak kerana di sekolah cikgunya sering memberi pujian kerana dia mendengar kata dan tidak berlari kesana sini seperti budak-budak yang lain. Malah dia selalu membantu gurunya mengemas meja sekolah dan buku kawan-kawannya.

Paling aku kagum, tepat jam 8 malam anak aku akan mengalihkan channel tv, dari 613 ke 103 tanpa perlu aku minta ataupun marah2. Kata anak2ku...sekarang giliran mama untuk tengok tv, kami dah tengok kartun siang tadi. Aku tak perlu nak menjerit, marah2 atau cubit mencubit..malah boleh dikatakan aku tak pernah memukul anak2 aku. Aku bercakap dengan mereka seperti orang dewasa bercakap. Aku nak mereka faham, keadaan aku yang bekerja untuk mencari rezki untuk mereka...bukan untuk suka-suka..malah setiap kali ada panggilan telefon dari bos, mereka akan terus diam, takut bos akan marah mama mereka. Tak perlu aku nak berlari ke dalam bilik semata-mata untuk mendapatkan keadaan yang sunyi sepi.

Sesibuk-sibuk aku..aku sendre yang mengajar anak2 aku mengaji. Setiap malam..si kakak dan adik akan membuka muqaddam di depan aku..dan membaca. Malah kedua-dua2 nya akan berlumba2 untuk diajar. Kalau mereka boleh mengenal huruf, aku akan tampalkan sticker. Satu cara untuk mereka lebih suka belajar..budak2 dapat sticker macm dapat duit RM100...pulun terus.

Tidak bermakna kita terlalu yakin, menghabiskan banyak masa untuk anak lebih baik, kalau 10 jam yang kita beri tidak membawa apa-apa kepada mereka. Dan tak bermakna juga kalau kita suka marah-marah dan pukul anak kita kerana menyangka itu adalah ajaran yang terbaik. Bercakap dengan suara yang perlahan dan pastikan mereka memahami apa yang ingin kita sampaikan adalah lebih baik daripada kita mendengus dan memarahi mereka.

Aku tahu ada manusia-manusia yang selalu mengata2 aku..tapi bagi aku, terpulang. Kita tidak perlu menghebohkan cara kita yang paling baik kerana itu tak menjanjikan anak2 kita akan menjadi baik seperti yang kita canang2kan. Contohnya, kalau kita katakan sesuatu perkara itu adalah salah...kita kena pastikan apa yang kita buat selain itu tidak salah. Dan adakah kita pasti..kita tidak buat salah? Kita selalu mencanangkan itu tak boleh ini tak boleh..tapi realitinya..apa yang ada pada diri kita, kita tak pernah nak sedar. Bukankah itu memalukan diri sendre..bak kata orang cakap tak serupa bikin.

Mungkin aku terlalu open dalam membesarkan anak2..tapi dah memang kenyataan..mereka akan terdedah juga nanti. Kita tidak boleh menjamin anak2 kita akan di bawah ketiak kita selamanya. Tapi kita kena pastikan mereka menghargai dan menyayangi kita..kerana jika perasaan itu mereka ada..insyaAllah mereka tidak akan melukakan hati kita.

Panjang n3 aku kali ni..bukannya apa..melepaskan apa yang terpendam. Sebab selama ini aku sering mendengar cerita2 orang. Bagi aku..terpulanglah, aku akan buat apa sahaja mengikut naluri dan fikiran aku asalkan aku tidak mengganggu hidup orang lain. Bercakap untuk menceritakan kita yang terbaik memang mudah..tapi untuk membuktikan adalah payah.

Okey...aku stop kat sini dulu..kang panjang lagi omelan aku nanti.

Wednesday, July 22, 2009

Tag Dari Minah MengaruT (bil 2/2009)

Sorriiii yer pn azzah..den loper nak menjawab soklan esei pendek hang ni...berapa minit diberi untuk jawab soklan ni??

1. berapakah umur anda?
32 tahun 3 bulan...tapi apa pun...muda lagi tu...jiwa kena muder beb!!!..

2. anda berasal?
Kedah Jelapang Padi...sungguh menawan hati..Mak aku dan ayah aku orang Kedah..dah ler sama negeri..sama kampung lak tu.. jadi time raya..takder ler aku merasa balik kampung.

3. berapa adik- beradik anda? anak yang ke? nyatakan berapa orang lelaki dan berapa orang perempuan?
Aku ada 4 adik beradik...sorang abang..sorang kakak dan sorang adik (pompuan)..so tekalah anak keberapa??? Tapi boring gak dok tengah2 n..asik kalah jer dalam semua hal...sebab tu aku jadi ketegaq sket(mak aku kata)

4. sekolah terakhir anda di?
SMKAH-nama panjang cari sendre..

5. bila kali terkahir anda memotong rambut?
Rasanya dah hampir 2 tahun aku tak gunting rambut. Nak simpan panjang la plak. Lagipun dah lama aku berambut pendek ni. Boring la plak.

6. shampoo apa yang anda gunakan sekarang?
Sunsilk...anti hairfall...rambut aku asik gugur jer...so nak memerangi rambut gugur la ni.

7. anda gemar menjahit? kalau tidak, nyatakan sebab?
Tak minat langsung. Tu keje orang pompuan azali jer...tapi aku akan menjait gak kalau terpaksa dan dipaksa. Tapi mak aku selalu puji..kalau aku jahit cam mesin jahit..kecik2 jer...pastu kemas lak tu. Perasan lak.

8. bila berada dirumah, adakah anda suka menghias diri?
Rajin!!!!...kadang2 aku belasah jer aksesori rambut anak aku..siap bergaduh lagi dengan anak2 dara aku. Pastu aku suka berwangi-wangian...sebab tu perfume aku sekejap sangat dah abis.

9. apakah kerja rumah yang anda paling malas nak buat?
1.Iron baju ler...panas
2.Siang ikan, ayam, sotong, udang...tak suker. Makan aku suka.


10. soalan yang terkakhir, bagi 5 kenangan manis yang tak dapat dilupakan sampai bila- bila?

1. Masa keluar dari perut mak aku...macam ler pandai nak rasa kenangan manis kan
2. Masa Sekolah rendah dan sekolah menengah...glamer beb masa tu..
3. Masa kenal mr suami...masa first dating dengan mr suami...masa kawen dengan mr suami...
4. Dapat baby..sonok giler..
5. Habis belajar terus dapat keje dengan gomen...tak sempat nak menganggur.

11. siapakah yang anda nak tag?
Saper yang buka blog aku dan baca tag ni..sila lah yer jawab... aku bagi masa 10 minit untuk jawab soklan neh.

Masa dah tamat..sila jauhkan tangan anda dari keyboard. (kompom aku dapat 100% ni)

Hari Ini Dalam Miting

Salam...

Semangat la plak aku nak mengupdate citer dalam blog aku hari ni..tumpang semangat tengah membara ni...aku teruskan jer ler.

Hari ni penat giler.sampai jer opis..bancuh milo..makan bekal sket..terus buat preparation untuk meeting kol 9.30am. Dahler masuk opis pun ala2 lewat sket. Biasalah..nak meredah jem halimunan di Putrajaya ni.heheheh. Kol 9.30am meeting pun bemula..masa mula2 rasa macam bayu di gunung kinabalu jer bertiup..sepoi2 bahasa. Nyaman jer aku rasa dalam bilik miting tu..sekali..dalam dok syok tup tup taufan nargis melanda. Dahler aircond takder...cukup sempurna untuk merasa sengsara di bilik miting tu.

Walau dalam sengsara + derita..tapi aku dapat juga merasa taufan nargis tu bawa rahmat. Hehehe..at least lepas ni semua akan jadi lebih berhati-hati dan benda yang tak menjadi akan dibuat sampai jadi. Itulah harapanku...satu harapan membara dan menyala...huhuhuhu. Banyak juga aku belajar hari ni. Walau dalam marah2..tapi ada juga aku respect pada bos aku ni..benda yang aku tak pernah terfikir nak godek2 sebelum ni telah digodek2kan siang tadi. Takper..esok aku nak godek juga perkara2 tu. Tunggu ler korang...

Miting pagi abis kol 1.30 pm. Kelaparan giler perutku ni. Pastu sambung ler plak dari kol 3 sampai kol 5.30 pm. Penat hari ni..lenguh giler...asik duduk jer. Makin kembang apa yang tak sepatutnya kembang...hehehe. Tak tau ler nak kata apa..yang pastinya aku cukup letih hari ni..letih mendengar bebelan..letih nak memikir..letih nak membacking...letih nak menyokong. Dahler semalam aku seharian buat laporan sistem. Penat memikir gak tu. Kadangkala tugas mengomen kerja orang ni..lagi penat daripada menghasilkan kerja. Asik nak mengomen jer..kadang2 tak sampai hati..tapi kalau tak komen aku lak yang makan hati. So..kesimpulannya kena berhati-hati. Takleh percaya hasil yang orang buat..kena test..kena test dan kena test berkali-kali.

Harap-harap aku akan berjaya menyiapkan kerja yang diamanahkan kepada aku ni. InsyaAllah...usaha 'tagging' kejayaan(ingat slogan izzani neh).

Layan AF la plak...ulangan. Nak layan movie kang ganggu tumpuan..

Monday, July 20, 2009

Tersentuh Hati Ku Ini

Meh kita baca ramai2..entri ni aku dapat daripada emel..rasa syahdu syahdan plak bila baca. Adakah aku ada satu diantara 9 sebab2 ini?? Ohhhh Tidak!!!!!!!!...sebab aku bahagia dan sentiasa bahagia....


9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana IA memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat DLL. Dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan IA tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak....lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! Yang dikatakan harta atau rezeki Kita bila IA dipakai atau digunakan oleh Kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki Kita. (mungkin Ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi IA membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika IA dipuji, IA akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, IA akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau Kita riak..takabbur dgn aper yg Kita Ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. Biler mati cuma bawa amalan Dan DOA anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat IA merupakan barang buruan Dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati Dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi Dan akhirat dibawa mati.

Mulai hari ini..senyum-senyumlah selalu..

Monday, July 13, 2009

Aktiviti Beriadah

Dah lama tak masuk citer baru dalam blog aku ni..sibuk sangat akhir-akhir ni. Jangan kata nak update blog..nak buka emel sendre pun tk sempat. So maaflah kawan2 yang aku dengar asik mengomel sebab tak reply emel korang yer. Bukan tak nak..tapi jujur ikhlas..TAK SEMPAT.

Dah 3 minggu rasanya aku tak masukkan citer2 pasal life aku ni. Tapi hari ni aku nak rangkumkan kesemuanya sekali..wahhh!!!!!tak banyak juz nak tulihhh2222 jer. 2 minggu lepas..minggu penuh adventure untuk aku..apa taknya, sabtu n ahad asik berjalan jer. Hari Sabtu, aku g kenduri kawen kawan aku kat Cheras..pastu bawa anak2 gi zoo. Bayangkan aku g kenduri kawen dengan pakaian ala2 nak g merendak di kota raya. Rasanya aku paling janggal hari tu..tapi pedulik hapa..yang penting dpat gak aku belasah nasi minyak sepinggan. sedap betul. Dahler semalamnya tu ada jamuan penerima APC kat opis..nasi beriani sepinggan (time kasihhhh yer). Melanggar peraturan aku minggu tu...makan nasi.

Pegi zoo tu nak memenuhi permintaan anak2 aku yang asik sebut zoo3333...jer. So, agak penat jugaler. Heran juga..apa ler yang budak2 suka dengan zoo tu..binatang dok macam tu juga..takder ler yang ada 5 kaki ker...tanduk 10 ker. Boring aku. Yang bestnyer..naik trem sampai 2 kali. Dulu free sekarang dah kena bayar. Mahal gak. Tapi daripada kena jalan panas2 tu..baikler aku naik trem....


Aksi Ain sorang diri..


Yang ni plak kena berdukung...kalau aku penat ler...15kg beb..


Hari Ahad, tetiba papa ajak gi Taman Burung dan Taman Rama-rama lak. Berjalan lagi. Budak2 suka..aku yang boring. Cuba ler ajak aku gi KLCC ker MidValley ker..best ler jugak. Tapi nak buat camner..permintaan anak2 itu lebih penting daripada permintaan aku. Tensen tol!!!.


Aksi di Taman Burung..


Si Aina menutup lubang hidung dengan 2 jari dek tak tahan bau tahi burung..teknik menutup lubang idung yang paling berkesan..silap2 boleh bawa maut.

Penat beriadah di zoo, taman burung, taman rama2..hari Selasa Rabu Khamis dah demam la plak anak2 aku. Dua2 orang lak tu. Apa lagi..aku pun dah mula kelam kelibut. Nak g keje lagi, malam2 dah tak cukup tido..jaga anak2. Hurmmmm..dasat!dasat!....tapi alhamdulillah hari sabtu semua dah okey semula..tapi minggu lepas aku tak jalan ke mana2 dah..rehat2kan diri aku dan anak2 aku.

Last saturday, aku g besday party anak member aku kat Shah Alam...meriah giler. Jumpa kawan lama..apa lagi macam2 ler citer keluar. Tak sangka..walaupun aku dah lama meninggalkan opis lama, nama aku still menjadi bualan di situ. Btol gak kata pepatah..harimau mati meninggalkan belang..aku berenti meninggalkan nama...hahahaha. Takder pun aku buat apa2 yang cemerlang, gemilang dan terbilang...tapi aura aku masih terasa di situ. Dasat gak penangan manusia bernama chem ni yer. Opppsss...tak boleh panjang lebar ni..kang terperasan lak aku ni.

Sekian sahaja cerita aku pada kali ini..wassalamu

Thursday, July 09, 2009

Tag From MinaH MenGaruT

1. when do you get your driving license?
Awal..tahun 2000. Masa tu semangat lebih. Belajar 5 jam terus g exam. Tak sangka lulus..superwoman ler katakan.

2. your first car is?
Kancil EZi850. Tahun 2004. Ehehehe..masa tu dah amik kancil manual tapi tak gheti la plak nak bawa manual...tukar Auto.

3. what type is your car now?
myVi...idamanku selalu..

4. do you choose you plate number or was it given?
mestilah...aku pilih dan bayar...amik nombor seiras dengan arwah 2 buah keretaku yang dicuri orang. Hampeh punya orang...curi kete aku. Sampai sekarang aku tak halalkan tau!!!!!!

5. what is the colour of your car?
suci bagai mutiara di dasar lautan. huhuhuhu..PEARL WHITE

6. reveal 3 most important things in your car?
-pampers
-tissue
-bantal (senang anak-anak aku nak landing)

7. have you ever got yourself into accident?
Of Course la pernah...3 kali lak tu. First time aku sondol buntut kete orang...tapi nasib baik takder apa2. Hehe turun bukit...seat terundur belakang..kaki tak sampai tekan brek. Cium ler kete orang. 2 kali plak orang sondol kete aku. Jatuh bumper siuttt....lepas tu tak pernah dah...

8. when is the due for your insurance & roadtax?
Januari 2010....lambat lagi..

9. do you plan to change your car?
nak tukar??? tak kot...tapi nak menambah ader ler dalam perancangan..hehehe..

10. lets make your friend do this too. who would you choose?
Aku nak tag orang2 yang tersenarai di bawah..
-Alyani
-Suepincute
-Adyza

Sunday, June 14, 2009

JusT foR laUgH

Ntah...tetiba aku terjumpa puisi indah ini...nak gelak pun ada..syahdu pun ada..tak tau nak describe apa perasaan bila baca entry ini...

Bila lelaki tiba tiba terkentut
Pompuan terus pandang buat buat terkejut
Pastu gelak kat lelaki sampai nak pecah perut
Jenuh lelaki tahan malu buat muka macam badut

Tapi bila pompuan tiba tiba terkentut
Lelaki buat bodo ajer sambil tahan nafas sampai semput
Kalau gelak, mesti muka pompuan berkerut kerut
Pastu merajuk jenuh lelaki pujuk sampai nak kena melutut

Andai kata lelaki tiba tiba terkentut
Lelaki bagitau sorry sebab angin masuk perut
Kot kot la pompuan kesian dan nak tolong urut
Tapi malangnya pompuan asyik dok tekup hidung ngan mulut

Akan tetapi bila pompuan tetiba prot prot protttttttt
Tambah tambah plak bersama dengan bau yang cukup out
Lelaki dengan steady cakap...nak buat camna, dah nak terkentut
Tapi dalam hati tak tahan bau...rasa macam nak terjun laut

Jika lelaki tiba tiba terkentut dengan spontan
Lelaki bagitau nak buat camna dah tak boleh tahan
Pompuan gelak ajer walaupun bau macam nak pengsan
Tapi kat dalam hati dok mengata apa la punya jantan

Andai pompuan terkentut sebab tak boleh tahan
Pompuan pura pura tanya lelaki ada tak bau macam bangkai haiwan
Lelaki pun angguk dan cakap rasa rasa macam ada perasan
Padahal lelaki tau pompuan kentut tadak bunyi lepas pelan pelan

Tapi semua ni adat la kan
Baik untuk lelaki mahupun pompuan
Dah nak terkentut, takkan la nak tahan tahan
Janji bahagia tenang dan hubungan aman

Hmmmmmm....nak buat keje..my princess dok kacau..layan jer ler..

Citer Hari Sabtu...

Salam,

Dah lama rasanya tak update blog aku ni...tak sempat + takder masa + takder idea. Seminggu ni keje aku asik miting dengan diskasyen...pastu kena marah..huhuhuh...seksa sungguh. Tapi dah imun dah...kena marah pun dah tak heran..buat jer ler apa yang patut..ibarat mentimun dengan durian la kita ni...digelek pun kita kena....menggelek pun kita yang kena. Nak buat camner....

Cuti skolah dah nak abis..aku tak sempat bawa ain g jalan-jalan lagi. Yo ler..minggu lepas kalut dengan ain demam..minggu ni plak..aina sakit prot...camner nak jalan. So, tanpa planning apa-apa..aku dengan papa decide nak bawa g petrosains. Ntah paham ke idak kalau ain dan aina tengok pameran kat situ. Lepas breakfast kami pun bertolak...bawa apa yang patut untuk perjalanan sehingga ke petang.

Sebelum sampai ke KLCC, sempat papa bawa kami gi Jalan Ipoh, beli batu dulu..pastu gi stor kedai..angkut sendiri batu ntah apa nama ntah. Penuhla hilux dengan batu batan tu. Dah puas menyoping batu, kami memulakan agenda sebenar ke KLCC. Mula2 aku takut gak ilang batu tu..maklumla..kotak dok terpampang kat bonet belakang...Parking plak kat tempat yang tak boleh nak dijengah selalu..tapi bila difikirkan balik..saper la nak curi batu batan dalam kotak tu..berat gila nak angkat...Kalau ilang pun halalkan jer ler...sapa suruh nak tinggal kat situ..kan????

Ramai giler orang beratur nak beli tiket dan masuk ke dalam petrosains tu..beratur punya beratur dapatla tiket kol 1.30pm, tapi bypass helicopter simulation. takper lah...kalau nak tunggu helicopter tu..tiket kol 4.30pm lak. lagi la lambat...papa pula sibuk dengan telefon...tepon pekerja2 kat AG dengan umah. Hurrrmmm..ntahla..bila la papa nak rileks sket..aku pun tumpang serabut tengok tahap kesibukannya yang melampau...keje sampai tak leh nak cuti. Kalah menteri la plak...

Penat juga masuk jalan2 dalam petrosains ni...kalau zaman budak sekolah dulu bestla camni..dah berumur sket ni..macam tak cun lak nak gi tengok benda2 camni..Ain dengan Aina pun bukannya paham sangat...seronok main kaler2 jer..yang pelik2 tu langsung tak nak tengok...dengar bunyi lain sket jer..dah takut. Last2 aku lak yang try itu ini..maklumlah...zaman muda2 dulu tak boleh nak tengok. heheheh...layan jer ler...kang mambazir lak duit tiket aku tu.

Punya la penat berjalan..sampai kat pelantar minyak...menonong jer kami tanya staff kat situ jalan keluar. Malas dan nak tengok apa yang ada...kol 3.30 pm kami dah keluar dari KLCC. Nasib baik batu bata kami selamat. Heheheeh...risau gak tadi. Papa nak gi kilang kayu lak ni..Hari ni kami merangkap..jalan-jalan dan teman papa keje..nasib badan la...Sempat singgah petronas menunaikan perkara wajib dulu. Kilang kayu lak kat Batu Caves sinun...jalan MasyaAllah..punya lah jem..1 jam kami kat jalan...nasib baik puteri2ku dah tertidor ..kepenatan la kot. Kesian lak aku tengok. Agak sejam juga kami tunggu papa dalam kete...maklumlah papa nak kena check meja dan perabot yang nak dihantar ke site esok...so, sebelum perabot2 tu dihantar...papa kena jadi QC la dulu...takut tak pasai2 kena angkut balik plak perabot tu. Jauh juga perjalanan aku hari ni..

Balik dari Batu Caves ..trus ke Seri Kembangan lak..antar batu bata tu..kang indon2 tu takder keje la plak..hehehe..makan gaji buta plak nanti. Sempat gak aku meninjau apa yang patut kat rumah Seri Kembangan tu. Aina plak tetiba nak makan KFC...apa lagi kami cari la KFC yang berdekatan...malas nak masuk JJ, kami pegi sebelah JJ...hehehe...KFC Petronas. Kalau masuk JJ kang..sampai malam la aku kat JJ tu...nak main itu ini..duit pun melayang gak nanti.

Penat btol hari ni...tapi penat-penat pun sampai sekarang kol 2.30am aku tak ngantuk lagi...dah berapa citer tv aku dah abis nengok...sampai le aku update blog ni...Mata dok segar bugar lagi ni...esok ada planning lain lak ni....tengokler gambar2 journey aku hari ni...banyak yang lupa nak amik..excited lebih...tak teringat nak snap apa yang patut...


Walaupun gambar ni blur..aku tetap nak letak gak..bukti aku gi sana...hhahahahhaha


3 beranak sehati sejiwa


Masa ni Ain & Aina takut nak bergambar...dok jeling-jeling kat dinasour belakang tu..aku nak fokus pun payah...


Pemandangan hutan dolu-dolu


Para saintis tengah mengkaji + buat eksperimen


Acara menahan bebola dari jatuh


"Apa lagi aku nak uji ni"

Penat tapi tak ngantuk...tengok movie jer ler...

Saturday, June 06, 2009

Kerja dan Hindustan

Dah lama tak update blog aku ni...tak sempat. Nak taip sekarang ni pun dah rasa lenguh-lenguh tangan...Nak pandang skrin notbuk ni pun rasa dah nak pitam. Sepanjang minggu ni aku penat giler...Bukan saja penat fizikal..mental pun penat gak. Kenapa la futsal takder minggu ni...kalu tak boleh la aku g menyepak bola lepas tensen..cehhh macam terror. Main badminton pun boleh skali jer minggu ni...yang lain dok melekat kat kerusi aku ni..kalau empuk takper la juga...Ntah3 kerusi aku pun sibuk suruh aku bangun...kalau la kusi tu leh cakap.

Plan-plan cuti ni nak ajak famili aku g shoping kat mana2 pun...hajat2 hati nak tinjau kete idaman aku. Heheheh...angan-angan. Pastu dah plan cantik nak g serenity spa dengan azzah...nampak cam tak jadi jer. Masing-masing dok mengelupur dengan keje. Hai....tensen aku. Nak tunggu keje siap...nampak gaya..sampai aku pindah kementerian la ...keje aku tak berenti. Nampaknya cam tu lah. Sabaq2222...nak dapat rezki yang berkat camtu lah....

Tapi yang aku peliknya takder ler plak lemak-lemak aku ni nak melarikan diri...makin tepu adalah. Nampaknya kesibukan dan ketensenan aku ni hanya akan beri aku 2 pilihan....makin menguncup or makin mengembang. Makin tensen lagi le aku makin selera...konon2 nak lepas geram..tapi yang jadi mangsanya aku sendre..huhuhu. Adusssss....nasib..nasib...

Minggu ni adalah minggu paling serabut dalam idup aku..Rasanya tak pernah aku seserabut ni lagi. Hahahhaa...ya la..dulu kalau tensen pun sempat la aku g jalan2 dan shoping2 untuk terapi jiwa...kali ni jangan kan nak jalan2 nak shoping pun takder napsu...tapi bab makan makin bernapsu...sempat plak aku order cheese cake dari farid...ni ha picturenya...




Yang ni plak buku-buku aku yang aku memang beli dengan niat untuk membaca..dan sampai sekarang tak sempat2 nak baca lagi. Letak kat opis konon-konon kalau ada masa free boleh la aku baca...tapi nampak gayanya, cam nak jadi tukun jer buku aku ni..ishhh bila la aku nak baca buku2 ni...Hobi aku membaca buku-buku HM Tuah pun dah macam nak terkubur jer ni dek kerana kesibukan yang melampau..



Minggu depan aku dah atur sesi2 presentation system2 aku...nampak gaya sibuk lagi la minggu depan ni. Bukan apa..nak tengok dulu sebelum ' ' in the box tengok..hahahaha...kang kena bambu lagi. Tapi tengok gaya jumaat lepas macam dah insaf..harap2 keinsafan tu akan memberi cahaya dan harapan baru untuk projek aku..Aminnnnnnnnnnn...

Dalam dok sibuk2 keje ni..aku nampak la juga manusia-manusia yang suka mengambil jalan mudah untuk menuju puncak ala-ala akademi fantasia tu..dengan harapan ada orang akan afundi diri dia. Pelik-pelik...nak amik jalan shortcut pun...tengok-tengokla orang yang penat menebas hutan nak buat jalan tu. Tapi tak per..kita tengok dulu rentak manusia-manusia tu...bukan aku nak sangat glamor ala-ala bintang tu...lagi seksa mental aku nanti...tapi geram tu ada la sikit2. Macammana tak sakit hati..kalau yang buat keje 2 bulan orang tak pandang tapi yang buat keje 2 hari kena puji melambung...pastu siap meng'up'kan diri sendiri lagi. Kesian team aku...nak buat camner...kerja di belakang tabir.

Belom sempat siap projek aku ni...bos dah bagi projek baru lak kat aku. Rasa cam nak pinjam jer tangan tokong indu dan otak mr sifu. Supaya aku boleh buat lebih pantas macam yang bos nak. Haiiiiii...heran + pelik...kenapalah aku juga menjadi mangsa..padahal banyak lagi SA lain yang keje dah nak siap dan tak fikir banyak cabang. Tapi mana aku tau kan...ntah2 aku jer perasan keje aku banyak..hahahahah..takper..anggap ini satu cabaran...chaiyok chaiyokkkkk...help!!!help!!!!....

Boring lah asik tulih pasal koje jer..baik aku citer pasal hobi aku ni...Sejak dua menjak ni aku asik layan citer industan jer...tambah2 sejak ada chanel mustika ni...walhal aku rasa ni hobi aku masa bujang dulu...pastu lepas kawen aku dah tak berminat tengok citer camni. Pelik gak...layan jer ler..lagipun citer chanel lain pun tak best gak. Kalau dulu aku suka tengok citer industan ni pasal aku suka layan peeling aku ni..kalau time sedih aku nangis gila2..yo ler..amik kesempatan nangis untuk masalah aku sama..hahahah..jiwang kan??..Sekarang ni tengah tengok citer Dhadkan lak ...padahal rasa dah 10 kali aku tengok citer ni..CD pun aku beli...tapi aku tetap suka tengok citer ni. Layan jer ler...dah memang best...takder ler gaduh dushhhh dushhhh macam citer industan lain.

Minggu depan aku nak main badminton hari-hari...target aku...

Friday, May 29, 2009

KeNaNgaN LaMa

Hari ni aku terpaksa cuti kecemasan. Anak aku demam lagi. Panas badan..semalaman aku tak tidur. Nak tinggal bibik jaga...bukan aku tak percaya..tapi aku lebih suka jaga anak-anak yang sakit ni sendre. Puas hati. Bibik aku pun dah faham perangai aku. Memang aku agak cerewet bila anak-anak sakit. 5-10 minit sekali aku akan check suhu badan anak aku. Nak tinggal pun aku tak berani..kalau nak ke mana-mana walaupun ke bilik air..aku akan pastikan bibik ada di sebelah anak aku. Takut aku..dalam sesaat..macam-macam boleh jadi.

Hari ni juga ada teacher and parent meeting di sekolah anak aku. Plan kol 12 waktu rehat opis baru nak pergi. Tapi memandangkan aku cuti dan anak aku demam..tak pasti lagi kol berapa nak pergi. Tengok keadaan jer ni.

Lepak kat umah ni..teringat pulak kawan-kawan dan suasana kerja kat opis lama. Buat kawan-kawan, sahabat dan teman sehati sejiwa...naza, suhana, suraya, kak ila..i miss u all veri mac. Kat opis baru ni..aku tak leh merapu macam dulu lagi. Tak sempat..nak merapu jer...kerja dok gamit222. Kat opis lama dulu..kita sempat juga sembang pasal fesyen baju tahun ni, pasal siti nurhaliza, tema raya, spa dan salon untuk kecantikkan, planning masa depan dan yang paling penting strategi untuk mengontrol duit suami. Heheheheheh...hebat tu. Aku ingat lagi...pantang ada fesyen pakaian terbaru atau tudung...kita akan cari dulu. Kalau tengok majalah fesyen plak...kena tengok ramai-ramai..kalau sorang takder piling. Pastu dok ulas satu-satu fesyen tu sejam. Masa tu jangan cakaplah...duit laju macam air jer. Pastu asik kumpul handbag jer. Bawa ke opis tunjuk kat member-member. Aku sekarang ni dah tak kumpul handbag dah. Yang lama-lama pun aku dah sedekahkan kat orang. Kat sini tak bawa handbag. Banyak barang nak bawa ke opis. Tak menang tangan.

Dulu..geng kita Datin Diaries...orang asik kutuk jer. Sebab kita kan buat hal kita jer...kan tak bercampur dengan cikgu2 lain....ramai cikgu-cikgu lain dok ngutuk kat belakang..prinsip kita..kita tak kacau orang..so orang jangan kacau kita. Plak tu tahun tu masing-masing tukar imej (konon-konon) makin vogue. tup2...aku bawa merc, su bawa spectra, suraya bawa honda..naza bawa concorde, kak ila bawa waja..hehehehe ..meletup la orang lain. Tapi kita buat dono..ada masa kita saja tunjuk-tunjuk kat orang...huhuhuh...tapi yang aku best tu...baru orang buka mata..siapa dia ahli kelab Datin Diaries.

Yang best tu time bulan pose. Kol 4.30pm jer masing-masing dah sibuk pikir nak masak apa. Masa tu sama-sama bagi cadangan. Sibuk cari resepi kat mesra.net. Kol 5pm jer dah ilang dari opis. Nak cepat balik rumah...elak jem. Pastu boleh dikatakan..tiap kali waktu lunch kita akan keluar dari opis. Kalau bulan biasa tak nak makan kat kantin..konon2 tak sedap. Sanggup keluar cari makan di luar. Kalau bulan pose plak...keluar shopping. Hurmmmm....ada jer benda kita nak beli. Tudung aku saja...dah penuh almari tu. Baru-baru ni aku bagi kat bibik aku hampir 20 helai. Memang membazir.

Si Naza plak...bajunya siap ada tema..Kalau raya siap tempah 10 pasang. Ada jer tema untuk baju-baju tu. Untuk kenduri kawen adik la...yang ni untuk tunang adik..yang tu untuk rumah mak mertua. Sekarang ni plak...nak lupuskan baju-baju lama...nak ganti dengan baju baru. Haiiiii...kalau orang dengar mesti membazir kan...tapi itulah pn naza kita...pening husband dia. Asik nak melaram jer. Tapi takper..sebab dia vogue la...husband dia jaga dia giler2. Heheheh takut dikebas orang.

Suhana pulak...rasa bawah meja dia tu penuh lagi tak dengan kotak kasut? Beli jer...pakainya tak. Nak bawa balik takut husband marah. Handbag, kasut, brooch antara koleksi kesayangan dia. Yang paling aku terkejut sanggup dia beli hangbag LV dengan rega RM2400. Gila mampus mahal. Pastu beg-beg dia banyak diorder dari obersee. Cantik-cantik plak tu. Nasib baik aku dah pindah tempat keje..kalau tak dengan aku join ko sekali. Bankrap terus.

Suraya plak...antara kawan aku yang paling jimat. Kalau tengok kami membazir dia memang marah..tapi yang aku tak tahan tu dalam diam-diam dia beli juga treadmill, AB king pro..ogawa..heheehhe..dan yang paling aku tak sangka...gelang dengan harga RM6K. Gila mahal. Dasat-dasat. Pastu kalau raya sibuk nak mengecunkan diri...konon2 nak lawan dengan pesaing...tahun ni lawan lagi ker??? Dah atur strategi??

Kak Ila...member yang paling cool. Agaknya sebab belajar di Jepun, cara idup pun macam orang jepun..semuanya teratur..skema..dan relax memanjang. Agaknya sebab tu orang jepun ni boleh berjaya. Dia jarang terpengaruh seperti kami. Kami memang respect kat dia. Mulut pun tak potpetpotpet macam kami. Dia cakap bila perlu jer....atau bila waktu rehat jer dia akan bersembang dengan kami. Waktu lain dia buat keje...hehehehe memang berkat rezeki dia.

Aku seronok betol kenal korang dalam 5 tahun ni..boleh dikatakan kita akrab hinggakan masing-masing dah kenal keluarga kita. heheheheh..tom-tom bak mak yong didik. Aku harap kita tak putus kawan..dan akan terus berkawan sampai bila2.

Boring gila dok kat umah ni..keje plak melambak kat opis. Nak cuti pun tak senang. Kat opis lama boleh la melepak kalau takder kelas. Kat sini tak sempat..terkejar-kejar nak buat keje. Kalau lepak waktu rehat lama...kena la balik lambat sebab keje tak siap. Tak macam opis lama...kol 4.30 dah beratur kat punch card.

Okeylah...cau dulu..nak pegi meeting kat sekolah anak aku la...chaiyok..chaiyok.

Monday, May 11, 2009

BALIK KAMPUNG

Minggu lepas aku bercuti..balik kampung. Dari 8-10 Mei 2009. 3 hari di kampung rasa macam singkat sangat. Menyesal plak amik cuti 1 hari jer. Kalau tau..aku continue sampai hari selasa. Baru puas bercuti. Tapi bercuti lama-lama pun..takut juga. Rosak diet..maklumlah masakan kampung ni boleh buat aku menambah nasi 2-3 kali.

Di sini aku letakkan gambar-gambar yang sempat aku rakamkan semasa aku di kampung untuk kenangan aku dan orang-orang yang terdekat denganku.. okey cuba tengok yer...



Inilah teratak aku dibesarkan...rumah kampung biasalah..tak boleh samakan dengan banglo di kota...tapi bagi aku.inilah banglo, condo, penthouse, villa, resort...dan seangkatan dengannya...Rumah ni sekarang hanya mak dan ayah aku yang duduk. Maklumlah..kami hanya 4 beradik..dan semua dah ada rumah sendiri. Kesian mak ayah aku..sunyi dioarang. Sebab tu kalau kami balik sekali-sekala...hebat sambutan yang kami terima...rasa macam MB masuk kampung. Huhu..




Ini pula gambar yang diambil dari depan rumah aku...sawah terbentang luas..kalau perasan ada 2 orang pekerja sedang mencabut anak benih semaian padi...seikat benih tu upah hanya 20 sen. Murah kan..kesian plak aku dengar. sekarang musim semaian padi..nanti sekali lagi aku balik dah musim menuai agaknya. Hijau kan!!!




Ini pula pemandangan laut yang sempat aku rakamkan. Sebenarnya..aku nak ambil gambar matahari terbenam..tapi punyalah kusyuk makan bihun sup utara tepi laut tu...sedar-sedar matahari dah terbenam. Kalau perasan..nampak sampan-sampan nelayan terikat di tiang-tiang di situ. Nak sebut pun aku tak tau. Terpaksalah ambil gambar bergelap. Actually..rumah aku tepi laut juga. Ikan fresh-fresh..tiap kali balik ..kompom aku akan bakar ikan cecah sos...sedap!!!!.



Ni pulak gambar kak ipar aku dengan anak-anaknya..termasuk juga 2 orang anak aku. Yang baju kuning dengan oren tu anak aku. Gambar ni diambil semasa balik dari makan bihun sup. Inilah tempat nelayan-nelayan memunggah hasil tangkapan dari laut untuk dijual. Ikan kat sini murah-murah jer..plak tu fresh..selalunya lepas subuh nelayan akan keluar ke laut..dalam kol 9 pagi mereka akan balik dengan ikan-ikan yang segar bugar. Kalau time raye..cuti sekolah..tempat ni akan jadi tumpuan orang-orang luar. Kadang-kadang orang-orang KL akan datang..cari belacan kola dan ikan masin untuk di bawa balik...termasuklah aku...hehehe..jangan tak tau..mak aku seludup belacan dan ikan masin dalam beg aku naik kapal terbang...heheheh.



Yang ni plak pokok paling chantek di kampung aku..sebab bunga dia warna merah. Dalam-dalam rimbunan hijau tu..tup-tup ada plak sepohon pokok berbunga merah...cantik gila kalau tengok secara lintas langsung. Masa tu aku bawa ayah aku g repair motosikal kesayangannya di pekan Ayer Itam. Masa on the way balik tu aku berenti untuk snap gambar pokok ni..nak diabadikan dalam blog kesayanganku ini...tengoklah yer...redup mata memandang.



Ini yang paling spesel sikit ni..anak sepupu aku..merangkap dua pupu anak aku..hehehe..anak yang ke enam..baru 20 hari usianya..comel kan???!!!. Namanya tak diletak lagi...macam-macam kami bagi nama..tapi bapanya tu tak mao...memilih sangat.

Ni jer ler cerita aku balik kampung..seronok sangat. Plan bulan 7 ni nak balik lagi. Tapi jangan kena time testing system cukuplah...kalau tak alamatlah tak boleh bercuti ler aku...okey..cau cin cau.