Monday, February 02, 2009

Akuilah Kesilapan Diri Sendiri

Banyak pula idea aku malam ini...... Setakat untuk memberi peringatan kepada aku dan juga mungkin dapat dikongsi dengan rakan-rakanku.

Terdapat sedikit sahaja orang yang berfikiran matang. Kebanyakkan daripada kita dipenuhi dengan perasaan prasangka yang bercampur aduk dengan kepentingan diri sendiri. Kebanyakkan kita terbelenggu oleh pengertian-pengertian konvensional, cemburu, kecurigaan, ketakutan, dengki dan sombong. Dan kebanyakkan orang tidak mahu mengubah sikap buruknya. Maka, kalau kita mempunyai kecenderungan untuk menunjukkan kesalahan orang lain, bacalah petikan berikut setiap pagi sebelum memulakan kerja kita. Petikan ini aku petik dari buku James Harvey Robinson yang amat menarik bagi aku dan mungkin pada kita semua.

"Kadang-kadang kita mengubah fikiran kita tanpa sebarang tentangan atau perasaan yang berat, tetapi kalau kesilapan kita ditunjukkan, kita tidak akan menyukai perubahan tersebut dan hati kita menjadi keras. Kita sangat menaruh perhatian kepada pembentukan keyakinan kita, tetapi kalau ada orang mempergunakannya, biasanya kita akan bertahan dengan bermati-matian.
Jelas, yang penting di sini bukan idea itu sendiri, tetapi harga diri kita sendiri yang terancam. Dalam tingkah laku manusia, perkataan kecil yang ternyata amat penting adalah kata ganti nama "ku". Memahami hal itu secara wajar merupakan permulaan kebijaksanaan. Perkataan "ku" yang mempunyai kekuatan yang sama bila dihubungkan dengan semua perkataan yang lain. Makan malam"ku", rumah"ku", ayah"ku", negara"ku" dan tuhan"ku".
Kita bukan sahaja tidak suka untuk mengatakan jam kita salah, kereta kita murah dan lain-lain; begitu juga bahawa pandangan kita perlu ditinjau kembali. Kita suka untuk mempercayai apa yang telah kita terima sebagai kebenaran dan setiap kali ada yang meragukan hal itu, kita akan terus memasang kuda-kuda untuk mempertahankannya. Hinggakan segala perselisihan kita sebenarnya hanyalah untuk mencari-cari alasan bagi membenarkan apa yang kita percayai."


Petikan seterunya diambil dari buku On Becoming A Person, tulisan Carl Rogers ahli Psikologi yang terkenal. Beliau menulis:

"Apabila saya membetulkan diri untuk memahami orang lain, hal itu ternyata merupakan sesuatu yang amat bernilai. Cara saya merumuskan mungkin kedengaran aneh bagi anda. Perlukah kita membolehkan atau menizinkan diri sendiri untuk memahami orang lain? ya, perlu. Reaksi kita terhadap kebanyakkan kenyataan yang diucapkan oleh orang lain adalah merupakan penilaian dan bukannya pemahaman.
Sewaktu seseorang mengutarakan perasaan, sikap atau keyakinannya, kecenderungan kita pada umumnya adalah terus berasa "tidak masuk akal", "tidak normal", "salah"dan "tidak bagus". Memang jarang kita mengizinkan diri kita sendiri untuk memahami maksud kenyataan orang lain itu secara wajar"


Justeru itu, akuilah kesilapan diri sendiri kerana itu akan membuatkan kita akan lebih berpandangan luas dan peka dan jangan sampai ada orang memaksa kita untuk menelan kenyataan itu mentah-mentah.

No comments:

Post a Comment

Jom Mengomen...

Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...