Tuesday, February 02, 2016

Izinkan Ku Simpan




Aku tahu
apa saja yang diambil dariku
akan diganti dengan yang baharu
apa sahaja yang hilang
akan terisi dengan yang datang
seperti engkau lepaskan hatiku
aku juga telah bebaskan hatimu
pergilah sejauh mana engkau mahu melangkah
berbahagialah
jika sudah begitu takdir Allah
aku redha

telah ku ikhlaskan hati  segala apa yang terjadi
telah ku ikrarkan pada diri untuk melupakan segala yang menyakiti
namun aku mahu kau tahu
masih ada yang berbaki dalam hatiku
semua pengorbananmu dulu
sungguh2 pernah membahagiakanku
justeru biarkan kenangan itu
kekal dalam simpanan
abadi dalam ingatan
bagai satu ikatan yang tak mungkin terputus
bagai satu rasa yang tak akan terhapus
menjadi terima kasih yang mengikat kasih
kerana tempat engkau dalam hatiku
sudah terlalu sebati di situ..

~~~~Some Love Stories Never End~~~~

No comments:

Post a Comment

Jom Mengomen...

Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...