Wednesday, July 01, 2015

Kau dan Aku Sama

aku bukannya sang pemerintah yang sedang terbaring di tilam mewah
lalu berpesan agar rakyat bertabah kerana terpaksa hidup susah

aku bukan si badut yang bertopeng tawa setiap masa lalu
berpura2 simpati melihatmu berendam air mata

sahabatku
kalau aku memujukmu agar bersabar dengan ujian hidup ini
aku mengungkapkannya dari hati
aku mahu kau tahu
aku juga punya ujian hidupku tersendiri
aku juga tidak terkecuali
engkau dan aku sama
kita manusia, sama agama dan sama2 mahu ke syurga
kita diuji kerana janji Pemilik Syurga itu sendiri

justeru
ketika syaitan berkomplot dengan nafsu
marilah berkomplot dengan aku
kita saling mengingatkan
kita saling memberi sokongan
mari menjadi benang yang terjalin membentuk kain
saling menguatkan satu sama lain..

hidup ini makin singkat...berlari lah sejauh mana pun...kematian itu pasti akan menanti.  rindu untuk terus mengabadikan diri kepadaMu...
kekadang ujian yang kau hadirkan...makin mendekat kan aku padaMu..
betapa banyak dosa yang telah aku lakukan..dalam setiap sujudkan ingin ku merayu padaMu..
ampunilah aku...

dalam setiap ujianMu..ada sesuatu yang perlu aku syukuri..dalam setiap sesuatu itu..ada bahagia yang menanti..

sungguh ..Kamu terlalu baik pada aku...seiring tangisan redha..luka itu sering meresap bahagia..

Syukur!!!

No comments:

Post a Comment

Jom Mengomen...