Thursday, January 16, 2014

RASA

AIR MATA ini mengalir izin dariNya..
SENYUMAN ini dilakar izin dariNya..
KEGEMBIRAAN ini tercipta izin dariNya..
KESEDIHAN ini dirasa izin dariNya..

Apa yang ku RASA, semuanya adalah IZIN dariNya kerana Dia pemilik diri ini..Allah jualah yang menciptakan tawa dan tangis..aku ingin BERSYUKUR atas segala rasa yang telah dan akan Dia berikan..insyaAllah..
>>> JANGAN MENILAI orang, kamu tidak tahu apa yang telah dilaluinya..kamu mungkin MENDENGAR CERITANYA, tapi kamu tidak tahu apa yang DIRASAKAN oleh hatinya >>>


p/s : Saya hanya WANITA BIASA yang memerlukan SEKEPING HATI yang luar biasa..HATI yang KUAT, TEGUH, SABAR..dan REDHA, biarlah manusia menilai diri ini mengikut caranya, mengikut pemikirannya, mengikut cita rasanya tetapi yang pasti NILAIAN Allah adalah yang terbaik buat diri ini

Stress

Jika sedih dan letihmu beradu, tentu kau tahu sebaik tempatmu mengadu.
Panjatkan aduan dan doa di tengah malam yang syahdu,
dan pada waktu besar kemungkinan terkabulnya doamu…
bukan malah mengiba orang lain mengasihanimu!
Ingatlah…masih ada Allah sebagai tempat bergantung, tempat mengadu,
tempat memohon, yang kan menolongmu.
Masih ada Al-Qur’an yang bisa menawarkan gundah dan dukamu.

Stress
tension..
semoga aku terus kuat dan kuat.
 

Monday, January 06, 2014

Jangan Bersedih...Allah Sentiasa Ada di Sampingmu

LA TAHZAN….
hari ini aku menulis dengan hati yang tenang...pagi tadi aku masih marah.  menulis saat hati sedang marah ibarat mencurah minyak pada api yang sedang marak. tiada keserabutan dan masalah yang membendung dalam kotak pemikiran…BENAR..dengan berdoa…Allah mendengar rintihan kita..dan membantu kita..kenapa kita hambaNya dengan ego yang tinggi terasa berat untuk mengangkat tangan menadah memohon keampunan penuh keinsafan dan taubat..mengadu dengan rendah hati..ego itu harus dibuang…kerana di atas dunia yang semakin banyak dugaan dan pancaroba dan propagandanya..hanya DIA kita harus percaya..hanya DIA tempat kita mengadu segala…sesungguhnya Allah S.W.T maha pengampun lagi maha pengasih dan penyayang..

Sebagai seorang wanita..seorang sahabat..seorang kekasih…seorang isteri..dan seorang ibu…kita harus sentiasa tabah untuk mengharungi segalanya sementara nyawa masih berada di dalam diri ini…DUGAAN sentiasa ada..walau dimana-mana kita berada..hari ini kita gembira..mungkin esok kita akan berduka..jangan harapkan mentari kan memanaskan bumi sepanjang hari..kerana hujan kan turun bila-bila masa sahaja…persiapan diri mental dan fizikal perlu untuk kita teruskan hidup…
Terlalu banyak dugaan telah dihadapi sejak 37 tahun hidup di atas muka bumi ini…namun ada satu kekuatan dalam diri ini untuk terus melawan dugaan demi dugaan..tanpa melawan….kerana..ALLAH S.W.T akan menduga kita selagi kita mampu menangani dugaan itu…ia bukan aniaya..tetapi kerana mahu kita dekat denganNYA..kerana kasihNYA kepada kita hambanya…
“Allah tidak membebani seseorg itu melainkn sesuai dengan kesanggupanya”
surah Al-Baqarah ayat 286
 
“janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yang paling tinggin darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.”
surah Al-Imran ayat 139
 
 setiap hambanya diuji dengan pelbagai dugaan,pelbagai kesedihan,kesakitan..dengan harapan moga kita kembali kepadanya..dugaan besar mahupun kecil..adalah nikmat buat mereka yang menikmati dugaan itu..
 
“bawalah daku kembali kepada jalan mu..kuatkan lah diri hambamu yang kedil ini..jauhi daku dari kesedihan ini berpanjangan agar daku mampu mencapai redha mu Ya Allah..”aminn..

LA TAHZAN
sebelum ni tak tahu dan tak pernah nak ambil tahu apa itu maksud “La Tahzan”…yelah..mengaji kat sekolah tak ambil bahasa arab..dan dalam kehidupan seharian belum pernah diberi peluang untuk mendengar perkataan itu sehingga satu peristiwa berlaku dan perkataan itu keluar dari mulut seorang hamba Allah…“La Tahzan..bersabar..ingat pada Allah”

InsyaAllah aku tidak akan terus mengalah kepada dunia yang penuh dengan pancaroba..kerana Allah sentiasa ada bersamaku..
Ya Allah Ya Tuhanku..aku memohon ampun daripadaMU..aku mohon kerdhaan daripadaMu..aku mohon kau lindungi keluargaku…anak-anakku dan suamiku Ya Allah…hanya kebahgiaan yang kucari di dunia ini dan di akhirat sana…berilah kami sekeluarga peluang itu Ya Allah…Amin..Ya Rabill Alamin…….

 Sesungguhnya aku tidak terdaya untuk menghadapinya sekali lagi Ya Allah..namun jika itu yang telah KAU tetapkan..akan ku harungi jua lautan api tersebut sehingga menemui lautan jernih lagi harum mewangi…:)

Cuti Cuti Cameron




Lama nak update cerita percutian hujung tahun merangkap cuti sekolah baru2 ni..tapi selalu tak berkesempatan.  jiwa takder nak menulis.  kalau dah jiwa takder..hati pun ntah kemana.  last2 citer tu hilang terus dari kotak fikiran.  huhuhu....tersastera la plak walaupun seperkataan.  sayang kalao tak update...last2 kenangan percutian hilang terus.  bila nak ingat2 semula terus takder.  macam percutian hujung tahun 2012...sampai sekarang aku lupa mana aku pegi.  baru setahun..kalau 3 4 tahun terus ilang ingatan la jawabnya.

cuti sekolah baru ni...aku bawa anak2 aku gi pangkor dengan cameron ja.  kebetulan 2 minggu sebelum tu aku memang balik kampung.  ada makswip beach volleyball. tahun ni plak buat kat perlis.  so...sambil menyelam aku minum air.  bawa anak2 balik kampung sekali. merempit naik ferrari aku 4 beranak kami.  hasil pemanduan berhemah 130-140km/j  aku selamat sampai ke kampung. mak aku pun terkejut. siap suh aku berselawat sepanjang jalan...dengan nak balik tu..kena tazkirah 4 5 round suh aku bawa slow2.  baik mak!!!.


aku gerak ke pangkor kol 1.00pm...sampai ke jeti kol 4.00pm.  percutian tak dirancang.  sekali tido sehari kat sana...ammar dah start panas badan.  so..kami tukar planning...dari pangkor gerak ke cameron.  sori ..gambar pangkor sekeping pun tarak.  otak takleh compute lagi dengan percutian tak dirancang tu.  jadi tahap pelupaan masih tinggi.  kol 12 tghari esoknya pas checkout terus gerak ke cameron..berpandukan waze....aku ikut simpang pulai.  first time drive without my hubby pegi cuti2 malaysia.  kira srikandi tun teja gak la aku ni.  bawa pulak budak2 kecik.  aku bertawakkal jer la sepanjang jalan.  kol 4 pm sampai ke destinasi.  paling best masa buat keputusan nak tukar destinasi...hotel langsung tak cari.  tapi sebab mood bercuti dan mood menginja2 lebih tinggi maka hati jadi berani nak pegi,.

sampai sana...lepak kat port pasar malam...baru check agoda.  jumpa country lodge.  harga  quadroom rm298.  ok..call pastu trus check in.  pantas kan...


ni la rupanya country lodge...ok la jugak. selesa dan murah.

bilik kedua. ada dua katil single. 


bilik utama....2 katil queen.  ada balcony dan ada tv.

ni kali kedua aku pegi cameron highland.. kali pertama tahun 2011.  masa tu ammar tak wujud lagi.  kali ni ammar dah setahun lebih.  terasa meriah bila bawa budak ticit bersama.

kami sekeluarga kat bharat.  baju dari pangkor ke cameron.  dah sah2 tak menepati tema percutian tempat sejuk.  anak aku sikit lagi mesti sama tinggi dengan aku.  hurrrmmmm....



ammar dengan husna.  baru 2 tahun budak tu...tapi badan cam 4 tahun. 

lepak equatorial masa malam krismas....amik mood santa claus ...terasa sejuk gila

lepak mardi.    anak kakak aku 3 orang...anak aku 3 orang.  yang paling tinggi tahun ni baru form 1.  tapi dah tinggi dari aku.  tak adil sungguh hidup ini.

perasan ayu...uuuwweeekkkk!!!!

kami 4 beranak

suka budak2 ni...seronok bila tengok diorang gembira, 


ammar pantang nampak kolam...nasib baik ada pagar..kalo tak kuyup aku kena terjun amik dia.



suker tengok gambar ni...kawan aku cakap aku macam bibik dalam gambar ni...kat mana yg bibik tu...???? kena wat post mortem la pas ni.

ammar telalu aktif.  tak lekat kakak dia nak pegang





alhamdulillah...kami selamat pegi dan selamat balik.  seronok..walaupun tak dirancang,,,tapi tetap hepi.  yang penting bila anak2 gembira.  kita dah tua2 ni tak ada apa sangat.   ok sekian cerita percutian kali ini...chow dulu..keje banyak menanti ni/


p/s : promosi herbalife masih berterusan..pm me kalao berminat ya.





Friday, January 03, 2014

Day 1 and Frozen

Salam semua...mornink!!!

Semalam adalah hari pertama aina ke sekolah...pagi2 kol 5 aku dah bangun siapkan sarapan dan bekal. simple jer. juz buat mee goreng.  kol 6 aku dah kejutkan budak2 tu bangun bersiap2.  alhamdulillah..mungkin mood aina masih baik..sekali kejut dah bangun. time paling penat masa nak siap2kan diorang.  aina baju dengan kain masih lagi kita kena tolong pakaikan.  kalau suh dia pakai sendiri...susun kain tu mau ke tengah atau ke belakang.  baju pulak nak buka butang pun tak gheti lagi.  so..agak mencabar la pagi2.  nasib baik kakak dia si ain rajin membantu.  pas dia siapkan diri dia sendiri...dia tolong pulak siapkan adik.  tahun ni aku berazam nak kuar rumah before 6.50am.  konon2 nak elakkan jem.  hopefully azam aku tercapai everyday. hehehe.

sampai kat sekolah aina dah mula tarik2 tangan aku...nak melekat.  kakak dia dah berdesup hilang lepas jumpa geng.  adik terkontang kanting sorang2.  kesian pulak aku nengok.  muka aina dah cuak giler.  tapi aku tengok dia kontrol diri supaya jangan termenangis.  sebab aku perasan air muka dia. mujur hati dia sangat keras.  leh tahan. kalo tak jenuh berdrama aku semalam.

aina hari pertama sekolah.  alhamdulillah..dia sendre memilih nak pakai tudung.  tiada sebarang paksaan.  40 kali aku tanya betulke nak pakai tudung....40 kali juga dia jawab ya. so..aku beli..pas ni pakai ya nak
 aku tunggu kat sekolah tu sampai la diorang balik dari sekolah.  time rehat..aku dah siap bekalkan mee goreng.  jadi tak perlu aina nak beratur panjang2 beli makanan.  aku tengok dia bawa jer bekal makanan dia then cari port untuk makanan.  alhamdulillah...bab2 makan aku dah setel.  masak jer bekal.  habis citer.



hadiah tahun baru




Habis sekolah...aku mula3 plan nak bawa diorang masuk opis.  buat keje sket.  tapi one of my opismate cakap..mood bos tak ok. so...daripada aku bawa anak2 aku memekak kat opis tu dengan mood bos yang tak ok...baik aku bawa diorang gi berjimba2.  so...check gsc online...ada plak citer frozen kol 2.30pm.  so...book online...kol 2  berdesup gi alamanda.  mujur sempat.  eceh..macam la jauh sangat kan?????

sekali lagi syukur dapat menyempurnakan hajat anak2 aku yang tak kesampaian masa cuti sekolah hari tu.

balik dari tengok citer frozen..lepak RASA jap...amik ammar..balik rumah.  terbungkang pasal sakit kepala. 

begitulah cerita aku semalam....
hari ni masuk opis balik...pasal takut bos marah.







Mural Art

Salam semua...dan selamat tahun baru..walaupun agak terlewat untuk wish..tapi masih kira awal lagi untuk mengucapkan selamat tahun baru..selamat membuat azam baru..walaupun azam lama masih belum tertunai..aku leeerrrr tu...misi menguruskan badan masih belum kesampaian. Tempoh setahun tak cukup. Gagal!!!!! So..misi tersebut di continue untuk tahun ni...harap2 before mac....tercapai. gilerrr target tak logik. So..biar tak logic...kalau gagal leh salahkan target. Kah33.

Harap2 tahun ni aku lebih rajin menghapdet blog. Sayang sangat2 biler kisah2 ku tajin 2013..tak sempat dicoretkan dalam mana2 diari. Ada yang ku ingat...ada yang ku terus lupa. Rasanya mencoretkan kenangan di blog adalah satu cara terbaik untuk menghilangkan tekanan....bila pressure baca balik..drasa terkekeh2 nak gelak..
Tambah2 bila baca part kenangan2 semasa di bawah pemerintahan box. Macam2 luahan rasa ku tulis. Tapi bila dah takde..rasa rindu pulak. Hahaha.

Tahun 2014..dimulakan dengan journey to atmosphere...pameran mural di seri kembangam. Lokasinya gak jauh...1km dari rumah aku.

Tak plan pun...hari tu boring giler...so planningnyer nak bawa budak2 pekena roti canai kat maulana. Sekali pi ronda2 kat atmosphere tengok ramai plak orang kat sana. So...terjah la jugak....rupanya ada pameran mural. Jommmm zaaaaaassss








Sori gambar terpaksa diphotogridkan sebab kemalasan untuk mengupload satu persatu adalah berada di tahap maksima.

Okey..berbalik pada mural tadi tu..gambarnya takla secantik sangat..tapi untuk free entrance...kira berbaloi la. Ko masuk free bajet can dok trick studio...takleh la kan. So..sesuai la dengan keadaan. Ekceli ada separuh lagi tempat aku tak sempat terjah. Pasal dah nak menghampiri maghrib. Bajet sabtu atau ahad ni la...Harap2 masih free. Hehehe. Orang2 cam aku ni...macamtu ler...kena cari yang free jer.

Sesapa nak oder herbalife dengan jus qaseh adinda leh pm me ya. Promosi masih on.

posted from Bloggeroid

Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...