Monday, January 23, 2017

Lebih Sempurna

ombak laut, angin bayu
menemaniku dikala terkenang dirimu

manis indah dalam cinta
tak pernah ku sangka kau pergi hanya kerana dia

bertahun sudah kita bersama
hanya dusta sebalik setia
kau biarku derita
menangis di dalam jiwa

kau terluka akulah peneman
kau bahagia aku ditinggalkan
mudahnya kau berubah
sepiku berteman air mata

berlalulah kau masa
aku tidak berdaya
temukannya yang lebih sempurna


Assalamualaikum...alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk mencoretkan sepatah dua kata di dalam blog kesayangan ni..
lirik lagu di atas....lebih sempurna.  Nyanyian syamel..
sedap lagu tu..mengimbau banyak kenangan...sekali sekala dengar rasa sayu.
sekarang ni aku sangat sibuk...every weekend nampak la muka aku kat SESERI tu.  ziarah anak katanya.  tiap kali datang mesti kena masak banyak2.  makan ramai2 kat Gelanggang anggerik sari.  ibu bapa ramai2 bentang tikar...makan bersama2.  ya la kan...seminggu 2 kali jumpa anak.  rindu gileeeeerrrr.   masa dok serumah bergaduh selalu....dah jauh2 rindu pulak kan.
anak sulung masuk asrama...baru 13 tahun.  ibu mana hati tak galau. risau bimbang cuak semua ada.  macammana dia makan...macammana basuh baju..macammana bangun pagi...iron baju..semua ghisau.  tapi alhamdulillah...setakat ni dia boleh lagi survive.  memang pilihan dan impian dia nak masuk sbp...so aku relakan. Mudah2an cita2nya nak menjadi seorang doktor pakar kanak2 satu hari nanti termakbul..insyaallah.  mama sentiasa mendoakan agar kejayaan dan cita2 mu tercapai anakku.
sabtu ahad semalam ada gotong royong kelas ain.  Form 1 adioda.  hari sabtu buang segala sawang dan habuk mabuk kat kelas...then hari ahad baru cantik2kan kelas.  agak penat...tiada weekend untuk berguling2 depan tv dah sekarang ni.  balik rumah..acara mengemas rumah pulak..siap2 kan kelengkapan skolah untuk si Aina dan si ammar pulak.
semoga tuhan sentiasa memberikan aku kesihatan yang baik...untuk terus memelihara amanahNya.  semoga zuriatku terus membesar menjadi insan soleh dan solehah...penyejuk hati mama.
sekian..


No comments:

Post a Comment

Jom Mengomen...