Sunday, March 14, 2010

Nak Kurus Cam King David

Sekarang ni mood aku teramatler rajin nak menghapdet blog ku ini. Sementara masih rajin ni..better aku mencoretkan sepatah dua dalam blog ni..kang kalau angin malas datang..mau sebulan dua plak tak idup blog ni.

Malam tadi aku sempat tengok the biggest loser asia..walaupun hanya siaran ulangan. Dasat juga tengok diorang leh kurus dengan cepat camtu. Tambah2 bila tengok King David..daripada sebesar kingkong leh jadi kurus di mana beratnya hanya melebihi beberapa kg sahaja daripada berat aku. Hebakkk!!! hebak!!!. Tapi secara tulus mulusnya, aku tak suka tengok muka dia yang ala2 aneroxia tu...lagi hensem si Carlo. Macho dan mantapsss!!!. Kalau nak dikira keputusan pemenang bukan dari segi penurunan berat badan, tapi dari segi nampak sehat, aku rasa Carlo yang menang. Aku vote for carlo, tapi kalau ada undian, sori ler aku nak menghabiskan duit aku nak undi. huhuhhu.

Tengok citer tu buat aku bersemangat nak menurunkan berat badan. Kalau turun 10kg pun dah syukur. Bagi ler aku peluang dok kat resort tu 3 minggu, mesti aku dapat turun 10kg. Pastu aku baliklah..xmo ler dok lama2 kang turun 50kg...mampus!!!! Terus masuk dalam kubur. Rasa cam nak buat senaman, tapi peralatan senaman aku semua ilang masa pindah umah ari tu. Mana ntah hubby aku letak.. Sedap2 jer dia bagi kat orang...pastu sekarang sibuk suh aku beli lain...pasal nak suh aku senam dengan alasan "apasal gomuk sangat sekarang ni?" Hangin aku...takper tunggu aku kuruih sket hari lagi (2thn lagi)

Nak check broken link kat portal la plak....minggu ni aku cooti seminggu. Nak balik kampung, pastu plan nak bercuti kat Langkawi..percutian keluarga. Jadi sementara ada baki 2 hari lagi aku kat umah aku ni, baik aku siapkan keje mana yang patut. Kang kalau dah bercuti aku dah tak sempat nak buat apa dah.

Alahai portal...tak lena tido aku keranamu..




Saturday, March 13, 2010

Perasan Diva

Sambungan en3 lepas...adalah dimaklumkan masakan aku mendapat pujian yang melambung....ala2 makan kat kedai Rak Thai...

Sekian, terima kasih.

Yang Menjalankan Tugas,

Aku

FIL & MIL

Hari ni father in law aku nak datang. Sekali dengan mother in law (mak mertua tiri sebenarnya). So, apabila diinformkan ketibaan mereka adalah dalam pukul 7 petang, maka aku mendecidekan diri untuk memasak bagi dinner. Selalunya dolu222..kalau diorang datang aku gi beli kat kedai jer..takut tak sedap. Tapi sekarang aku dah konfiden untuk masak sendre. Berkat pujian yang kerap kali aku terima apabila memasak makanan untuk hubby aku (mengupkan diri sendre la plak..ntah2 nak jaga hati aku jer). Takper aku think +ve...lagipun aku memang cukup konfident ni..huhuhu.

Jadi tanpa membuang masa, aku pun menyetat kete dan menghala ke Pasar Borong Selangor...yang mana hanya terletak tidak sampai 1km dari rumahku ini..tersangatlah dekat. Dan resepi aku malam ni adalah :

Siakap tiga rasa
Ayam goreng kunyit
Tomyam Kung
Kailan ikan masin

Bila sampai ke rumah...aku meng'on' laptop dan mengechek facebook, walaupun jarum jam sudah menunjukkan angka 6.30pm. Angin malas tetiba jer meniup2 ke hatiku...kejap lagi jer aku masak...bukan payah sangat pun.. bibik dah potong semua yang perlu..aku main campak2 jer..ala2 chef wan.

Okeylah..aku nak masak dolu..kang orang sampai muka aku sememeh jer...tengok menantu macam hantu dapur. Terus kredit kurang.

Hopefully...hidangan aku sedap macam kat restoran Rak Thai...


Friday, March 12, 2010

Lappy Ku RosaK

Aku dalam mesyurat JPICT ni. Niat nak bawa laptop ke dalam miting membawa musibah pada aku...padan muka..screen lcd laptop tiba2 jadi corak bunga2...pecah. huhuhu....naseb tak baik hari ni. Terpaksa la aku buka window separuh jer...Terus semangat nak beli netbook membuak2 semula. Tak pasai2 nanti laki aku marah. Yo ler..2 minggu lepas aku dah pegi Lowyat, konon2 nak cari netbook. Dah pilih tiba2 x jadi nak beli. Bengang jer laki aku. Time nak kuar duit tu, tiba2 sayang plak tengok duit aku berpindah tangan. Bukan kedekut tapi bajeting kena cun...supaya plan aku nak bercuti minggu depan tidak terbantut dek kerana ketidakcukupan wang.

Jap lagi plan nak poya2 dengan kawan2. Meeting tak abis lagi ni. Cepatlah Tan Sri....habiskan miting secepat yang mungkin. Dah menghampiri waktu berpoya2 di hari Jumaat ni. Ni lah akibatnya kalau miting tak pilih hari yang sesuwaiiii..dah tau hari jumaat ni pendek, pilihlah hari lain. Dah tau kalau JPICT memang amik masa yang lama...ni dah guna waktu poya2 aku. Boring tol!!! dah kena schedule balik ni.

Camner ni..lappy aku dah tak cun. Kena hantar repair, mau amik masa sebulan ni. Arrgghhhh!!!!! tensen..tensen..

Thursday, March 11, 2010

Kursus Kat Intan Bukit Kiara

Hari ni hari terakhir aku kursus kat Intan Bukit Kiara. Hari pertama Cal drive, hari2 seterusnya aku drive ke sana. Macam tak percaya plak aku boleh drive dengan kelajuan 130 km/j. Pastu meredah jem yang teruk kat Federal Hiway. Lepas ni kalau kena kursus kat situ lagi, rasa22nya aku dah boleh drive sendiri tanpa menyusahkan orang lain. Heheheh.

Kursus yang aku pegi ni adalah Kursus Rekabentuk dan Pembangunan Pangkalan Data. Aku ingatkan kursus ini akan membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran aku di dalam pembangunan pangkalan data. Tapi rupa2nya adalah amat membosankan di mana aku tidak mendapat apa yang aku inginkan. Asik2 belajar pengenalan pangkalan data, ERD diagram, SQL query. Boring tul...dulu masa kursus dengan SCS pun blaja benda yang sama...dengan Encoral pun belajar benda yang sama..masa kat opis lama pun aku mengajar benda yang sama jugak.

Tapi mungkin juga kursus ini adalah untuk orang yang zero knowledge pasal DB, so diajarkanlah basic222. Manalah aku tau..ingatkan nak ajar Dbase mapping ker, Synchronization ker, takpun temporary DB... tu yang aku nak tau sangat tu..adakah praktikal menggunakan tempDB di dalam pembangunan sistem. Tapi bila aku tanya mereka juga tidak mengaplikasikan tempDB di dalam mana2 sistem yang dibangunkan...maka adalah amat frustnya aku. Keciwa...kerana mereka tidak dapat menghuraikan dan menyelesaikan persoalan yang tersimpul selama ini.

InsyaAllah bulan 4 ni aku akan sekali lagi pergi ke kursus DB Administration. Harap2 silibus ni akan cover dbase backup dan synchronization..at least...aku dapat ilmu yang aku kureng tahu. Ntah dapat entah tidak aku pegi kursus tu...rasa macam dapat sebab aku apply sekali dengan kursus ni....tapi tak tau ler bos aku lepas ker idak....harap2 tuhan buka pintu hati bos aku untuk mengizinkan aku pergi berkursus lagi.

Esok dah naik keje...pastu masuk miting JPICT. Huh!!!! boring betul..kompom setengah hari kat situ jer. Aku nak bawa laptop masuk dalam tu...sambil2 dengar orang berbalah dalam tu boleh hapdet blog...at least tak buang masaku yang amat berharga..

Berpindah Blog

Assalamualaikum... Blog ini telah berpindah ke: wonderfulprimroselife.blogspot.com . blog baru...hidup baru..harapan baru Insyaa All...