Monday, June 28, 2010

VolleYbaLL

Salam...

3 hari aku tak hapdet blog...bukan ke mana2222 tapi berjuang di UM. Maen volleyball dengan team aku. Sungguh penat dan meletihkan.

Hari Sabtu dan ahad kami bertolak awal pagi. Kol 7.15 am dari opis. Kami main game ke 7 dan musuh kami adalah UM, PPUM dan Kimia dan HKL. Dasat kan???!!!!!!..hehehe. So, bila dah sebut ke 7 tu maksudnya agak lambat ler kami bermula. Masa tu matahari dah memancar terik. Melengit lengan. Seksa. Tapi bila diingatkan api neraka tu lagi panas...aku kontrol la sket kan. Dahler masa tu pakai baju cam dah tempah tiket ke neraka jer. Nauzubillah...pasni aku nak insap. Mula2 kami jumpa PPUM, kol 11.00am. Masa tu kalau nak angkat bola gayat jer..langut atas...dah cam nak rebah pengsan. Tapi memandangkan kami satria opis, maka ku gagahi juga bermain walaupun bola dah nampak cam 2. Heheheh!!!

Kat bawah ni picca222 nye..jangan tak tau..selain dari layak ke suku akhir..kami juga pemenang dalam acara bergambar paling banyak. hahahaha

Gaya menawan dari eti

Panas kan????

over posing


Yang pakai baju no4 nih....spiker hebat HKL...hampeh betol. Takper tunggu tahun depan...aku buat samersop guling kat ko..

Masa ni nak lawan Kimia...giler sempat berposing ..padahal kimia dah ready dalam gelanggang

Time ni suku akhir..lawan juara perempuan. Tak aci betul. Bagi ler kami lawan yang naib johan ker...ni trus lawan juara..kompomler kami tewas bermaruah.

Aksi2 gedik tengah court..bikin musuh sakit ati.



Melangkah masuk ke gelanggang...dengan semagat waja.


Sebelum mula game..kami buat kenduri doa selamat dulu....diketuai oleh Ustazah Deng

Inilah barisan pemain KLN sedang berjabat mesra dengan Kimia. Cuba perati betol222....beratur nak salam pun salah.

Barisan pemain sedang menjamu selera sebelum permainan bermula.


Team lelaki berhempas pulas di dalam gelanggang

Kami yang enak membuncitkan perut dengan harapan...lemak akan terbakar semula semasa melompat di dalam gelanggang.

Apa2pun...aku puas ati. At least tahun ni ada perkembangan baik dalam bidang sukan WP. Selama ni tak pernah masuk suku akhir dan tak pernah main untuk 2 hari...kali ni kami berjaya menembusi tembok tu. Tahun depan target nak masuk separuh akhir lak. Dan yang paling bestttttnyer...kami berjaya membuktikan pada bos yang tak suka kami bersukan tu..Hampun yek bos!!!! Kami akan sentiasa bersukan kerana waktu keje tamat kol 5.30pm. Lepas tu waktu kami untuk buat apa yang kami sokak.

Tima kasih pada kengkawan...yang berhempas pulas bermain walaupun ada yang jadi cam heroin hindustan siap berguling2 tengah padang...tahun depan kita cuba lagi.


Thursday, June 24, 2010

MC TodaY

Hari ni aku MC....sakit kepala dah berdenyut2222. Semalam satu hari aku dok menatap laptop dan dekstop. Jangan tak caya..aku buat keje guna kedua2 sekali. Nak test sistem, nak test database, nak buat comparison...nak kira kemasukan rekod. Kalau pakai dua22 takler kalut sangat nak klik sana..klik sini. Maklumler akses data dari server...check kat desktop..hapdet kat laptop. Pas hapdet refresh...Pastu aku yang terbungkang....sakit kepala..migraiiinnnnnnnnn!!!!!.

Hari ni jugak last training untuk volleyball MAKSWIP. Hari sabtu n ahad ni ada game kat UM. Jadi harussslaa aku bersungguh22 training hari ni. Dahler dah 2 hari main macam hampehhh...rasa cam level budak darjah 5 main. Petang semalam friendly ngan Audit. Kalah tak bermaruah...malu. Rasa cam nak purak22 pengsan dalam court tu. Tapi kenalah control kan??? Malu ler team Wisma Putra....Maka hari ni dengan azam yang makin menggunung...dan api juang yang membara22 dalam jiwa akan aku kuatkan semangat untuk memperbaiki segala skill yang ada. Aminnnn.....

Esok gi opis..harusss ler aku dapat jelingan mata yang merah menyala dan tajam dari tukun di situ. Kena pakai sunglass la...pura2 sakit mata. Takuttttt!!!!!!!!!.



Tuesday, June 22, 2010

SkippinG

Hari ni aku masuk opis agak lewat. Dalam kol 9.00am cenggitu. Letih giloss nak bangun tido. Last2 setelah alarm ku berbunyi kali ke 55, baru aku terbangun. Kol 7.45am. Kelam kelibut mandi and bersiap. Kol 8.30 gerak dari rumah. Jem la plak jalan depan umah aku tu. Nak buat Giant...baru siap dalam 60% kot. So, jalan 3 lane jadi 2 lane. Kete dah ler banyak...ater itu jer jalan nak keluar ke Puchong, Putrajaya, Kajang, Bangi yang paling dekat. Kompom ler jem. Kalau hari2 lain bertembung plak dengan lori keluar masuk. lori bawa tanah merah plak tu. habis jalan kotor, keter pun berhabuk.

Sampai kat opis, aku agak cuak gak. Takut kena sergah dengan bos. Maklumler...cuti agak lama...4 hari termasuk sabtu and ahad. Tapi keadaan di opis agak memelikkan. Redup jer seperti redupnya cuaca di luar. Nak kata mendung menanti ujan ribut, tak juga. Redup cam musim dingin kat obersea. Seronok jer. Rasa nak buat kija pun tenteram.

Tengahari tadi, aku gi Alamanda dengan Heti dan Maan. Ingat nak jalan2 cari botol air anak aku. Terjebak la plak dalam Fitness Concept. Beli tali skipping baru. Yang lama tu dah tak syiok. Rasa ringan and melelong22 jer bila time hayun tu. So, konon2 nak cari yang berat sket. Sedap sket nak melompat. Sekali ko...panjang berjela. Tak sesuwaiii lak dengan ketinggian aku. Nak tukar pun malas. Tapi bolehker kalau aku gi tukar kat Fitness Concept tu???....warranty pun tak der....takkan diorang nak layan kalau aku nak tukar benda rega rm27.90 tu jer.

Teknik melompat penuh kegirangan

Berita baik!!!!...berat aku tidak bertambah banyak seperti yang aku rasakan sekembalinya aku dari kampung. Musykil gak...padahal aku makan banyak. Nak kata penimbang aku rosak, takkan la kot. Baru sangat aku beli....2 bulan baru. Lagipun aku timbang kat 2 penimbang....satu analog, satu lagi digital untuk mengesahkan bahawa berat aku ok. Heheheh...naik ler dalam 500gram. Selamat...mungkin sebab hari2 aku belasah skipping kat kampung. Satu hari aku belasah 1000x. Nak bakar kalori yang telah aku telan..time tak ingat dunia tu.

Nak sambung keje plak....dah lama tak menghapdet blog time kija ni. Rasa berdosa plak..(insaf tetiba)

Monday, June 21, 2010

Picca Aku


Sajer nak tempek picca aku di sini....sambil2 tu nak memotivasikan diri aku sendre. Gambar kat tepi pantai tu gambar masa aku gi Langkawi...bulan 3 tahun ni...17 Mac 2010. Masa tu aku sedang menggemukkan diri. Boolat sungguh!!!!!!!....Gambar yang bawah plak aku amik pada 7 Jun yang lepas. Selepas berat aku tuwunnnn dalam 10kg. Sekarang ni aku rasa berat aku dah naik balik kot...pasal kat kampung lagik. Heheheheh. Nanti kalau tuwun lagik aku nak tempek picca kat sini lagik. Sebagai pembakar semangat diri aku dan diri kawan22 aku. Yo!!!! Mari kita berdiet cara sihat dan selamat.

BaliK KaMpUnG-v2

Dah lama tak menghapdet blog....dah bersawang. Alang2 nak hapdet aku hapdet skali dengan templatenyer. Walaupun template nih memang dah lama dipakai orang..tapi apa aku peduli...sebab aku suka dengan awek disebelah atas kanan tempate tu...kondifen jer kan..bak kata adnan sempit.

Aku kat kampung nih....menghapdet blog hanya dengan menggunakan kuasa kereta keldai. Berukben kat kampung aku ni tak glamer sangat. 3g celcom jangan haraplah. Tapi kalau montel kuning digi tu aku tak pasti ler dapat ker tak kat kampung aku nih...montel tu kan ada di mana2 jer...mesti kalau kat kampung aku ni pakai digi laju cam kete kuder.

Aku balik kampung mengejut...plan dah lama dah. Tapi masa takder. Memandangkan anak aku cuti sekolah..dan cuti pun dah nak abis...aku pejam2kan mata gi buking tiket air asia. Masa tu dah mahal ler tiket nih. Maklumler amik last minit. Belasah jer..pejam mata tekan confirm. Nak tunggu kija takder...sampai ujung tahun pun aku rasa keje aku takkan putus. Lagipun...apa ler sangat keje tu kalau nak dibandingkan dengan mak dan ayah di kampung. Aku nekad sungguh masa nak apply cuti tu. Takut + cuak + beserah jer masa tu...nak kena marah pun kena ler tapi dalam hati "Ader aku kesah???".

Seronok bangat balik kampung nih...tapi kepala dok teringat pasal keje jer...hari2 aku on lappy nih...tapi keje tak buat pun. Aku buka fb dengan blog jer. Bila tido jer aku mimpi pasal keje...bowink sungguh. Nak cuti pun takde nikmat. Aku taktau sampai biler ler aku nak mengalami mimpi22 ngeri camnie..nak kata aku buker bisnes sendre tak gak...kalau buka bisnes sendre mimpi takut bankrupt tu lojik la gak. Ni keje makan gaji....mimpi takut kena marah jer memanjang. Fobia sungguh aku ni.

Satu lagik time cuti nih...aku asik makan jer.. walaupun kat kampung aku masih tak jamah sebutir nasik pun, tapi makanan lain tetap aku belasah. First day sampai, mak aku dah buat tapai pulut. Melantak tak hengat dunia. Pastu hari2 mak aku masak..dan suh makan. Tak makan kang kecik ati plak. Terpaksa ler aku ratah lauk pauk yang ada. Rosak diet aku. Pastu bila aku cakap aku diet...mak aku marah plak. Makan jer...nanti sakit dah takleh makan. Ayat2 biasa aku dengar dari mereka333 yang suka merosakkan azam orang...termasuk mak aku..hehe.. hampun mak. Tak sabaq nak timbang balik berat aku nih. Mesti naik nih. Jenuh ler aku nak pulun qada lepaih ni.

Nak tengok bola tak boleh plak. Umah mak aku takder astro. Bowink sungguh!!!!!!!!.....harus balik nanti aku tengok ulangan sampai tak tido malam. Rugi!!!!!!! dahler team kesayangan aku main.

Ok..sekian n3 utk kali ini....esok aku akan sambung lagi.