Wednesday, February 20, 2013

Ammar Khaleef

Jarang2 ke udara....diari online pun dah jadi buruk. Tak kena selak oleh tuan dia. Huhhh!!!

Mana nak sempat...
Sekarang ni aku asik bizi memanjang..
Selain aku dah tak hire weekly maid..
Aku juga dah semput dek ketangkasan dan keganasan anak terunaku...little khaleef.

Bulan ni genaplah usia ammar 11 bulan..
Baru nak pandai merangkak....nak duduk.
Pastu dah stat memanjat kerusi dan rak tv. Sekarang ni..aku dah hadang kusyen kat rak tv..
Konon2 jadi tembok. Tapi ternyata tembok yang aku bina tak mampu bertahan lama. Habis ditarik2 dan dirobohkan dengan semangat wajanya.



Ni ammar tengah kaco aku memasak...time aku nak memasak pun dia sibuk melawat dapur. Pastu kaki aku pun asik tersangkut dengan kete kebal dia tu. Nyaris2 tersungkur.



Dahla dapur sempit...bertambah sempit lagi la jadinya. Time ni aku tengah menggoreng ayam. Takut terpercik minyak kat dia jer. Redha jer la.



Ni la rutin dia...godek sana sini . Bimbang takut tersepit jari jer.

Selagi dia tak tido..selagi tu la aku takleh nak berehat..atau bergolek2 tengok tv. Layan jer dia...sampai dia tido. Baru leh bergerak..mengemas..dengan aman. Masa aku taip n3 ni pun..rumah aku sedang bergelap gulita. Aku tutup semua lampu...tinggal lampu tv jer. konon2 nak bagi dia tido atau tak berjalan jauh. Sekali hampehhh!!!... tak heran. Biarlah ko melasak nak oiii. Kang tido la kamu tu.

Penat..letih..stress
Tapi terpaksa di tahan.
Tak sabar nak tunggu ammar besar...
Dah faham..tau beza yang mana ok yang mana tak ok.

Sekarang aku tak payah susah2 nak paksa diri tido kat opis. Letak kepala kat meja trus hanyut. Mimpi. Dapat setengah jam pun jadi la. Lega. Sekarang impian aku nak gi spa plak. Nak meregangkan ketegangan badan dan fikiran. Bila la agaknya aku berkesempatan ni...

Ok..stop dulu..dia tengah memanjat dalam keadaan tiada cahaya.

posted from Bloggeroid

3 comments:

  1. http://www.flm2u.com/2013/02/syurga-seorang-isteri.html

    ReplyDelete
  2. kadang2 memang camtu kan kak chem..biarkan je. letih nak tunggu dia tido. janji sekeliling dah secured la.
    Sofea pun selalu gak kena biar.last2 tido sendiri.

    ReplyDelete
  3. takut jugak ema...dia suka memanjat...takut panjat kerusi..timpa dia

    ReplyDelete

Jom Mengomen...

Berpindah Blog

Assalamualaikum... Blog ini telah berpindah ke: wonderfulprimroselife.blogspot.com . blog baru...hidup baru..harapan baru Insyaa All...