Tuesday, December 31, 2013

Berakhir Sudah 2013

Berakhir sudah tahun 2013..
banyak kenangan manis dan pahit tersimpul dan terakam dalam tahun ini..
kenangan manis adalah melihat anak2 membesar depan mata...

ammar yang semakin petah dan lincah..
membesar dengan sihat..
manja mengada2
dah la anak jantan...tapi kecik2 dah pandai jadi abang..
habis kakak2 dia kena marah kalo menyepah barang...



 Aina pulak dah nak masuk tahun satu (2014)
dah besar anak2 aku...
makin comel dan cantik..(sapa lagi nak puji anak sendre kan???)
makin kuat merajuk....
gelak2 huhahuhahuha..pastu huuuwwwwaaaaaa
itu tak perlu diherankan
dah jadi tradisi...aku pun dah sebati
lantak korang la nak oiiiii
janji hepi
ain pulak dah jadi anak dara sunti
whataspp tak henti222...macam2 grup ada
siang malam...pastu layan citer superstaz ceria...
minat itu ini..mamat tu hensem mamat ni lawa
seriau gak aku..



Selamat tinggal 2013...



Wednesday, November 06, 2013

Hari Raya AidilAdha 2013

Tu dia..dah sebulan raya baru nak upload picca.  giler bz.  maunya tak bz...asik kena outstation jer...gambar pun terperuk kat lappy.  tak sempat nak mengarang.  raya hari tu kami tak balik kampung.  dok terperap kat rumah jer.  pagi2 aku masak rendang ayam dengan ketupat nasi.  buat nasi tomato sket.  pas makan...salam2 anak beranak....menangis syahdu sket2 pastu kami decide nak gi lepak masjid..tengok korban.  so aku bawa la anak2 aku gi masjid dekat umah.  sekali tengok lembu pun dah berselerak lari.  last2 kami melepak kat dapur masjid.

sebenarnya ni la first time aku gi lepak masjid time raya haji.  baru aku tau ada gotong royong.  yang pompuan2 masing2 bawa pisau...potong bawang cabai...halia nak buat masak2 lembu korban.  yang aku plak p bawa pakej...menonong je.  nasib baik ammar ada...leh buat alasan.  jaga anak kecik. kih333...jom layanzzzzz picca



 Gambar pada pagi raya...3 beradik penyejuk hati...macam princess lak.  baju raya ammar baju raya tahun lepas....ain dengan aina plak baju raya aku tempah kat vietnam.  sweet jugak.

gambar 3 beranak....seroopa tak muka????

ammar terperanjat tengok kucing.  kalau patung kucing dah lama dia lari.  ni kucing hidup dia p pegang3 lak kaki kucing tu.  aku bimbang kucing tu ngap jer jari halus dia tu.

tengok!!!! bukan main suka dengan kucing

Dua beradik...yang sorang tu baju singkat pasal kain tak cukup...nyonya vietnam tu plak main jahit jer...tak gitau plak kata kain tak cukup. hangin aku.



last sekali...gambar hero aku.  sori blur sikit...pasal dia tak gheti dok diam.


Kebahagian Dalam Perpisahan



Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih

Chorus
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

Ulang Chorus

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan
Kebahagiaan dalam perpisahan

Monday, October 21, 2013

apa ku nak wat ni????

apa ku nak wat ni????

bingung...
penin...
ezsnap??
icthelpdesk??
database kepakaran??
Asean 2015??

penin!!!!! tolon!!!!!!

time ni terpikir..kalo ada vendor kan best....

Friday, October 18, 2013

Cuti Avillion



Alhamdulillah...setelah lama aku plan nak gi bercuti...nak merehatkan kepala dan badan dari tugas2 harian yang tak berkesudahan..akhirnya tercapai jugak.  Walaupun sebenarnya lokasi dan masa tak dirancang.  cuti raya haji baru ni aku amik cuti tambahan hari isnin.  jadi campur sabtu ahad cukuplah 4 hari aku bercuti.  lama gak bagi orang macam aku yang jarang2 bercuti.  huhuhu.  tambah2 lagi kena kuarantin 28 hari....tak dibenarkan bercuti.  kebetulan plak tempoh 28 hari tamat pada 8 Oktober baru ni.  otak mula la merewang2 melepas dendam bercuti.

pagi ahad tu...tangan aku mula la menggatal..dail no tepon hotel2 kat PD.  memang aim aku kat PD pun.  cepat..dekat..dan senang nak drive. huhuhu.  rata hotel aku dail. majoriti penuh. kalau ada pun suite.  first hotel aku cari lexis... fully booked. grand lexis ada bilik grand jer...rm900++.  last2 aku try avillion admiral cove.  tu pun ada bilik suite jer.  tapi harga tak ler semahal grandlexis.  aku redha ja la..demi anak2.

kami check in kol 4.00pm.  agak lambat.  sampai kat lobi tanya2 ada pulak bilik murah.  apa lagi grab ja la.  harga bilik rm170..tambah tax 16%..pastu tolak pulak diskaun untuk orang gomen rm40...so total rm170.  murah kan...jom nengok gambar bilik.  nak nunjuk apa yang aku dapat dengan harga rm170.
 
laluan masuk.  sinki kat luar.  selesa.  senang nak wat susu dengan basuh botol. bilik pun besar.




katil 2 single...ada 1 day bed.  pun selesa, luas



katil ada pengadang.  cam bilik.  boleh tutup bila malam.  kalau ada aktiviti tuuuutttttt...leh cover la.  bilik air ada 2 pintu....pintu direct dari bilik...dengan pintu kat laluan masuk.

bilik air yang agak selesa.
sinki pun ok....segala toiletries aku dah belasah
gambar bilik lagi.
ammar brlari2 di pool.  giler angin kuat.  aku bimbang jer buah nyoq tu jatuh atas kepalak,

tempat bersantai. cantik jer kapal2 yangberlabuh kat situ,  aku tanya pekerja kat situ..dia kata orang yang sewa bot jer boleh gi ronda2 kat bawah tu.



model2 swimming pool.  gile posing anak kakak aku yang lelaki tu.  leh masuk majalah mangga


gamabr kat lobi.  menarik gak lobi dia ni.  siap ada 4 sofabed  tempat lepak.
 

last sekali tentulah gambar hero aku.
bilik kat hotel ni boleh la.  apa ko bajet kalau harga bilik rm170.  ni pun dah cukup seleasa dan berbaloi2 untuk percutian tak dirancang.  pas ni leh terjah lagik. 


selesai kisah bercuti...

kisah hari ni...
ammar demam...keje menimbun2.  tensen!!!!!!!!!!.














Tuesday, October 01, 2013

Sibuk

Dah lama tak update..
Konon nak aktif..tp selalu tak menjadi.
Bz lately ni...byk benau komitmen..
Yang sah..yang tak sah...yang disahkan.



Bukti minggu ni cam orang tak ketahuan.
Minggu depan tak pasti lagi...
Moga diberi ruang untuk terus bernafas.

posted from Bloggeroid

Friday, September 20, 2013

Hati Yang Telah Kau Sakiti

Jangan pernah katakan bahwa cintamu hanyalah untukku
Karena kini kau telah membaginya
Maafkan jika memang kini harus kutinggalkan dirimu
Karena hatiku slalu kau lukai
Tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
Ku hanya bisa mengatakan apa yg kurasa

Ku menangis...
membayangkan
Betapa kejamnya dirimu atas diriku
Kau duakan cinta ini
 Kau pergi bersamanya

Ku menangis... melepaskan
Kepergian dirimu dari sisi hidupku
Harus slalu kau tahu
Akulah hati yg telah disakiti

Maafkan jika memang kini harus kutinggalkan dirimu
Karena hatiku slalu kau lukai
Tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
Ku hanya bisa mengatakan apa yg kurasa

Ku menangis... membayangkan
Betapa kejamnya dirimu atas diriku
Kau duakan cinta ini
Kau pergi bersamanya

Ku menangis... melepaskan
Kepergian dirimu dari sisi hidupku
Harus slalu kau tahu
Akulah hati yg telah kau sakiti

Ku menangis...
Harus slalu kau tahu
Akulah hati yang telah...Kau sakiti...


Nota Hati :  Emo plak dengar lagu ni.  First time dengar...giler jakun.

Thursday, September 19, 2013

Tragedi Cinta Isteri



Dalam episod cinta takdir sering menguji kita. Mengapa aku mendapat suami yang begini? Mengapa dia tidak setia? Bila masalah melanda kita merasakan kitalah yang paling menderita. Mengapa aku yang menerima nasib begini?

Kita merasakan kitalah yang paling malang. Hanya mulut mengaku Allah itu Tuhan tetapi mengapa dengan takdir-Nya kita enggan? Semacam terlupa kata peneguhan di dalam al hadis dan Al Quran bahawa besarnya masalah, beratnya ujian dan hebatnya cabaran… berkadar terus dengan kekuatan iman.

Inilah hakikat yang mesti menjadi pegangan dalam menghadapi tragedi cinta di dalam rumah tangga. Tragedi cinta menjadi ujian iman dan tauhid sesetengah kita. Setiap orang ada medan ujiannya masing-masing. Dan untuk isteri yang teruji dengan pasangannya, sematkan di dalam dada… bahawa itulah takdir yang dipilih oleh Allah untuk menguji keimanan kita.

Bukankah sudah diungkapkan oleh sejarah, ada isteri yang baik diuji dengan suami yang jahat seperti Siti Asiah isteri kepada Firaun laknatullah. Bujukan Allah cuma satu, bergembiralah dengan pahala di sebalik ujian itu. Tenanglah dengan jani-janji syurga. Ini bukan ‘escapeism’ tetapi itulah iman. Yakinlah, bahawa cinta yang lebih besar sedang menguji cinta yang lebih kecil. Cinta Allah sedang menguji cinta kita kepada isteri atau suami.

Dan jika cinta yang kecil itu rapuh, jangan pula cinta yang lebih besar itu roboh. Percayakan janji-janji Allah di akhirat adalah penawar paling mujarab untuk menghadapi keperitan ujian hidup di dunia. Ketika disiksa menjelang kematiannya, Siti Asiah hanya memohon kepada Allah untuk mendapat rumah di dalam syurga. Jadi usah dikorbankan akhirat kita hanya kerana dipersiakan oleh cinta kita di dunia.

Bagaimana sekiranya, cinta kita sudah dipersiakan? Pasangan kita seolah-olah menjadi ‘orang lain’. Bukan dia yang kita kenal dahulu. Apakah ketika itu kita akan jadi panasaran? Habis segala laci, meja tulis, kereta atau begnya kita selongkar. Telefon bimbitnya, email, facebook dan apa sahaja milik peribadinya kita bongkar. Mencari dan menghidu kalau-kalau terdapat bukti kecurangannya. Siang malam diamuk gelisah. Kita bagaikan dirasuk.

Pada saat genting itu tekanlah butang ‘pause’. Bertanyalah pada diri, apakah kita masih menaruh harapan? Jika jawapannya masih ya, maka nyalakanlah harapan itu – keep hope alife! Berusahalah untuk memperbaiki diri. Dakap cinta Allah erat-erat. Moga perubahan itu membuahkan harapan yang  akan merubah pasangan kita.

Tempuhlah jalan-jalan yang baik dan dibenarkan oleh syariat untuk membetulkan keadaan. Jangan cuba membasuh najis dengan air najis. Maksudnya, jangan gunakan jalan yang salah untuk membetulkan kesalahan pasangan kita. Nanti keadaan akan bertambah buruk. Terimalah takdir itu dahulu. Jangan mungkir. Kita tidak mungkin dapat mengawal arah tiupan angin, tetapi kita masih mampu mengawal kemudi pelayaran.

Setelah berusaha sehabis daya… istirehatkan hati dan minda. Cuba tenangkan perasaan. Dia bukan segala-galanya dalam hidup yang singkat ini. Harapkan yang terbaik tetapi bersedialah menghadapi yang terburuk. Jika terpaksa kehilangan cinta itu bukan bukan bermakna kehilangan segala-galanya.

Kredit to Genta Rasa.com

Hidup Adalah Satu Pilihan


Hidup adalah sebuah pilihan. Semua orang tahu tentang cabang hidup ini. Tetapi kadang-kadang untuk melayari hidup seharian, kita terperangkap dan tidak menemui jalan. Kita memaksa diri mengharungi jalan di hadapan dek kerana kita tidak punya hak dan bisa memilih. Natijahnya, matlamat hidup goyah. Terumbang-ambing tidak bertepi. Andai bernasib baik, semuanya akan baik-baik sahaja. Jika sebaliknya, stress akan menguasai jiwa.

Buat masa ini, ketika ini, aku berhadapan dengan pilihan. Walaupun telah banyak pilihan telah dilakukan sepanjang melalui hidup, hati tetap gusar apabila berhadapan dengan sebuah pilihan. Ada dua perkara apabila kita berhadapan dengan pilihan. Pertama kita takut memilih. Takut-takut pilihan kita tidak tepat, dan merana akhirnya. Kedua, kita telah memilih. Kita telah berada di dalamnya. Kita tidak mampu keluar lagi. Jadi kita terus berhadapan dengan kekangan pilihan yang menyesakkan atau menggembirakan.

Tarik nafas. Hembus. Lihat awan berarak. Terus bergerak mengikut aturan yang telah ditetapkan oleh penciptaNya. Sesekali ke kiri, sesekali ke kanan, sesekali bergabung melebar, sesekali berpecah dek ditiup angin. Tetapi tetap terus bergerak menjalankan tugasnya. Begitulah juga manusia. Kita perlu terus melangkah, melangkah dan melangkah. Andai goyah dan rebah, bangun dan melangkah semula. Melangkah meneruskan perjuangan hidup yang bersisa. Andai gusar, pejamkan mata dan yakinlah Allah tahu apa yang terbaik buatmu. InsyaAllah. Subhanallah


Istikarah. Buat pilihan. Redha dengan pilihan. Senyumlah. Terus melangkah dengan gagah.

Wednesday, September 18, 2013

Sharing

aku tengah tensen tahap gaban.  busan.  sakit ati dan sakit jiwa. huhuhuhu.....

Benda2 di bawah ni aku collect daripada fb.  macam menarik dan boleh dikongsi. 

Suami sejati sila beri perhatian. Isteri pantang benda2 ni jadi JANGAN:

1) JANGAN Lupa tarikh birthday dan anniversary
2) JANGAN Puji perempuan lain dihadapan isteri
3) JANGAN Tengok perempuan lain dihadapan isteri
4) JANGAN Terlebih mesra dengan rakan baik isteri
5) JANGAN Like/comment/follow page perempuan lain di FB/Twitter
6) JANGAN Letakkan password di Handphone
7) JANGAN Clearkan inbox/call
log in n out
JANGAN Lepak borak kosong dengan kawan2 sampai lewat pagi
9) JANGAN Lupa isteri jika ke luar negara. pastikan call/sms tanya isteri
10) JANGAN Lupa bg suprise mcm kek, kad, bunga, coklat. (bagi saja tanpa perlu sebab)
11) JANGAN Lupa cium dahi isteri sebelum pergi kerja. Isteri Touching beb...





Sharing daripada Ust Dr Hj Zahazan. Mendalam maksud nya.

1. Solat bukanlah "tayar ganti' yang anda tarik keluar ketika dilanda masalah, tapi ia adalah 'stereng' yang menunjukkan jalan benar.

2. Maka, kenapa cermin depan kereta begitu besar dan cermin pandang belakang begitu kecil?
Ini kerana masa lalu kita tidak begitu penting seperti masa hadapan kita. Maka, pandanglah ke hadapan dan majulah.

3. Persahabatan ibarat sebuah buku. Ia mengambil masa yang sedikit untuk dibakar, tapi bertahun-tahun untuk ditulis.

4. Semua perkara dalam kehidupan ini hanyalah sementara. Jika ia berjalan dgn baik, nikmatilah, ia takkan kekal lama. Jika ia berjalan dgn teruk,jgn sedih, ia juga takkan kekal lama.

5. Kawan-kawan lama adalah emas. Kawan-kawan baru adalah berlian. Jk anda mendapat sebutir berlian, jgn lupa emas tersebut krn utk memegang sebutir berlian, anda sentiasa memerlukan tapak emas.

6. Acapkali, ketika kita hilang harapan dan berfikir inilah pengakhirannya, ia hanyalah liku, bukannya penamat!

7. Apabila Allah swt menyelesaikan masalah2 anda, anda percaya memiliki kemampuan. Apabila Allah swt tdk menyelesaikan masalah2 anda, DIA percaya akan kemampuanmu.

8. Seorang yang buta bertanya kepada seorang lelaki bijaksana "bolehkah ada sesuatu yang lbh teruk berbanding kehilangan penglihatan? " Dia menjawab, "ya, kehilangan visi anda! "

9. Ketika anda mendoakan org lain, Allah swt mendengar kpd anda dan merahmati mereka; kadang kala apabila anda selamat dan bahagia, ingatlah bhw seseorang telah mendoakan anda.

10. Rasa bimbang tidak menghilangkan masalah hari esok, ia menghilangkan kedamaian hari ini.

Tips bagi mengatasi tekanan perasaan


aku tengah stress sekarang ni....banyak betul masalah yang mendatang.  personal...keje...orang luar.  waduuhhhh!!!!!!!  mana la anak buah aku sorang ni.  cuti lama benor.  kalau tak ada gak orang nak disyer kan bebanan keje.

apa2 pun..nasib baik jumpa ni.  leh layanzzzzz

Tips mudah yang boleh diamalkan untuk mengatasi tekanan dengan bijak :

1. Bawa-bawalah bertenang
Bila kita menyarankan seseorang supaya bertenang apabila dia marah, sedih dan sebagainya, pernahkah kita terfikir untuk mengajak atau mengajar cara-cara untuk memenangkan diri? Apa yang selalu saya praktikkan bila saya mahu bertenang menenangkan diri sendiri, saya akan tarik nafas dalam-dalam sekitar 7-9 saat, dan lepaskan perlahan-lahan juga sekitar 7-9 saat. Bagi yang beragama Islam, anda digalakkan beristighfar semasa melepaskan nafas, sebutkan “astagfirullah hal ‘aziim al-lazi laa ila ha illa huwal hayyul qayyum wa atuubu ilaik” dan tumpukan fikiran yang anda sedang memohon ampun daripada Allah. Insya Allah, biasanya jika diulang sebanyak 7 kali, anda akan kembali tenang.

2. Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

3. Membaca al-Quran, zikir dan selawat
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu. Sesungguhnya ayat Al-Quran adalah penenang jiwa yang paling mujarab.
Anda juga boleh meluaskan pembacaan anda kepada buku-buku ilmiah yang lain seperti buku-buku berkaitan agama, motivasi dan sebagainya untuk menghilangkan kesepian atau kesedihan. Ramai orang rekomen baca buku “Jangan Bersedih”,
Anda juga boleh mengurangkan tekanan perasaan dengan berzikir dan berselawat agar hati sentiasa tenang dan tidak gusar. Kita perlu yakin bahawa walau bagaimana hebat tekanan yang kita alami, pertolongan Allah SWT tetap ada kerana selepas kesempitan pasti ada kelegaan dan selepas kepayahan pasti ada kesenangan.

4. Cintai diri sendiri
“Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain.” Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.

5. Banyakkan solat sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita dituntut membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat dhuha, solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih, solat sunat tahajud dan sebagainya adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

6. Selalu berdoa kepada Allah SWT
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita dituntut berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

7. Bersangka baik dengan Allah SWT
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba-Nya. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan takdir-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

8. Mengurus masa dengan baik
Usahlah bersikap tamak untuk menghabiskan semua kerja dalam satu masa. Cuba patuhi waktu pejabat dan jangan terselalu membuat kerja lebih masa kerana setiap kita ada hak-hak yang perlu kita tunaikan. Belajarlah cara kemahiran pengurusan diri dan masa, seperti menetapkan keutamaan.

9. Berhubung dengan keluarga, rakan-rakan dan jangan bersendirian

Syaitan selalunya menyerang manusia yang suka bersendirian. Satu hadis daripada Usamah bin Syuraik menyatakan bahawa beliau telah mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tangan Allah berserta jemaah. Maka apabila bersendirian seseorang itu daripada jemaah, syaitan-syaitan akan menyambarnya, seumpama serigala menyambar kambing daripada kumpulannya.” . Sesungguhnya serigala hanya membaham kambing yang memencilkan dirinya dari kumpulan yang besar. Itu perumpamaan dari Baginda SAW mengenai peranan syaitan ke atas manusia. Jadi, ke mana sahaja seseorang itu pergi, dia harus mencari tiga perkara iaitu jamaah, orang ramai dan masjid.
Berbicaralah dengan mereka yang boleh anda dipercayai atau hubungi sesiapa sahaja yang anda kenali. Cuba luahkan ekspresi tanpa limitasi, tidak kira sama ada waktu sedih mahupun gembira, kongsikan perasaan anda dengan ahli keluarga atau rakan-rakan yang anda rasa selesa dengannya. Bergaullah dengan orang-orang yang bukan dalam kemurungan.

ReDesign

arrgghhhhh....nak nanges tengok sistem yang ditugaskan untuk aku.  tak tau nak describe camne..nak kata sistem takder rupa sistem.  dah macam prototoip assignment masa blajar dulu.  kenapa dulu ku bayangkan lain...tapi bila dah jadi lain.  nak salahkan orang yang take over keje aku time aku beranakkan ammar dulu pun tak boleh.  nama pun ganti pastu kena terus pegang...mungkin jiwa dia takde pada sistem tu.  arrrggghhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!tensen.

kali ni giliran aku pulak amik sistem tu semula...baru seminggu.  tapi rasa cam nak pengsan.  takkan aku nak revamp semua balik kot.  gilo.  sampai tahun depan tak siap kalo camtu.  sistem ni dari aku ngandungkan ammar lagi...sekarang ammar pun dah setahun setengah.  50% pun tak siap2.  haiyyyyyaaaaa!!! kalo aku jadi user pun aku bengang.  tak pernah lagi aku buat sistem makan tahun. 

apa nak buat....nak kena design skrin balik la ni. nak taknak programmer aku kena la folo.  nasib la. 

dan aku apa nak buat....dah nama system analyst...kena la wat btol2.  kang sistem tungin terbalik orang salahkan aku.  

ready to redesign....


Permata Hati

Dah makin besar anak2 ku ini.  Bila makin besar makin banyak peel.  Masing2 ada citarasa yang berbeza..tapi masih boleh dikontrol. gambar kenangan masa kenduri anak buah di tasik titiwangsa. 

berbesa kan anak dara aku dua orangt tu.  kalau nak cakap dua beradik pun ada juga kekonfiusan.  nasib baik yang no 3 tu jantan.  kalau pompuan tak tau nak folo sapa.  wahhhh bestnya aku.....anak2 dah besar..  cam tak caya plak.  masih lagi terkenang2 zaman belajar...zaman bercinta..zaman huhahuha.  


Walau apa pun...aku macam tak percaya umur aku dah 36 tahun...
rasa cam muda jer lagi. kih3333
tak sangka..lagi 4 tahun aku akan menjejak angka 4
huhuhuhuhuhu...sedey.
dah tua!!!!!!!!!!!!!

Monday, September 09, 2013

NoThinG

nak menangis tapi air mata taknak keluar...
nak menjerit...tapi suara seakan hilang
semua berkumpul di sini...kepala.
bikin sakit...

hati ku sudah keringkah???
rasaku sudah matikah???
jiwaku sudah punahkah???
entah..

Moga aku trus diberikan kekuatan luar biasa...
untuk menghadapi dugaan seperti raksasa..
moga juga imanku teguh seperti himalaya..
tidak goyang kerana tipu daya.

p/s : mana pergi air mataku...

Friday, September 06, 2013

Luka Yang Dalam

Di penghujung hariku ini,
Tak juga bisa kutulis tepat
kesimpulan tentang perlakuanmu
Karena terlalu dalamnya kau menghilang
dalam lautan kemuna'anmu ...
Kau jung-jung tinggi rasa egomu,
untuk sebuah kepuasan ...

Tak juga kutemukan kebenaran itu
saat kau hadir dalam semu,
Hingga kasat dimataku ...
Sedang yanng tersimpan hanya luka

Mungkin aku sebuah karang yang hanya diam
Saat kau menjadi ombak menerjangku tak henti,
dan egomu, juga semua yang kau lakukan,
membunuhku perlahan ...

Friday, July 19, 2013

sedih..sob..sob..

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah…
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…


sedih sob....sob...
semoga dayana lebih tabah.   sedap kata2 tu...meruntun hati dan sanubari

Friday, June 21, 2013

JEREBU - Fikir di luar kotak logik semata.

Assalamualaikum w.b.t. wahai kesayangan-kesayangan hati hamba...
syukur Allah masih bagi kesempatan waktu untuk kita sesali dosa2 lalu dan kembali kepada fitrah dan membaiki iman yg 'sakit'.




Semalam quit shock la jugak bila dengar berita indeks JEREBU di beberapa buah negeri di paras bahaya, terutamanya di Johor dan Melaka. beberapa sekolah kat JB dah kena tutup utk sementara waktu. banyak aktiviti luar terpaksa dibekukan. macam kawan saya, gi bercuti Melaka pun terpaksa terperap kat hotel jer sebab risau kesihatan anak terjejas akibat jerebu ni. dan paling worst kat Singapore kot. sampai club2 ditutup (bagus sangat ler tuh!).

mungkin kita lihat fenomena jerebu ni kesan daripada pembakaran hutan di Indonesia. tapi pernah tak kita sebagai mukmin melihat fenomena ini di sisi yang lain? pembakaran itu sbg asbab nya sahaja?

dalam Al-Quran, ada satu surah khas menyebut pasal ASAP/JEREBU ni dalam surah ke-44, iaitu Surah AD-DUKHAN (bermaksud: Kabut,Jerebu atau Asap). Surah ini dinamakan Ad-Dukhan kerana Allah menjadikan asap tebal seperti kabus hitam yang menutupi langit menyebabkan cuaca gelap bagi mempertakuti atau memberi peringatan kepada yang tidak mahu percaya kepada hari kiamat dan pembalasan; sebagaimana yang Allah nyatakan dalam ayat 10 dalam surah ini. 

"Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat)" [Surah Ad-Dukhan, ayat ke-10]

dan saya terbaca satu hadith: Imam Muslim meriwayatkan dari Hudzaifah RA

Kiamat tidak akan terjadi hingga kalian melihat 10 tanda. lalu baginda menyebut antaranya jerebu. (Muslim, #2901)

Marilah kita muhasabah diri banyak2... pandang dan lihat sesuatu kejadian/hal yg berlaku di luar kotak logik semata. ada banyak peringatan yang Allah beri. dunia dah tua sangat... dah rosak teruk akibat perbuatan dan kerakusan manusia. dan kiamat itu dekat... mati itu bila2 masa. Allahuakbar! kembalilah wahai anak adam... kembali kepada fitrah diri kita yg sebenarnya suci. kembali ke Jalan Allah... jalan yang dijanjikan syurga.


Wallahu a’lam (Dan Allah Yang Maha Mengetahui)
 
 
Copy Paste dari blog Che Kaki .
Semoga kita semua tersedar dari lena... 

Kita Selalu Cakap......

kita selalu cakap tidak ada apa2.
tetapi dalam hati kita hanya Tuhan yang tahu betapa pedih dan peritnya

kadang2 ada benda dan perkara yang tidak boleh kita kongsikan dengan sahabat
hanya pada Allah tempat kita memohon dan meluahkan...




Wednesday, May 22, 2013

BuhSaN

huhhh...bosannya minggu ni
biler semua keje dah ready
rasa cam tak syok plak bila mai keje taktau nak wat apa
memang banyak keje menanti..
tapi requirement tak pasti
draft sesuka hati jer ni..
pastu nanti kena tukar situ sini..
lagi sakit ati..

sistem tuttttt dah siap...tunggu feedback user
sistem tattttt dah ready untuk training...tarikh nya tak tau biler
sistem titttttt yang bugs tu dah solve pagi semalam..
tinggal sistem treeettt jer..yang dok miting2 tapi tak kasi lagi kata putus nak buat camner
busan sungguh

biasanya aku kan keje kiri kanan...tak cukup tangan pakai kaki...
macam cimbclicks tu.
walau pressure tapi rasa seronok jer
bila mai keje banyak keje menanti..
ni bosan sungguh
kalau ada bos aku dulu mesti best,...walau asik kena buli
tapi hati ada rasa suka
pasal keje ada yang memantau

 mesti orang kata  aku gilo
taksuka biler takde keje
hahaha
memang aku tak suka pun
rasa macam taktau nak wat apa
mati kutu

cepatla bosssss masuk...




Monday, May 13, 2013

Kehilangan

 Kehilangan


Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku

Ku merasa tlah kehilangan
Cintamu yang tlah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita
Takkan ku sia-siakan kamu lagi

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita
Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila

Takkan ku sia-siakan kamu lagi. (2x)

lagu ini benar2 marasuk hidup aku...
rasa sampai ke dalam liang roma...

tapi menyesal kemudian tiada gunanya..
bila hati dah tertutup...nak merayu menangis..tergolek menunging pun belom tentu orang terima.
oleh itu...ingatlah wahai kawang2ku...
peluang itu tidak akan datang berkali2
jika peluang diberi ...
gunakanlah sebaik mungkin
kerana hati manusia ini bukan buku nota...
boleh di conteng dan di padam..
bukan juga komputer..
boleh di save dan di delete..

hati orang lain..seperti juga hati kita
ingin dijaga dan dimanja
ingin di mengerti dan difahami..





Sunday, May 12, 2013

Selamat Hari Emak

<<Entri air mata>>

Selamat hari ibu....untuk mak tersayang..
Cheq tau mak tak baca blog cheq ni.
Cheq pun tau..mak tak gheti nak baca..
Tapi...mak tetap hebat di mata cheq..
Di mata orang2 kampung
Sebab..walaupun mak tak sekolah..
Mak tak pandai baca..
Menulis pun kadang2 terbalik..
Tapi mak berjaya menyekolahkan kami 4 beradik hingga ke universiti..
Ramai orang kampung tanya..macammana mak ajaq kami...dan takdak apa yang mak boleh habaq..
Melainkan mak selalu pesan kat kami..
Belajaq rajin2...
Harta takdak takpa..janji ada.ilmu untuk bekalan
Cheq ingat mak...
Mak kata lagi...hangpa ni dahla tak segak..hitam
Takdak orang nak pandang kat hangpa kalo hangpa tak pandai..
Tudia aihhh mak!!! Masa cheq sekolah ramai gak orang nak mak oiii...tiap2 kali raya ada ja boipren mai umah kita...hahaja...tapi betui..cheq memang itam..tak la lawa pun mak oiii..tp mungkin pasal cheq selalu dapat nombor 1 kot. Heheh.

Cheq ingat lagi mak..
Dulu mak takdak duit nak buat meja blajaq kami. Mak pi kutip kayu2..mak buat meja tulis dengan krusi kat kami sorang satu. Mak hebak bila mak boleh buat para kat bawah untuk kami susun buku. Tiap2 malam mak teman kami blajaq. Mak bancuh seteko ayaq kopi dengan roti 4 segi. Dulu mak tak mampu beli milo..pasal cheq tau tiap kali mak beli milo..cheq tukang perabis meratah milo belakang pintu. Tapi mak tak marah pun..mak cuma tak beli dah. Mak teman kami dengan lampu minyak tanah.

Mak tetap hebat di hati kami..
Mak boleh buat pondok untuk kita berteduh.
Mek bertukang...buay bumbung dengan daun nipah.
Cheq ingat lagi mak...tiap kali musim tengkujuh..maklumla ..rumah kita tepi laut..
Angin tiup kencang..rumah kita bergoyang..
Tiap kali tu mak kejutkan kami dan lari berteduh kat rumah sebelah..
Rumah sebelah yang tak siap lagi..tapi rumah batu.
Kita selamat di situ..sampai ribut berenti..kita balik semula ke rumah kita.

Mak amik upah menanam padi. Seikat cuma 20sen masa tu. Dalam sehari mak boleh dapat rm20. Itu pun mak buat dari pagi sampai petang.
Pukul 6 mak balik rumah..
Tiap kali mak balik kami semua seronok..
Pasal mak akan bawa balik makanan yang tokey mak bagi.
Kami tolong habiskan..

Sepeninggalan mak ke bendang.
Kami makan apa yang ada..
Ikan kering...dan kami pernah makan nasi putih dengan minyak yang ditabur garam..
Tapi kami hepi mak..
Kami hepi bila mak gembira...setiap kali kami naik ke pentas terima hadiah.
Mak gembira dan bangga..
Sampai orang tertanya2..siapa mak dan ayah budak2 ni..bila 3 orang dari kami dipanggil naik ke pentas untuk ambil hadiah.
Kami bangga bila mak senyum tak putus2..
Bila orang2 kampung memuji mak..
Mak memang patut terima pujian..
Sebab tak ada ibu seperti emak di saat itu.

Mak...
Selamat hari ibu mak..
Mungkin cheq tak boleh nak membalas jasa mak..
Tak boleh nak membahagiakan mak..
Bila cheq dah gheja..jauh dari mak...cheq jarang balik melawat mak..
Tapi mak..tiap kali cheq beranak tiap kali tu..
Mak akan ada menemani cheq. Mak jaga anak2 cheq..sampai cheq boleh jaga sendiri..mak jaga makan minum cheq...

Terima kasih mak..
Cheq sayang mak sangat2...
Ghindu mak!!!!!!!
Tunggu cheq balik ya mak...
Minggu depan..insyAllah.





Hadiah dari anak2 ku...
Walau pun macamni...aku tetap berbesar hati

posted from Bloggeroid

Thursday, May 09, 2013

Apa Itu GST??

Bosan aku lately ni orang asik dok gembar gemburkan GST..siap tepek picca lagi dekat FB..pastu adala pengomen2 yang tak faham sangat pasal GST dok komen22..siap dok cakap..."barang semua akan naik lepas BN memang" nyampah aku.  gajiberia222 minta naik..bila barang naik bising3 pulak.  adil la kan.  gaji naik barang naik.  huhuhu.  paling best orang yang bising2 ni orang melayu ..orang gomen...paling best lagi..orang yang beria2 minta gaji naik..orang gomen..orang yang tak sabaq tunggu bonus..orang gomen.

aku ni bukanlah penyokong kipas mati BN...bukan jugak penyokong sanggup mati pembangkang..tapi aku rasa dah terlalu over sekarang ni.  apa yang gomen buat semua dah jadi salah.  nak jugak tengok bila pembangkang jadi gomen.  macammana la nak handle negara yang besar...dengan penduduk yang macam2 karenah.  sekarang okla...semua penyokong terima jer apa yang diorang cakap.  bila dah ada pembangkang  baru tau nak penin paler. 

paling best isu harga roti gardenia rm2.40 pun boleh dikaitkan dengan kenaikan harga,  padahal memang harga dia camtu. nampak sangat dulu beli roti mighty white atau high5 jer.  sekali beli roti gardenia terkejut tengok harga.  hahahah..klaka la korang2 ni.

bersyukur la negara kita aman. mana ada orang yang maksum.  mungkin pada kita jahat..tapi pada Allah tak?? sapa tau kan...Tuhan lebih tau segalanya.  redha jer la.  manusia ni kalo nampak kemewahan dan wang ringgit depan mata semua jadi kelabu..yang baik dulu pun blom tentu baik selama2nya.  manusia boleh berubah kan???...so jangan konpiden sangat.  kang kita keluar mulut singa masuk mulut buaya.  padah!!!!!!!!!.

dah 36 tahun kot aku hidup kat dunia ni.  kali ni baru aku nak berbicara hal politik.  sebab aku nampak teruk gila dah sekarang ni.  perebutan kuasa dah menjadi2.  aku taknak bangkitkan isu perkauman...bahaya..tapi pada orang3 melayu ni bersatu padulah. tak rugi kita bersama2 memerintah.  apa salahnya....kongsi idea. buang sifat ego tu.  

Jom sama2 baca pasal GST..  Ku amik daripada http://oskortos.blogspot.com/2013/05/gst.html.  sama2 baca...sama2 faham.
 
Dengar saja tentang GST perkara pertama yang akan terlintas di kepala kita sudah pastilah tentang kenaikan harga barang disebabkan cukai yang dikenakan kerajaan. Memandangkan pada PRU13, BN kekal dipilih sebagai kerajaan pelaksanaan GST mungkin akan terjadi dalam tempoh masa setahun atau dua tahun daripada sekarang. Walaubagaimanapun sebagai rakyat yang matang kita haruslah memahami sesuatu isu tersebut sebelum kita membangkang apa sahaja dasar yang dibawa kerajaan. 

Setelah menerima maklumbalas daripada laman media sosial Twitter dan FB saya simpulkan ramai yang sebenarnya tidak faham tentang apa itu sebenarnya GST, bagaimana GST dilaksanakan dan juga kesan GST terhadap harga barang dan perkhidmatan. Saya tidak menyalahkan kawan-kawan semua kerana kerajaan juga tersilap langkah apabila penerangan tentang GST tidak dibuat secara menyeluruh malah peluang menerangkan GST melalui media perdana seperti suratkhabar, tv & radio disia-siakan kerajaan apabila ia hanya digunakan untuk menghentam pembangkang, menabur fitnah dan terbaru membangkitkan semangat perkauman. Sebelum membaca artikel ini saya minta kawan-kawan tinggalkan politik partisan, buka mata dan hati supaya kita faham apa itu sebenarnya GST.

CUKAI DI MALAYSIA

Terdapat dua jenis cukai utama yang dikenakan kepada rakyat Malaysia yang pertama cukai pendapatan (income tax) dan yang kedua cukai penggunaan (consumption tax). Cukai pendapatan adalah cukai yang dikenakan keatas segala pendapatan termasuk gaji, bonus, hadiah, komisen, dividen dan sebagainya. Manakala cukai penggunaan dikenakan keatas barangan yang dibeli atau perkhidmatan yang kita gunakan. GST terletak dibawah kategori cukai penggunaan (consumption tax).

APA ITU GST DAN SST?

GST adalah 'Goods and Services Tax' atau cukai barangan dan perkhidmatan. Selama ini kita rakyat Malaysia membayar SST iaitu 'Sales tax and Service tax' atau cukai jualan dan cukai perkhidmatan. SST kebiasaannya dikenakan ke atas bil telekomunikasi, internet, ASTRO, tiket wayang, tiket parking, barangan di supermarket, KFC, McD, Pizza pada kadar 6% untuk cukai perkhidmatan (service tax) dan 10% untuk cukai jualan (sales tax). Anda boleh merujuk bil atau resit setiap kali anda membuat bayaran bil telefon, ASTRO, selepas membeli belah di Tesco, Jusco, Giant dan sebagainya semuanya ada tertera jumlah dan peratusan SST yang dibayar. 

GST yang dicadangkan kerajaan Malaysia pada tahun 2009 adalah pada kadar 4% menjadikannya lebih rendah daripada SST pada kadar 6%-10%. Jadi apa bezanya GST dan SST? Pelaksanaan GST merangkumi segala jenis barangan dan perkhidmatan yang ada di Malaysia termasuk barangan yang diimport mahupun yang dibuat dibuat di Malaysia. GST akan mengenakan cukai pada setiap lapisan peringkat bekalan barangan dan perkhidmatan contohnya dari pengilang (manufacturer), pemborong (wholesaler), peruncit/kedai (retailer) hinggalah kepada pengguna (end-customer). Cukai GST ini akan dikutip setiap kali transaksi berlaku dan penjual akan mengutip cukai daripada pembeli mengikut rantaian bekalan tadi. Walaubagaimanapun 4% itu adalah kadar tetap dan tiada cukai berganda (multiple taxes). SST pula kebiasaannya dikenakan kepada pelanggan yang membeli barangan daripada kedai/peruncit dan terdedah kepada cukai berganda. Pelaksanaan SST juga tidak menyeluruh menjadikan ia tidak saksama.

PELAKSANAAN GST

Idea melaksanakan GST ini mula dibincangkan pada tahun 2007 dan pada mulanya dijadualkan untuk dilaksana pada tahun 2009 kemudiannya ditangguh atas sebab pilihanraya dan juga atas sebab kurangnya pemahaman tentang GST dikalangan rakyat Malaysia. Kemudiannya rang undang-undang GST dibaca diparlimen buat kali pertama pada tahun 2009 dan dijadualkan dibaca untuk kali kedua pada 2010 namun ia ditangguhkan juga atas sebab-sebab yang sama. Anda boleh merujuk keratan berita dari Berita Harian tentang jadual bacaan rang undang-undang GST di sini: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/2013011405244620130114052446/Article/index_html

GST yang dicadangkan kerajaan adalah pada kadar rata 4% untuk SETIAP barangan dan perkhidmatan WALAUBAGAIMANAPUN kerajaan akan mengecualikan GST ke atas barangan seperti makanan asas beras, gula, tepung, pengangkutan awam seperti tiket bas, komuter, LRT dan juga barangan seperti ubat-ubatan dan sebagainya. Dengan pengecualian ini kesan kenaikan harga ke atas barangan dan perkhidmatan asas adalah minima (atau tiada). Perkara ini ada dinyatakan di laman web Kastam DiRaja Malaysia tentang GST



KEPERLUAN MELAKSANAKAN GST

GST perlu dilaksanakan untuk meluaskan kadar kenaan cukai kepada semua individu dan perniagaan di Malaysia lalu menambah pendapatan kerajaan secara tidak langsung. GST juga akan menutup kelemahan pengurusan cukai SST seperti cukai berganda, lari daripada cukai (tax evasion) dan sebagainya. Untuk pengetahuan kawan-kawan daripada keseluruhan tenaga buruh (workforce) di Malaysia peratusan yang membayar cukai pendapatan (income tax) adalah kurang daripada 10% sahaja bermakna mereka yang membayar cukai pendapatan adalah sedikit jika dibandingkan dengan mereka yang menerima manfaat daripada kerajaan seperti BR1M, BB1M dan segala bentuk jenis subsidi yang lain. GST akan menjadikan setiap lapisan masyarakat sama ada miskin, sederhana atau kaya membayar cukai untuk menyumbang kepada pendapatan kerajaan. 

GST TIDAK ADIL KEPADA ORANG MISKIN?

GST nampak tidak adil kepada mereka yang berpendapatan rendah kerana mereka terpaksa membayar cukai pada kadar yang sama seperti mereka yang berpendapatan tinggi. Oleh sebab itu kerajaan disamping melaksanakan GST perlu memperkenalkan pakej atau program seperti bayaran tunai atau rebat kepada mereka yang berpendapatan rendah. Program sekarang seperti BR1M boleh dijadikan contoh tetapi pelaksanaannya perlulah teliti dan lebih sistematik agar bayaran tunai untuk menangani kos GST tidak tiris dan terdedah kepada penyelewengan (contohnya: orang yang tidak layak juga terima BR1M). 

Konsep cukai penggunaan (consumption tax) seperti GST adalah semakin banyak anda membeli barang atau menggunakan perkhidmatan semakin banyak cukai yang dibayar. Bermakna anda boleh mengawal perbelanjaan anda secara berhemah dan berjimat. Mereka yang berpendapatan tinggi akan membayar cukai lebih tinggi apabila mereka berbelanja lebih berbanding mereka yang berpendapatan rendah hanya akan berbelanja mengikut kemampuan mereka. Program bantuan tunai daripada kerajaan akan mengurang kesan GST kepada mereka yang berpendapatan rendah.

KESAN GST

GST jika dilaksanakan seperti di negara lain contohnya Singapura, apabila GST dilaksanakan kadar cukai pendapatan (income tax) akan dikurangkan secara berperingkat. Ini akan memberi kesan positif kepada pembayar cukai pendapatan di mana mereka akan ada lebih pendapatan boleh guna (disposable income) untuk dibelanja atau disimpan. Walaubagaimanapun kerajaan Malaysia masih belum bercadang untuk mengurangkan kadar cukai pendapatan, mungkin ia akan dimaklumkan kemudian hari. GST juga secara tidak langsung akan menggalakkan rakyat menyimpan untuk pelaburan dan berbelanja secara berhemah dan jika perlu sahaja. 

Mengenai kerisauan dikalangan kita bahawa GST akan meningkatkan harga barangan, memang ia tak dapat dinafikan yang ada sesetengah barangan akan naik harga TETAPI ada juga barangan yang akan turun harga setelah kadar GST 4% ini dilaksanakan kerana sebelum ini SST 6-10% dikenakan maka ada penguranagan kadar cukai disitu. Harga KFC, tiket wayang, bil telco akan berkurang sedikit manakala barangan yang tidak dikenakan cukai SST sebelum ini seperti barangan elektrik, komputer dan sebagainya akan meningkat sedikit. Kita perlu perbetulkan pemahaman dan salahfaham mengenai konsep GST sebelum menganggap ia semata-mata akan menaikkan harga barang.

Kerajaan juga akan membentuk jawatan kuasa yang memantau serta mengawal kadar kenaikan harga barang agar kenaikan harga barang tidak mendadak dan peniaga tidak akan mengutip untung berlebihan: 





SALAHFAHAM KEBELAKANGAN INI

Kebelakangan ini tersebar tentang 'GST' telah dilaksanakan melalui penyebaran gambar ini: 


GST yang dimaksudkan diatas adalah 'government service tax' pada kadar 6% dan bukannya Goods and Services Tax pada kadar 4% yang dicadangkan. Sepatutnya Tesco Extra menulisnya sebagai SST atau Service Tax dan bukannya GST untuk mengelakkan kekeliruan seperti diatas. GST 4% akan menggantikan cukai perkhdimatan 6% ini. 
Cukai perkhidmatan diatas sebelum 2011 adalah pada kadar 5% kemudiannya dinaikkan kepada 6% berkuatkuasa 1 Januari 2011. Rujuk: http://kms.customs.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=99:info-untuk-umum--cukai-perkhidmatan&catid=39:cdnk&Itemid=94

PENDAPAT PERIBADI

Di atas saya telah menerangkan konsep, pelaksanaan dan kesan GST kepada kita semua. Jika anda bertanya kepada saya secara peribadi, saya menyokong pelaksanaan GST ini dengan syarat kerajaan meningkatkan kecekapan pengurusan jabatan-jabatan yang terlibat, pemantauan teliti untuk mengelakkan pengguna ditekan atau ditipu peniaga dan penerangan yang lebih jelas kepada rakyat keseluruhannya. Kerajaan juga perlu memperkenalkan pakej atau program yang lebih mampan untuk menangani kesan GST kepada golongan berpendapatan rendah, miskin dan miskin tegar. Pelaksanaan GST tidak boleh dilaksanakan dengan terburu-buru dan perlu diadakan tempoh percubaan (trial period) sepertimana ia dijalankan di negara lain. Disamping itu kerajaan juga sepatutnya menurunkan cukai pendapatan dan juga meningkatkan pendapatan seisi rumah untuk menangani kesan langsung daripada GST.

KESIMPULAN 

Saya seorang individu yang pro-Pakatan Rakyat sebenarnya berkongsi kerisauan dengan kawan-kawan tentang cara kerajaan membelanjakan wang cukai yang dikutip. Lihat sahaja berbillion ringgit bocor, tiris dan dibazirkan setiap tahun seperti mana yang digambarkan didalam laporan ketua audit negara. Ini sahaja kerisauan kita bukan? GST adalah dasar yang baik tetapi bolehkah kerajaan dibawah BN membelanjakan wang kita dengan baik dan adakah rakyat akan mendapat faedah ke atas cukai yang dibayar nanti?

Didalam tempoh 5 tahun ini suka atau tidak GST tetap akan dilaksanakan. Bezanya kita sebagai rakyat perlulah memahami konsep GST itu sebelum kita membangkang membuta tuli tanpa fakta dan asas. Nak jadi pembangkang jadi pembangkang yang bijak, mahu jadi macai jadi macai yang cerdik. Harga barang naik atau mahal bukan disebabkan cukai, ia disebabkan monopoli dimana bekalan atau supply barangan dipegang oleh orang-orang tertentu sahaja. Ini yang patut kita tentang dan bangkang. Beras dan gula semuanya dipegang orang yang sama. Jadi mari sama-sama kita tolak monopoli dan favoritisme oleh kerajaan kepada tokey-tokey tertentu. Buka pasaran untuk persaingan sihat supaya akhirnya kita berada dalam situasi menang-menang. Rakyat untung, peniaga untung.

Tambahan: Sesetengah restoran atau perkhidmatan mengenakan service charge 10% yang mana kutipan ini tidak ada kena mengena dengan kerajaan. Jika GST dilaksanakan service charge ini mungkin kekal. Ada beza service charge dan service TAX.

Trip Bandung (15-17 April 2013)

syukur akhirnya sampai gak aku kat sini...
asal plan nak gi sensorang...
tup2..raifana folo..
yaaaaa ada geng..naik flight tengah malam buta.
tak lama pun aku...
nama jer 3 hari 2 malam
tapi sampai sana dah kol 1 pagi...check in hotel...tido...
esok shopping...lusa tengahari dah balik
sempoi kan???
ater pegi tinggalkan tentera kat umah
jenuh dok membayangkan laki aku bersilat
so...sekejap jer la...

 boolat la....malas nak bergambar.


depan bali heaven....macam masuk pondok jer kan????


 hotel tempat menginap..book kat agoda. rm245 untuk 3 hari 2 malam.  boleh la. makan sedap. wifi jer tak sampai ke bilik. kat lobi jer laju.  tu yang bil tepon aku melambung sampai RM485.  giler banyak.  p vietnam dulu pun baru rm270.  ni dekat nak kali 2.  jenuh nak bayar. 

Pak Supir plak kami booking dari mesia.  rm300 jugak la kena bayar.  tapi best..  nama supir nya redy.  ke mana2 jer dia temankan.  siap tolong angkat beg palstik yang berboyot333.  maklumla shopping sakan.  kesian dia. berapa kali naik turun tangga masa kat pasar baru. gara2 beg plastik kami dah menambun.

bab makan aku tak puas.  sekali jer aku sempat makan nasi padang.  pastu sekalilagi ayam penyet. yang lainnya makan kat hotel.  tapi kat bandung..makan jer kat hotel...murah. penat pun tak.  harga standard kena makan kita kat sini jer.   berbaloi222

malam terakhir tu aku panggil mak urut datang urut aku dalam bilik.  best gilerrr.  tapi time tu duit tak berapa nak cukup...so urut kaki jer la.  lenkali kalo pi nak urut satu badan lak,  baru berbaloiii2222

tak berapa best sangat trip kali ni.  maklumler pi sehari jer yang sebenar2nya...jadi nak jalan mana2 pun tak sempat.  pasar baru jer dari pagi sampai kol 3 pm.  pastu gi FO 2 ketol..balik tido.
esok aku cuma sempat gi kartika sari.  pastu terus gi epot.  

memang tak best nak jalan2.....

p/s : tak mo letak gambar banyak2...badan sedang memboolat. takleh terima kenyataan.





Tuesday, May 07, 2013

Pocoyo

Melayan budak kecik tengok pocoyo...
Ralit...tak tengok kiri kanan dah..tak cukup dengan tab...la ni tengok direct dari tv. Channel youtube. Puas ati.




















Hari ni ammar panjat tangga sendiri sampai ke atas. Takder bantuan langsung. bahaya anak jantan aku ni.takleh lepas langsung.
posted from Bloggeroid