Friday, February 27, 2015

Hilangkan Segalanya

Assalamualaikum..

Call kawan tadi...tapi tak angkat2.  tapi aku tetap call berkali2 kerana nak dengar lagu ni.   sungguh menusuk hati walaupun 3 baris aku dengar.  Hati terdetik...nak cari siapa penyanyi lagu ni..dan lirik penuh lagu.  sekarang dah dapat...donlod setel..lirik dapat..nak praktis nyanyi jer belum lagi. 

so...hayatilah lirik lagu cinta cintun ini...


Semudah cukup hatiku dilukai
sekian lama rasa tak dihargai
sampai bila harus aku menanti
saat indah setelah dikau pergi
inginku hapus semua
rasa mencengkam ini
hanya padamu ku meminta
aku pasrah

hilangkan rasa gundahku
hilangkan rasa dukaku
hilangkanlah segalanya
ku tak ingin sakit lagi

hilangkan kekosonganku
hilangkan keasinganku
hilangkanlah segalanya
ku tak ingin lara lagi

hilangkan rasa gundahku
hilangkan rasa dukaku
hilangkanlah segalanya
ku tak ingin sakit lagi

hilangkan kekosonganku
hilangkan keasinganku
hilangkanlah segalanya
ku tak ingin lara lagi

hilangkanlah segalanya

ku menanti saat sinar mentari
ku menanti cahaya dalam hati
inginku gapai bintang yang gemerlapan
agar terang jiwa yang kegelapan
inginku hapus semua
rasa mencengkam ini
hanya padamu ku meminta
aku pasrah


Tuesday, February 24, 2015

suka ati aku nak tulis apa

azam tahun baru...konon nak aktif berblogging
tapi dah nak masuk suku tahun entri sebelah jari pun nan hado
konon nak share as usual..
tapi semua dah lalu..then semua dah lupa
dah tu...how can i share..huhuhu

hidup aku ni ranjaunya takleh nak share..
dalam tawa ada tangis
dalam riang ada sendu..
nak describe pun tak tau cammana...
so..lalui saja..
hidup kalau nak melawan arus pun payah jugak..
ikut jer arah angin bertiup..
tup2 kita dah sampai ke muara
tup2 kita dah bahagia..
tup2 kita dah tiada...OMG
naheeee...kabhi nahi

wowww!!!!...pembuka tahun 2015...
dah dilalui dengan renjisan air mata..
depan bos pun dah tak kira...nak mengalir ajeeerrr
tak gheti nak dok diam air mata ni..buat malu tuannya saja.
lenkali dok diam222...kalo nak keluar jenguk dunia pun..tunggu tuannya gi toilet dulu..
tak nyempat2..

tahun ni meningkat lagi umor aku..
dah tua ghupenya
tapi as usual...i am sweet 17
takkan berubah sampai bila2.
hehehehe


Bila Tiada Jodoh, Ucapkan “Kamu bahagia, saya juga pasti akan bahagia”

Ada kalanya, ada orang yang sudah lama bercinta ataupun mengikat tali kasih, akhirnya ternyata tidak ditakdirkan untuk dapat bersama. Pelbagai sebab yang terjadi yang menyebabkan gagalnya melangkah ke pelamin.

Bagi menutup rasa kecewa, seorang daripada mereka mungkin berkata, “Apabila kamu bahagia, aku juga bahagia.”

Tetapi benarkah perkataan itu ikhlas dan murni dari hati, atau sekadar penyedap keadaan? Selalunya mulut berkata kuat, tetapi hati masih tidak dapat menerima.
Dihadapan dia boleh tersenyum ceria, tetapi di rumah dihujani air mata.
Apabila berhadapan keadaan sebegini, teruskan melangkah dan mempersiapkan mental bagi menghadapi kenyataan. Pada awalnya memang sukar.
Tetapi, sekiranya kita terus berusaha sedaya upaya, kita juga berani berkata dengan tulus dan murni dari hati, “Apabila kamu bahagia, saya juga pasti  akan bahagia, Insya Allah.”

Adakah kita berani berkata sebegitu?

Saya percaya, ia bukan soal berani atau tidak, tetapi ia berkenaan cara kita menerima kenyataan. Sekiranya sekadar berkata-kata, semua orang mampu mengungkapkan.
Namun, komitmen dan perjuangan yang luar biasa diperlukan bagi menerima kenyataan dengan ikhlas. Selain itu diperlukan juga keyakinan yang teguh kepada takdir-Nya.
Atas dasar itu, sikap husnuzon atau berbaik sangka kepada-Nya perlu sentiasa tertanam dalam dada.

Semoga Kamu Bahagia, Ucapkan “Barakallahulaka” 

Ini adalah ucapan termanis dan terindah sewaktu kita menghadiri majlis perkahwinannya. Tunjukkan jiwa besar kita dengan mengucapkan Barakallahulaka.
Ia adalah ucapan yang mulia dan penuh dengan doa.
Apabila Uqail bin Abi Thalib berkahwin dengan seorang wanita dari Bani Yasir, Al-Hasan berkata, “Semoga kamu berbahagia dan mendapat ramai anak.”
Uqail menjawab, “Ucapkan sebagaimana Rasulullah s.a.w berdoa, ‘Semoga Allah SWT memberi dan menjadikan kamu bahagia..‘”.
Hadis ini diriwayatkan oleh Nasa’ie. Rasulullah tidak mendoakan mereka mendapat banyak anak, sebaliknya mengucapakan Barakallahulaka – Semoga keberkatan daripada Allah SWT dilimpahkan kepada mereka berdua.
Selepas memberanikan diri dan berkata “Apabila kamu bahagia, aku juga bahagia”, seterusnya adakah kita berani berkata Barakallahulaka?
Sekiranya mampu, pasti lebih baik.
Tetapi sekiranya tidak sanggup dan hati masih belum mampu menerima, usah dipaksa. Usah pula mulut kita berkata barakallahulaka, tetapi air mata berhamburan dipipi setiap masa.
Lisan kita berkata, “Aku bersedia menghadapi realiti”, tetapi hati kita masih menyimpan beban trauma.
Oleh itu sahabatku, berusaha menerima kenyataan dengan penuh kebesaran jiwa, kematangan peribadi dan sikap dewasa.

credit to : akuislam.com

Sunday, February 22, 2015

Kenangan di Sutera Harbour KK



Kenangan di Sutera Harbour KK
Sekretariat AMM Retreat 2015
22-29 Januari 2015















Berpindah Blog

Assalamualaikum... Blog ini telah berpindah ke: wonderfulprimroselife.blogspot.com . blog baru...hidup baru..harapan baru Insyaa All...