Wednesday, July 29, 2015

Ruang Yang Sempit

ia satu ruang yang cukup sempit
ssempit dada yang mahu menghela nafas
lama dan panjang
lelah menghirup namun seakan ruangnya tertutup

ia ruang yang kelam dan hitam
seperti malam tanpa bulan dan bintang
jiwa menggetar gigil ketakutan
namun hidup ini tidak memberi pilihan
hanya perlu diteruskan

kerana aku penuh percaya Allah ada
kerana aku tunduk berpasrah pada hakikat manusia itu tidak dapat lari dari berbuat dosa
dan manusia itu sering tergelincir dari landasan imannya
dan aku manusia
maka ku kumpul seluruh serpihan jiwa
cuba menyatukannya semula

pada mengisi ruang kembali
ku cuba atur kepingan yang masih masih berbaki
ku cuba catur sisa kemampuan hati
agar esok aku lebih baik
menjadi hamba yang tahu diri

No comments:

Post a Comment

Jom Mengomen...

Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...