Monday, January 30, 2012

Tensen!!!

dah lama aku tak mencarut kat blog ni...kali ni terasa nak mencarut la plak. geram....sakit ati....sakit jiwa. rasa cam nak pelangkung sorang2 kasi lembik macam lintah. geram aku!!!!!!!!!!

tensen aku....
sejak aku berkhidmat di sini ...aku tak der fikir mende lain dah..keje..keje...keje. semata2 nak mengejar dateline dan memuaskan jiwa raga bos2 tersohor. tapi aku cukup tensen...bila semua tu tak habis2. habis satu datang satu..habis satu datang satu. macam balaci aku rasa. macam bahabi pun ada jugak.

mengandung pun serupa tak mengandung. sama jer apa yang aku kena buat. keluar masuk bilik mengadap..pastu suka2 nak tukar flow sistem yang aku dah design. dulu dia cakap lain...sekarang dia cakap lain. sapa user sapa owner..tensen aku. pastu yang tambah aku bengang ni....bila nak siap itu ini...padahal hari2 aku kena siapkan keje2 baru yang diberi. kalo camtu bila keje lama nak siap. aku buat tak tau kang...baru tau. kang aku buat muka blurrrrrrrr.........baru tau.

malas aku nak pikir banyak2....asik keje...anak demam pun aku heret mai opis..campak kat nuseri nun...semata2 nak puaskan ati orang....nak sangat keje siap kan??!!!!...kali ni lantaklah....keje siap ker tak siap ker...lantaklah korang.....baik aku jaga diri aku..anak dalam perut aku..anak2 kat luar tu..daripada jaga periuk nasi orang lain.

mak tensen ok!!!!!!!

Monday, January 16, 2012

dah 30 weeks????!!!!

Alhamdulillah...hari ini usia kandungan aku dah cukup 30 minggu. lagi 7 @ 8 minggu aku akan memberanakkan diri...insyaallah di Hospital Annur Bangi. Harap2 pemilihan yang aku buat akan memberi kepuasan dan imbuhan untuk kami berdua....dan harap2 juga tidak menimbulkan sesalan pada kami.

baby aktif bergerak...oleh kerana kedudukannya yang menyongsang...maka pergerakan banyak aku rasa di sebelah kiri dan bawah. doktor cakap...tak kisah la kedudukan macam mana...yang pasti aku tetap akan ditoreh. so, redha dan berdoa...semoga selamat semuanya.

sekejap jer aku rasa...pejam celik pejam celik dah 30 minggu...8 minggu tu tak terasa apa...dengan kesibukkan aku sekarang yang nak menghabiskan sisa2 keje yang tergendala ni...so...8 minggu tu tak cukup sebenarnya untuk aku. harap2 aku sempat siapkan keje2 yang tertangguh dan boleh memberanakkan diri dengan tenang..tanpa ada panggilan tepon sewaktu berpantang nanti.

dah dekat 5.30pm...jap lagi nak gi pustaka mukmin...cari buku kerja anak aku pulak. anak sulung leh la manja2 lebih2 masa peknen...anak ke3 ni...kena la pandai2 hidup. takder masa nak manja2 dah. kang tak berasap dapur kat umah.

cau dulu ya...

Monday, January 09, 2012

Isnin Yang Moody

mornink all!!!!...

pepagi ni user suka nak buat aku marah2....nak naikkan darah aku. mujur darah aku menten low...kalo tak..harus dah mencanak naik. apa kejadahnya...aku dah hantar emel sesi brainstorming dibuat pada 12 dan 16 Jan...tiba2 pagi tadi dapat emel buat 9 dan 12 Jan. yakni hari ni. pala hotak!!! suka ati jer nak buat tarikh2 sendiri...pastu yang nak kena standby brain nya aku. ngok sungguh.

ni la aku menyampah kalo user tak gheti ni. kalo nak jemput dr fadhilah kamsah pun kena cari masa dia yang sesuai...bukan ko yang tetapkan tarikh sendiri..pastu dia plak kena adjas masa dia untuk ko. sama la macam aku. cari la masa aku yang free dan ready. ni aku plak kena ngelupur pasal ko.

banyak2 sistem aku handle....sistem ni la paling bangang dan malang skali. macam siiiuuuutttt jer!!!!!!!!

Friday, January 06, 2012

Today Xtvt

Gila menghapdet blog hari ni....sebab aku bosan yang teramat sangat. Petang tadi balik dari kija aku dapat sms daripada laki aku. "abang balik lambat, buat rambut". Tu la hobi laki aku..suka sangat g perm, straight rambut dia. Tapi aku ok jer...kerinting2 rambut aku pun tetap anggun. So...pikir2 punya pikir..apa nak buat hari ni...aku pun terus drive kete gi d'aura spa. Buat lulur...sejak peknen ni..rasa bekerak belakang..malas nak gosok. Pastu sejak takdak bibik...takdak sapa nak tolong gosok belakanig aku. Dulu rajin gak bibik aku...

Ok la..not bad jugak serbis dia. Rasa sedap jer bila kena tonyoh belakang. Maklumla...gatai berdaki. Esok aku dah set appointment untuk berurut la. Ain pun dah set appointment untuk berlulur...so, esok hari kami 2 beranak nak bermanja di spa. Bestnyeeeerrrr.

Pas gi lulur kami gi restoran azea. Restoran kegemaran aku di equine ni. Cantik, kelaaassss...bersih..dan sedap. Selalu aku memang makan kat sini jer kalau tak memasak kat umah. Selesa.







Cer nengok gambar....nak amik gambar kedai kang orang kata jakun pulak..so, aku jadikan anak aku model...hehehe

posted from Bloggeroid

Aina..Hari Pertama Sekolah




sila sengetkan kepala anda untuk menatap picca2 di atas. aina pada hari pertama persekolahan. alhamdulillah..tak menangis tak merajuk..tak masam muka. enjoy. hopefully...dia akan gembira di sekolah baru, environment baru.

Pangkor Island Beach Resort.



Percutian penutup di tahun 2011...sama juga..percutian yang tak dirancang. setelah aku amik cuti seminggu untuk bercuti...anak aku disahkan ke HFMD. maka 6 hari aku terkurung dirumah..menjaga anak yang tak sihat. then pada hari jumaat yang besar rahmat...tiba2 laki aku ajak gi bercuti. gila ko...hari tu dah la 23 Dis....memang peak hour la bercuti. nak krismas lagi. laki aku memang camtu...suka buat percutian mengejut. tiba2 jer laki aku ajak gi Pangkor. tawaran dibuka pada jam 12 tengahari. segala urusan hotel diuruskan oleh laki aku. tugas aku hanya mengemas kain baju untuk bekalan disana.


lepas solat jumaat...kol 3 pm kami begerak dari seri kembangan ke lumut. target nak sampai kol 7...tapi kami sampai kol 7.15pm. maka terlepaslah feri hotel..naiklah kami feri biasa...yang sungguh sesak. tapi orang kata percutian yang tak dirancang tu lah yang sebenarnya best....dan bagi aku memang best.

sungguh tenang di sini...tak crowded. kami melepak jer kat hotel. nasib baik laki aku amik pakej dinner sekali. so, malamnya kami tak keluar mana2...hanya berlegar2 sekitar hotel dan pantai. sori tak banyak gambar pasal cameraman suka tido dalam bilik.

aku dan anak bongsuku....yang besar suka merajuk. sikit2 merajuk. yang kecik pulak suka posing. maka lehla jadi peneman aku bila bergambar.


hepi gila aina main air. ajak mandi laut tak nak. asik2 nak terjun kolam. sehari 6 jam dok dalam kolam...sampai badan dah jadi itam...macam aku. sekarang aku panggil dia sanggeta.



ni plak ain...sama jer dua beradik ni. berenang333333.....aku yang tunggu pun makin itam.


cer tengok..btol tak aku cakap..yang besar suka merajuk.. tu merajuk la tu...aku tak kasi terjun kolam...sebab dia dah demam. tapi nak terjun jugak....merajuk taknak makan. adik ok jer....terenyih222 macam kerang busuk.


tempat aku memantau diorang terjun dalam kolam. ekceli....laman ni aku bayar...sebab bilik aku yang punya..hahahahah. maka disinilah aku dengan laki aku bersantai..sambil memantau 2 orang budak menyelam menimbul dalam kolam.

aku dan anak2 aku...di pagi hari berjalan untuk ke restoran. anak aku kata aku ni macam budak2 mengandung. ya la ..aku tau la aku kemetot....pastu boolat. dok kutuk2 aku lagi tau..kang aku tunjuk gambar aku masa mengandungkan dia baru tau...lagi kembang 4 mangkuk..at leaast sekarang ni kembang mangkuk tingkat jer.


pemandangan indah laut di waktu petang...walaupun aku tak sempat nak amik picca sunset...tapi bagi aku ni pun dah cukup cantik. tenang jer....rasa cam nak pegi lagik..


ain berlari dipantai setelah mendapatkan present dari santa ditepi pantai dipagi krismas....aina masa ni jangan haraplah..nampak pantai lari. kaki langsung tak nak pijak pasir. dia cakap kotor. so, percutian ditepi pantai adalah amat merugikan untuk anak2 aku. langsung taknak mandi laut. last2 aku dengan laki aku yang terjun ke laut. 2 orang budak plak berehat kat atas rumput ditepi pantai.

kesimpulannya....walaupun percutian ini tak dirancang..tapi cukup bermakna dan menarik dan memberikan pengalaman yang indah untuk kami sekeluarga. 3 hari 2 malam rasa cam tak cukup jer... tapi disebabkan kami pegi pun ujung2 cuti maka takleh nak tambah2 lagik. balik dari bercuti..bukan ain saja yang demam...aku pun demam lepas tu. hari pertama sepatutnya aku naik keje tapi aku MC sebab demam.

nak bercuti ke obersea teringin la jugak..tapi sebab kami ni kebanyakkannya percutian tak dirancang. kang rancang lebur jer duit aku...cam tahun 2008..penat aku bayar tiket flight, hotel, pakej melancong ke obersea...last3 burn camtu pasal laki aku sibook keje. so, aku rasa..kami ni sesuai gi melancong dalam mesia jer...duit pun jimat...hahaha.....sekarang ni kalo laki aku sibuk suh aku cari tempat percutian kat luar negara...aku buat bodo jer...kang tak jadi lagi naya. hancussss duit aku. aku bukan bisnesswoman...makan gaji jer...bukan duit datang bergolek222. kalau nak gi jugak....silalah tempah sendiri.... huhuhu.

macam kes laki aku gi umrah tahun lepas. bukan rancang pun. tup333..bayar..beli barang....lusanya terbang. itulah pesen laki aku. yang rancang selalu tak jadi....yang tak dirancang tu yang jadi. hehehe...

p/s : yessss!!!!!!!!!!!.......habis en3 untuk percutian. selesai. sila abai ayat aku yang tungin terbalik...sebab motif aku hari ni untuk bercerita tanpa perlu menyusun ayat yang sedap.

Gemooooknya


gemooooookkkknyaaa...sapakah itu?????

Melaka Bandaraya Bersejarah

arakian dimaklumkan bahawa ceritera ini adalah ceritera yang berlaku pada bulan Julai 2011. aku janji nak tepek picca kat blog sejak bulan julai lagi kan??? tapi masa dan keadaan serta sifat malas telah menghalang niat murni aku. maka hari ni aku berusaha untuk melawan anasir dan aura negatif dalam jiwa aku untuk melahirkan entri yang telah terperuk sekian lama di dalam draft.

terjadinya peristiwa ini hanyalah disebabkan anak kecilku, aina...gambar di bawah...


yang begitu kepingin untuk tidor dihotel. hasrat itu disuarakan pada papanya pada jam 8.00 malam hari Sabtu. So, demi memenuhi impian si anak maka si papa dengan pantasnya mengeluarkan arahan untuk mempacking segala muatan untuk dibawa bercuti(tanpa dirancang). so, begeraklah kami dari Seri Kembangan ke Melaka pada jam 9 malam...dan sampai ke sana pada jam 11.30malam.

Alkisahnya...sesampai di sana...maka aku sebagai ibu dan laki aku sebagai bapa sibuk mendail nombor2 telefon untuk mencari tempat tido bagi malam itu. puas menelefon puas mencari kebanyakkan hotel dah penuh untuk malam tu. maka tanpa segan silu dan setelah merasa penat menelefon, laki aku pun memilih untuk bermalam di Equotorial Hotel....dengan bilik Suite dan bayaran untuk malam itu adalah RM8++. bagi aku tak berbaloi....sebab masa tu dah dekat 12.30 tengah malam. tapi aku diam jer la.....kalau duit aku...aku cari jer hotel 2**. tapi sebab laki aku punya taste...4** ke atas...maka aku biarkan jer dia buat pilihan.


inilah keadaan bilik kami.....selesa jugaklah...



ada hall yang tak leh dibazirkan. tempat makan dan lepak. macam ler kami ramai. padahal berimpit jer atas katil yang sama 4 orang.

sofa biasa2....


tengahari lepas chekout kami gi jalan2 kat bandar melaka...jangan heran kalo tengok ain pakai sweater di tengah hari. sweater tu baru beli 2 hari sebelum tu...so, jakun tu ada jugaklah.

aku...eh!!! tiba2 nak interprem. pastu tersengih2...


di atas bahtera melaka....menahan panas matahari terpacak atas kepala.

seronok gak p melaka. tapi kami tak sempat naik beca....tak sempat naik taming sari...tak sempat nak gi a famosa...tak sempat jalan2 sekitar bandar melaka. sebelum balik tu aku ajak laki aku singgah umbai. first time sampai. pakai gps cari umbai. ingatkan restoran besar...tapi kedai biasa2 yang makanannya sungguh sedap dan murah. sesuai dengan orang2 kampung seperti aku. aku belasah ikan terubuk bakar sekor...laki aku pulak ikan pari asam pedas. sedap!!!!

entri ni aku wujudkan sebab sekarang aku teringin nak makan ikan bakar. dan aku tak jumpa lagi ikan bakar yang sedap selain daripada yang pernah aku makan kat Kuala Perlis dangan kat Umbai. sekarang port aku kat rasa alamanda. boleh tahan juga ikan keli bakar kat situ walaupun harga sekor besar 2 jari aku...rm5. so, cadang2nya esok nak ajak laki aku gi dinner kat Bagan Lalang....harap2 menjadi. kalau tak jadi.....dapur tak berasap ler esok.


p/s :yes!!! siap satu en3 yang aku peram sekian lama. kejap lagi ada en3 seterusnya.


Mood Kejung


Nak update...tapi takde mood nak update.
nak crita....tapi takder hati nak citer...
nak mengarang...sejak keje jadi J pastu F...skill mengarang dah ke laut

kalau lah blogspot ni leh menukarkan kata2 aku menjadi tulisan sasterawan negara..alangkah bestnya...tak perlu aku menghabiskan masa menaip kat sini. tak perlu buang masa seminit dua untuk memikirkan ayat2 seterusnya. bila la nak jadi camtu.

banyak en3 terhutang...nak letak gak picca. penat bergambar bagai model dugong dilaut...last2 terperam jadi ikan pekasam macam dalam peti umah aku tu.


jap lagi aku nak try curi masa nak hapdet pengalaman percutian aku yang tak dirancang. sekarang ni aku nak siapkan DFD aku dulu. jangan marah ya....DFD tu lagi penting...sebelum bos aku jadi naga...baik aku siapkan dulu. asik2 keje kan...?? nak buat camner....dah memang aku kena kija. tak macam jadi J dulu...leh lepak2 time student takde. sekarang jangan haraplah....aku hanya lepak kalo user takde...yang memang takkan jadi macam tu sampai kiamat.


DFD diagram yang tensen



p/s : mood tengah menjeles dengan rakan2 J aku di opis lama.




Thursday, January 05, 2012

Perkara yang jangan dibuat dalam miting

Meeting adalah perkara yang paling dibenci pada mereka yang bermasalah kerana takut akan dihentam.Kepada yang ingin berkongsi info-info terkini, meeting adalah medium yang paling penting. Tak kira korang di golongan mana pun. Janganlah buat perkara-perkara kat bawah ni :

  • Menyampuk dengan sesuka hati, bukan tersampuk. Asal ada orang cakap je korang menyampuk, memang nk kena cepuk
  • Membangkang walau belum dicadangkan apa-apa. Orang baru nak bagi salam mukadimah korang dah bangkang
  • Berniat untung menenangkan ketegangan ketika meeting dengan membuat aksi lucu dan ketawa sorang diri ketika kawan korang bertikam lidah menegakkan pendapat masing-masing
  • Tak memberti sebarang respon, yang korang tahu nak makan jer. Orang lain sibuk bermesyuarat korang sibuk makan dan selamba jugak korang mengorder macam kat kedai mamak
  • Tidur tanpa terdetik perasaan bersalah pada diri sendiri dan menganggap perbuatan korang itu tidak salah di sisi akta perkerjaan, siap lentuk dekat bahu bos lagi.
  • Diam walaupun sampai turn korang untuk membentangkan projek atau diajukan soalan ataupun diminta menjawab segala permasalahan. Korang hanya diam membisu dengan menjadikan harapan perbuatan ini akan menjadikan korang ikon berpekerti mulia

p/s : ada satu tambahan point yang aku rasa tertinggal ...... jangan main henpon masa miting. sebab aku selalunya akan sms/ym/whatsapp/viber kawan2 dalam miting bila bosan ataupun masa mengutuk bos.

Berpindah Blog

Assalamualaikum... Blog ini telah berpindah ke: wonderfulprimroselife.blogspot.com . blog baru...hidup baru..harapan baru Insyaa All...